Archive for February 2010

Perihal Sedekah Kau dan Aku

Tuesday, February 23, 2010 · Posted in

1. Ustaz-ustaz cakap, sedekah yang baik ialah bila kau memberi tangan kanan, tangan kiri tidak tahu.

2. Orang lelaki adalah spesies yang tidak sedar yang mereka sebenarnya selalu bersedekah. Antaranya ialah sedekahkan makanan kepada kawan-kawan. Tapi ini mereka panggil belanja makan.

3. Aku ada sorang kawan baik. Setiap kali keluar makan dengan dia, tak pernahnya dia tak belanja dan sungguh susah pula aku nak mencelah untuk belanja dia. Kadang-kadang sampai berebut-rebut. Dan sebagai manusia spesies pendamai, aku selalu beralah.

4. Ustaz aku pernah cakap, makanan yang paling sedap di dunia ialah makanan free. Jadi tidak hairanlah, sekumpulan pak lebai kerumum lori terbabas semata-mata nak rembat barang runcit free, lapor akhbar tempatan suatu masa dulu.

5. Antara perkara sedekah yang tak dapat aku lupa ialah insiden aku belanja budak-minta-sedekah makan. Aku tanya nak makan apa. Dia jawab nak makan McDonald. Tapi aku belanja dia bihun sup saja. Masa nak bayar, brader-bihun-sup cakap tak payah. Daripada riak muka brader tu, aku syak budak tu dah memang selalu sangat minta sedekah di situ.

6. Itu adalah sedekah yang aku tiba-tiba, plink, rasa nak buat. Selepas itu tak ada lagi. Hikmahnya, perasaan tiba-tiba itulah yang buatkan aku tak payah keluarkan sesen pun.

7. Memang susah melakukan sedekah sampai ke tahap tidak mengharapkan balasan dan tak kisah apa-apa pun dalam dunia yang semakin material dan penuh syak wasangka.

8. Tapi, sedekah ni macam cinta juga. Kau memberi, pasrah dan redha walaupun tak dipeduli dan dikhianati.

9. Cara paling mudah redakan kemarahan orang ialah dengan sedekahkan senyuman.

10. Tiada manusia di dunia yang bankrap kerana beri sedekah.

Tiada Rasis Antara Kami

Sunday, February 14, 2010 · Posted in

1989. Jiran di sebelah rumah aku Cina. Ada bela anak anjing comel, aku panggil Dog. Anak anjing tu dibela dalam rumah kecil (macam reban ayam) dan berlantaikan simen, betul-betul bersempadan dengan pagar jaring yang pisahkan rumah aku dan jiran sebelah.

Petang-petang, kalau tak ada aktiviti menarik di tivi dan malas naik basikal, aku akan ke belakang rumah, jenguk Dog. Setiap kali aku bertinggung di pagar, Dog akan berlari kecil sambil rapatkan hidung ke corong pagar dan jelir-jelirkan lidah. Al-maklumlah aku kalau jumpa Dog mesti bawa roti Benggali dan Cream Crackers untuk bagi dia makan. Kadang-kadang aku bagi tulang. Sambil makan aku akan gosok kepala Dog sambil cakap, Good Dog!!

Berbeza dengan kucing yang selalu sondol kepala sebagai tanda tenkiu, Dog pula akan jilat-jilat tangan aku. Dan aku akan pelangkung kepala Dog supaya dia sedar, buat baik berpada-pada sebab aku ni Muslim. Orang Muslim tak boleh over sangat dengan anjing, tau.

Bila mak balik, aku pun masuk ke rumah. Tapi sebelum masuk, aku akan samak dulu tangan. Apa, ingat budak-budak macam kitew tak baca buku agama kew?

Mahu Jadi Van Damme

Tuesday, February 09, 2010 · Posted in

van-damme

Van Damme dengan tatu Amerika di lengan

1997.

Kerana gilakan Van Damme dan Mark Dacasscos, aku daftar kelas Taekwondo. Itu saja alternatif yang ada sebab tak ada sekolah buka kelas kickboxing. Yang ada pun silat. Tapi aku tak minat silat sebab banyak upacara ritual dan mistik. Maklumlah, aku budak sains. Tambahan lagi, persepsi aku terhadap silat diburukkan lagi dengan satu peristiwa mistik di sebuah hotel. Ini lain hari aku cerita.

Selepas giat berlatih termasuk lulus aksi meng-karate atap genting dan flying kick, aku dianugerahkan tali pinggang merah. Satu tahap lagi sebelum tali pinggang hitam. Lebih bertuah, aku terpilih mewakili daerah Kota Setar dalam pertandingan Taekwondo peringkat daerah.

Seminggu sebelum pertandingan bermula, aku memperhebatkan latihan dengan berjoging dan melakukan tendangan berpusing sambil melibas daun pokok jambu air di tepi rumah. Semasa sesi sparing pula, adik aku jadi sasaran. Hasil agak memberangsangkan dengan keputusan 24 KO tanpa kalah. Maklumlah, adik aku baru darjah satu masa tu. Sebelah malam pula aku habiskan masa menonton video Bloodsport, Only The Strong dan Pendekar Mata Satu.

Hari pertandingan pun bermula. Turut hadir ialah mak dan adik. Ini membuatkan aku lebih bersemangat.

Perlawanan adalah kalah mati dan berlangsung dalam tiga pusingan. Setiap pusingan 3 minit. Lawan aku ialah wakil dari daerah Kubang Pasu. Pemegang tali pinggang hitam. Bersusuk kurus, tinggi dan berkulit gelap. Hati agak berdebar tetapi selepas membaca ayat-ayat lazim jiwa aku kembali tenang.

Selepas pengadil memulakan pertandingan, lawan menyerang aku dengan agak ganas. Aku cuba bertahan dan sesekali mencuri peluang menendang rusuk.
.
.
.
"Huh, takdaklah hebat sangat.. Asyik kena tendang saja," kutuk adik aku.

"Macamana tak kena tendang, kaki dia panjang," ujar aku sambil bernafas macam kuda.
.
.
Keputusan perlawanan: aku kalah.
Tidak lama selepas itu, aku letak jawatan. Aku bertanggungjawab atas kekalahan aku.

Powered by Blogger.