Archive for March 2008

kadang2 laju. kadang2 perlahan. begitulah hidup.

Sunday, March 23, 2008 · Posted in

KADANG-KADANG LAJU. KADANG-KADANG PERLAHAN. BEGITULAH HIDUP.

Aku dalam bilik.

Di luar bilik. Tivi terpasang. Ada rancangan talkshow Anita Sarawak. Topiknya pasal sakit datang bulan. Anita jemput Linda Onn cerita pengalaman senggugutnya.

Linda jawab lebih kurang macam ni, "I sakit sampai guling-guling atas katil. Kalau ada sape-sape salah sikit mesti I rasa nak marah-marah. Bla.. bla.. bla.. "

Kemudian Anita cakap, "Kita dengar pula apa pendapat dog?"

Hah? Apa neraka Anita tanya pendapat anjing? Getus aku seraya keluar bilik. Aku tengok tivi.

Oooh, dog tu doktor. Boleh tahan slow juga aku ni. Ceh.

kalau itu keraian bermusim yang patut kita raikan

Monday, March 10, 2008 · Posted in ,

KALAU ITU KERAIAN BERMUSIM YANG PATUT KITA RAIKAN



Kawan. Kau patut sedar.
Kebenaran dan keadilan itu melebihi warna kulit. Itu fitrah manusia. Sesiapa pun tak dapat nafikan.

Kau ingatkah bagaimana si raja Habsyah yang agamanya Kristian dengan ikhlas hati melindungi Muhammad dan para sahabat?

Kau ingatkah bagaimana bangsa Yahudi ada diberi tempat di dalam Piagam Madinah?

Kau ingatkah bagaimana bangsa Parsi pernah bersorak meraikan bangsa Arab membuka negeri mereka dari belenggu Rom?

Dan Tanah Melayu sendiri pernah meraikan kedatangan Jepun dengan harapan Asia untuk Asia.

Ya, aku benci pada makhluk nasionalisme membuta tuli, penuh asabiyyah, menjerit menakut-nakutkan aku dengan retorik murahan tentang kehilangan ketuanan.

Sepatutnya aku dan kau lebih takut sekiranya kebenaran dan keadilan itu sudah hilang langsung. Dan kita orang-orang bawah sudah tidak punya suara apa-apa. Diinjak-injak.

Dan apabila hak-hak kita tidak dilayan sewajarnya manusia mana pun akan bangun. Meronta-ronta cuba bebas. Dan apa yang terjadi sememangnya satu ketetapan.

Ah, tak payahlah kau takut-takutkan aku.

pabila hasrat suci murnimu terbang menjadi angin

Friday, March 07, 2008 · Posted in

PABILA HASRAT SUCI MURNIMU TERBANG MENJADI ANGIN



Aku mahu sangat pergi mengundi esok. Ya, nama aku memang ada dalam daftar SPR.

Tapi modifikasi hidup yang serba baru seminggu yang lalu. Dan wang belanja di akaun yang sesak. Semua itu buatkan paru-paru aku bernafas pendek dan sangkut.

Natijahnya aku terpaksa melupakan hasrat suci murniku itu.

Apa pun, selamat mengundi warga Malaysia. Tak lupa juga untuk pengundi-pengundi hantu kita ya! Haha!

Powered by Blogger.