CERAMAH
Aslam, seorang anak didik Dr. A beria-ria mengajak Kelambu untuk memberi satu ceramah tentang keusahawanan kepada para pelajar sekolah.
Sebab apa pilih aku?
-Dah aku tengok hang boleh berlakon. Jadi, bolehlah bagi ceramah.
Laa, berlakon lain. Berlakon hafal skrip dan action. Tapi bagi ceramah kena bagi orang faham. Kalau orang tidur aku akan terguris.
-Tak pa. Kau goreng saja apa yang patut.
Ceramah tersebut berlangsung di SMK Bukit Gading, sebuah sekolah menengah di kawasan Sungai Buluh. Sekolah tersebut terletak di atas bukit dan dihadiri 35 orang pelajar tingkatan 2, 3 dan 4. Lelaki cuma 7 orang. Selebihnya perempuan. Comelnya.. :)
Kelambu pun memulakan ceramah pada slot kedua selepas Aslam berceramah pada slot pertama.
Ok, oleh sebab kita sudah makan. Saya nak bersenam. Bila saya cakap kanan, kamu angkat tangan kanan dan bila saya kata kiri, kamu angkat tangan kiri. Kiri.. Kanan.. Kiri.. Kanan.. Kiri.. Kiri.. Kanan.. Kanan.. Kanan.. Kanan..
Semua sama. Bagus. Semuanya bijak. Ok, kali ni bila saya cakap kiri, kamu angkat tangan kanan dan bila saya cakap kanan, kamu angkat tangan kiri. Kiri.. Kanan.. Kanan.. Kanan.. Kiri.. Kiri.. Kanan..
Semua tak sama. Apa moralnya?
-menyihatkan badannnnnnn.......
Salah, usahawan kena lari dari rutin. Kalau sebelum ni gosok gigi tangan kanan nanti kena gosok gigi guna tangan kiri. Itu contohlah, bukan betul-betul! Kanan lebih afdal.
Kelambu berceramah lagi. Pelajar bersembang, ada menguap dan baca buku. Ceh!
Nak dengar cerita tak?
-Nakkkkkkkkkkkk!!!!
Kelambu pun bercerita kisah Pak Pandir, penjaga gol dan pegawai bomba. Pelajar suka dan menumpukan perhatian semula. Kemudian Kelambu sambung ceramah lagi. Pelajar pun bersembang lagi.
Nak main game tak?
-Nakkkkkkkkkkkkk!!!
Kelambu pun membuat satu permainan. Pelajar dikehendaki memilih satu objek yang disukai/dibenci dan kemudian buat satu sajak mudah sebanyak 5 baris dengan syarat setiap baris mesti ada nama objek tersebut.
Contohnya: cokelat sungguh manis, cokelat diperbuat daripada cokelat, cokelat mudah cair di tangan, cokelat saya sudah berulat, saya tak boleh makan cokelat lagi.
Pelajar pun menulis. Tekun. Masing-masing menjadi sasterawan. Cukup masa Kelambu kutip sajak-sajak para pelajar.
Ok, saya nak sorang-sorang bangun dan baca sajak kawannya. Tetapi, nama objek dalam sajak tu hendaklah ditukar kepada nama penulisnya. Faham!
Contohnya: kelambu sungguh manis, kelambu diperbuat daripada kelambu, kelambu mudah cair di tangan, kelambu saya sudah berulat, saya tak boleh makan kelambu lagi.
Hahahaaaaaaaa.. Para pelajar sungguh suka. Tambahan lagi apabila saling kena mengena antara satu sama lain.
Apa kamu dapat dari game ni?
-Gelakkkkkkkk!!!!!
Salah, jadi usahawan kena ada ilmu. Kalau tak diri sendiri akan kena tindas. Hati-hati bila orang memberi atau menyuruh sesuatu. Bukan main tulis saja macam tadi. Sepatut kena tanya dalam diri, ni mesti ada apa-apa ni?
-Senyum. Suka. Sembang.
Tergurisnya Kelambu. Oh, mereka masih muda. Kelambu nampak biasan diri sendiri sewaktu sekolah dulu. Nampaknya selepas ni kalau Kelambu bagi ceramah lagi Kelambu kenalah bercerita, main game, bercerita, main game, bercerita, main game, bercerita, main game. Selama 1 setengah jam.
Kelambu: Terima kasih cikgu
Powered by Blogger.
Post a Comment