Archive for 2008

Kisah TUTUT [satu] - Hai, Nama Saya TUTUT

Tuesday, December 30, 2008 · Posted in

Tahun baru. Buku baru.

Tahun baru ini bercahaya! Kali ini bebudak rumah puaka sudah ada anak. Sebenarnya, tak ada siapa yang beranak pun. Lagipun lelaki mana boleh beranak. Dan tak ada makhluk transgender seperti Thomas Beattie di sini. Yang ada cumalah anak kucing. Ya, anak kucing.

Sebelum ni, memang semua berkobar-kobar nak bela kucing. Masing-masing tak nak kalah tunjukkan jiwa penyayang yang terkepil di sanubari. Adalah dua tiga kucing dibawa masuk. Tapi semua ke laut. Kasih sayang menggunung. Tapi sayang, cuba kupeluk tangan tak tergapai. Kucingku lari laju. Ya lah aku faham. Hidup dikongkong siapa yang tahan? Kalau manusia lagikan berpiket. Inikan pula kucing gelandangan. [Boleh tahan juga bermadah pujangga.]

Tapi kali ni mungkin harapan sedikit bersinar. Sebab kucing ini kecil amat. Belum bercerai susu pun. Jadi, ada potensi bertahan lama sebagai warganegara baru rumah puaka.

Ok, kawan-kawan. Lepas ni aku akan cuba buat beberapa liputan khas sepanjang hidup anak kucing ini di sini - warga rumah puaka.

Berjayakah bebudak rumah puaka memberi kasih sayang kepadanya? Apakah nasibnya akan kekal bahagia berpanjangan? Siapakah yang paling disayangi? Siapakah bakal teman err? Opss, sorry.. Tak perasan pulak aku jantan betinanya. Kejap lagi aku tengok anunya.

Oleh sebab aku belum tahu jantan betinanya, jadi secara rasminya aku namakan anak kucing ini sebagai TUTUT.

Muktamad!

Inspirasi Agung Kawan Saya

Wednesday, December 24, 2008 · Posted in

Bad memang perasan hensem. Tak habis-habis dia samakan mukanya dengan Tom Cruise. Padahal aku tengok persamaan Bad dengan Tom Cruise tu rambut saja. Lagi satu, apa cerita Tom Cruise gigi serpih sebab gigit karipap?

Hari tu kami ada projek 'container'. Kena desain sebarang botol. Tak kiralah botol apa. Minyak masak. Minyak wangi. Minyak 4t. Bla bla bla..

Jadi, macam biasalah, designer mestilah kena sketching dulu. Esok kena siapkan 20 desain sebelum En Zin pilih dan prosid. Oh ya, Bad desain botol susu untuk budak.

Esok hari. Masa Bad tunjukkan dia punya drawing, En Zin bantai gelak. Dia panggil En Zizi dan kawan dia sorang tu pun bantai gelak jugak. Memang penuh tanda tanya. Dengan seribu persoalan kami pun pakat usya lukisan agung Bad. Hahahaha. Kami pun bantai gelak juga.

Ada satu botol susu tu Bad lukis sebijik macam bentuk zakar. Dia bagitau kami 'subject matter' botol ialah buluh. Katanya, serius aku tak pernah terfikir pasal zakar. Tapi bila semua gelak barulah aku perasan.

Buluh? Zakar? Hahaha! Hello, seni memang subjektif ok.

Lukisan Agung Pertama Saya

Monday, December 22, 2008 · Posted in

Masa di Johor dulu cakap Kedah aku pekat. Asal ada presentation budak kelas gelak. Asal budak kelas gelak aku ada presentation. Macam tak pernah dengar orang cakap utara. Aku rasa dorang semua ni bengong juga. Aku kata macam ni sebab kawan aku, Zamri ingat aku ni orang Kelantan. Sebelum dia tau Kedah dan Kelantan ni jauh berbeza, selama ni dia ingat siapa saja yang cakap selain cakap KL (Riau Lingga), orang tu ialah budak Kelantan. Memang jahiliah punya pengetahuan. Cet.

Satu hari aku sketch satu produk. Masa tu kami ada projek bungkus telur dalam straw dan baling dari tingkat tiga. Kalau telur pecah, potong markah. Kalau potong markah, kuranglah carry mark.

Lukisan tu aku lukis dengan penuh kasih sayang. Penuh dedikasi. Komited. Profesional. Cekap. Betul. Amanah. [Boleh tambah lain-lain slogan di sini]. Pada pandangan mata aku memang dah cukup tabik dah.

Lepas siap aku tunjuk lukisan tu kat En. Zin dengan hati berbunga ria dan senyum menguntum mekar. Dia tengok dan belek lama lukisan agung aku tu. Dia tanya,

Kau tau lukisan kau macam ape?

Aku geleng kepala penuh teruja. Penuh saspen.

Macam sial!!
.
.
.
Di luar kelas. Aku baling lukisan agung 'sial' tu dengan penuh rasa hiba.

Histeria - Adrenalin Membuak-buak; Cicakman 2 - Sedap Tapi Separuh Masak

Saturday, December 20, 2008 · Posted in

update!!
filem_histeriaSebelum ni aku selalu harap ada pembikin filem tempatan buat filem yang banyak darah. Ala-ala Chainsaw Massacre dan Saw. Tapi, perlu ditegaskan di sini bahawa melihat filem penuh aksi kelar, putus dan darah bersembur itu tidaklah bermakna aku seorang kriminal ok.

Malangnya, selepas Misteri Rumah Tua, tak ada lagi filem seram tempatan yang betul-betul memuaskan nafsu darah aku. Oh ya, ketika ini aku menaip sambil minum sirap dan jilat bibir.

Tapi, kali ni Histeria muncul. Dengan sempurna. Ini filem seram ganas. Dia punya hantu raya memang tarak ampun punya. Sikit-sikit bunuh. Memang pembunuh profesional. Perlu diingatkan, hantu raya ni membunuh bukanlah dengan penuh kasih sayang, tapi semua mangsa [kecuali Liyana Jasmay dan Ainul Aishah] dibunuh tanpa menghiraukan perasaan pihak PIBG dan juga sentimen masyarakat langsung.

Darah merecik. Tubuh dicakar-cakar. Serius sadis. Serius terkejut. Serius kasihan. Semuanya bersatu padu menyerbu sanubari ini tatkala melihat gadis-gadis cantik sering menjadi mangsa ketidakpuasan hantu-hantu seluruh dunia. Seolah kecantikan itu satu dosa.

Sudah. Aku Merepek.

Bagi aku. Histeria sangat bagus. Seribu kali bagus dari Jangan Pandang Belakang. Walaupun aku harap ada banyak twist dalam filem ni, tapi setiap plot dalam Histeria [yang sudah dapat diteka] ini tetap mampu buatkan kau melekat di kerusi panggung dan cuba tidak ke tandas biarpun kau rasa nak kencing.

Cerita yang bagus buatkan kau akan rasa durasi filem sangat sekejap. Tiba-tiba eh, dah habis? Kesimpulannya, aku menggesa kaki-kaki wayang ataupun apa saja kaki supaya turun menonton filem ni. Biarlah laris. Nanti James Lee kaya dia boleh buat filem yang lagi ganas dan lagi bagus. Mungkin lepas ni dia akan keluarkan pula hantu galah, pocong atau apa jadah hantu lagi yang lebih brutal dan semuanya boleh makan orang.

Ok. Bawa bertenang. Selamat menonton. Empat setengah bintang!

*Sampai hati hantu raya bunuh Scha.
.
.
.
.
.

CICAKMAN 2 - SEDAP TAPI SEPARUH MASAK [19 Dis. 2008]

filem_cicakman2Pertama. Bandar Metrofulus dalam Cicakman 2 nampak sungguh hidup. Macam Batman dengan Gotham City, begitulah Bandar Metrofulus dengan Cicakman. Original. Memang tak sama langsung. Ini yang buat aku suka. Kalau aku kanak-kanak, aku dah boleh mimpi tinggal di Metrofulus dengan memakai kostum Cicakman.


Kedua. Yusri kata, jangan bandingkan Cicakman dengan produk luar. Masalahnya, apa cerita Cicakman ada serupa sama itu Spiderman dan Batman?

Ketiga. Serius aku rasa kacau dengan CGI dan aksi stunt zaman Gaban dalam filem ni. Bagi aku, Cicakman 2 patut kurangkan efek CGI yang melibatkan aksi lawan-lawan. Sepatutnya lebihkan aksi real stunt saja. Cukuplah dengan Cicakman beraksi supersonik dan panjat bangunan, termasuk aura tuju-tuju api Ginger Boys. Tak payahlah susah-susah suruh Cicakman jadi Spiderman. Ataupun guna efek bullet time ala Matrix keterlaluan. Aku rasa, lagi bagus Yusry belajar aksi lawan-lawan Pendekar Kundur atau Pendekar Mata Satu. Ataupun aksi terjun berani mati macam Jackie Chan.

Keempat. Yusri nampak gigih untuk jadikan naratif Cicakman 2 kali ini sedikit kompleks. Ada beberapa unsur satira politik dan agama dalam filem ni. Bagus. Tapi aku rasa Yusri macam gopoh, longgokkan semuanya. Sudahnya, naratif dan plot dalam Cicakman 2 jadi separuh masak. Sampai aku cakap, gimme more, gimme more.

Kesimpulan.
Menonton Cicakman 2 tak adalah sampai tahap kau rasa nak baling kerusi macam dalam insiden mesyuarat bahagian Umno mana entah. Aku respek dengan Yusri sebab filemnya kali ni nampak dia macam rajin, walaupun gagal memenuhi piawaian superhero aku.

Sebagai seorang yang pernah berangan nak jadi Masked Rider Black masa kanak-kanak dulu, ini pesan aku kat Yusry, apa yang membuatkan superhero tu berbeza dengan orang lain ialah bukan sekadar kuasa magis yang dimiliki, tapi attitude dan nilai kental yang dipegangnya.

Elemen inilah yang akan buat penonton (kanak-kanak) akan rasa sayang gila dengan superhero tu. Dan rasa sangat tak puas hati kalau superhero tu mati. Dan juga rasa nak jadi penyelamat dunia menewaskan kejahatan. Mahu tak mahu, imaginatif sesebuah filem superhero sepatutnya macam tu.

Naratif filem superhero juga jelas. Ada protoganis dan antagonis. Hitam dan putih. Kebaikan melawan kejahatan. Namun, selagi filem tu tak buatkan aku rasa nak jadi superhero [dalam kotak imaginasi kanak-kanak] masa keluar panggung, ia sebuah filem superhero yang gagal bagi aku.

Aku bagi 3 suku bintang [kedekut]. :P

cinta hati khurafat saya

Wednesday, December 17, 2008 · Posted in

CINTA HATI KHURAFAT SAYA

Antara hobi aku ialah baca horoskop. Walaupun aku rasa orang yang tulis horoskop tu reka-reka sendiri sesuka jiwa dia, tapi entah apa neraka aku mesti mau baca horoskop bila nampak ramalan-ramalan khurafat tu.

-When Leo and Sagittarius join together in a love match, the result is often fireworks!-
.
.
Hello.
Tapi tak adalah sampai aku beli majalah Remaja atau paper The Star semata-mata nak baca horoskop ok.
.
.
Err.. Ada awek Leo baca blog ni tak?

sesekali lawak itu perlu kita raikan, malaysian football

Monday, December 15, 2008 · Posted in ,

SESEKALI LAWAK ITU PERLU KITA RAIKAN

Aku balik kampung. Bercuti sekejap. Penuhi undangan perkahwinan.

Biasalahkan lelaki. Kalau kau bujang dan ada kawan kau kawin, ucapan berunsur seksual memang sedap dikenakan kepada si jejaka yang masih bujang. Macam satu eskapisme. Lawak seksual menjadi bertambah sensual bila kawan bujang kau tu terkulat-kulat tak boleh nak buat serangan balas. Senyum dah tak berapa nak senyum. Sadis.

Jeli panas. Kapal terbang mendarat. Singapura dilanggar todak. Tiga hari bercuti tepi pantai tapi langsung tak sempat mandi pantai.

Perghhh.. Sadis weh..

Apakah kau tertekan? Atau mengalami kemurungan? Oh tidak.. Cuma muka kau biru sekejap sebelum keadaan pulih seperti biasa.
.
.
.
p/s: Selamat pengantin baru Hazman & Intan


MALAYSIAN
FOOTBALL

Lagi senang kau teka judi di Genting berbanding kau teka bola sepak Malaysia. Kalau panggil Arsene Wenger jadi coach pun belum tentu dapat dia dapat jawab teka teki dalam bola sepak Malaysia. Tahap nangis. Memang susah difahami. Status bola sepak Malaysia bukan lagi 'domestic partnership'. Tapi 'it's complicated'. Ataupun 'divorce'. Susah.

Mungkin bola sepak Malaysia ada buat dosa dengan entah siapa-siapa sampai kena sumpahan tahap infiniti.

Sebab tu aku rasa Malaysia ni patut buat liga tertutup saja. Tak payah wujudkan pasukan kebangsaan pun. Tapi liga tertutup tu mesti kaw kaw punya top. Macam liga American Football. Ataupun NBA basketball. Highlight mesti tak ingat punya. Angkat pemain macam selebriti dan bayar cecah juta-juta. Cara ini akan merancakkan pertumbuhan ekonomi dalam negara.

Peduli apa orang cakap syok sendiri!

kerana kekasih hamba turutkan

Wednesday, December 10, 2008 · Posted in

KERANA KEKASIH HAMBA TURUTKAN

Berita antarabangsa. Seorang mamat di New Zealand menang loteri RM15 juta! Itupun sebab tak tahan dengar bini dia pot pet pot pet suruh dia beli loteri. Beli punya beli tup tup menang first prize. Wow! RM15 juta. Bukan 15 ringgit ok.

Aku rasa kes ni mustahil ada di Malaysia. Mungkin bini kau seorang yang sewel kalau dia tiba-tiba bersungguh suruh kau berjudi di Genting atau beli Sport Toto atau Magnum untuk jadi cepat kaya. Lagipun berjudi itu haram dan hidup kau takkan tenang sebab asyik terfikir-fikir kejahatan yang satu itu [tapi kau masih boleh berjudi jika kau seorang yang tak kisah berbuat dosa.]

Di Malaysia, kalau ada pun yang kita dengar ialah kes bini berleter suruh laki beli barang kemas, perabot atau pergi bercuti. Tambah teruk lagi bila si laki dah tension sangat mendengar si bini berleter mulalah naik kaki dan tangan. Sudahnya kes dera.

Haru.

Apapun, setakat ni di Malaysia belum ada lagi berita orang main Sport Toto menang RM15 juta. Kalau ada pun mungkin tak disiarkan. Itu dah kira kes hasutan tu. Menghasut orang berjudi. Marabahaya.. Marabahaya..


Baca-baca:

- Nagging wife, sausage help man win $4.2M lottery

- Dera isteri - Sayang bertukar benci

antoo fighter- geng hero tak berapa nak hero

Thursday, December 04, 2008 · Posted in

ANTOO FIGHTER - GENG HERO TAK BERAPA NAK HERO

antoo_fighterSebagai penonton biasa, sesebuah filem itu boleh dikatakan mantap sekiranya ia bergerak dan 'kena' dengan genre yang hendak dipersembahkan. Kalau filem seram, kenalah seram betul-betul. Kalau filem cinta, biarlah sampai aku hiba. Kalau filem perang biarlah sampai aku keluar panggung rasa macam nak jadi askar. Kalau filem lawak, biarlah sampai aku gelak tak ingat punya. Senang.

Semalam. Aku tengok Antoo Fighter (AF). Secara personalnya, AF ialah filem aksi CGI yang tak berapa nak menjadi. Serba tak kena. Sampai satu tahap, aku naik rimas. Serius wei.

Secara klisenya, naratif filem-filem macam Antoo Fighter ni sama saja. Ada geng baik. Ada geng jahat. Ada aksi-aksi kejar-lawan-letup. Mula-mula geng baik kalah. Kemudian, geng baik ni balik bincang-bincang dan berlatih secukup rasa, maka akhirnya, geng baik pun berjaya mengalahkan geng jahat di hujung cerita. Mudah sajakan. Hollywood pun pakai resepi yang sama. Filem hero berkumpulan memang kena macam ni. Tak boleh twist-twist sangat. Sebabnya, sasaran penonton utama ialah budak-budak. Apa jadah budak-budak nak tengok cerita serius? Baik diorang balik rumah saja belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Jadi, filem jenis macam ni aku sangat berharap dapat menonton aksi-aksi serba mengetarkan, gajet super special, awek cun dan seksi, geng jahat yang brutal lagi kuat.

Oke. Mungkin orang samakan filem ni dengan Ghostbuster. Tapi bagi aku, rancangan paling sesuai sebagai penanda aras untuk AF ialah siri hero 5 keluaran Jepun. Contoh: Power Rangers. Maskman. Flashman.

Ulasan ringkas aku. Aku tak suka AF sebab pembinaan karakter dalam geng baik dan geng jahatnya teruk gila. Karakter dalam AF longgar+separuh masuk+ tak siap+gelabah anak ayam+entah apa-apa+lawak tak jadi = TERUK.

Gajet-gajet menangkap hantunya tak special langsung. Aku tengok AF tanpa perasaan apa-apa dengan dahi penuh kerut. Tak rasa apa-apa. Ya, aku tak terasa ternanti-nanti pun kemunculan geng AF ni untuk menyelamat dunia daripada setan.

Kalau aku budak kecik, aku masih boleh sukakan Cicakman tapi untuk suka kepada AF, ya ampunnn...

Dengan ini aku isytiharkan Antoo Fighter adalah lebih teruk daripada semua man-man Jepun berlima. Sekian, terima kasih.

schap/s: untuk Antoo Fighter aku bagi 2 bintang tapi untuk Scha aku bagi 6 bintang! Muktamad! Heh..

bukan perkara nombor wahid sebenarnya

Monday, December 01, 2008 · Posted in

BUKAN PERKARA NOMBOR WAHID SEBENARNYA

Tipulah kalau golongan marhaen macam aku ni kata duit sudah jatuh nombor dua. Atau nombor empat. Duit perkara nombor wahid! Hidup seharian kalau tak fikir duit memang tak sah. Macamana nak banyak duit? Macamana nak jimat duit? Macamana nak beranakkan duit? Bila nak dapat duit? Apasal duit menteri tu banyak sangat tapi buat kerja macam haremm? Kenapa orang banyak duit kedekut? Semuanya. Duit. Duit. Duit.

Itu perkara satu.

Bila duit tak berapa nak mantap. Atau kau belum masuk golongan 'duit-banyak-sangat-sampai-tak-tahu-nak-buat-apa'. Maka, perancangan rutin seharian mesti solid. Makan mewah sebulan sekali. Pakai tayar sampai keluar dawai. Sabun mandi tunggu nipis sampai tak berbuih. Berus gigi guna sampai terkeluar berus. Ubat gigi mesti kempis. Makan tak tetap papan perut. Bila minyak naik, indeks caci maki melonjak naik bercampur-campur. Bila sampai hujung bulan, hati berdebar-debar. Tunggu duit masuk wehh.. Memang sadis. Betul, golongan marhaen perancangan rutin seharian mesti solid!

Itu perkara dua.

Kalaulah ada mesin ajaib. Mahu saja aku minta dunia tanpa duit. Kembali ke sistem barter. Tukar menukar dengan apa saja yang kau ada. Supaya orang macam aku tak perlu risau dan berkeluh kesah. Bila ada sistem barter, kau akan berusaha mewujudkan sesuatu supaya ia boleh ditukarkan. Apa yang kau hasilkan atau apa yang kau ada sekarang itulah apa yang kau dapat. Sistem sekarang terbalik. Apa yang kau hasilkan belum tentu apa yang kau dapat.

Oke oke. Itu perkara tiga. Eh, bukan. Itu perkara merepek! Boleh buat kerja masing-masing sekarang.

sentap lain macam

Thursday, November 27, 2008 · Posted in

SENTAP LAIN MACAM
horatioKawan-kawan. Aku agak sibuk. Aku tengah cuba selesaikan misteri tembakan curi ke atas Horatio.

Menurut analisis, tembakan datang dari arah hadapan. Sentakan akibat tembakan peluru tersebut menunjukkan sasaran tembakan sekitar bahagian kiri tubuh. Kena jantungkah? Perutkah? Mata kirikah? Telinga kirikah? Atau ketiak kiri? Atau Horatio cuma berlakon di dalam lakonan? Mungkin juga peluru kena kad kuasa? Atau pun spek hitam menjadi penyelamat?

Perghh, memang sentap!

.
.
kawan horatio- seorang penyiasat sedang meninjau bukti-bukti
yang boleh dikaitkan dengan kes tembakan
Horatio di bukan tempat kejadian -
.
.
"The evidence, as always, will speak for itself." - Horatio

mimpi yang sempurna

Tuesday, November 25, 2008 · Posted in

MIMPI YANG SEMPURNA

Aku bermimpi cemas tapi best. Action pack tahap unggul. Penuh darah. Saspens. Suka. Duka. Efek khas. Melodrama. Awek cun. Dan bagai lagi. Ya, itu antara mimpi aku yang bertaraf lima bintang dan paling sempurna selain mimpi basah yang selalunya anti klimaks.

Entah kuasa apa sehingga aku sanggup bangun, kemamaian dan menekan bebutang henfon semata-mata untuk menulis poin-poin penting yang pastinya membantu aku untuk mengingati mimpi serba sempurna itu.

Kalau tukar mimpi ni buat novel atau skrip muvi, mahunya jut-jut jugak pendapatan aku, fikir aku seraya tidur semula.

Dan bila siang. Selepas bangun mencuci muka dan membuang tahi mata dengan wajah penuh bercahaya.
.
.

-Mentadak. Prnt. Die.-
.
.

Tiba-tiba aku rasa macam nak baling henfon ke bucu dinding.

tag - saya macam-macam

Sunday, November 23, 2008 · Posted in

TAG - SAYA MACAM-MACAM

Amyz ingin tahu dengan lebih rinci siapakah Kelambu itu? Oke. Guwe cuba jawab dengan ringkas dan pantas ye..

1. Umur tahun depan --> 28
2. Destinasi jelajah --> turkiye.
3. Tempat kegemaran --> kedai makan, sinema, tempat kesenian dan tempat bersejarah.
4. Makanan kegemaran --> makanan halal
5. Haiwan kegemaran --> armadillo, platypus, monyet marmoset, harimau kumbang Shinjuku.
6. Kombinasi kaler kegemaran --> hitam dan putih
7. Pakaian kegemaran --> t-shirt dan jeans
8. Lagu kegemaran sepanjang zaman --> lagu dari kumpulan el-Suraya :P
9. Rancangan tivi --> cerita Omputeh dan Melayu cambest, rancangan binatang, sejarah dan sukan.
10. Kata nama pertama seseorang yang menghancurkan --> siti
11. Tempat tinggal terkini --> pinggir bandar Shah Alam.
12. Nama pendek --> lan, an, kelambu.
13. Kerja pertama --> kemas bilik hotel (housekeeping).
14. Kerja impian --> ahli paleotologi
15. Perangai buruk --> sehatayam
16. Perkara menakutkan --> lemas
17. Benda nak buat sebelum mati --> benda kebaikan.. :P
18. Benda pertama nak beli bila dapat 1 juta --> satu blok apartment
19. Isteri --> isteri bukan hak milik tapi anugerah.. :P


Ainun pula tanya apa yang pelik tentang kelambu? Oke. Guwe cuba jawab dengan ringkas dan pantas ye..

1. Penghidap palmar hyperhydrosis.
2. Berkuku merah tapi tiada masalah jantung.
3. Suka balut buku dengan plastik.
4. Geli leher.
5. Praktis tinju di dalam toilet.
6. Gigit tepi jari telunjuk kiri sehingga lebam.
7. Tak suka angin kipas.
8. Tidur pegang leher [sindrom ini dipanggil leherichna].
9. Kadang-kadang bila hepi mesti tarik leher baju.
10. Hensem [yang last ni tak dapat nak elak]

hari ini saya jadi raja

Friday, November 21, 2008 · Posted in

HARI INI SAYA JADI RAJA

Cuti tak berapa nak konsisten ni memang susah. Tak habis-habis asyik layan blues saja. Bangun tengah hari. Buka dompet tapi duit tinggal 2-3 helai saja. Memang hiba. Terus bersiap lebih kurang. Ajak SoFa (Soldadu Faqeer) keluar. Mau cari atm. Kasi keluar 2-3 ribu barulah hati senang sikit.

Hari mendung. Bosan. Layan sinema pun orait juga ni. Turun Cineleisure, parking, naik tingkat tiga, pergi kaunter tiket dan bayar. Brader tiket tu senyum-senyum penuh makna. Nasib baik hati tengah hepi. Kalau tak memang musnah.

Masalahnya, apa cerita dalam hall 5 ni aku sorang saja tengok wayang!? Memang macam raja..

tabik untuk sifu

Thursday, November 20, 2008 · Posted in

TABIK UNTUK SIFU

-Lan. Teh dah mati.-

Aku dapat mesej dari Ayie.

Mr Teh, supervisor aku masa praktikal dulu. Punca kematian sebab pendarahan otak. Masa aku praktikal dulu pun dia kerap mc. Sakit misteri Reghu cakap.

Terbayang-bayang aku muka Mr Teh yang putih pucat dan tersenyum bagi nasihat masa hari terakhir aku kat Kilang Besi Singa dulu. Suara mendiang terngiang-ngiang.

Teh tarik yang aku minum tiba-tiba jadi payau. Jiwa aku sentap.

Rest In Peace sifu!

i. Teh Dalam Kenangan 1
ii. Teh Dalam Kenangan 2
iii. Teh Dalam Kenangan 3

sakit [sembilan] - keronyok

Wednesday, November 19, 2008 · Posted in

SAKIT [SEMBILAN] - KERONYOK

Hati itu kertas. Asalnya kosong. Kemudiannya ditulis. Dilukis. Diconteng-conteng. Apabila kertas sudah penuh. Tulisan atau lukisannya mungkin dipadam. Ditulis dan dilukis semula. Kalau hujan itu sinonim dengan air mata. Maka sinonim hati itu kertas.

Satu hari kawan aku frust. Aku jumpa gambar awek dia dikeronyok. Mungkin gambar tu macam hati dia juga. Dikeronyok-keronyok, remuk dan dicampak. Jadi aku tolong kutip. Dan aku buang dalam tong sampah.

inilah namanya ringan sama dijinjing

Monday, November 17, 2008 · Posted in ,

INILAH NAMANYA RINGAN SAMA DIJINJING

SATU


Malam minggu. Selalunya malam-malam minggu ni brader-brader apatmen aku suka melepak kat bangsal depan sana sampai ke pagi buta. Kadang-kadang tu bukan setakat malam minggu, malam hari-hari biasa pun selalu juga. Asal aku balik kerja malam mesti jumpa diorang. Confuse juga. Tak ingat anak bini ke apa diorang ni? Takpa takpa. Prasangka baik.

Tapi malam minggu lepas, entah apa bencana tiga orang brader kerumun bawah tangga rumah kami. Siap bakar-bakar surat khabar. Upacara ritual apakah ini? Getus aku.


DUA

Ya. Diorang lancarkan Ops Tangjing (Operasi Tangkap Anjing). Apatmen kami diserang anjing. Tak banyak pun. Seekor saja. Warna hitam. Dulu kami tak peduli sangat pun anjing ni. Asal sergah saja larilah. Tapi resam anjing, masa kecil menjadi comel, masa besar menjadi ganas.

Jadi, brader-brader ni hambat anjing tu sampai terperosok ke bawah tangga. Diorang ambil kotak dengan misi mau menyumbat anjing masuk ke dalam, tapi kotak pula tersekat betul-betul di ruang sempit tangga. Sudahnya, diorang terpaksa bakar surat khabar dan campak ke bawah tangga dengan harapan anjing tu takut dan akhirnya masuk ke dalam kotak.
.
.

"Bang, nak hantar pegi mana anjing ni, bang?"

"Kita hantar pegi Australia."


TIGA

Pembakaran pertama. Campak. Tak ada respon langsung. Gila kental anjing bawah tu. Tarak goyang punya. Oke. Pembakaran kedua. Campak.

Tuss.. Oukk ouk ouk..

Surat khabar berapi jatuh betul-betul atas badan anjing. Aku, brader Syam dan kawan dia cabut pergi court badminton, tinggal brader J sorang-sorang.

Masalahnya, apa cerita brader Syam badan macam badang tapi lari lintang pukang?


EMPAT

Lepas puas gelak terkekek-kekek, aku, brader Syam dan kawan dia patah balik. Tengok usaha gigih brader J.
.
.
"Hoi hoi. Dia dah masuk. Korang standby!"

"Standby apa bang? Standby nak lari ke?"
.
.
Tuss..

Kepala aku kena baling surat khabar. Nasib baik tak ada api. Hehe.


LIMA

Akhirnya, anjing tersebut berjaya dimasukkan ke dalam kotak dan siap disolatepkan. Sekarang, tugas brader Syam hantar anjing tu ke Australia pula. 'Ops Tangjing' apatmen Flora selesai.

sakit [lapan] - garfu

Sunday, November 09, 2008 · Posted in

SAKIT [LAPAN] - GARFU

Masa adik perempuan aku kecil dulu lebih kurang umur 5 tahun, dia tengok cerita P. Ramlee, 'Ibu Mertua-ku'.

Mungkin sebab terlalu fiil, air mata dia meleleh-leleh masa babak Kassim Selamat cucuk mata dengan garfu.

Malangnya aksi spontannya tu aku perasan dan aku bantai gelak tak ingat dunia. Dengan girangnya aku terus cari mak aku dan bagitau aksi tangkap leleh adik.

Aku ingat mak nak tumpang gelak tapi dia marah-marah adik dan suruh tutup tivi. Kesian pula aku tengok dia meraung-raung hiba.

Masalahnya, sampai sekarang pun aku tak tau apa yang fiil sangat babak tu sampai adik tangkap leleh.

dia, kawan aku yang misterius

Friday, November 07, 2008 · Posted in

DIA, KAWAN AKU YANG MISTERIUS

Aku ada kawan nama Sani. Tapi kami gelarkan dia, Sani da SBDS. Dan SBDS tu singkatan pada 'Siri Bercakap Dengan Sani'.

Sebabnya, Sani ni suka sangat bercerita pasal hantu dan hal-hal paranormal. Dia punya cerita hantu macam-macam. Kiranya tahap dia ni bawah Tamar Jalis saja. Kalau bersembang dan terbuka cerita pasal hantu silap-silap 5-6 jam belum tentu lagi setel. Nak jaga hati kawan punya pasal, melangut jugalah kami tadah telinga layan cerita Sani. Itu pun tak habis-habis. Memang telenovela tahap cedera parah.

Gelaran SBDS ni pun ada kena mengena dengan kemisteriannya. Masa aku belajar dan serumah dengan Sani dulu, dia pernah seminggu tak jumpa siang [maraton ponteng kelas]. Sebabnya, dia tidur selepas Subuh dan masuk Maghrib baru terjaga. Macam lagu nenek-nenek si bongkok tua. Siang mengantuk malam berjaga. Gila punya lama dia tidur.

Satu hari tu, lepas bangun dari tidur dan lepas basuh muka, Sani tiba-tiba terjelepuk jatuh. Pitam. Kitorang memang dah mula menggelabah. Apakah Sani diserang strok? Apakah dia diserang penyakit kardiovaskular? Tapi gelabah kami tak lama sebab tak sampai dua minit Sani dah melompat bangun semula. Betul-betul macam orang terkejut selepas baru kembali dari alam bunian.

Masa tu jangan cakaplah betapa meremangnya bulu roma kami. Dada dah dup dap dup dap. Muka masing-masing dah kuning. Dan dengan mata berurat dan suara serak Sani cakap,

"Aku dah kena buatan orang."

Dunia tiba-tiba menjadi sunyi..

maskara shorties - siapa punya kerepek bawang sedap malam itu

Monday, November 03, 2008 · Posted in ,

MASKARA SHORTIES - SIAPA PUNYA KEREPEK BAWANG SEDAP MALAM ITU

gambar ihsan Basrie

Orang ramai berpusu-pusu. Maskara kali ini betul-betul pecah panggung. Cawan pakai buang habis begitu saja. Aku cuma sempat layan kerepek bawang sedap atas meja.

Nak jumpa otai-otai blogger pun tak sempat. Kena balik ofis semula. Oklah, boleh cakap aku Bangla sebab kerja hari minggu.

Keseluruhan, muvi-muvi pendek yang ditayang best. Cuma aku rasa durasi babak bagi sesetengah muvi tu panjang sangat. Ada babak yang tak perlu dan patut dipotong. Sepatutnya transisi setiap babak untuk muvi pendek kena bergerak pantas. Sebabnya, audien akan mula keluh kesah dan tak senang duduk sebab kualiti audio dan visual perlukan lebih konsentrasi.

Kesimpulannya, Maskara kali pertama aku pergi ni berada pada tahap memuaskan dan kalau ada lagi dan ada masa memang serius aku datang lagi.

Eii Yaa Eii Yaa Humchaa!! Haha!

tazkirah minggu ini [2] - kalau pahala itu bonus point

Thursday, October 30, 2008 · Posted in

TAZKIRAH MINGGU INI [2] - KALAU PAHALA ITU BONUS POINT

Satu malam aku jumpa En. Ijat. Dia tanya aku, "Kau takut mati tak?"

Aku jawab, "Takut."

"Sebab apa takut?" Tanya dia lagi.

"Sebab amalan tak cukup," jawab aku lagi.

"Macamana nak cukup. Dah kau kira amalan kau macam bonus point. Kalau macam tu tak adillah bagi orang yang mati muda. Confirm pahala diorang sikit daripada orang tua yang dah kumpul banyak pahala."

Aku garu-garu kepala.

tag - macam-macam saya

Wednesday, October 29, 2008 · Posted in

TAG - MACAM-MACAM SAYA

Tulis blog mesti istiqamah. Komited. Konsisten. Ketika minda terbelenggu, terfikir-fikir entri apa untuk ditulis, tag daripada cik Famia memang boleh dibuat entri. Biasalah blogger pun macam selebriti. Peminat pun nak tahu juga personaliti kita. Siapakah? Apakah? Kahkahkah? Tapi serius gila punya panjang tag ni.

Nama --> Kelambu
Sister --> 1
Brothers --> 2
Shoe size --> M
Height --> M
Where do you live --> Subang U5
Have you ever been on a plane --> Sekali
Swam in the ocean --> Pernah. Menyelam di pinggir pantai.
Fallen asleep at school --> Tak pernah. Terlelap saja.
Broken someone’s heart --> Pernah. Kot.
Fell off your chair --> Pernah. Masa sekolah.
Sat by the phone all night waiting for someone to call --> Gila ka apa?
Saved e-mails --> Ada. Save mesej forward, mesej bisnes cepat kaya [tapi haram tak buka], mesej statistik blog [haram tak buka juga].
What is your room like --> PC dengan monitor CRT [LCD sudah arwah], rak buku, almari kain koyak [kualiti kain bodoh], drawer, tilam gulung Siam yang best, bendera Malaysia sebagai langsir.
What’s right beside you --> Kipas. Ditala menghala dinding. Angin akan tempias sepoi-sepoi bahasa saja [gear 1 kipas macam helikopter]
What is the last thing you ate --> popia dan keropok lekor.

Ever had…
Chicken pox --> Pernah.
Sore throat --> Pernah. Telan makanan sakit amat.
Stitches --> Kat hidung sebab kena chicken pox. :P
Broken nose --> Tak ada. Hidung tak mancung pipi tak sorong.
Do you believe in love at first sight --> Yup. Banyak kali. Lelaki memang selalu in love at 1st sight banyak kali. Haha.
Like picnics --> Suka! Suka!

Who was/were…
The last person you danced with --> Menari joget masa annual dinner kat ofis lama dengan skandal cinta lokasi. Haha!
Last made you smile --> Kucing gemuk atas bumbung tak boleh turun di restoren Noor Hakim, Seksyen 3, Shah Alam.
You last yelled at --> Politikus Malaysia.

Today did you talk to someone you like --> Ya. Adik saya.
Kissed anyone --> Apakah? :P
Get sick --> Macam-macam.
Talk to an ex --> Tak ada.
Miss someone --> Banyakkkkk.. :P
Who do you really hate --> Politikus Malaysia dan pembikin filem bodoh.
Do you like your hand-writing --> Yup! Penuh seni.
Are your toe nails painted --> Dah memang original red nails.
Whose bed other than yours would you rather sleep in --> Katil rumah sendiri di Kedah.
What color shirt are you wearing now --> Putih.
Are you a friendly person --> Tak. Sombong.
Do you have any pets --> Armadillo. Painted in my shirt.
Do you sleep with the TV on --> Kadang-kadang.
What are you doing right now --> Memikirkan apa yang Pak Lah tengah fikir.
Can you handle the truth --> Kejujuran kadangkala menakutkan [kata Faisal Tehrani, Cinta Hari-Hari Rusuhan]
Are you closer to your mother or father --> Secara fizikal, mother. Secara metafizik, father.
Do you eat healthy --> Saya memang mengira jumlah kalori setiap kali mengambil makanan.. :P
Do you still have pictures of you & your ex --> Hardcopy - buang. Softcopy - delete. Mindcopy [siapa yang tahu] :P
If you’re having a bad day, who are you most likely to go to --> Lepak minum sorang-sorang.
Are you loud or quiet most of the time --> Saya tak hot saya kool.
Are you confident --> Tengok situasi.

5 things I was doing 10 years ago
Form 5.
- Terima gangguan seksual daripada sorang kawan.
- Tumbuk dan terajang kawan yang buat gangguan seksual [garang tak?].
- Ambil SPM dengan hensem dan dapat result tak berapa nak hensem.
- Kerja part time jaga exam bebudak UUM.
- Ambil lesen motor 3 kali baru pass [JPJ is funny].
- Ambil lesen kereta 1 kali terus pass.
- Dapat Suzuki Rongak [masa ni Suzuki hensem lagi]

5 things I would do if I were a billionaire
- Beli rumah, kereta, superbike.
- Tunaikan impian emas famili dan kawan-kawan.
- Beli benda-benda yang rasa nak beli seperti yogurt, daging kanggaru, buku-buku, pc berkuasa tinggi, gajet elektronik.
- Pergi umrah, haji, Turki, USA, Perancis, England, Jepun, negara-negara komunis dan tempat bersejarah seluruh dunia.
- Beri bailout kepada golongan-golongan marhaen untuk merangsang pertumbuhan ekonomi [hati sikit punya mulia].

5 of my bad habits
- Semangat hangat-hangat taik ayam atau akronimnya 'sehatayam'.
- Bab-bab jalan memang fail. Sindrom ni kita panggil 'mapholoses' [perasaan lupa mengingati jalan].
- Terlalu fikirkan negara. Sindrom ini digelar 'negraconserno' [perasaan gundah setiap kali memikirkan tanah air].
- Keluh kesah. Ini kita panggil gejala 'kesashiway' [sejenis komplikasi jiwa dan minda yang berlaku secara tiba-tiba].

5 places I’ve lived/living
- Taman Sri Negeri, Alor Star.
- Flora 2, Subang.
- Shah Alam.

5+1 people I tag
- Anonymous

ucapan sadis yang bisaku terima

Sunday, October 26, 2008 · Posted in ,

UCAPAN SADIS YANG BISAKU TERIMA

"Cuti ni tak pegi Batu Caves ke?"

Biasalah. Itu semua dialog tipikal di kalangan etnik Melayu Malaysia. Kalau yang sadis sikit, setiap kali lalu sebelah kuil atau tokong maka keluarlah dialog ni,

"Beb, kau tak semayang lagi kan? Hah, apa lagi.."

Kalau masuk hari Thaipusam.

"Kau tak pegi pecah kelapa ke hari ni?"

Kalau masuk hari Krismas.

"Kau pegi church mana hari ni?"

Agak sadis lawak macam tu kan? Iman memang bengkok. Haha! Ya, itu semua dialog tipikal di kalangan etnik Melayu Malaysia. Tapi aku tak tahulah pula kalau orang Cina atau India pun buat lawak macam tu jugak. Contohnya setiap kali tiba Aidilfitri, "Lingam, kau raya masjid mana hari ni?"

Kalau dialog-dialog lawak ni diterjemahkan secara harfiah memang ada unsur perkauman dan boleh dikategorikan sebagai menghina agama.

Kalau diterjemahkan sebaliknya, semua itu menunjukkan betapa muhibahnya kita. Negara yang Tuhan takdirkan pelbagai bangsa, agama, bahasa dan budaya. Kalau kita hidup dikelilingi ideologi rasis, maka rasislah kita.

Apa pun, Happy Deepavali! Orang Malaysia memang suka kalau dapat cuti! Haha!

tazkirah minggu ini

Friday, October 24, 2008 · Posted in

TAZKIRAH MINGGU INI

Aku pernah dengar ada satu cerita pasal Rasulullah. Lebih kurang macam ni. Sahabat nabi jumpa Rasulullah dan bertanya, kalau ada dua orang datang. Satu nak minta sedekah dan satu nak minta pinjam. Mana patut diutamakan?

Nabi jawab, orang yang minta pinjam.

Sahabat tanya, sebab apa?

Nabi jawab, sebab orang minta sedekah memang kerja dia minta sedekah. Tapi orang minta pinjam sebab dia betul-betul nakkan sesuatu.

sakit [tujuh] - inikah namanya kecewa

Wednesday, October 22, 2008 · Posted in

SAKIT [TUJUH] - INIKAH NAMANYA KECEWA?

Hari itu. Dunia tiba-tiba bertukar menjadi black and white. Matahari sudah tidak mahu menjadi payung. Hujan sudah tidak mahu menjadi salji. Angin sudah tidak mahu menjadi posmen. Bintang sudah tidak mahu menjadi peguam bela. Bulan sudah tidak mahu menjadi lampu.

Hari itu. Adalah pengakhiran tiga tahun yang bodoh. Lagi sia-sia. Aku rasa loser. Rasa bangang. Rasa sangat tidak hensem.

Di bilik air. Aku bertinggung, termenung di atas mangkuk jamban. Ya, tiga tahun yang bodoh. Ratib aku berulang kali. Bagaikan penagih terlebih morfin.

Radius otak yang tidak stabil dan pelapik mangkuk jamban yang licin, sudahnya aku tergelincir dan tertonggeng jatuh menghempap sinki seramik.

"Tuhan, apakah ini namanya frust menonggeng?" ujar aku dalam hati.

kita pun ada cerita perang

Monday, October 20, 2008 · Posted in

KITA PUN ADA CERITA PERANG

Sejarah boleh disembunyikan. Boleh juga digembar-gembur. Diekploitasi atas nama nasionalisme kononnya. Mungkin juga atas nama individualistik dan sentimen sempit semata. Tapi persepsi manusia mengenainya mana boleh dipaksa-paksa.

Dari arkib Prof. Wikipedia:

She chose to join PKMM because she believed it was more dedicated to the
struggle for Malaya's independence; UMNO, in her view, was the puppet of the British

Kalau ada kanan mesti ada kiri. Kalau ada air mesti ada api. Kalau ada pena mesti ada senjata. Al-Fatihah buat Shamsiah Fakeh.

misteri papan tanda di simpang sekolah

Friday, October 17, 2008 · Posted in

MISTERI PAPAN TANDA DI SIMPANG SEKOLAH

Aku sekolah rendah. Aku tak ingat darjah berapa.

Yang jadi kemusykilan aku pada masa tu ialah setiap kali aku lalu di simpang keluar sekolah, aku nampak papan tanda sekolah ada conteng tulis perkataan 'butuh'. Apakah benda 'butuh' itu? Getus aku.

Jadi satu hari masa abah ambil aku dari sekolah, aku tanya dia,

"Abah, butuh tu apa?"

Abah jawab, "Emm.. Butuh tu adik punya dalam seluar."

"Oooo."

Kemusykilan aku terjawab. Cuma perkataan 'butuh' tu terus jadi misterius. Sebab apa diorang tulis kemaluan di khalayak ramai? Apa motifnya? Kenapa tak tulis tangan ke. Kaki ke. Ketiak ke. Perut ke. Dan kekeliruan tu aku simpan sendiri. Sendiri.

Bila aku dah besar sikit barulah kemusykilan aku tu terjawab.

sakit [enam] - cuma aiskrim

Wednesday, October 15, 2008 · Posted in

SAKIT [ENAM] - CUMA AISKRIM

Aku dia. Kami platonik. Tak ada apa-apa.

Masa berubah. Bumi berputar. Hubungan yang selama ini platonik bertukar jadi sentuhan listrik. Aku sudah rasa lain macam.

Sayangnya, sentuhan listrik tu aku saja yang rasa. Dia tak rasa apa-apa pun. Sehinggakan janjinya yang tak tertunai itu pun aku rasa macam satu pengkhianatan. Pembelotan.

Tak ingatkah dia pada saat-saat serba sentimental sewaktu aku dan dia meratah choki-choki petang itu?

Tak adalah dia janjikan aku sebuah Taj Mahal pun. Atau pun piramid Giza. Atau pun stadium Sarang Burung di Beijing.

Dia cuma janji nak belanja aku aiskrim. Cuma aiskrim.

individu berpengaruh di malaysia - srk

Friday, October 10, 2008 · Posted in

INDIVIDU BERPENGARUH DI MALAYSIA - SHAH RUKH KHAN

Betul. Shah Rukh Khan (SRK) memang fenomena. Melankolia Kuch Kuch Hota Hai (KKHH) begitu mencengkam. Plot hubungan platonik dan cinta tak kesampaian arahan Karan Johar tu berjaya menitiskan jutaan air mata penonton-penonton filem. Abah aku pun bergenang air mata masa tengok Kabhi Kushi Kabhi Gham [tapi aku buat-buat tak perasan saja]. Betul-betul SRK punya penangan.

Bukan setakat itu saja. Ada lagi. SRK turut berjaya mempengaruhi trend stesen-stesen tivi Malaya. Kalau dulu, nak tengok Hindustan kena tunggu hujung minggu. Tapi sekarang klik saja remote tivi mesti ada Hindustan. Lagi satu, asal raya ada Hindustan. Asal cuti umum ada Hindustan. Asal Hindustan ada Shah Rukh Khan. Shah Rukh Khan dan Hindustan memang ada rhyme.

Shah Rukh Khan memang fenomena. Aku yang mengaku peminat filem gore, epik, fiksi yang indie lagi neutral ni pun boleh hafal lagu KKHH bahana join kawan aku [budak Penang] karaoke lagu Hindustan depan PC masa belajar di Johor dulu.

Kalau ada penulis yang nak tulis buku tentang ‘Manusia-Manusia Berpengaruh di Malaysia‘, selain Pak Lah dan DS Anwar Ibrahim, SRK pun layak menduduki carta-carta tersebut.

Maka dengan ini, saya menyokong anugerah ‘Datuk‘ kepada SRK dengan setulus hati.

Info:
Melaka anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan

kalau tak dipecahkan ruyung - pelajaran i dan ii

Thursday, October 09, 2008 · Posted in ,

PELAJARAN I - KALAU TAK DIPECAHKAN RUYUNG

Apakah persamaan lemang dan pisang goreng?
Pisang goreng sedap ketika panas. Kalau sejuk memang potong selera.
Lemang pula sedap ketika mula-mula keluar dari kelongsong buluh. Kalau terbiar lama memang potong selera. Apatah lagi kalau disimpan di dalam peti ais.

Jadi pelajaran pertama untuk hari ini ialah jangan simpan lemang di dalam peti ais.

Itu baru pelajaran satu ye kawan-kawan.


PELAJARAN II - KALAU TAK DIPECAHKAN RUYUNG

Sekarang pelajaran dua.

Cara keluarkan lemang ialah dengan ketukkan buntut buluh sehingga lemang keluar kesemuanya tanpa terkandas atau terputus di tengah jalan.

Jadi, jangan nak memandai belah buluh macam kau belah kayu api ok.

Lemang keras macam kayu api.
Belah lemang macam kayu api.

Hmm, jadi sekarang kau tahukan persamaan lemang dan kayu api? Well, I am not a kampung boy.

apabila lemang bertukar menjadi kayu api

Tuesday, October 07, 2008 · Posted in

APABILA LEMANG BERTUKAR MENJADI KAYU API

Aku balik awal. Dan aku tak kisah pun kawan-kawan samakan aku dengan Indon dan Bangla sebab Raya ketiga dah masuk kerja. Bak kata pepatah. Aku tak hidup kerana pujian. Aku tak mati kerani cacian [walaupun aku ada rasa sedikit tertekan]. Cis.

Mengiringi suasana Raya aku ialah sebatang lemang dari kampung. Masih di dalam kelongsong buluh. Sampai saja rumah aku keluarkan lemang dari kelongsong. Tapi mood makan aku tak ada. Perut aku kenyang lagi. Jadi aku ambil keputusan taruk lemang dalam peti ais.

Keesokan harinya tiba-tiba lemang tu bertukar menjadi keras macam kayu api. Hmm, ajaib.

balik oh kampung i, ii, iii, iv

Friday, September 26, 2008 · Posted in ,

BALIK OH KAMPUNG I

Ya, sudah ada lampu lip lap lip lap sempena raya. Cantik tak?


BALIK OH KAMPUNG II

foto ihsan emrank

Dekat nak raya ni perasaan berdebar-debar pulak. Apa tidaknya. Ini pertama kali aku balik beraya dengan Soldadu Faqeer.

Rindu juga nak naik bas walaupun servis tak pernahnya ok sepanjang aku tercampak ke wilayah selatan dan tengah Malaya ni.

Bas lambat jangan ceritalah. Itu belum dikira lagi kes kena tipu ulat. Air ekon menitik. Ekon rosak. Pemandu rempit. Kerusi tercabut. Lampu blow. Karburetor jem. Kawan sebelah berdengkur macam Darth Vader. Memang macam-macam hal.

Nak tunggu kereta api peluru, Pak Lah dah cancel. Kalau ada pun harga mesti tak ingat punya.

Aku rasa mungkin lagi tujuh keturunan kot pengangkutan awam kita ok. Tak taulah terkena sumpahan mitos yang mana satu.

Kesimpulannya, dua tiga hari ni aku sudah termimpi-mimpi Soldadu Faqeer sedang giat melakukan latihan insentif sebagai persiapan untuk menempuh perjalanan serba mencabar Ahad nanti.


BALIK OH KAMPUNG III

Untuk geng-geng bujang yang mahu pulang beraya, sukalah kiranya saya senaraikan beberapa perkara penting yang perlu dibuat sebelum anda pulang beraya agar raya kali ini dapat kita raikan dengan girang tanpa keluh kesah adanya.

1. Wang tunai - untuk habuan bagi duit raya, belanja kawan, makan dan enjoy [ikut kemampuan]
2. Top up Touch 'N' Go [pergi dan balik] - untuk perjalanan lebih lancar.
3. Isi minyak penuh - untuk lebih kilometer dan tak menyusahkan diri sendiri dan orang lain.
4. Lagu-lagu raya dan pop - untuk sesi karaoke tanpa mikrofon dalam kereta.
5. Deodoran - takkan nak pau deodoran mak?
6. Gel rambut - untuk buat rambut spike ketika raya.
7. Minyak wangi dan c0logne - takkan pau minyak atar abah?
8. 2-3 helai baju buat melaram - baju kat kampung mungkin dah tercampak ke mana entah atau di'sebat' adik sendiri di rumah.
9. Barang-barang terpakai [seluar dan baju koyak, buku-buku, tivi rosak] - biasalah, rumahkan store
10. Pengecas telefon - apa cerita balik kampung tapi bateri kong? macamana mau ucap selamat hari raya kepada kawan-kawan yang kita suka?
11. Red Bull - ini minuman tipikal menandakan kau berjalan jauh.
12. Kasut dan sandal - takkanlah nak pau capal abah pergi makan di kedai kueyteow Iman?
13. Kunci rumah sewa - supaya kau tak mengamuk bila kau balik semula bekerja tapi tak boleh masuk rumah.
14. Pisau cukur - untuk kemaskan apa yang patut dan berserabut.
15. Kit bebas tangan - handfree-lah!

Sekian dahulu khidmat masyarakat daripada saya, terima kasih.


BALIK OH KAMPUNG IV

Dan terimalah ucapan klise paling malar hijau sepanjang zaman.
Selamat Hari Raya! Maaf Zahir Batin!

yang namanya bra

Wednesday, September 24, 2008 · Posted in

YANG NAMANYA BRA

Mak ayah aku bekerja. Ya, aku membesar dalam keluarga yang berkarier. Office hour. Hari minggu cuti. Jadi, kecil-kecil lagi aku memang dah diajar buat kerja-kerja rumah ni.

Antara kronologi rutin yang aku selalu buat masa era secondary age dulu ialah sidai baju, basuh pinggan dan seterika baju mak. Adik perempuan? Dia buat taik mata saja. Hahaha!

Dalam acara sidai menyidai ni, genre tekstil yang aku rasa tak berapa gemar nak sidai ialah bra! Bukannya bra Angelina Jolie tapi bra mak aku. Aku pegang bra macam pegang tikus mati. Kepit guna dua jari saja. Itu pun aku sangkut tepi bakul baju. Mana aku nak letak muka kalau jiran-jiran nampak aku tengah menyidai bra? Bra dah jadi macam satu objek tabu dan cukup lucah bagi aku.

Biasalah. Secondary age. Seluar dalam pun suruh mak beli.

just take it easy

Monday, September 22, 2008 · Posted in

JUST TAKE IT EASY

Hidup ni jadi mudah kalau semua kesulitan yang kita hadapi kita ambil pendekatan 'take it easy'.

Dalam apa saja kesulitan yang kau hadapi sekali pun, kau cuma perlu 'take it easy'.

Tak kisahlah apa-apa masalah pun. Masalah cinta ke. Masalah politik ke. Masalah di tempat kerja ke. Masalah peribadi ke. Masalah duit ke. Apa-apa sajalah.

Dari segi keagamaan, pendekatan 'take it easy' ni sedikit sebanyak ada kena mengena dengan qada dan qadar. Sebab tu orang alim-alim ni kita tengok jernih saja muka diorang. Sejernih dan setenang air di kali. Sehingga ikan jantan betina pun tidak mampu kuduga. Ye lah, sebab airnya jarang berkocak.

Alasannya mudah, hidup ni mesti 'take it easy'.

Bukannya tak ambil peduli langsung. Cuma sesekali kita perlu bagi ruang paru-paru kita bernafas. Berfikir pada aras paling normal. Dan jawapan daripadanya kita ambil dan cipta dengan metod paling muhibah dan berlapang dada.

Cuma masalahnya terma 'take it easy' ni subjektif. Mana sama kau yang berjiwa rockin' nak suruh spesis jiwa kristal 'take it easy' bila diorang putus cinta.

Dan mana sama kau yang tak faham dan tak pernah ambil peduli pasal politik nak suruh orang hidup-mati-politik supaya 'take it easy' dengan kecelakaan politik hari ini.

Dan kau akan jadi musykil dan konfius dan musykil dan terus konfius dengan macam-macam persoalan hidup ni. Sebab apa kau frust gila bila MU kalah? Sebab apa kau nak jadi militia seumur hidup? Sebab apa kau macam tu? Sebab apa kau macam ni? Oi, rilekslah. Just 'take it easy' ok.

Alasannya mudah saja, sebab kau dan aku tak sama.

Tapi bukankah semua itu pun boleh kita 'take it easy'-kan?

Doris Day cakap, Que Sera Sera [Whatever Will Be, Will Be]. Just 'take it easy'-lah kawan.

Susah.

ok tak kalau saya tukar skin?

Saturday, September 20, 2008 · Posted in

OK TAK KALAU SAYA TUKAR SKIN?

Ramai blogger tukar skin. Aku pun nak. Bukan apa. Aku nak guna komen Blogspot. Komen aku sekarang guna HaloScan. Ada 3 benda yang bagusnya komen Blogspot ni.

Satu. Setiap komen dalam entri kau akan disimpan dalam arkib. Kalau hidup dirundung nestapa maka bolehlah kau reviu balik komen-komen entri kau yang lama.

Dua. Blogspot akan hantar emel bagi setiap komen dalam entri kau.

Tiga. Kau boleh sorokkan komen kau untuk entri yang kau rasa tak memerlukan komen.

HaloScan hampeh. Empat tahun aku guna macam tu jugalah. Tak ada arkib untuk komen yang dah lepas. Tak up-to-date langsung.

Lagi pun skin blog aku ni pun macam dah lama. Nak juga aku guna skin yang lebih trendi dan hip.

Secara personal, proses tukar skin blog ni bukan kerja mudah. Proses aku tukar skin blog bolehlah diibaratkan macam aku siapkan assigntment untuk dihantar ke pensyarah. Fokus. Leceh. Siapa surut suruh aku belajar IT dulu. Sebab itulah benda senang macam ni pun aku teliti amat. Bukan dapat duit pun. Tapi aku tetap nak kena pertimbangkan banyak elemen pembangunan web [macam bagus]. Human computer interface satu hal. User friendly satu hal. Kalau main redah je letak koding html, nanti mata fan-fan kau jadi letih. Baru baca dua paragraf kepala jadi bingit. Stres. Terus klik pangkah. Bukan sebab entri kau bosan tapi sebab skin kau terlalu fluoresent atau striking. Siapa susah?

Adjust punya adjust. Belek punya belek. Kiri kanan. Atas bawah. Depan belakang. Boleh tahan makan jam jugalah. Keputusannya, aku guna skin yang ini sajalah dulu sampai tahun depan.

wah, gagahnya engkau!

Thursday, September 18, 2008 · Posted in

WAH, GAGAHNYA ENGKAU!

Aku main game. PES. Chelsea lawan ManU.

Ketika Drogba berjaya melepasi Ferdinand, salah seorang pertahanan paling kental ManU tanpa dapat dibentes, dikekang mau pun di-body-contact-kan, spontan Bahdin pun bersuara.

"Gila, gagah sungguh Drogba!!"

"Gagah? Hahahahahah!"
.
.
Ada 2 sebab aku gelak.

Pertama. Aku memang cepat gelak bila kau guna kata nama yang berbeza dari normal. Misalnya kawan aku Bain gunakan kata 'tubuh' tu sebagai ganti 'badan'.
Contoh: Dude, tubuh aku tak berapa nak sedap la wei..

Kedua. Aku teringat perbualan aku dengan seorang brader Indon masa tunggu bas di Pudu Raya dulu. Aku tak ingat bila.

Masa tu ada seorang lelaki tempang melintas depan kami. Tak ada apa yang luar biasa pun cuma fizikal lelaki tu berotot kekar.

"Wah, orangnya begitu tapi tubuhnya gagah!" ujar brader Indon tu kat aku.

Cuma aku tak adalah gelakkan brader tu macam aku gelakkan Bahdin.

Ok, lepas ni aku cuba bereksperimen tukarkan kata 'kuat' kepada 'gagah'.

apabila dewa turun

Wednesday, September 17, 2008 · Posted in

APABILA DEWA TURUN

Langit cerah. Angin dingin mengigit-gigit.

Aku bersama Dani dan Doni [maaf, aku lupa namanya] tiba di lapang sasar itu yang penuh dengan manusia dan manusiawi.

Ya, malam itu malam penting. Sebab malam itu dewa turun dari langit. Dengan instrumen penuh patriotik. Penuh takjub. Penuh warna warni.

Bendera berkibaran. Sungguh, aku dapat lihat kuasa luar biasa dewa berjaya mengerbangkan entah berapa ribu bulu roma di lapang sasar itu.
.
.
Tuhan. Kalaulah ini namanya sengsara. Biar saja sengsara itu membius segala kebenaran. Kalaulah ini namanya derita. Biar saja derita itu memenggal segenap kesedaran.

Dewa pun pulang. Dengan instrumen penuh patriotik. Penuh takjub. Penuh warna warni. Tapi kalau rumput itu hijau. Hijaulah.

pintu misteri bilik saya

Tuesday, September 16, 2008 · Posted in

PINTU MISTERI BILIK SAYA

Syaitan dah kena kurung.

Tapi ada lagi benda-benda mistik berlaku kat rumah puaka aku ni. Ada tiga insiden misteri yang aku alami. Insidennya ialah pintu bilik aku boleh terbuka dengan sendiri. Engsel pintu yang berkarat menambahkan lagi efek seram situasi serba mendebarkan itu.

Kali pertama. Aku ingat Mimi masuk mau cari makan. Aku memang dah sedia kepul baju buat habuan rejam si betina tak serik-serik tu. Jenguk punya jenguk. Kosong. Tak ada sesiapa pun. Dup dap dup dap jantung aku.

Kali kedua. Ada sekali tu pintu terbuka luas. Dan langsir berkibaran dihembus angin. Aku syak orang masuk rumah. Aku memang dah siap sedia kepal penumbuk dan ingat semula jurus-jurus Bruce Lee menangkis serangan hendap dari belakang ni. Jenguk punya jenguk. Kosong juga. Tak ada sesiapa pun. Dup dap dup dap jantung aku.

Kali ketiga. Insiden yang sama juga. Kali ni pintu kejap buka. Kejap tutup. Kejap buka kejap tutup. Banyak kali. Aku syak Bahdin. Sebab bab pervert sekodeng dan kemudian menyorok di balik dinding ni memang dia boleh dijadikan suspek. Jenguk punya jenguk. Kosong juga. Tak ada sesiapa pun. Dup dap dup dap jantung aku.

Setelah puas melakukan siasatan. Konklusi yang aku dapat ialah:

1. Pintu terbuka dengan sendiri kerana kekuatan angin yang datang dari tingkap dan berupaya menolak daun pintu bilik.
2. Pintu bilik aku memang tidak boleh ditutup rapat sebab ada masalah cangkuk pada tombol pintu.
3. Beban seluar pada penyangkut di belakang pintu menghasilkan tenaga tambahan untuk pintu terbuka.

Ok. Kes tutup. Boleh sambung main PES.

mutasi menjadi lalat

Saturday, September 13, 2008 · Posted in

MUTASI MENJADI LALAT

Orang macam aku memang tak cerewet. Makan tak ada pantang. Lagi eksotik makanan tu lagilah aku suka.

Setakat sidai baju, basuh pinggan, kemas rumah itu dah biasa. Kalau aku balik kampung memang aku layan buat benda-benda tu. Kalau kat rumah sewa puaka ni, tak adalah rajin sangat pun. Apa 'keles' lelaki rajin-rajin terlampau buat kerja-kerja perempuan ni? Ayat mudah --> Ego.

Jadi, apa mau hairan magot-magot [yang warnanya cokelat gelap] dalam plastik sampah rumah puaka ni bermutasi menjadi lalat. Busuknya sampai aku terpaksa bernafas ikut mulut.

Oh, terima kasih magot kerana menjadi lalat. Dan sekarang masa untuk buang sampah ok.

pahala itu seperti najis?

Friday, September 12, 2008 · Posted in

PAHALA ITU SEPERTI NAJIS?

"Kalau sedekah tu dapat pahala ya pak?"

"Waduh rang muda. Amal baik ni usah dikira pahalanya. Samalah seperti kamu buang najis di sungai. Ada pernah kamu peduli ke mana perginya najis kamu itu? Malahan kamu berasa sungguh malu mahu melihatnya. Sesungguhnya Allah itu maha serius."
.
.

Perghh, tiba-tiba aku belajar falsafah dalam 'Pesantren Cinta'..

awak awak, awak suka makan apa?

Wednesday, September 10, 2008 · Posted in

AWAK AWAK, AWAK SUKA MAKAN APA?

Bila ada orang tanya, apakah makanan kegemaran aku? Sudah tentu aku tak boleh jawab. Kalau bini aku nanti tanya mak aku pun [kononnya nak buat surprise anniversary day ke apa ke], aku rasa mak aku pun tak boleh nak bagi jawapan yang meyakinkan. Mungkin soalan pertama dia jawab nasi ayam. Mungkin lain kali dia jawab kambing golek pula.

Sebabnya aku tak ada jawapan yang konkrit untuk soalan macam tu. Makanan kegemaran aku ialah semua aneka makanan yang sedap dan masuk dengan lidah dan tekak aku. Kadang-kadang roti sapu sekaya pun aku boleh high dan makan sambil pejam mata. Telinga aku pun dah lali mendengar kawan-kawan mengutuk, mencerca sikap aku kerana tiba-tiba saja boleh berubah menjadi pasif dan pendiam setiap kali mengunyah makanan.

Bagusnya lidah dan tekak aku ni ialah mekanismenya yang takjub, aku gelarkannya 'tekak-tak-ada-pantang' atau 'food outlaw'. Ia begitu responsif, fleksibel dan cemerlang dalam menghayati nikmat-nikmat makanan anugerah Tuhan. Kadang-kadang aku pelik dengan sesetengah orang tu yang pantang sana pantang sini [kecuali pantang sebab sakit]. Ada yang tak makan ikanlah. Tak makan daginglah. Tak makan ulamlah. Tak makan pedaslah. Ada yang hidup dengan makan ayam saja. Entah apa-apa.

Tak kisahlah macamana rare masakan kau tu. Masak lemak kanggaru ke. Landak salai cecah air asam ke. Sup kuda belang ke [bulih makan ke kuda belang?]. Asam pedas burung unta ke.

Asalkan sedap dan halal, balun!

^ gambar di atas ini ialah fillet kanggaru ^

sakit [lima] - bidadari

Monday, September 08, 2008 · Posted in

SAKIT [LIMA] - BIDADARI

Sekolah rendah. Aku masuk wad. Kena operate untuk buang tonsil dalam tekak aku. Tak ada siapa jaga aku. Mama abah aku kerja.

Malam tu aku duduk seorang saja. Tekak aku sakit. Setiap kali aku telan air liur aku rasa macam menelan bebola paku. Aku sakit sendiri sendiri. Aku rasa lonely sangat. Macam tak ada siapa yang sayang aku.

Aku pekup bantal. Aku menangis. Lepas tu aku buka mata. Ada bidadari sampai. Cantik. Alis kening hitam memekat. Bibir mungil meminta-minta. Tulang pipi tersembul bulat. Mata bundar cokelat cerah. Dan aku terdengar lagu Keunggulan Cinta nipis-nipis di daun telinga. Betullah ustaz cakap, kalau kita rasa teraniaya, Tuhan akan bantu kita, getus aku.

Gila! Bidadari tu suruh aku buka seluar. Aku buka. Dia suruh aku buka spender. Aku buka. Kemudian dia tusss.. cucuk buntut aku dengan objek apa entah. Macam jarum. Aku rasa sakit gila. Adui!!, kata aku.

Aku buka mata. Cahaya matahari silau. Aku nampak jururawat. Dan picagari di tangan kanannya. Aku tak mimpi pun.

tribute to KBH:yang dikatakan die-hard-fan

Friday, September 05, 2008 · Posted in

TRIBUTE TO KESATRIA BAJA HITAM : YANG DIKATAKAN DIE-HARD-FAN

Dulu aku peminat setia Kesatria Baja Hitam [KBH].

Tahap fanatik aku pada hero mutasi belalang tu bukan saja setakat sanggup ponteng mengaji, tapi sampai ke tahap aku ambil permanent marker warna merah dan aku lukis mata belalang kat kepala hendel BMX aku. Ini barulah sama dengan belalang tempurrrr..

Fanatik aku bukan terhenti setakat itu saja. Setiap kali balik sekolah atau balik mengaji aku akan bawa basikal sambil lepaskan tangan dan lakukan gerakan formasi (bukan gerakan reformasi) seperti mana yang dilakukan hero tu sebelum bertukar kepada sut serba hitam. Bezanya aku tak bertukar apa-apa pun. Cuma setiap kali aku buat gerakan formasi tu aku akan rasa fiil semacam. Fiil seorang hero.

Tak cukup dengan tu. Punyalah fanatiknya aku kat hero tu sampai aku sanggup hasilkan satu karya komik agung seawal usia 9 tahun lagi. Aku lukis semula setiap episod KBH atas kertas A4. Aku lipat dua. Aku stapler di tengah muka surat. Aku bagi kawan-kawan sekelas baca.

Nanti, ada lagi tahap fanatik aku yang aku belum bagitau. Satu hari masa aku buat gerakan formasi hero tu, tiba-tiba aku hilang kawalan. Aku menjunam bersama Belalang Tempur atas jalan penuh batu kerikil. Sudahnya seluar aku koyak dan lutut berdarah banyak. Meleleh-leleh. Sakit gila.

Tapi hero punya pasal aku bangun macam tak ada apa-apa. Padahal lutut dah gigil-gigil. Air mata pun dah standby nak meleleh saja. Tahan. Tahann.

Ya, aku tau korang takkan faham fiil hero ni. Takkan faham.

=====

Info sini sana:
- Siri Masked Rider

sakit [empat] - darah

Wednesday, September 03, 2008 · Posted in

SAKIT [EMPAT] - DARAH

Satu hari adik jatuh longkang. Kaki dia luka. Darah keluar macam air paip. Banyak.

"Adik tak mau mati! Adik tak mau mati!" Dia jerit.

Aku jadi panik gila. Aku cari minyak gamat. Aku tuang habis sebotol. Aku balut kaki adik dengan kain batik. Aku telefon mama.

"Kaki adik luka teruk!"

Di hospital aku tengok live doktor jahit kaki adik yang terkulai macam leher ayam.

"Doktor doktor, sebab apa saya nampak bintang?" Tanya aku.

"Kamu mabuk tu. Pergi duduk luar."

pilihanraya pertama dan saya menang majoriti besar

Thursday, August 28, 2008 · Posted in

PILIHANRAYA PERTAMA DAN SAYA MENANG MAJORITI BESAR

Satu hari tu semua kelas off.

Bukan sebab bencana banjir. Upacara sebat buntut studen hisap rokok pun tak. Cuma, hari tu sekolah buat hari pendaftaran persatuan dan rumah sukan. Wajib daftar!

Bab daftar mendaftar ni memang aku malas. Kena berhimpit-himpit satu hal. Lepas tu kena calon bakal pengerusi, naib pengerusi, setiausaha, ajk dan macam-macam birokrasi lagi. Lepas tu kena pula undi calon mana yang kau berkenan. Lepas tu masuk pula sesi mengundi dan kira undi. Banyak sangat.

Jadi, nak cepat selesai dan cukup syarat punya pasal, aku dan kawan-kawan carilah persatuan-persatuan yang tak berapa nak popular sangat. Persatuan underdog-lah kiranya. Alasannya mudah. Ahli sikit jadi cepatlah majlis selesai.

Usaha kami menjenguk kelas ke kelas akhirnya tercapai bila kami jumpa satu persatuan yang agak kool dengan kapasiti ahli yang memenuhi kriteria kami. Persatuan Pengguna. Jumlah ahli berdaftar tak sampai 20 orang pun. Ok. Kami masuk.

"Saya cadangkan Azhan jadi pengerusi!"

Buntut tak panas, telinga aku pula yang panas dengar suara Abang Jan calonkan aku. Firaun betul!

Aku bangun dengan senyum penuh plastik dan muka separuh ungu. Untuk pengetahuan semua, aku jadi calon kedua untuk jawatan pengerusi. Lepas tu cadangan ditutup.

"Ok, siapa undi Azhan jadi pengerusi boleh angkat tangan," ujar cikgu Siti Rohani selaku penaung persatuan. Masa tu aku dah jegil mata tak ingat punya besar. Sikit lagi saja dah boleh terkeluar dari kelopak mata dan tergolek atas meja. Kalau aku ada super power, sekolah pun boleh terbakar masa tu.
.
.
Satu. Dua. Tiga. Empat. Lima. Dua puluh...
.
.
.
"Ok. Sekarang pengerusi baru persatuan kita untuk tahun ni ialah Mohd Azhan."

No campaign. No propaganda. Aku menang majoriti 100 peratus. Dalam hati tak usah ceritalah sudah berapa banyak maki hamun aku.

Tapi, aku memang dah dapat agak kemenangan aku. Biasalah masa sekolah dulu. Asal nampak hensem dan educated sikit peratusan menang kau tinggi. Well..

Nak tahu apa tugas aku selaku pengerusi kelab underdog ni?
Tugas aku seminggu sekali tampal poster kat papan notis sekolah. Poster cintakan alam. Kitar semula. Jaga kesihatan. Jimat cermat. Haha.

Sikit punya berjiwa marhaen aku. Jadi pengerusi pun buat kerja-kerja tampal poster. Tak adalah aku suruh naib pengerusi aku, abang Jan buat semua tu.
.
.
nota:
- Abang Jan, dua dari kanan

ini iklan khidmat masyarakat sempena merdeka

Tuesday, August 26, 2008 · Posted in

INI IKLAN KHIDMAT MASYARAKAT SEMPENA MERDEKA

Situasi
-anak dan emak sedang menonton tivi.-

Mak:
Mona, buat apa tu? Sibuk saja.

Mona:
Err.. Ni ha. Banyak sangat sumpah kat rumah kita ni. Mona ingat nak buang saja. Semaklah.

Mak:
Hoi hoi. Jangan memandai nak buang. Kita boleh kitar semulakan?
Biru tua untuk sumpah kertas
Hijau untuk sumpah kaca
Biru muda untuk sumpah plastik

Mona:
Mak, biru tua untuk sumpah plastiklah. Biru muda barulah sumpah kertas.

Mak:
[Malu]
.
.
.
[keluar paparan flash]
Jangan cakap saja..
Berani sumpahlah..
.
.
-Fikir dulu sebelum sumpah-

itu piala kita punya, kita punya itu piala

Sunday, August 24, 2008 · Posted in ,

ITU PIALA KITA PUNYA, KITA PUNYA ITU PIALA

Gol pertama, Selangor sumbat dulu. Terus jantung aku sentap. Dup dup dup.
Tak sampai 15 minit Kedah sumbat 1. Kemudian 2. Dan 3.
Tiga gol dalam masa tak sampai 10 minit.

Seronok punya pasal sampai brader kat sebelah peluk aku.
Tak pe tak pe. Bola punya pasal tak de hal.
.
.
.
Untuk aku --> tahniah sebab pertama kali tengok final Piala Malaysia di Stadium.
Untuk Kedah --> tahniah kekalkan treble!
Untuk Marlon, Hugging dan Nelson --> sayonara. We'll miss you always!
Untuk Selangor --> boleh cuba lagi.
Untuk FAM --> majulah sukan untuk negara.

pernahkah bulu roma kau meremang pabila mendengar lagu patriotik?

Saturday, August 23, 2008 · Posted in ,

PERNAHKAH BULU ROMA KAU MEREMANG PABILA MENDENGAR LAGU PATRIOTIK?

Selangor lawan Kedah. Piala Malaysia. Nak kata musuh tradisi pun bukan sebab Kedah tak pernah jumpa Selangor dalam final Piala Malaysia.

Tapi dalam bola sepak Malaysia, Selangor bolehlah diibaratkan macam Manchester United. Fan Liverpool dan Arsenal pun boleh bersatu sokong mana-mana pasukan asalkan MU tak menang [macam Pakatan Rakyat pulak. Hehe..]

Antara sebab yang menyebabkan para fan negeri lain tak berapa nak gemar dengan reputasi Red Giant ni ialah highlight yang berlebihan daripada pihak media bila pasukan tu tengah 'up'. Itu satu.

Dua. Pemain-pemain Selangor selalu diangkat berlebih-lebihan juga. Yang dipilih main dalam pasukan kebangsaan pun pemain Selangor juga. Ada macam diskriminasi di situ.

Tiga. FAM dilihat mengangkat Selangor sebagai satu benchmark bagi pencapaian pasukan-pasukan dalam liga Malaysia. Ini tidak adil untuk pembangunan bola sepak negara.

Empat. Mampus aku kena kutuk fan Selangor.

Tapi itu bukan isu yang aku nak perbesarkan sangat pun. Aku bukannya 'state racist'. Kawan-kawan aku pun banyak budak Selangor. Semangat kenegerian aku tak adalah sampai ke tahap macam kawan aku yang ban semua awek dari Kelantan. Aku kalau dapat jodoh awek Selangor, alhamdulillah. Macam novel hip 'Kedah vs Selangor' tulisan Joe Lerry, fanatik punya pasal sampai laki bini bagi nama anak kembar diorang Radhi Mat Din dan Azman Adnan. Masalahnya ialah anak kembarnya tu perempuan. Ok, fine.

Apa yang menariknya edisi Piala Malaysia kali ni ialah negeri kelahiran budak-budak rumah aku, semuanya layak ke semi-final.

Aku-->Kedah.
Bahdin dan Ayie-->Johor
Jarul-->Selangor
Dato Why-->Terengganu

Natijahnya sekarang, berlakulah pertembungan antara aku dan Jarul di final. Cuma Jarul bukanlah seorang fanatik bola. Dia fanatik Diana Danielle, Rozita Che Wan, Maya Karin, Juliana Evans. Hahaha.

Apa pun. Itulah bola sepak. Bola sepak menyatukan kita. Walaupun di stadium atau di depan tivi kita fanatik bukan main. Saling kutuk mengutuk sampai merah telinga dan ada satu rasa macam nak tumbuk rusuk kawan sendiri tapi bila game tamat kita hepi. Kita boleh minum sama-sama.

Bagusnya kalau politik Malaysia pun macam tu. Kalau bergaduh biarlah masa berkempen. Habis gaduh, hah, pergi minum! Lepas tu sambunglah buat kerja untuk rakyat.

Bak kata Hasbullah Awang, dalam bola sepak [semua sukan dia kata macam ni] segalanya mungkin.

Politik pun samalah.

Tapi, ini bukan blog politik ok.


Kredit gambar: hijaukuningfan.blogspot.com

kawin-kawin kawan saya

Tuesday, August 19, 2008 · Posted in

KAWIN-KAWIN KAWAN SAYA

Rasanya tak perlulah aku tulis panjang-panjang pasal entri ucap tahniah ni. Takut blog ni nanti jadi blog 'kawan-kawan saya kahwin'.

Tahniah.
Pertama. Kepada puan Suraya aka Gayah yang selamat ke jinjang pelamin dengan suaminya Hanif. 16hb.
Kedua. Kepada Zaff yang selamat juga jadi suami kepada puan Zainab. 17hb.
Suraya dan Zaff ni ex-ofismet aku masa kerja Tabung Haji dulu.
Ketiga. Kepada Adli yang selamat juga jadi suami kepada puan Farah Diana. 17hb.
Adli kawan sekolah aku masa menengah rendah dulu. Dia ex-boifren sorang selebriti terkenal. Siapa? Rahsia..
Keempat. Kepada sepupu aku, adik Farah. 16hb. Dia kahwin orang Negeri. Lama gila tak jumpa dia.
Kelima. Kepada Pian yang dah sebulan lebih kahwin. Yelah nanti kecik hati pulak aku tak sebut nama dia dalam blog ni. Al-maklumlah, makin tua makin sensitif. Hahaha.
Pian ni, kawan aku masa belajar di Universiti Kerajaan Swasta dulu. Sekarang programmer.
Keenam. Kepada budak rumah aku. Jarul, Bahdin, Ayie, Dato Why. Dengan ucapan, apa cerita tak kahwin-kahwin? Hahaha!

sakit [satu]

Monday, August 18, 2008 · Posted in

SAKIT [SATU] - HANCUR

Aku buka surat khabar. Tarikh bila entah.

Seorang pekerja kilang mati dikisar mesin membuat papan. Badannya hancur. Daging-dagingnya bergaulan bersama serbuk papan
.
.
- Hari mendung. Ini kompilasi 'sakit' dari zine aku yang tak siap. Sepatutnya entri-entri zine ni jadi 'free gift' untuk penonton bertuah masa teater 'Sakit' dulu. Sebab tak siap, aku cadang buat entri dalam blog.

i am single 2

Monday, August 11, 2008 · Posted in ,

I AM SINGLE 2

Tengok wayang dengan Bahdin. Red Cliff. Dan ini bukan entri ulasan filem ok.

Di kaunter Cineleisure aku pesan dua tiket. Bahdin ikut sebelah sambil tenung-tenung skrin komputer. Aku pula tenung-tenung mata awek kaunter cun yang punya tulang pipi tersembul tu.

"Red Cliff. 2 orang."

"Ermm.. Saya bagi awak couple seat boleh?"

"Uihhh.., kami mana boleh couple seat.. Bahaya.."

"Eh eh.. Sorry sorry.. Silap.. Double seat."

Nama pun beli 2 tiket. Mestilah double seat. Takkan triple seat. Masa tu bapak segala maki hamun dah terkeluar dalam hati aku. Kalau aku ada C4, Cineleisure dah hilang lama dalam peta Damansara.

takkanlah bunuh diri

Friday, August 08, 2008 · Posted in

TAKKANLAH BUNUH DIRI

Entah ribut apa tiba-tiba mesej Jarul yang berbaur blues menerjah masuk ke peti henfon aku.

-Aku tension dude. Tak tau nak cakap macamana..-

Tension dalam kamus lelaki ada dua deskripsi saja. Tak pasal duit. Mesti pasal perempuan. Kalau pasal duit awal-awal lagi Jarul boleh minta saja. Apa jadah hantar mesej berbaur blues?

Kerana kerja ofis yang melonggok, aku abaikan mesejnya.

Balik dari kerja, Jarul lesap. Ke mana entah. Dan sebagai seorang sahabat yang lebih dari sekadar materi aku mesej Jarul.

-Hoi, kau pergi bunuh diri kat mana?-

matinya seekor patriot

Wednesday, August 06, 2008 · Posted in ,

MATINYA SEEKOR PATRIOT

ini burung tekukurSatu hari abah beli burung tekukur. Kiranya nak buat pet. Nak ikut jejak langkah arwah uwan. Hobi warisan namanya.

Masa tu aku kanak-kanak girang lagi. Seronok gila dapat tengok burung. Pegang burung. Suapkan burung. Burung tu tak dapat lari sebab abah tambat dengan tali.

Malam tu sebelum nak tidur aku terfikir, nanti malam siapa nak jaga burung? Mahunya dia lari nanti.

Jadi otak jenius aku beri arahan, kurungkan burung! Aku tanggalkan tali kat kaki burung. Aku kurungkan dia dalam sangkar. Eh, bukan sangkar. Tapi perangkap tikus. Betul-betul muat dengan badan burung tu. Lepas tu aku tidur dengan nyenyak.

Esok pagi burung tu mati.

Masalahnya sebab apa abah tak marah aku? Tapi dia suruh aku pergi tanam.

Aku tanam burung tepi rumah. Longgok dua tiga ketul batu buat nesan dan bacakan Al-Fatihah. Dua minggu lepas tu aku korek balik kubur burung dan aku jumpa fosil. Aku baca Al-Fatihah lagi.
.
.
.
Sejak burung tu mati, abah dah tak bela burung dah.

kenangan yang berbaki [part 9] - dari pasir gudang ke alor star

Monday, August 04, 2008 · Posted in

KENANGAN YANG BERBAKI [PART 9] - DARI PASIR GUDANG KE ALOR STAR

Awal 2001 aku habis belajar kat Johor sana.

Jadi nak bikin rekod personal yang memorable punya pasal aku pelan dengan Syam mau buat rekod peribadi balik ke utara naik motor.

Ingat. Bukan dari Alor Star ke Anak Bukit. Tapi dari Pasir Gudang ke Alor Star. Motor kami kapcai saja. Bukan Hayabusa. Bukan YZR.

Sebenarnya, tak ramai yang sanggup menyahut ekspedisi maut lagi serba mencabar ni. Yang sanggup aku, Syam, kawan Syam budak engine [aku lupa nama dia. jadi aku gelarkan dia Jamal], kawan kepada kawan Syam [aku gelarkan dia Rais].

Selepas isi minyak kat Projet [masa tu kat Johor saja yang ada stesen minyak ni] dan bersarapan apa yang patut , kami cargasss!! Jam 10.30 pagi.

Sampai Batu Pahat, Rais hilang. Bukannya dia sesat tapi sebab kampung dia kat situ. Jadi tinggal kami bertiga.

Masa tu kepala memang ting tong gila. Tapi perjalanan mesti diteruskan. Nak keluar dari bumi Johor saja pun aku dah rasa macam perjalanan dari Jemapoh ke Manchestee. Lamaaaaa...

Ada sekali tu masa berhenti tepi jalan tiba-tiba aku rasa anu aku hilang. Serius tak rasa apa-apa. Jenuh aku pegang-pegang. Lompat-lompat. Pucat gila muka aku masa tu. Syam tanya,"Hang ok ka?" Sebagai seorang hero mestilah aku jawab,"Ok ok." Beberapa minit selepas buat aksi senam kucing dan lompat bintang barulah aku rasa kewujudan semula anu aku tu dan aku sengih sorang-sorang. Syam cakap aku gila.

Jam 11 malam kami sampai di RnR Sungai Buloh. Pekena nasi lemak. Teh tarik. Tidur seround lebih kurang 3 jam. Lepas tu gerak lagi.

Dua jam kemudian tiba-tiba perut aku naik mual. Peluh dingin merecik keluar ikut dahi dan belikat belakang. Aku jerit bagitau Syam, aku pening!!

Sekali lagi kami berhenti tepi jalan. Aku buka helmet [tak ada visor]. Aku buka jaket. Jalan senget-senget. Syam tanya lagi, "Hang ok ka?" Dan sebagai seorang hero mestilah aku jawab,"Ok ok." Buwarrrggggghhhhh.. Segala macam nasi lemak dan teh tarik keluar dari perut ke mulut. Rugi aku makan kat RnR tadi. Syam rilek saja tepuk-tepuk belakang aku. Tapi dalam hati siapa tau. Haha!

Peliknya, lepas muntah aku ok. Macam dapat energi baru. Mata terang. Stamina tip top. Jadi perjalanan diteruskan lagi. Lamaaaaa...

Sampai Tanjung Malim tayar motor Syam pancit. Nasib baik Syam ada bawa tiub. Sup sap sup sap siap. Kami keluar hiway cari bandar terdekat. Tukar tiub lagi sekali sebab tak konfiden. Perjalanan diteruskan lagi. Lamaaaaa...

Sampai Ipoh, Giliran Jamal sampai rumah. Selepas bersalam lebih kurang kami terus gerak lagi. Lamaaaaaaaaaaaaaaa...

Nak tau jam berapa aku sampai rumah? 4.30 petang. 30 jam! Maknanya, kalau kau gerak 10.30 pagi hari ni, kau sampai 4.30 petang esoknya.

Sampai rumah aku rasa betul-betul macam hero baru balik berperang. Gaya jalan pun dah macam Usop Sontorian. Kalau aku jadi menteri masa tu dah tentu aku kena tuduhan liwat esoknya.

Masuk saja bilik aku terus tumbang. Dua hari buntut aku kebas. Sejak hari tu aku buat akuan bersumpah, kalau ada sesiapa nak buat trip macam tu lagi kirim salam sajalah. Lebih baik bagi kat peserta Olimpik kita.

Sekian, terima kasih.

blog - satu eskapisme utk manusia2 ordinari

Friday, August 01, 2008 · Posted in

BLOG --> SATU ESKAPISME UNTUK MANUSIA-MANUSIA ORDINARI

Kalau tak silap aku Mat Jan [cari sendiri link kat kolum kanan] ada pernah tulis entri tentang persamaan blog dan karaoke. Aku cuma ulang sikit.

Ok. Tulis blog ni lebih kurang macam menyanyi karaoke. Dulu orang yang ada suara saja yang berpeluang pegang mikrofon, menyanyi dan dengar suara keluar ikut speaker besar. Bila wujudnya karaoke, semua orang sudah boleh menyanyi. Sedap ke tak itu sudah jatuh nombor 18.

Samalah juga blog. Dulu orang yang boleh menulis saja yang akan merasa karyanya dicetak, dibaca. Kalau orang-orang biasa ni cuma tulis dalam diari. Tapi Siti Nurhaliza kata, tulis namaku dalam diari hatimu [kalau nyanyi part ni kena pejam mata sambil genggam tangan]. Apa kes?

Memang dah lama aku nak ajak kengkawan aku join blogging ni. Tapi tak ada siapa pun yang boleh blah. Yang betul-betul passion. Tapi sejak krisis global [lagi] dan juga krisis negara yang melanda sejak kebelakangan ini, tiba-tiba sahaja aku dapat provok nafsu diorang untuk menulis. Untuk diorang rasa hip kalau menjadi seorang blogger.

Bagus atau tak penulisan blog kau, itu bukan penting sangat pun [sebab kau bukannya sasterawan].

Tapi setidak-tidaknya menulis blog buat kau soal diri sendri, "Apa entri best aku nak tulis hari ni hah."

Ya, blog sudah jadi mesin masa untuk kau. Mencatat apa sahaja yang kau rasa. Lalui. Fikir. Dan kau tak biarkan hidup kau terlepas begitu sahaja tanpa momen-momen bernilai. Blog sudah jadi satu eskapisme untuk hidup kita yang penuh keluh kesah.

Ok. Julai sudah mahu habis. Julai juga menyambut usia 4 tahun aku berblog. Julai ini juga aku rasmikan kelahiran blog kawan-kawan featuring aku.


klik banner di atas untuk menjadi hensem

dalam jiwa ada rempit

Wednesday, July 30, 2008 · Posted in

DALAM JIWA ADA REMPIT

Bila aku bawa motor laju-laju bukanlah bermakna aku ni seorang mat rempit. Itu fakta. [sebenarnya aku sendiri pun tak jelas apa klasifikasi mat rempit sebenarnya]

Buktinya, motor aku standard. Dan aku tak bawa awek tonggek. Dan aku ada lesen motor dan cukai jalan. Dan aku ikut peraturan [ikut situasi. Hehe].

Tapi sejak kenaikan harga minyak bahana krisis global, nafsu aku untuk memerah habis terotel sedikit sebanyak terbantut.

Kenapa?

Pertama. Aku mesti ubah gaya hidup. Jadi aku setuju dengan fakta yang mengatakan kelajuan di bawah 80km sejam itu boleh menjimatkan minyak. Hasilnya, minyak motor aku dapat ekstra sehari.

Kedua. Biarpun naluri 'kelajuan' dalam diri aku ni memang tak dapat dibuang. Tambahan lagi bila tangan ni memegang terotel. Kira nak pusing habis saja. Tapi aku sabar. Sabar itu separuh daripada iman. Ok. Aku terima. Dan aku tak kisah pun pakcik-pakcik Honda cub potong aku. Mamat-mamat Pizza dan McD potong sailang [baca: silang] pun aku rilek saja. Sabar. Sabar.

Tapi kalau dah bertubi-tubi aku dipotong tanpa belas kasihan sejak 2 bulan lalu, ini macam mana boleh jadi!

Jadi, aku ambil keputusan. Semalam. Di sepanjang hiway Bukit Jelutong. Aku pusing habis terotel sampai geli tapak kaki. Laju tetapppp lajuuuuu..
.
.
Laju ku laju dan tuju kan ku tuju..
Hujung garis ku tawan terhitam putihlah jajahku..
[bila bawa motor laju kau kena nyanyi lagu fast beat]

i am single

Monday, July 28, 2008 · Posted in

I AM SINGLE

Beberapa hari nan lalu. Aku lepak kat Soto Seksyen 8, Shah Alam. Restoran yang ada teh ais tersedap di dunia. Tapi sekarang dah kureng sikit umphh.. Aku rasa mesti sebab minyak naik. Jadi, pak menteri mana nak bawa kes ni masuk parlimen ni? Jawab sikit.

Ok. Ahli jemaah hari tu. Aku. Jarul. Pian [yang baru sebulan kawin]. Bini dia. Kami order makanan dan minuman. Of course aku order teh ais yang tersedap di dunia. Takkan air bateri kot.

Makan punya makan. Minum punya minum. Ada sorang neng datang mau kira. Neng tu tanya. "Sekali ke asing asing?"

Aku jawab, "Asing asing".

Tiba-tiba Pian menyampuk, "Kami dua kira sekali. Ni isteri saya ni. Hah, diorang ni kira sekali. Hahaha!"

"Kira sekali eh?" tanya neng dengan senyum mengulum.

Pekak ke apa? Masa tu aku dapat dengar dah berbakul-bakul Jarul maki dalam hati. Tapi aku kool saja. Aku jawab, "Tak tak. Asing asing."

Memang agak kurang ajar lawak Pian dan senyum lain macam neng tu. Tapi aku takde hal punyalah. Apalah sangat gurau kawan-kawan ni. Mana boleh ada heart feeling.

Tapi kalau dah 2-3 kali aku turun dengan Jarul neng tu asyik dok tanya, "Awak dua ni kira sekali eh?" sambil senyum-senyum memang aku rasa macam nak sumbat gelas teh ais ni dalam lubang hidung dia!

Cait!!

apa barang proton..

Thursday, July 24, 2008 · Posted in

APA BARANG PROTON..

Kata MB Terengganu kita tentang Proton Perdana.

-kenderaan yang tidak ekonomik, kos penyelenggaraannya tinggi, sering rosak, tidak lasak untuk kegunaan jarak jauh-

Lepas ni tak hairanlah kalau berbondong-bondong pak-pak menteri kita semua ikut keluar kenyataan yang sama. Semuanya pakat tunjuk resit maintenance kereta Proton masing-masing. Bezanya diorang mungkin bukan setakat ambil Mercedez. Tapi Lamborghini. Subaru. BMW.

Kenapakah ini terjadi?

Pertama. Perasaaan skeptikal dengan produk Malaysia sememangnya dah berakar umbi dalam sanubari. Itu fakta. Titik.

Kedua. Merujuk statistik terkini, perasaan bongkak dan sombong rakyat Malaysia tentang produk tempatan sudah jatuh nombor 344 [saja aku letak nombor ni bagi nampak sensasi numerikal]. Jangan kata nak lawan Korea atau Taiwan, nak lawan negara Asean pun dah tak boleh dah.

Ambillah apa produk pun. Filem. Buku. Kereta. Buah. Baju. Kain. Kalau ada pun yang jadi pilihan cuma kicap cap kipas udang saja.

Mungkin aku serkap jarang saja. Mungkin kereta Proton pak-pak menteri lain tak macam kereta Proton di Terengganu yang sikit-sikit rosak. Sikit-sikit rosak. Apa cerita? Tolong jawab sikit pusat servis Proton Terengganu?

Ketiga. Yang ni bagi Proton jawab sendirilah. Aku baru saja planning mau angkat V6 buat hantaran nanti. Kalau macam ni cancel-lah. Hehe.

dia buat kami rasa macam hero

Friday, July 18, 2008 · Posted in

DIA BUAT KAMI RASA MACAM HERO

[tune loghat utara]
Sebelum rakyat Malaysia mula tergila-gilakan Liga Inggeris dan Piala Euro. Liga Semi Pro era 80-an begitu nostalgik dan dekat dengan rakyat Malaysia.

Siapa tak kenal Radhi Mat Din, Nidzam Adha, Hashim Mustapha, Ervin Boban, Alistair Edwards, Adigun, Lim Teong Kim, Azman Adnan, Malek Awab, Dollah Salleh, Zainal Abidin, Che Zambil Ahmad, Subadron Aziz dan ramai lagi.

Dari zaman ikut abah aku duduk di seat batu dan scoreboard pusing sampailah ke zaman seat plastik dan scoreboard digital. Dari zaman trek hitam sampailah ke zaman trek merah. Yang tak berubah padang saja. Masih kaler hijau.

Ya, serius aku mengaku aku die hard fan Kedah. Walaupun tak daklah sampai tahap turun stadium setiap minggu dan cat muka kaler hijau kuning. Tapi zaman semi pro dulu punyalah fanatiknya aku sampai sanggup tunggu berita jam 10 kat radio Kedah semata-mata nak tau result malam tu.

Dan aku perasan siapa-siapa pun yang beranak kat bumi jelapang padi ni patriotisme dia lain macam.

Sampai orang cakap kau ni bukan orang Kedah la kalau tak minat bola negeri hatta kau sepak bola pun tak pernah. Orang UMNO dan orang PAS yang selama ni bertengkaq sambil dok acu tangan ke langit dan bertekak sampai terkeluaq anak tekak pun boleh pakat-pakat berpeluk bila kami menang bola. Bola sepak menyatukan kami. Sungguh.

Selain Dr. Mahathir, bolasepak Kedah buat kami rasa sangat bangga. Sangat girang. Sangat hensem.

Dan beberapa hari lepas. Aku betul-betul tergamam bila dapat tau tentang pemergian Datuk Ahmad Basri, arkitek bola sepak Kedah sejak 80-an dulu. Kata orang, kalau kita jujur dan ikhlas dengan apa yang kita buat. Orang pasti akan nampak. Orang akan salute macam hero.

Salam takziah buat keluarga Allahyarham. Al-Fatihah.

Powered by Blogger.