Archive for April 2008

wang besar pagi itu

Monday, April 28, 2008 · Posted in

WANG BESAR PAGI ITU

-Sam, I kena 4D hari Rabu 2812! RM7000. Ku dapat tips tepat dari SMS 4D TIPS. U cuba hantar sms ON DM ke 39899 sekarang untuk tips hari ni. Makan ku belanja U makan.-
.
.
.
Jangan salah faham. Ada orang [macam orang Indon saja] silap hantar mesej kat aku ok. Dan nama aku bukan Sam.
.
.
-Nama I bukan Sam. Tapi kalau nak bagi seribu ke dua ribu ke orait juga. Hehehe.-

congkak - filem seram yang gagal

Wednesday, April 23, 2008 · Posted in

CONGKAK - FILEM SERAM YANG GAGAL

filem congkak 180408

Malam Sabtu lepas. Punyalah aku berfiil sensasi untuk menghayati sebuah filem seram tempatan. Congkak. Aku bawa sweater agar dingin panggung tidak akan merosakkan sedikit pun mood tontonan aku nanti. Kebetulan cuaca baru lepas hujan. Kabus keluar sedikit-sedikit sekitar lot parkir di Jaya Jusco Bukit Raja, Klang. Ah, begitu fiil.

Tapi lepas tengok filem ni aku tiba-tiba jadi marah. Aku dah mula berkira-kira untuk ban semua filem Ahmad Idham. Sama seperti yang aku buat pada filem Prof. Razak kita.

Sebab?

Sebab babak CGI dalam Congkak yang kelihatan sangat cacat, hodoh dan bodoh.

Nampaknya penangan CGI bodoh dalam filem Impak Maksima bukannya menyedarkan Ahmad Idham malah buatkan dia syok sendiri pula dalam Congkak.

Babak CGI pada akhir filem seperti babak Nanu terapung, hantu congkak terangkat dan power bomoh yang berjaya meretakkan tanah untuk mengebumikan hantu congkak buatkan Congkak sebuah filem seram yang sangat kartun lagi gagal.

Dan ya, satu lagi! Ini filem seram yang penuh lawak. Aku tak tau apa motif perempuan bermisai di hentian bas. Dan apa misterinya hantu congkak itu memanggil Lisa. Sudahnya pada babak Riezman yang begitu risau sebab Nanu terapung diketawakan sesungguh hati oleh penonton pada dialog yang dituturnya.

Dan macamana aku nak terima ini filem seram yang bagus kalau semua penonton bergelak ketawa dan geleng kepala bila habis cerita.

Em, dan filem ini tak seram langsung bagi aku ok. Aku rasa Finas tipu. Haha!

mahu jadi kaya i, ii, iii

Friday, April 04, 2008 · Posted in

MAHU JADI KAYA I

Nama saja aku join skim cari duit ekstra melalui Nuffnang tapi haram aku tak pernah klik iklan kat situ. Tapi ada satu iklan yang menggamit-gamit nubari aku. Ya, iklan mengenai laman web Mudah.com.

Mudah.com macam laman web Lelong dan eBay. Cuma laman web ni lagi mudah dan senang. Tak banyak terma-terma yang peningkan kepala kau. Orang buta IT pun boleh jual barang-barang kat situ. Kau cuma perlu letak detel kau, barang apa nak jual, gambar dan nombor telefon. Tak perlu daftar. Tak perlu isi borang macam buat pinjaman bank. Semua mudah.

Ya, kau boleh jual apa saja. Rumah. Kereta. Rim. Helmet. Akuarium. Set golf. Baju pengantin. Tilam kekabu. Kerja kosong. Mesin basuh. Haha. Kau boleh jual apa saja.

Hmm. Sekarang aku tengah berkira-kira mau jual barang apa.


MAHU JADI KAYA II

Sedang aku survei barang-barang yang best untuk dibeli kalau murah tiba-tiba aku jumpa barang ajaib yang mamat ni nak jual.
mahu jadi kaya IICuba korang tengok harga. RM2000!!

Wohoooo... Serius aku terkejut. Lagi aku terkejut kalau memang ada orang mau beli duit tu dengan harga RM2000. Wohooo!!


MAHU JADI KAYA III

Balik rumah aku bingkas membuka bekas plastik berisi duit dalam lemari [Metod kewangan ni aku panggil 'left pocket'. Nanti aku ajar korang dalam siri yang lain ya].
mahu jadi kaya IIIWahai para peminat duit lama. Apakah kalian berani merebut tawaran hebat ini?! Ya, aku menawarkan:

RM5 - 1 keping.
RM2 - 1 keping.
RM1 - 2 keping. [Ada tandatangan gabenor BNM versi pendek dan panjang]

HARGA SEBENAR RM18,000!! --> harga adalah merujuk pada laman web penjual ringgit di atas.
HARGA SELEPAS DISKAUN = RM1500!!

Ya, ada pasti menyesal kalau tak merebut peluang seumur hidup ini. Satu khazanah negara yang tak ternilai harganya untuk tatapan generasi akan datang.

Hahaha! Emel aku secepat mungkin. Edisi limitasi. Hahaha!

Powered by Blogger.