Archive for April 2005

pantai rekreasi kelambu

Friday, April 29, 2005 · Posted in

KELAMBU RECREATIONAL BEACH


gambar hiasan semata

Kelambu Recreational Beach is situated at about 32.7 km from Kudat town. This beach is easily accessible using a well-maintained road at any time of the year.

The Sabah Forestry Department recently discovered this beach in 1990. Although there is no facilities provided in the beach yet, the geographical uniqueness of the beach itself is a strong key of attraction.

The beach is unique in the sense that there is a small hill of about 100-150 m in between the 2 bays of the beach. Being sandwiched by the white sandy beach and deep blue water, the hill looks like an island in the middle of the ocean.

Various recreational activities can be carried out here such as swimming, having a picnic, fishing and even camping.

Extracted from the Sabah Forest Resorts flyers published by the Sabah Forestry Department, Sandakan.

sumber:



Apa, ingat Kelambu tak ada pantai ke?

Kelambu: Nak pergi tak?

belakang lori

Tuesday, April 26, 2005 · Posted in

BELAKANG LORI

Ayie ajak ke Johor Bahru. Mahu ke YPJ di sekitar Larkin Jaya. Ada urusan pinjaman yang mahu dibereskan, kata Ayie dengan jelingan manja sambil memasang mp3 Peter Pan dari corong speaker Kancil 850nya.

Perjalanan dengan memandu sendiri dari Shah Alam ke Johor Bahru memang meletihkan. Ayie memandu sehingga RnR Seremban dan kemudiannya Kelambu menyambung pemanduan sehingga ke Johor Bahru.

Kami berhenti di RnR Machap kerana mahu menyuap petrol kepada Kancil. Lori-lori dan treler-treler kelihatan beratur panjang. Kami membuntuti sebuah treler.

Ayie: Wei, stop enjin dululah. Lambat lagilah.

Kelambu matikan enjin dan baringkan seat sambil mengeliat. Ayie pula keluar dari perut Kancil sambil sempat berposing dan menghirup udara segar.

Tiba-tiba datang sebuah lori kecil berhenti di belakang. Pemandunya Cina. Mukanya bengis dan kemerahan. Ini mesti mabuk! Dia keluar agak tergesa-gesa. Seperti mahu marah-marah.

Kelambu sudah bersiap sedia dengan menggenggam hot pepper spray di tangannya. Ayie sedikit cuak. Masing-masing berdoa.

Cina: Alo, lu bukan diesel maa!!!

Loooohhhhhhhhh!!!!!

Kelambu: Jangan ikut belakang lori

ceramah

Sunday, April 24, 2005 · Posted in

CERAMAH

Aslam, seorang anak didik Dr. A beria-ria mengajak Kelambu untuk memberi satu ceramah tentang keusahawanan kepada para pelajar sekolah.

Sebab apa pilih aku?
-Dah aku tengok hang boleh berlakon. Jadi, bolehlah bagi ceramah.
Laa, berlakon lain. Berlakon hafal skrip dan action. Tapi bagi ceramah kena bagi orang faham. Kalau orang tidur aku akan terguris.
-Tak pa. Kau goreng saja apa yang patut.

Ceramah tersebut berlangsung di SMK Bukit Gading, sebuah sekolah menengah di kawasan Sungai Buluh. Sekolah tersebut terletak di atas bukit dan dihadiri 35 orang pelajar tingkatan 2, 3 dan 4. Lelaki cuma 7 orang. Selebihnya perempuan. Comelnya.. :)

Kelambu pun memulakan ceramah pada slot kedua selepas Aslam berceramah pada slot pertama.

Ok, oleh sebab kita sudah makan. Saya nak bersenam. Bila saya cakap kanan, kamu angkat tangan kanan dan bila saya kata kiri, kamu angkat tangan kiri. Kiri.. Kanan.. Kiri.. Kanan.. Kiri.. Kiri.. Kanan.. Kanan.. Kanan.. Kanan..

Semua sama. Bagus. Semuanya bijak. Ok, kali ni bila saya cakap kiri, kamu angkat tangan kanan dan bila saya cakap kanan, kamu angkat tangan kiri. Kiri.. Kanan.. Kanan.. Kanan.. Kiri.. Kiri.. Kanan..

Semua tak sama. Apa moralnya?
-menyihatkan badannnnnnn.......

Salah, usahawan kena lari dari rutin. Kalau sebelum ni gosok gigi tangan kanan nanti kena gosok gigi guna tangan kiri. Itu contohlah, bukan betul-betul! Kanan lebih afdal.

Kelambu berceramah lagi. Pelajar bersembang, ada menguap dan baca buku. Ceh!

Nak dengar cerita tak?
-Nakkkkkkkkkkkk!!!!

Kelambu pun bercerita kisah Pak Pandir, penjaga gol dan pegawai bomba. Pelajar suka dan menumpukan perhatian semula. Kemudian Kelambu sambung ceramah lagi. Pelajar pun bersembang lagi.

Nak main game tak?
-Nakkkkkkkkkkkkk!!!

Kelambu pun membuat satu permainan. Pelajar dikehendaki memilih satu objek yang disukai/dibenci dan kemudian buat satu sajak mudah sebanyak 5 baris dengan syarat setiap baris mesti ada nama objek tersebut.

Contohnya: cokelat sungguh manis, cokelat diperbuat daripada cokelat, cokelat mudah cair di tangan, cokelat saya sudah berulat, saya tak boleh makan cokelat lagi.

Pelajar pun menulis. Tekun. Masing-masing menjadi sasterawan. Cukup masa Kelambu kutip sajak-sajak para pelajar.

Ok, saya nak sorang-sorang bangun dan baca sajak kawannya. Tetapi, nama objek dalam sajak tu hendaklah ditukar kepada nama penulisnya. Faham!

Contohnya: kelambu sungguh manis, kelambu diperbuat daripada kelambu, kelambu mudah cair di tangan, kelambu saya sudah berulat, saya tak boleh makan kelambu lagi.

Hahahaaaaaaaa.. Para pelajar sungguh suka. Tambahan lagi apabila saling kena mengena antara satu sama lain.

Apa kamu dapat dari game ni?
-Gelakkkkkkkk!!!!!

Salah, jadi usahawan kena ada ilmu. Kalau tak diri sendiri akan kena tindas. Hati-hati bila orang memberi atau menyuruh sesuatu. Bukan main tulis saja macam tadi. Sepatut kena tanya dalam diri, ni mesti ada apa-apa ni?
-Senyum. Suka. Sembang.

Tergurisnya Kelambu. Oh, mereka masih muda. Kelambu nampak biasan diri sendiri sewaktu sekolah dulu. Nampaknya selepas ni kalau Kelambu bagi ceramah lagi Kelambu kenalah bercerita, main game, bercerita, main game, bercerita, main game, bercerita, main game. Selama 1 setengah jam.

Kelambu: Terima kasih cikgu

ms/miss

Thursday, April 21, 2005 · Posted in

MS/MISS

Apa beza Ms/Miss?

Miss Kim cakap, dalam bahasa Inggeris Ms digunakan untuk perempuan yang kita tak tak tahu statusnya sama ada sudah berkahwin atau pun belum. Cara sebutannya ialah menyebut secara lembut bagai lembut tulang dari lidah.

Manakala Miss pula digunakan apabila kita tahu dengan penuh kepastian bahawa perempuan itu belum berkahwin atau dalam bahasa Inggerisnya still single or not married yet. Contohnya: Miss Siti Nurhaliza. Cara sebutannya ialah dengan menekan bunyi S secara mendalam tanpa menjelirkan lidah.

Lalbi: Wei, Kelambu. Kalau Ramli MS. Maknanya kita tak pasti la sama ada dia tu dah kahwin atau belum?

Ceh..

pakai akai II

Sunday, April 17, 2005 · Posted in

PAKAI AKAI II

Ini adalah sepotong cerita ketika mengadakan pertemuan sulit dengan Dr.A bersama Adie.

Katanya, U all tahu tak bagaimana samurai Jepun boleh mengalahkan 10 orang musuhnya dalam 1 malam?

Kelambu-angkat bahu.
Adie-mulut muncung.

Ha, sebenarnya dia letakkan serbuk pemedih mata di hujung pedangnya. Apabila dia mencabut keluar pedangnya maka musuhnya akan kepedihan dan zasss....

Kepala pun tergolek.

Kelambu-melopong. Ooooo. Itu macam kah?
Adie-oooooooo.

Betul. Bukanlah bermakna si samurai itu tak pandai bermain pedang tapi buat apa dia mahu bersusah payah membazir tenaga. Kan.. Kan..

Kelambu-angguk.
Adie-oooooo.

Jadi inovasi inilah yang diguna pakai untuk mempertahankan diri u all. Faham!

Kelambu-faham, Dr.
Adie-oooooo.

Jadi, tunggu apa lagi. I bagi U produk ni dan jual kat orang ramai. Faham!

Kelambu-FAHAMMMM
ADIE-FAHAMMMM

Hah, apa lagi. Klik iklan di sebelah. HOT PEPPER SPRAY. Satu inovasi untuk rakyat Malaysia yang kian tak selamat.

Kelambu: Wang atau nyawa?

semester pendek

Monday, April 11, 2005 · Posted in

SEMESTER PENDEK

Wah, pointer yang boleh tahan hasil dari studi yang tak boleh tahan. Banyak kejutan. Barangkali rahmat dari Tuhan. Alhamdulillah.

Sedikit kecemerlangan hanya dari usaha yang sedikit sahaja. Banyak yang perlu aku renungkan. Tentang cara belajar dan dunia pembelajaran. Tak boleh main-main lagi.

Daftar subjek. Esok bermulalah semester pendek yang mungkin memendekkan nafas mahasiswa-mahasiswanya. Warghhhhh!!

Kelambu: Selamat belajar mahasiswaku.

sejarah

Tuesday, April 05, 2005 · Posted in ,

SEJARAH

Manusia tak dapat menentukan masa depan kerana ada masa lampau mengikat sebagai tali. Masa lalu mengekang masa mendatang.

Ini cuma sekadar petikan surat Maude kepada suaminya dalam novel 1515. Dia dipaksa pasrah kerana seorang suami lebih mencintai kekasih lama berbanding isteri sendiri.

Kau percaya tak sejarah masa lalu akan menentukan manusia hari ini? Mungkin.

Kolonial Inggeris memaksa Tanah Melayu diBritishkan sehingga hari ini!
Penceraian memaksa kau menagih dadah!
Kegagalan memaksa kau menjadi penjenayah!
Dulu kau bodoh maka sekarang pun kau bodoh!

Aku benci sejarah kerana sejarah selalu menulis kehidupan kita pada hari ini. Akhirnya secara tidak sedar kita telah menulis sejarah yang lebih kejam pada manusia-manusia akan datang.

Kita tidak pernah mahu menulis sejarah baru seperti mana beberapa orang terdahulu cuba menulis sejarah untuk menyenangkan orang-orang selepas mereka.

Wei, John Boyd Dunlop mati dalam papa sebelum namanya tertera di tayar kereta. Percayalah!

Aduh, betapa sukar seseorang itu mahu memisahkan sejarah dulu untuk mencipta sejarah masa depannya.

Sejarah jahat! Sejarah jahat!

pakai akai I

Sunday, April 03, 2005 · Posted in ,

PAKAI AKAI I

Lokasi=>dewan badminton, Alor Star
Tarikh=>2004

Ini adalah perbualan antara aku dengan auntie X (40-an), penjaga di sebuah dewan badminton.

Setiap kali cuti pengajian aku dan beberapa rakan lain adalah pelanggan tetap di dewannya. Dia boleh dikatakan seorang Cina ortodoks yang suka membebel tentang ketidak adilan politik dan juga seorang nasionalisme Cina yang menyakitkan hati tetapi jujur.

Banyak perdebatan kami memaksa aku untuk diam. Dan aku juga kadang kala memaksa dia untuk diam. [kadang kala saja?]

Aku: Macamana Melayu mau tau orang Cina sayang sama ini Malaysia? Masuk askar pun tak mau. Apa pasal orang Cina tak mau masuk askar haa?

Auntie: Lu mau tau ka. Ada satu peribahasa Cina bagitau aa... Lelaki yang kuat bukan pakai tenaga tapi pakai *akai!

*akai - akal

to be continue...

tambang naik

Friday, April 01, 2005 · Posted in

TAMBANG NAIK

Hari ni dengan secara rasminya berlaku kenaikan tambang bagi pengangkutan awam seperti bas ekspres (ac/nac), bas berhenti-henti (ac/nac), teksi dan kereta sewa.
*ac-aircond
*nac-non aircond

Aku tak mau tau kenderaan lain. Aku cuma nak tau pasal bas sahaja.

KL-Kangar =>33.00
KL-Alor Star => 30.05
KL-Butterworth => 24.00
KL-Ipoh => 13.35
KL-Seremban => 4.20
KL-Melaka => 9.40
KL-Johor Bahru => 24.95
KL-Kuantan => 16.85
KL-K.Terengganu => 29.60
KL-Kota Bharu => 30.85

Sudah tentu tambang sebanyak itu membebankan golongan pelajar seperti aku [kata kelambu yang baru menghantar perjanjian ptptn pada minggu lepas].

Harga tambang KL-Alor Star sebelum kenaikan ini ialah RM25.40.

Jadi dengan RM30 aku sudah boleh sampai KL termasuk tambang ke Shah Alam (RM2). Bukan itu saja, baki selebihnya aku siap boleh makan lagi tau.

Tapi sekarang sudah tak boleh. Ada RM30 pun tak boleh pergi KL lagi sebab kena cari 5 sen. Jadi aku kena sediakan syiling secukupnya nanti.

Aku tak kisah tambang nak naik. Ini semua untuk keuntungan pihak-pihak tersebut. Ye lah, semua minta naik gaji senang saja. Takkanlah golongan pengangkutan awam ni minta tak boleh. Yang berbezanya ialah permintaan golongan pengangkutan awam ini melibatkan duit orang awam secara langsung. Kakitangan awam lain melibatkan duit kerajaan saja walaupun pada dasarnya duit kerajaan ialah duit rakyat. Cuma situasinya secara tak langsung.

Pedulikan. Aku tak kisah sikit pun. Aku pun ada kawan yang bapanya kerja bawa bas. Dia orang pun nak rasa rezeki lebih juga.

Cuma aku nak komplen tentang mutu perkhidmatan bas. Harga naik bas pun mestilah cantik. Maksud aku cantik dari segi fungsi. Air aircond tak meleleh! Enjin tak mati tengah jalan! Suspensi ok! Lampu tak terbakar! Tak laju sangat! Tak perlahan sangat! Tak lambat!! Seat tak rosak! Itu pun susah ke..?

Orang selalu cakap sikap orang Malaysia ni mahu servis bagus tapi nak bayar murah.

Siapa cakap!!! Naiklah berapa banyak nak naik aku tak kisah pun. Tapi yang penting bagi aku ialah servis mesti berbaloi dengan harga. Itu saja. Dan sudah tentu kualiti barang ditentukan dengan ketinggian harga. Makin mahal makin bagus. Boleh gitu?

Sekian saja sesi kenaikan tambang pada kali ini. Selamat menaiki bas dengan senyuman. :)

Baca:

- Utusan Malaysia - Tambang bas, teksi naik -- Kadar baru antara 0.9 sen dan 12 sen berkuat kuasa 1 Mei
- Berita Harian- Tambang bas, teksi naik: Kadar baru hanya untuk Semenanjung berkuat kuasa 1 Mei

Kelambu: Selalu tidur dalam bas..

Powered by Blogger.