Yang Sebenarnya Kahwin (III)

Sunday, October 10, 2010 · Posted in


kahwin bukannya 'settle down'. sebab bila dah kahwin - its end your single life, but it is the begining of marriage life. - Amyz

pernah jumpa kawan 1sekolah yang tak tahan stress dan malu kerana tak kawen2 lagi. Dia telah mempalsukan statusnya di FB siap letak nama anak2 rekaannya lagi. Padahal aweks pon tak der lagi. Tu tahap desperet gilos tu.. nauzubillah - MushroomCute@Mariea

Aku tak suka bercouple. Aku tak suka budak. Aku tak rasa jeles pun tengok orang lain bercouple. Aku rasa aku kalau kahwin nanti sebabkan seks saja. - kawan aku, Pa'an (gamer kategori hardcore, true lone ranger, antisosial, rajin sembahyang)

You [men] are not our protectors.... If you were, who would there be to protect us from? - pejuang hak asasi wanita, Mary Edwards Walker


Dua komen di atas beri dua situasi berbeza mengenai apa yang akan aku bincangkan di bawah ini sebagai jawapan final buat Marquez. Satu (komen Amyz), mengenai kenapa kau patut kahwin. Dua (komen Mushroom), korang tengok, siapa cakap masalah Marquez kecik?

Di Barat, institut keluarga runtuh sebab ramai tak faham falsafah kahwin. Kahwin atau tak sama saja. Tak kahwin pun kau boleh dapat buat seks dan dapat anak. Kenapa perlu kahwin, biarkan diri kau terikat dalam undang-undang dan terpaksa pula berkelamin dengan seorang mamalia saja sedangkan kau boleh bereksprementasi tentang emosi dan biologi dengan ramai orang. Faham Barat, kahwin sekadar upacara atau adat akhir selepas kau puas atau letih melakukan eksperimen emosi dan biologi dengan orang sekeliling kau.

Kalau kau anggap kahwin dapat menyelesaikan semua masalah, kau silap. Kahwin cuma selesaikan beberapa masalah kecik kau semasa bujang saja. Tapi, selepas itu kau akan hadap masalah baru pula yang aku rasa bertambah banyak berbanding kau bujang. Cuba senaraikan masalah orang bujang dan orang kahwin. Akhirnya kau akan nampak siapa sebenarnya paling banyak masalah?

Masalah tipikal orang bujang Melayu Malaysia biasanya ialah kewangan, stres tempat kerja, nak cari pasangan, skandal awek/pakwe dan famili (mak ayah sakit, kena sara adik beradik etc.. etc..). Tolak masalah cari pasangan, orang kahwin juga mengalami masalah orang bujang. Tetapi, mereka dilambakkan pula dengan masalah tak dapat anak (rujuk kes Marquez) atau tenaga batin (bagi yang mengalaminya), stres dengan mertua/menantu, anak-anak buat hal, kirim black magic, fikir kenduri anak dan bla.. bla.. Habis tu, apa yang kau faham kahwin dalam konteks tuntutan agama?

Aku beritahu kau, kahwin memang meletakkan diri kau dalam masalah. Tapi, apa pula falsafah tuntutan berkahwin dalam agama sedangkan pada masa sama kau dibebankan banyak masalah? Kalau kau gagal jawab soalan ni, aku rasa satu hari kau akan fed up dengan perkahwinan kau dan perlahan-lahan kau mengaku berkahwin bukan perkara yang menenangkan kau selagi impian perkahwinan kau tak memenuhi garis piawaian kau (seperti dapat anak sempurna sifat, anak cemerlang (bijak dan kaya lagi soleh), hubungan seks tip top dan isteri/suami sempurna (soleh lagi tawaduk dan bla.. bla..).

Banyak masalah yang kau hadapi selepas kahwin adalah satu proses untuk menguji hakikat hidup kau sebagai manusia. Kahwin boleh saja diibaratkan sebagai sebuah negara, rakyatnya ialah suami/isteri dan dipenuhi dengan pelbagai peraturan dan undang-undang. Ia juga sekolah kehidupan kau, di mana kau dan pasangan adalah guru dan murid yang saling belajar dan mengajar.

Dengan kahwin, kau merelakan diri kau diuji! Nama pun ujian, mesti ada gagal dan sukses. Thomas Alva Edison beritahu dia gagal sejuta kali sebelum dapat cipta mentol yang kini memberi manfaat kepada berjuta-juta umat manusia. Jadi, tak ada alasan pun kau patut bermuram durja dan lama-lama bersedih jika kau gagal memenuhi maksud kahwin seperti mana yang kau faham (buat seks, dapat anak, happily ever after). Ini kerana kau sebenarnya sudah memberi manfaat kepada diri sendiri dengan membuka rahsia hakikat hidup kau.

Kahwin ialah proses menguji diri tentang tanggungjawab cinta dan politik diri antara kau dan pasangan. Kalau kau seorang sosialis, toleransi apa yang akan kau guna jika bini kau pemuja kapitalis. Kalau kau pejuang moralis, pasangan atau anak kau nanti mungkin seorang anarkis. Dalam kahwin kau akan belajar tentang banyak perkara yang tunjangnya adalah tanggungjawab dan toleransi dengan manusia lain. Kahwin menguji isme-isme yang kau pegang.

Jika kau bertuah, proses emosi dan biologi yang kau lalui dalam memenuhi proses tunjang itu akan menemukan kau dengan akar atau hakikat hidup kau sebagai manusia, iaitu cinta dan kesunyian yang akan membawa kau kepada hakikat pencipta.

Kata Maulana Rumi, “This is love: to fly toward a secret sky, to cause a hundred veils to fall each moment. First to let go of life. Finally, to take a step without feet.”

31 Responses to “Yang Sebenarnya Kahwin (III)”

therosputih said...

bagus kalau sume orang bace entry nih...sebab pas bace je entry nih, gi duk tepi dinding nu ha, renungkanlah...adakah aku sudah bersedia untuk memikul sepenuhnya tanggungjawab kahwin itu...thanks ye encek kelambu...keep it up...

Anna said...

Para sahabat Nabi saw dulu sangat malu dan risau kalau mereka mati dalam membujang. Zaman Nabi saw dulu duda tidak terus menduda, janda tidak terus menjanda. Habis edah keluarga cepat2 carikan suami. betapa institusi perkahwinan dimurtabatkan. kaum wanita dibela. kalau terus berdebat buruk baiknya kahwin kita akan tenggelam dalam dunia falsafah,. percaya saja janji Tuhan dan Nabi saw,pasti selamat :) ooh dan berkahwin itu menyempurnkana 1/2 agama. cool.
p/s: azhan, hg dah kawin ? :)

MushroomCute@Mariea said...

Seorang kawan pernah kata, kahwin itu ibarat satu perjudian. Kalau judi dah jatuh hukum haram...hahahahah..mmg tak leh pakai..

Lanzo said...

rosputih;
kahwin atau tak sebenarnya pilihan. tapi kalau nak tunggu bersedia atau tak pikul tanggungjawab kahwin, jawapannya relatif setiap individu. sama macam orang jawab tak sampai seru untuk alasan tak pergi haji. tanggungjawab ini kadang-kadang berubah jadi bukan pilihan lagi.

anna;
kahwin, bujang atau terus menjanda bukan isu. isunya, kahwin untuk apa? seks dan dapat anak? kalau setiap individu faham falsafah kahwin, takkan ada orang sanggup jual kahwin atas dasar agama. letak hantaran mahal, kenduri membazir dan bagai lagi. isu seks bebas berlambak sebab apa? sebab diorang faham, kalau tak kahwin pun boleh buat seks. pasal menjanda lama, carilah berapa ramai lelaki kahwin dua dengan janda berbanding kahwin anak dara? cakap bukan main, mau tiru sunnah, agama benarkan. tapi falsafah kahwin dua pun diorang tak tau.
p/s: bujang. ada kena mengena dengan entri ka? hahaha.


mushroom;
haha. kalau macam tu hidup ni pun kira macam berjudi juga. harommm...

~jeet~ said...

anna, kurang tepat kalau nak pakai argument kawin tu menyempurnakan 1/2 dari agama. so kalo tak kawin, yang bujang ni separuh islam la ye? yang penting nawaitu..kalo kawin tapi waktu hari persandingan je dah tinggal solat waktu sebab tak sempat nak tanggal mekap, sempurna ka agama tu?

sempurna atau x agama seseorang hanya Allah yang boleh tentukan, kita xda hak ;)

Anonymous said...

ada orang tanya aku, 'tak kahwin tak ada anak, nanti bila dah tua sapa nak jaga'. aku tanya dia balik, 'mak bapak ko ada lima orang anak pun akhirnya dah tua diorang berdua je kat rumah, anak semua kerja jauh2 termasuk ko'.hahaha

ramai kawan2 perempuan aku risau tak kawin lagi sebab diaorang kata lambat kawin nanti susah nak dapat anak.tapi bagi aku, takkan ko nak lahirkan anak dengan orang yang ko terpaksa berehem-ehem sebab nak buat anak.

aku heran dengan orang yang alasan dia kawin sebab orang asyik tanya bila nak kawin. bodohlah biar orang tentukan hidup kita.hidup kita biar kita tentukan.

setakat ni yang aku tengok perkawinan ni mengerikan.apa kejadahnya ko kena kongsi hantaran dengan bakal suami lepas tu dia senang2 mengaku hantaran 8juta kat makcik pakcik dia.banyak cantik...

prof nik said...

tepuk dada tanye selera. heee. hah kelambu. nko ni nak kawin ke x? sian si dia tu. tunggu nko.. hehehehe

MushroomCute@Mariea said...

Ada masa akan ada rasa nak kahwen sangat-sangat. Tapi bila dah diambang2 tu, rasa macam nak kena jatuh hukum gantung. huhuhuhuh...memang gamble..

Lanzo said...

jeet;
memang ada hadis sebut tentang berkahwin menyempurnakan separuh iman (rujuk riwayat ibnu majah). Tapi, apa yang kita faham tentang maksud berkahwin menyempurnakan iman yang separuh itu? apakah kalau kita berkahwin terus iman kita sempurna? walhal kahwin itu antara cara membuka ruang untuk membentuk makna iman. sama seperti kebersihan sebahagian daripada iman (riwayat Muslim). Tapi, fahamn iman itu apa pulak?

anony;
haha. itu memang statement biasa yang aku selalu dengar jugak pasal kahwin. kahwin untuk dapat anak supaya ada orang jaga kita bila tua. atau kahwin awal supaya nanti dah pencen, tak payah susah-susah sara anak lagi, anak boleh sara kita. habis kalau tak dapat anak atau kahwin awal tapi dapat anak lambat macamana pulak? cari anak dara bergetah? atau bila anak ramai, tapi tak ada sapa peduli bila tua, terus rasa menyesal kahwin dan ada anak. kemudian pergi mengadu nangis-nangis kat tv. sedihnya, kalau beginilah faham kita pasal kahwin. tapi, jangan pula ada yang tuduh aku sokong anak-anak buang mak ayah. haha!

prof nik;
ada aku cakap aku tak nak kahwin. takpe. dia orait ja. kan kan. kahkahkah!

mushroom;
rujuk jawapan untuk rosputih. kadang-kadang kahwin bukan pilihan lagi.

Anonymous said...

masa awal remaja aku selalu fikir: aku tak nak kahwin walaupun orang kata aku masih mentah untuk fikir pasal kahwin. tapi aku macam nekad tak nak kahwin. dikukuhkan lagi saat tu bila kawan lelaki aku kata aku ni tak layak untuk dikahwinkan..(xmemenuhi ciri2 katanya..)

bila aku masuk alam dewasa (dah tua sikit la. eceh!)aku ada rasa seronok tgk baby, budak2..tapi hati aku masih kata aku tak nak kahwin. kawan aku kata kenapa menafikan keinginan yang diri sendiri dah tahu jawapan. masa ni aku dah tahu meaning sebenar kahwin, hukum dan sebagainya..dan aku rasa time ni kahwin adalah cara paling selamat untuk elak buat perkara terlarang..

bila hari ini(ketika aku menaip ni..) aku masih yakin untuk mengatakan kepada umum bahawa aku xkesah kalau tak kahwin atau xberpasangan..walaupun kemungkinan2 akan berlaku ke atas aku seperti yg ditaip oleh 'anony' diatas..kerana bagi aku perkahwinan adalah satu 'perlembagaan' kehidupan (macam kelambu taip) yang bukan semua manusia dapat patuhi seadanya mengikut garis panduan yg sebenar. contohnya aku. haha

mungkin ada istilah 'belum cuba belum tahu'?

tapi jawapan aku mudah:
aku tak nak cuba dan aku tak nak tahu! :)

zaHidAh said...

entry ni mendapat sambutan yang memberangsangkan..terharu aku..

Lanzo said...

anony;
sebab tu aku tulis, bila kahwin, kita sebenarnya galas misi/tanggungjawab lebih besar yang bukan lagi bersifat individualisme tapi komunal, hingga ada tahap tertentu kau terpaksa abaikan prinsip dan perasaan sendiri demi pasangan kau. aku takkan cakap apa-apa kalau itu pilihan kau sebab bagi aku hidup manusia itu pun memang bermula dengan kesunyian. terpulang kepada kita bagaimana mengisi rasa sunyi itu. janji kau tahu dan faham pilihan hidup kau. manusia punya usaha, Tuhan punya kuasa.

zahidah;
tak sampai 20 komen pun. memberangsangkan apa? hahaha!

Anonymous said...

kelambu:

aku sokong kata kau, sebab aku juga ada pikir pasal yg sama. pas hbs isu marquez ni aku nak tanya pasal isu kesunyian lak. haha!

Lanzo said...

anony;
apasal semua masalah kejiwaan je ni?

Anonymous said...

salah!! thomas alva edison gagal 1000 kali je..kekekeke..kalu sejuta kali dia dah x bole kire dah..hahahaha

rinz raime said...

peh... dasat2.. pening aku baca.. mula2 baca dgn niat supaya merajuk aku diubati.. tp rupa2nya aku tak ingat dah pasai apa aku merajuk tadi.. muahahaha.. hilang...

Anonymous said...

kelambu:

saja cari isu. haha!

Lanzo said...

anony;
baca biar betul brader.. 'thousand' ke 'thousands'? ada beza tu. kahkahkah.. tapi, aku tak rasa pun edison kira berapa kali dia gagal. itu cuma ayat bombastik untuk tunjuk betapa dia dah gagal banyak kali sebelum dapat cipta mentol. come on brader..

rinz;
tak payah pening pun. apa benda yang kau buat kau kena ada reason. rasional.

anony;
why so serious? haha..

Anonymous said...

Abang kelambu, terima kasih wujudkan entri ni. Sangat setuju.
If tak ready wang, mental dan fizikal lebih baik membujang dulu. And berhentilah menyoal bila dan bila. Jodoh, bila sampai masa Tuhan tentukan akan tetap ada. Tak gitu? :)

-sepatumerah-

Rose@Shada said...

Saya suka tajuk nie... Membuatkan saya berfikir n berfikir tentang berkahwin....

Lanzo said...

sepatu;
sebenarnya, entri ni aku tuju untuk marquez yang stres (macam rhyme pulak) sebab tak dapat anak. mungkin ada yang suruh dia berubat (buat rawatan ivf, suruh bini makan pil subur, set waktu sesuai berkelamin etc etc..). mungkin ada juga yang akan suruh dia kawin lain. tapi semua tu ikut kemampuan kewangan dan fizikal jugak. kalau dah usaha, tapi masih tak mampu dapat semua tu, kahwin dah takde makna ke? cinta dia kat isteri macamana? sebab tu entri aku lebih kepada hakikat dan falsafah kahwin.

rose;
thanks, sis.. :)

Amy Z! said...

fehhh.. 21 komen.. semua org boleh seteress pikir pasal kahwin ok.

nampak sgt isu kahwin bukan isu picisan. banyak perkara boleh timbul dengan 1 perkara yang dipandang enteng oleh orang - kahwin.

ada orang, nak kahwin pun stress. dah kawen lagi stress. ada orang tak stress lagi bila dah kahwin. dan berbagai-bagai isu lagi.

haih. belum campur poligami lagi nih.

hahaha.

err.. ko berani nak timbulkan isu poligami.

macam menarik je beb. hahaha.

fafarafa said...

huhuuhhuhu.....banyak gile komen. smpi aku nk komen pon takut

amyz...setuju kot kalo tuan tanah timbulkan isu poligami dr perspektif seorang lelaki. mcm menarik. hahhahahah

fuzama said...

poligami?!...heheheee...

Ali Raja said...

antara entri yang menarik..

azhan..apsal dh lama xde cerpen~?

Lanzo said...

amyz;
sampai 20 komen juga akhirnya. kesimpulannya, perihal kawin memang jadi perkara nombor satu. ceh. nanti kalau rajin dan dapat ilham, aku buatlah pasal poligami. tapi, aku bilang kalau. hehehe.

fafarafa;
aku bilang kalau..

fuzama;
hehehe..

ali;
aiseh. dah jarang gila buat cerpen. touch dah hilang kot.

Anonymous said...

poligami? kompem mantap isu tu nanti! dan pasti banyak 'kalau..' yang akan keluar...haha!

prof nik said...

ape lagi kelambu. nko upload lak citer pasal poligami.. skrg ni masalah org yg nak kawin tp kena pk mcm2 hal.

pas ni pasal poligami lak. pening pk pasal byk sgt org nak kt si lelaki ni. hahaha
ape lagi kaji sama dia

sUe said...

Kata Anais Nin - The role of a writer is not to say what we all can say, but what we are unable to say.

Dan siapa yang mahu mengaku mereka berkahwin krn seks sbg tujuan utama?

mungkin lepas baca entri kamu, ramai yg tertanya2, untuk apa aku kahwin sbnrnya??

Lanzo said...

anony;
kahkahkah!

nik;
beria-ria nampak kau ni nik..

sue;
anais nin. wahh. erotic journalist..

prof nik said...

hahaha. sbb aku adalah lelaki yg digemari ramai. tlg aku kelambu. jalan penyelesaiannyeeeeeeeeeeee?????

Powered by Blogger.