org2 terpilih, naik basikal, keraian yg jrg, psan dr cinta, ini bru thn baru

Wednesday, January 09, 2008 · Posted in , ,

ORANG-ORANG TERPILIH

Baiknya. Kontrak aku dilanjutkan. Kau orang-orang terpilih. Kata bos. Dengan bibir separa senyum.

Kuasa yang besar harus ada tanggungjawab yang besar. Kata uncle kepada Peter Parker.

Ironinya. Mula 1 Januari lantai 20 kami mulai susut. Geng 2 bulan sudah bawa haluan. Sunyi. Sepi mencengkam.

2008 buat aku fikir macam-macam.


NAIK BASIKAL PUN OK KAN

Suraya. Si tunangan orang. Yang perangainya suka gelak-gelak. Dia perempuan obses pada warna hitam. Jaket hitam. Beg hitam. Seluar hitam. Tudung hitam. Asalkan ada objek warna hitam dia akan suka.

Dia hantar mesej tahun baru. Selamat Tahun Baru. Semoga dirahmati dan mendapat berkat!!

Aku balas. Selamat Tahun baru. Berhati-hati menunggang basikal. Jangan amalkan sikap tak pa. Hahaha!

Ces. Hampeh..
.
.
Hmm. Lupa nak bagitau. Suraya juga ada Viva hitam. Viva dia special. Paling laju dia pernah bawa. 60km sejam kot. Aku rasalah.

Tahukan kenapa dia marah-marah bila aku sebut tentang basikal.


KERAIAN YANG JARANG-JARANG

Bayangkan untuk ke ofis, aku perlu mengharungi 15 lampu trafik. Cuba korang kira dah berapa minit aku rugi semata-mata di depan lampu bintik merah itu.

Hidup di kota penuh material mengajar aku bahawa melanggar lampu merah bagi sesetengah pengguna jalan raya di ibu kota bukanlah satu kesalahan sangat pun. Kadang-kadang ia satu tren bagi hidup yang serba pantas dan tak mempedulikan orang lain.

Kau cuma perlu amalkan konsep. Pandang kanan-kiri-kanan. Dan jalan.

Mama pernah sebut, undang-undang Tuhan pun lagi kita langgar inikan pula undang-undang manusia. Jauh sekali mama suruh aku langgar undang-undang negara. Kata-kata hikmah itu untuk konteks cerita yang lain. Cuma aku yang putar belit untuk kepentingan sendiri. Ceh.

Dan aku juga selalu berprasangka baik pada sesiapa yang melanggar lampu merah. Mungkin bini dia nak beranak. Atau dia nak terberak. Atau dia lambat masuk ofis. Atau mungkin memang perangai dia melanggar undang-undang itu satu perkara yang kool.

Ups. Tahun baru ini juga aku raikan dengan saman trafik bahana melanggar lampu merah.

"Encik polis, saya tahu encik anti rasuah. Jadi samanlah saya ok.."


PESAN DOKTOR CINTA

Satu hari Doktor Cinta beritahu aku.

Setelah dikaji-kaji ada dua perkara yang bisa melemahkan jiwa dan raga seorang lelaki.

Pertama. Gedik dan manja.
Kedua. Air mata.

Ooooo.
.
.
Satu hari Doktor Cinta beritahu aku.
.
.
Plink.


INI BARU TAHUN BARU. TAHUN BARU INI BARU

Selamat Tahun Baru Hijrah. 1429.
Kena buat ekstra azam kot.

Powered by Blogger.