jgn stakat tak pa, ucap tahniah dihjg januari

Monday, January 28, 2008 · Posted in ,

JANGAN SETAKAT TAK PA

Adik Mahfuzah mesej aku. -Artikel aku masuk Utusan, Sigap-

Aku beli. Aku baca artikelnya. Pasal pengharaman penggunaan polisterin di USM. Dan dia Naib Yang Dipertua, Kelab Alam Sekitar. Oooo. Baru aku tau.

Patutlah pernah dulu dia marahkan aku bersungguh-sungguh sebab tapaukan nasi dalam polisterin. Atau membungkus makanan di dalam plastik.

Tapi biasalah. Lelaki penuh egois seperti aku ni mestilah tak akan menurut begitu saja. Aku beritahu plastik sekarang ada yang dibuat dari ekstrak ubi kayu. Boleh lupus.

"Pandailah hang!" Dia marah-marah aku.

Tapi di USM sajakah? Dan tiba-tiba aku rasa jengkel. Ada orang mendengarkah suara-suara mereka ni?

Sekarang baru aku mula percaya kalau ada mana-mana sumber mengatakan rakyat Malaysia antara rakyat di dunia yang paling lemah isu kepenggunaan mereka. Juga isu alam sekitar. Apatah lagi kebersihan.

"Malaysia punya sistem pelupusan sampah yang terburuk di dunia." Cakap adik bersungguh-sungguh. Dan masa tu aku cebikkan muka.

Ah, rasa sungguh tak berbaloi kalau cuma aku saja yang sanggup menyimpan bungkus gula-gula di dalam kocek sementara manusia lain menghumbannya ke sudut-sudut jalan.

Harap golongan-golongan sedikit ini kuat. Jujur dalam perjuangan. Dan pasti ada yang mendengar suara-suara kalian. Kalau pun bukan sekarang tetapi mungkin ketika bumi mula hancur nanti. Atau melampias rajuknya yang sunguh-sungguh.

Bravo sis. Fight for your right!


UCAP TAHNIAH DI HUJUNG JANUARI ITU

"Tahniah." Cakap bos pada aku.

Air liur aku tersekat di kerongkong. Aku rasa.
.
.
Bersambung..

Powered by Blogger.