Archive for December 2004

binasa, tsunami, shut up, tahun baru

Friday, December 31, 2004

BINASA

Ini ialah pepatah baru:
-Kerana mulut santan binasa, kerana mesej badan binasa!-

Bukan mengenai Hasmawi Hassan atau mana-mana berita terkini tetapi mengenai diri sendiri. Tapi aku takkan salahkan teknologi sebab aku tahu apa yang aku tulis.

Tapi aku percaya ada sesuatu yang masih boleh dijernihkan. Ini salah faham paling menyakitkan!


TSUNAMI

Tsunami ialah ombak besar lagi dahsyat. Tsunami di Sumatera telah membunuh beratus jiwa di beberapa negara Asia. Takdir tuhan masakan dapat dielakkan...

Aku dilanda tsunami. Jiwa lain tidak terbunuh tapi mungkin jiwa aku. Aku perlu berenang dalam serebrum paling sedar, berpaut pada pangkal hati paling selamat atau aku akan mati di celahan usus paling busuk...

Kalaulah itu takdir Tuhan masakan dapat dielakkan...

Tolong selamatkan aku..!!

SHUT UP

Lokasi=> bilik DP3, kelas Principles of Management
Tarikh=> Jumaat, 31/12/2004, 9.00 p.m.

Kelas di malam tahun baru memang membosankan. Jarul buat lawak bodoh. Aku suruh diam. Kemudian aku buat lawak bodoh. Jarul pula suruh diam. Diam...? Huh..

Aku koyak kertas dan chatting dengan Jarul.

Aku - Ok... I'll shut up. I'll be silent. Really trully silent. May u got everything ur heart desired n be blessed in life ahead... -
Jarul - No one in this world can do something like that.., god give u a mouth to talk not to silent! -

Aku senyum. Jarul rampas channel kertas aku lagi...

Jarul - If u shut up, u better start digging ur grave n live inside there..!! -

Hahaha..., Jarul suruh aku menggali kuburku sendiri jika aku terus berdiam...

TAHUN BARU

Tak perlu apa-apa untuk tahun baru. Cuma aku sedikit kesal dengan diri sendiri. Aku membeloti beberapa janji. Janji untuk diri dan janji untuk manusia lain. Dan janji untuk Tuhanku.

Ini adalah pengakhiran tahun paling menyerabutkan. Paling menyedihkan.

Ada kehilangan... Ada kesakitan... Banyak yang patut aku renungkan...

Selamat datang 2005... Berikan aku sesuatu... Sesuatu yang dalamnya ada makna dan jiwa...

Kelambu: Jangan bukakannya kembali... Sejarah lalu amat menyakitkan...

gathering geng jurnal 2004

Thursday, December 30, 2004

GATHERING GENG JURNAL 2004

Lokasi=>Dewan Sri Pulasan, Kolej Ke-6, UPM
Tarikh=>Ahad, 26/ 12/ 2004, 2.00p.m

Aku: Sape nak ikut aku pegi Gathering Geju? Ada makan-makan, ada awek-awek, dapat souvenir dan dapat tangkap gambar?
Reramai: NAKKKKKKK.....
Aku: Sorang 40 ringgit tau!
Reramai: Err..., balik kampungla... Tengah sengkek ni... Sorry ekk...

Ramai tak nak ikut. Jadi aku hanya berdua bersama cik Lara ke Gathering Geju di UPM. Aku minta Jarul hantarkan aku memandangkan Jarul memiliki pekerti yang baik lagi berhemah tinggi serta kacak..! Terima kaseh Jarul...:)

Ini adalah penyertaan pertama aku dalam gathering besaran-besaran anjuran GEJU.

Bertolak pukul 2 petang dari Shah Alam. Sebelum tu ambil cik Lara. Merahnya tudung makcik! Hehe...

Sampai di UPM pukul 2.48 petang dan mendaftar dengan cik Amyz. Dapat tag bertulis nama Kel@mbu dan beg berisi buku-buku percuma ihsan Karangkraf, pelekat kereta GEJU, kalender GEJU 2005, dan buku aturcara beserta nombor bertuah . Aku bertuah kerana mendapat nombor tahun baru iaitu 2005 tapi tidak bertuah untuk mendapat hadian cabutan bertuahnya. Ya, aku dapat cabutan malang!

MC hari tu Tipah dan Attokz. Wah... voguenya cik Tipah!

Disapa brader OP dan dibawa ke meja 15. Alamak, tak kenal sapa pun... Sembang-sembang dengan brader Unag dan OP. Kemudian baru perasan Purbe dan Uncle EP. Turut ditegur cik Khairusy. Baru saja jumpa diorang masa Gathering Utara beberapa bulan lepas. Seperti biasa cik Lara telah disakati berulang kali oleh uncle EP dan Purbe sehingga mukanya bertukar merah seakan warna tudungnya. Aku hanya mampu tersenyum sambil menghabiskan beriani berlaukkan ayam dan sirap bandung. Nyam! Nyam! Nyam!

Baru dapat berjumpa secara nyata dengan feminisme blogger yang juga merangkap geng meja paling havoc hari tu iaitu Eisya, Lin, Mar, Yanti, Cik XX (tak ingat, sori..), Wira. Sebelah meja je...

Meja belah kanan yang aku kenal ialah saudara Fajar, Sultan Muzaffar dan beberapa blogger lain... Diorang memang cukup friendly...!! Aku kaget seketika!!

Berikut adalah blogger yang aku jumpa:

ND (aku nak suara macam dia!), Yaabna (tak sempat nak tegur kau, masa nak balik aku cari kau tak jumpa!! Orang kata kau hensem!), Zhouls, Tok Rimau (kata-kata Tok tak ubah seperti yang tertulis di dalam blognya), Din_Lebah (aku pun tak reti jalan KL! Jangan takut!), Yadziz, Basri (lupa bawa GT2. Kalau tak, bulih minta sign!), Pak Di (aku rasa kerdil bila di sampingnya), Ayares (Haha.., jumpo pun ko), Langsat, Kak Seri Adriani..

Banyak lagi blogger yang aku jumpa. Maaf, aku terlupa untuk mengingati nama-nama korang untuk ditulis di sini. Ada yang mengenali aku tapi aku tak mengenali mereka. Maaf, aku tak sangka aku glamer..! Ceh!!

Seperti biasa ada acara penyampaian anugerah untuk blogger-blogger dalam kategori-kategori tertentu diselang seli dengan tayangan klip video oleh Tok Rimau, nyanyian ND, Zhouls dan 2 bloggernita, suai kenal para blogger dan cabutan bertuah oleh Tipah dan Attokz.

Majlis ditutup dengan sesi pergambaran bertubi-tubi dan berlagaan pipi sesama sendiri. Aku turut membantu menyusun kembali kerusi-kerusi secara berganti-ganti dengan blogger-blogger lain.

Jarul datang menjemput aku dan Lara. Sebelum tu aku sempat berbual dengan Sultan Muzaffar, pemenang weblog terbaik hari tu. Rasa segan menerpa. Macam berjumpa seorang artis popular! Aku keliru sama ada mahu memanggilnya Tuanku atau tidak. Akhirnya aku memilih untuk memanggilnya Cik Sultan Muzaffar! Dia gelakkan aku bercik-cik dengan dia... Hahaha... Sultan Muzaffar memang blogger analitikal yang low-profile. Mesra orangnya.

Selepas bersalam dengan para blogger dan mengucapkan salam bahagia kami pun pulang dengan hati yang girang dan memori yang indah lagi sukar dilupakan. Aku suka GEJU!! Cik Lara lagi suka sebab dia dapat hadiah cabutan bertuah! Dia tak perlu melara lagi kot!:)

Kelambu: Rugi Mampoih Kalau Tak Join!!


kepentingan

Tuesday, December 21, 2004

KEPENTINGAN

Kita dilahirkan penuh kepentingan. Kepentingan kepada agama, keluarga, tanah air dan bangsa. Itu adalah sesuci kepentingan yang patut diperjuangkan.

Kadangkala demi kepentingan manusia lain kita terpaksa menggadaikan kepentingan diri. Abah dipaksa menjadi pendiam yang sakit merelakan kepentingan manusia lain. Dan kerana resam manusia lalu, aku disumbati hidup penuh protokol dan terlalu menyanjung kepentingan manusia lainnya.

Ya, sekarang aku tersilap kerana terlalu memikirkan kepentingan diri. Barangkali semua itu berlaku kerana manusia seperti aku masih tidak mempunyai kepentingan. Dan apabila aku sudah mempunyai kepentingan barangkali ada pula manusia yang mahu menguji kepentingan aku. Aku patut sabar!

Abah selalu memberitahu jangan jadi manusia yang berkuasa. Berkuasa bermakna mempunyai kepentingan. Kepentingan selalu membuatkan kita menggadaikan kebenaran dan kejujuran.

Seperti matinya Abu Hanifah di lantai penjara, Adi Fimiyyun dipanah mati dan Mashitah yang diratah api. Mereka mati kerana terlalu memikirkan kepentingan manusia lain.

Ya, aku tidak setabah mereka...

Maaf... Maaf kepada sesiapa yang terlibat dalam kepentingan diri aku... Aku sepatutnya lebih memikirkan tentang kalian...

Kelambu: Kejujuran kadangkala menakutkan....

bibik, sarjan, tumpang, hadiah, hari jadi, turun

Sunday, December 19, 2004

BIBIK

Lokasi=> bilik m1, kelas Java
Masa=> 14/12/2004, 12.00 tgh

Di kelas Java aku ada seorang awek yang dianggap rakan kelas sebagai hang@sengal. Aku panggil dia 'Bibik'. Jarul tanya sebab apa. Aku jawab sebab perwatakannya penuh dengan ciri-ciri keibuan! Jarul gelakkan aku!

Kata Jarul lagi dia pelajar lompat kelas. Maknanya dia genius! Orang genius ni pelik-pelik.

Cik Mohamad: Ok.. ada apa-apa soalan lagi kelas..?
Bibik: Cik, kalau saya nak minum air kena minum kat luarkan...?
Cik Mohamad: Errr... ok.. ya... awak boleh minum kat luar kelas..

Satu kelas diam. Sebaik saja dia keluar kelas, satu kelas bantai gelak sehingga Cik Mohamad terpaksa menenangkan situasi yang bising.

Dia menjadi mangsa ketawa rakan sekelas. Dia tak salah apa-apa pun. Dia cuma sedikit lain dari manusia-manusia yang lain. Kita tak sepatut menjauhkannya. Kita tak perlu menjadi kejam. Kita sepatutnya SUKA pada manusia yang pelik-pelik ni!

Semasa Ayie tengah tension sebab tak dapat mengeluarkan output program Javanya aku hantar mesej kat pc Ayie dan awek kat depan Ayie -Kalau saya nak minum kena minum kat luarkan?-

Ayie bantai gelak. Edy kat sebelah pun gelak. Awek kat depan Ayie pun gelak. Mereka terhibur dengan dialog Bibik yang aku pinjam gunakan...!

Kelambu: Bibik tak salah. Kata-katanya telah menghiburkan kami!



SARJAN MUDA

Awie: Gaji prebet askar lebih tinggi dari gaji konstabel polis
Aku: Tapi polis lebih banyak kuasa dan orang lebih takut
Wan: Hish mana ada, askar lagi bagus la..
Aku: Polisla... kalau jadi polis senang hidup... Orang takut nak kacau. Cable pun banyak..
Adie: Kalau kita ada degree lepas tu nak jadi army dapat pangkat apa aaa...?
Aku: Mmm... leftenan muda!
Wan: Ye ke... bukan diploma ke dah boleh dapat leftenan muda..?
Aku: Dalam polis.., kalau kita ada diploma kita jadi Inspektor.., Kalau diploma dalam askar rasanya bukan leftenan muda la.. Tak taula pulak..
Adie: apa ekk...?
Wan: (confident) Sarjan muda!
Awie: Kepala otak kau...!!!

Kelambu: Masa kecik selalu nak jadi askar!



TUMPANG

Ayie: Weii.. tu Zek...
Aku: (toleh) Mana...? Zek mana..?
Ayie: Alaa..., anak buah MB tu..
Aku: Oohhh..., macam tak kenal kita ja...
Aslam: Apa nak bangga tumpang-tumpang nama ni. Asal sedara pangkat besar sikit semua pakat nak tumpang... Kalau macam tu aku pun nak... Sedara aku punya jiran punya jiran punya jiran punya jiran dia punya nenek..., menteri tau... Entah-entah semua kita ni ada link...
Aku: Adatla tu. Contohnya aku tumpang nama Ayie selaku striker bola Tsubasa team di U***** yang kacak lagi manis senyumannya.
Ayie: Aku... err.. aku tumpang Jarul pegi kelas je...

Kelambu: Tumpang cerita saja!


HADIAH

Kawan baik nak jumpa sangat-sangat sebab esok dia balik kampung hantar Tok dan Wan pergi haji. Dia nak bagi sesuatu katanya. Aku dah dapat agak.

Dia belanja makan nasi lemak dan sirap. Dia bagi kad. Aku tau esok birthday aku dan lusa dia pula. Aku tak sempat bagi apa-apa. Aku tak sempat nak belikan teddy bear atau pun patung Ultraman yang mendapat rating tertinggi dalam undian blog aku (rujuk kolum kiri). Lagi pun aku tak suka patung! Aku suka orang betul!

Asalnya aku nak potong surat khabar dan tulis sesuatu. Nampak miskin sangat. Aku buka semula surat-surat dan assignment atas rak. Ada antologi puisi aku dan Lin. Aku sorok dalam jaket. Aku bagi kat dia. Bolehlah...

Kelambu: Kita bagai bintang, terang dilangit cerlang...


HARI JADI

Aku dapat 3 hadiah istimewa.

-Kad dari kawan baik.
-Mesej kawan-kawan, mama dan abah, adik Mahfuzah.
-Simbahan air sabun.

Terima kasih kepada Adie kerana menyimbah aku. Aku sebenarnya menanti sesuatu yang lebih istimewa.

Apa yang malang Adie tidak memberitahu aku bahawa dia mahu menyimbah air sabun. Kalau dia beritahu awal-awal, aku akan PASRAH! Silapnya handphone aku dah masuk air. Keypad aku dah jadi bengong.

Aku bawa repair kat Alam Sentral. RM 50. Sekarang Adie sudah dibelenggu rasa bersalah sama ada mahu membayar duit merepair handphone itu atau tidak. Hahaha....

Adie tak salah. Aku tak salah. Handphone aku pun tak salah. Yang salah cuma mulut Ayie yang masin! Hahaha....

Kelambu: Adie: (hulur duit rm50 dgn tersipu-sipu) Hepi besday....; Aku: Yeay, besday dapat duit!!


TURUN

Lokasi=> Restoren Gembira, Seksyen 3, Shah Alam
Masa=> Jumaat, 17/12/2004, 9.47 pg

Aku: Tol dah naik. Nanti tambang bas aku balik kampung pun mesti naik.. (sedey)
Ayie, Lalbi, Jarul: (angguk)
Aku: Tapi satu je yang turun
Lalbi: Apa dia..?
Aku: Hujan!
Lalbi: (buat-buat gelak) hahaha... lawaknye...
Ayie: Ada lagi
Aku: Apa?
Ayie: Turun tangga!

Kelambu: Naiklah apa yang patut aku tetap SUKA Malaysia!!

hati2, amuk, bola, trust, pc baru & nama

Wednesday, December 15, 2004

HATI-HATI

Berhati-hati menulis. Bertanggungjawab dengan tulisan anda. Kita sememang diberi kebebasan seperti bebasnya beburung kelicap disangkar emas dan dipagari bulan dan bintang... Jangan racuni kebebasan itu kerana burung itu akan dibunuh sama ada disembelih, dipatahkan leher, digantung, dikembiri atau pun diracuni dengan sianida dan asid hidroklorik cair...

Malaysia negara yang aman makmur. Ada Putrajaya, ada awek-awek cantik, harga rokok dan minyak yang berpatutan, ada lebuh raya dan pasukan bola sepak sendiri. Pelajarnya diberi PTPTN yang banyak dan mereka menghabiskan duit itu untuk membeli handphone, pakaian, clubbing, tukar half-cut kereta dan belanja kawan-kawan... KAMI SUKA MALAYSIA..! PERCAYALAHHHH.....!!!



AMUK

Lokasi=> Jalan Tebing, Seksyen 8, rumah sewa
Masa=> Khamis, 09/12/2004

Lalbi@Black mengamuk! Dia sinting lengan baju. Dia ikat tuala Good Morning kat mulut macam penyamun. Dia pegang penyapu. Dia pegang pinggan mangkuk dan periuk-periuk. Peluh bercucuran di dada baju, celah ketiak, belikat belakang, dahi dan tapak tangannya.

Aku tak tahu sama ada itu adalah kesan kemalangan yang dialaminya sebulan setengah yang lalu. Kami seisi rumah semua terkejut! Kami dipaksa untuk mempercayainya. Dia mengemas rumah secara besar-besaran!

Dia bunuh anai-anai di bawah sofa, celah dinding, tepi pintu, dalam kotak dan bawah lantai kayu. Dia buang kasut-kasut yang tak terpakai, dia basuh pinggan mangkuk yang berkulat dan dia ubah lokasi sofa, tv, rak kasut dan meja. Dia buat segala-galanya seorang diri sambil dibantu oleh Ayie dan Salleh secara kecil-kecilan. Aku turut membantu iaitu membantu mengutip stokin-stokinku yang berjumlah lima pasang ke semuanya. Selain itu aku hanya mampu menengok sahaja. Aku KEJAM..!!

Hasilnya, tiada lagi anai-anai dan tapak pelupusan sampah di tingkat 2 rumah kami. Lalbi tampal notis: -DILARANG MEMBUANG SAMPAH DAN MENYIDAI BAJU DI SEKITAR KAWASAN INI. KALAU ANDA TAK PAHAM JUGAK BERENTI BELAJAR KAT UNIVERSITI... BALIK KAMPUNG...!! TIMA KASEH...-

Ya, kami terasa PEDIH...!!

Tiada lagi sampah busuk dan pinggan mangkuk berkulat di dapur kami. Lalbi tampal notis: -TUAN/PUAN SEKALIAN... KALAU DAH GUNA PINGGAN MANGKUK, SUDU, GARFU, SEWAKTU DENGANNYA MINTAK LA BASUH... MASA KECIK2 DULU TAKDE ORANG AJAR KE...?!!-

Ya, kami terasa PEDIH sekali lagi..!!

Masa makan kat restoren 'GELAP', Adie@Bahdin tanya,
Adie: Wei, *tong tong duit belanja Itam (Lalbi) makan
Aku: Hah..., sebab?
Adie: Ye lah, sebab dia tolong kemas umah..
Ayie: Aku pun tolong juga...
Adie: (diam+garu kepala)
Aku: (muka simpati) Aku pun...
Adie: (diam)

*kongsi

Adie pun belanja Lalbi makan. Aku dan Ayie belanja diri sendiri. Maaf, kami memang kejam.

Kelambu: Tima kaseh Lalbi kerana kemas umah..!! Tima kaseh Adie kerana belanja Lalbi!! Kami bangga..!!


BOLA

Ayie: Duit, duit, duit... Nak beli bola. Tong tong sorang sikit...
Aku: Aku mana ada duit. Pakai duit kau dululah Ayie ekk..
Ayie: (tengok Wan) Hah, kau Wan.. Bagilah duit sikit...
Wan: Hah duit..? Kalau kena bagi duit tak naklah aku. Aku tak nak mainlah...
Aku: Kalau kitorang beli bola tu.., ko sentuh je singgit!
Ayie: Tak, kau tengok je bola tu aku cas 5 posen!!

Kelambu: Nak main tapi tak nak bayar. Nak bayar tapi tak nak main.. Mana bagus..? Hehehe...


TRUST


Lokasi=> bilik DP3, kelas Principles of Management
Masa=> Jumaat, 10/12/2004, 8.15 mlm

Aku: Each of us must have 1 princip that we hold in our life. Ayie, what your princip?
Ayie: (serius) Sabar... Be patient... You..?
Aku: (serius) Think positive...
Ayie: How about you, Jarul..?
Jarul: (serius) Trust...!!
Aku: Trust..? Trust who..?
Jarul: (serius) God!
Aku & Ayie: (insaf)
Jarul: God la bukan goat!! Bodoh!!

Kelambu: Jarul selalu membuatkan aku insaf...


PC BARU

Lokasi=> PC FAIR, PWTC, KL
Masa=> Sabtu, 11/12/2004, 3.00 ptg

Pergi PC Fair. Semuanya bebudak umah. Aku, Ayie, Adie, Syem, Lalbi, Joe, Wan Apis dan Salleh.

Kami naik komuter kat Seksyen 19 dan turun kat Bank Negara. Kemudian ambil LRT ke PWTC. Hujan turun lebat dan kami dipaksa berlari. Ayie hampir tergelincir kerana tapak Nikenya kurang memberi cengkaman. Joe gelak besar kat Ayie kerana kasut Line 7 Ultraman yang selalu diketawakan Ayie lebih banyak membantunya berlari berbanding Nike Ayie. Ayie patut belajar sesuatu dari kejadian itu.

Aku beli motherboard, RAM, dan casing. Casing aku beratnya 5 kg bersamaan dengan sekampit beras JATI. Terasa sunggguh penat mengusung kotaknya di sepanjang ruang legar PWTC yang sesak itu. Aku berganti-ganti mendokongnya dengan Adie. Tima kaseh Adie..! Kami berhenti rehat. Aku mencadangkan kat kawan-kawan untuk berehat kat luar dan membiarkan saja aku membeli motherboard bersama Lalbi.

Aku: Korang lepaklah kat luar. Aku gi beli motherboard dengan Lalbi...
Ayie: Ok..!
Lain-lain: (angguk)
Aku: Hah, angkatla casing aku ni. Takkan aku nak tanggung sambil beli motherboard...
Lain-lain: (pandang memandang=tak de volunteer!)
Aku: Oooo..., pakai PC mau... angkat casing tak mau....
Lain-lain: (pedih)

Ayie beli cd kosong, Lalbi beli RAM dan fan, Salleh beli mp3 player, Syem beli err... dia tak beli apa pun sebab dia hanya tahu angka 128 dan 256 sahaja yang bersepah-sepah di sepanjang PC Fair itu.

Patutlah casing aku berat. Ada berpuluh-puluh mouse pad disumbat didalamnya... Kalau ada berpuluh-puluh keping wang ringgit... Aku dah jadi kaya raya!

Lalbi tolong pasang PC aku yang accident bersamanya dan Ayie. Aku, Ayie dan Joe hanya tolong tengok sambil memuji-muji kehandalan Lalbi dan kekacakan PC baruku. Tima kaseh Lalbi!

Kelambu: Muahahah... PC aku dah hidup balik dah... Sayangggg PC..!:)


NAMA

Lokasi=> bilik DP2, Kelas Matematik
Masa=> Khamis, 13/12/2004, 8.00 mlm

Oleh kerana kelas Math agak bosan, seperti biasa aku menghabiskan masa dengan melukis kartun di buku notaku. Aku lukis muka Edy, Ayie, Jarul, Ain, Farhan, Adik sedang tidur, awek baju hitam dan awek hang!

Aku tulis nama Jarul kat karikatur kartun mukanya. Jarul betulkan huruf J kepada Z. ZARUL. Ya, itu nama sebenarnya.

Aku: Kau tak suka ke aku panggil kau Jarul..?
Jarul: Nama tu kan doa. Penat-penat mak ayah aku bagi nama...
Aku: Tapi nama Jarul lebih mesra...
Jarul: Tak, nanti orang ingat aku hip hap (baca hip hop)
Aku: Bila aku panggil Jarul, terasa lebih friendly. Terasa lebih dekat. Ambil contoh Bahdin. Kat depan awek-awek aku panggil Adie tapi kat depan kengkawan aku lebih suka panggil dia Bahdin. Terasa lebih mesra dan berjiwa. Aku tak panggil nama lain pun melainkan namanya..
Jarul: Aku tak marah cuma kau sepatutnya eja nama aku J-A-R-U-L-E!
Aku: Tu bukan JA-RUL tapi JA-RU-LE...

Kelambu: Tak suka Jarule...

lat la li lat, tebang, burger & java

Thursday, December 09, 2004

LAT LA LI LAT

Lokasi=> bilik DP1, kelas Matematik 1
Masa=> Isnin, 06/12/2004, 8.11 mlm

Aku: Aiseh.. ramainye orang dalam kelas... Dah la lambat.. Malula nak masuk... Kau masuk dulu Ayie..
Ayie: Apa aku pula.. Jarul, kau le masuk dulu sebab kau hensem...
Jarul: Ahhh... tidak sesekali... Kau le masuk dulu...
Ayie: Kalau macam ni kita main lat la li lat
Reramai: Lat la li lat tam plommmm......
Aku: Haa... kau kalah Jarul... Kau kene masuk..!
Jarul: Eh... apsal korang terbalikkan tangan..? Bukan ada gunting batu kain ke...?
Ayie: Kepala hotak ko... itu O Som la untuk dua orang main je... Ni tiga orang... bodoh!
Jarul: Mana aku tahu.... Sekali lagi le repeat...
Aku & Ayie: (hangin)
Reramai: Lat la li lat tam plommmm......
Jarul & Ayie: Hahaha... kau kalah... Kali ni kau kene masuk dulu Lan...
Aku: Kurang ajornye korang....

Kami pun masuk ke kelas dan duduk di belakang sekali...



TEBANG

Che 'Ah: Aku takutlah nak balik kelas malam-malam ni...
Ayie: Nape...?
Che 'Ah: Ada bebudak India selalu kacau aku kat bawah pokok...
Aku: Kalau macam tu kau lalulah atas pokok.. hahaha...
Che 'Ah: (bengang)
Ayie: Tak... Sepatutnya kau tebang je pokok tu...
Ayie, Aku & Jarul: (gelak lagi)
Che 'Ah: (bengang lagi)

Kami pun menemankan Che 'Ah pulang ke rumahnya... Che 'Ah jalan kaki tapi kami naik motor.. :)


TIMA KASEH

Lokasi=> bilik M1, kelas Java
Masa=> Selasa, 07/ 12/2004, 11.30 pg

Jarul: Malam tadi balik kau tak jumpa *entiti ke..?
Che 'Ah: Tak.., Ayie dah temankan.. :)
Aku: (cakap kat Ayie) Dia tak tima kaseh kat aku pun :(
Ayie: Che 'Ah, ni ha... Lan nak juga tima kaseh...
Che 'Ah: Tima kaseh Lan... :)
Aku: (malu)

*hantu


BURGER

Ayie: Che 'Ah nanti aku nak upah burger!
Che 'Ah: Bulih..., nanti dua minggu sekali aku bagi satu burger kat kau!
Aku: Eh..., satu burger je... Dua burger tau..
Ayie: Hah.., dua burger! Kau nak burger yang mana...?
Aku: Kurang ajornye kau Ayie.....
Jarul: (gelak)
Che 'Ah: (buat-buat tak dengar)


JAVA

Aku: Jarul, tolong aku Jarul... apsal ada error lagi?
Jarul: macam ni ha.... println bukannya printIn..
Aku: (tengok skrin Jarul)
C:\jdk1.3\bin\java welcome
Welcome to Java Class,This is really fun!
Aku:
Apasal aku tak sama dengan yang kau...
Jarul: Ikut suka akula nak taruk apa pun... Akukan terer masa C++ lg... (riak)
Aku: Tengok yang aku lak...
C:\jdk1.3\bin\java welcome
Welcome to Java! Java? I don't like it!
Jarul:
Kurang ajornye kau Lan....

Cik Mohamad pun datang. Aku pun cepat-cepat tutup ayat Javaku... Takutnye takutnye.....

Kelambu: Maaf semua, aku terlalu disibukkan dunia pembelajaranku... Tak sempat aku menziarahi kalian... huhuhu....

pantun, musuh, bimbang

Monday, December 06, 2004

PANTUN

Lokasi=> Dewan Raja Lumu, Muzium Alam Shah, Shah Alam
Tarikh=> Ahad, 05/ 12/ 2004, 2.46 ptg

Lain kali kalau dipaksa lagi menyertai pertandingan pantun sebegini aku lebih rela menyertainya dengan menyarung karung kertas ke muka.

Ini bukan pertandingan pantun Ujang tapi pertandingan pantun peringkat Negeri Selangor! Aku membawa nama universiti dan bukan hanya menyertainya untuk melengkapkan kalendar kebudayaan negeri dan aktiviti persatuan! Aku tak gilakan duit dan sijil penyertaan!

Berpantun untuk bertanding mesti ada dua ciri:
i) berpantun dengan gaya=>puitis dan berbahasa
ii) menggayakan pantun=>lenggok intonasi dan lagak

Aku hanya pandai berpantun dengan gaya tapi aku tak pandai menggayakan pantun. Tak guna kita berpencak kalau tiada tari silatnya. Tak guna masuk pertandingan pantun kalau tiada bunyi bahasanya. Ceh! Ceh! Ceh!

U***** hantar 3 grup! Grup yang bertanding semuanya 6 grup dan grup kami semua kalah! Grup aku masuk separuh akhir bukan sebab hebat tapi sebab bertuah menjadi pasukan keempat atau terakhir ke separuh akhir!

Jadi apa yang hebat?

- Grup IPT lain pakai sampin, kebaya, baju kurung dan songkok; grup kami pakai jeans, kemeja hitam, jaket universiti=> Sabahan pakai baju Hong Kong lip-lap lip-lap, As pakai baju kugiran, Linda pakai baju clubbing, Aku pakai kemeja hitam Lalbi yang dipinjam curi! Maafkan aku!
- Grup IPT lain semua pantun dapat dijawab; grup kami tak semua pantun dapat dijawab...
- Grup IPT lain ada lenggok bahasa dan badan; grup kami ada err...., "eh, cepatnye..., baru je nak jawab.."
- Grup IPT lain ada Awan, Pawana, Sirna dan Cerlang; grup kami ada Naga, Thaipusam, Pak Shuaib dan Mat Rempit!

Aku suka pantun Sabahan yang ini:
Merayau racau si anak naga,
Dijerat mati si sami Lohan,
Warga emas ke mana harga,
Mengapa terbiar di anjung kebajikan.

Lohan ialah sejenis hikmat di dalam komik King of Fighter yang dimiliki oleh karakter Lin.

Hahahahaha........ Aku SUKA!

Kelambu: Kata pengacara majlis kat Sabahan, "Pemantun pertama pakai gigi palsu agaknya ye..." Hahahaha....



MUSUH

Junior: Abang Yusdi saya nak join *PKKU la...
Sabahan@Yusdi: Tunggulah kitorang buka register nanti...
Hamazrul: Baik jangan masuk! Masuk PKKU banyak musuh tau...
Aku: Haah, musuh dalam selimut... Lebih baik jangan...
Hamazrul: Tapi sekarang musuh dah tak duduk dalam selimut. Dia duduk dalam kelambu!
Aku: (terkejut dan gelak)

*persatuan kesenian dan kebudayaan U*****

Kelambu: Aku bukan musuh! Aku tak membunuh! Aku tak merusuh!



BIMBANG

Kawan baik jatuh tangga. Tulang kakinya retak. Belakang sakit. Katanya malu. Malu didukung boyfriend kawannya, malu diinject doktor di tempat kejadian dan malu diperhati manusia-manusia yang sedang makan.

Dia hantar mesej, "Kami tak mau pi Seven Eleven dah.. Kami tak mau mengaji kat sini lagi...!"

Aku bimbang! Aku bimbang dia lari balik kerana malunya. Tapi aku tau dia sedang menguji bimbangku...

Kata Roosevelt, 'Tiada guna hidup seseorang itu selagi tiada kebimbangannya tentang sesuatu'

Aku mula terfikir, apakah sebelum ini hidup aku tak berguna?

Ya, sekarang aku mula terasa hidup aku sedikit berguna setelah sekian lama aku rasa aku ni tak berguna! Hahaha...

Kelambu: Kami dekat tapi jauh.. Kami jauh tapi dekat..

degree & kerja

Wednesday, December 01, 2004

DEGREE

Puan Farah: Wah, dah masuk degree ekk....
Jarul: Hehehe..., tapi puan dah tak leh nak mengajar kitorang. Puan kan ajar student diploma je...
Puan Farah: Ada le... subjek e-commerce!
Jarul: Kitorang dapat transfer la puan..
Puan Farah: Alhamdulillah, nasib baiklah aku tak mengajar lagi budak-budak sengal ni...
Aku: Alah..., frust le tu tak dapat mengajar kitorang yang best ni...



KERJA

Pian: Kerja yang paling susah dalam IT ialah system analyst!
Aku: Bukan... Programmer lagi susah! System analyst juz kumpul data dan source..
Jarul: Tapi System Analyst yang akan buat solution untuk sistem dalam satu-satu organisasi...
Ayie: Salah... kerja yang paling susah ialah bila kita tak dapat kerja!

Kelambu: Aku suka lawak Ayie!

Powered by Blogger.