Oh Sunni Oh Syiah..

Friday, January 28, 2011 · Posted in

Kebangkitan Cyrus dari kubur menakutkan dunia Arab dan Barat

Sebenarnya, entri ini akan jadi sangat panjang jika mahu diulas di segi perselisihan mazhab Sunni-Syiah. Lagipun, sudah ada ramai blogger dan orang agama kita yang bentangkan hujah agama masing-masing. Ada pro dan kontra. Ada yang penuh kebencian. Ada yang gila isme. Ada yang emo tak tentu pasal. Tapi sayang, rata-rata aku baca sangat kontang idea dan hanya suka memetik kata-kata al-ustaz-al-ustaz dari Timur Tengah. Kata-kata Nabi dipetik untuk mewajarkan hujah prasangka masing-masing. Dan aku tertanya-tanya, kalau selamanya kita biarkan diri duduk dibawa persepsi orang lain, sikap kita di mana sebenarnya?

Tapi, dalam entri ini, aku akan cuba bawa korang lari jauh daripada perselisihan mazhab yang melatari persengketaan Sunni-Syiah yang berlarutan sejak beratus-ratus tahun lama dulu. Jadi, apa yang mahu aku bangkitkan dan minta korang faham di sini adalah di luar konteks konflik mazhab itu sendiri.

Jika diteliti secara dasar, apakah kita tahu sama ada sedar atau tidak, umat Melayu Islam sebenarnya sudah diheret ke dalam jurang sengketa dua bangsa besar, Arab dan Parsi yang suatu masa dulu pernah menjulang Islam pada zaman keemasannya?

Daripada dua bangsa inilah lahirnya ramai ilmuwan Islam bertaraf polymath yang bukan saja menguasai ilmu agama, tetapi juga segala macam ilmu duniawi yang kemudian membuka jalan kepada fasa Renaissance di Barat yang bermula di Itali.

Walaupun, kedua-dua bangsa ini mempunyai pola fikir berbeza tentang interpretasi Islam, fakta membuktikan tidak pernah ada catatan genosaid pada abad pertengahan dulu yang berpunca daripada perselisihan mazhab. Sebaliknya, sengketa yang wujud adalah akibat faktor politik dan ekonomi. Lebih parah, segalanya menjadi semakin buruk pada era imperialisme Barat di Timur Tengah.

Sejak itu, kedua-dua bangsa itu, Arab dan Parsi mula terperangkap dalam sejarah bangsa yang dibataskan sempadan negara dengan masing-masing saling bersaing mahu mendominasi pihak lain. Dan antara peluru propaganda dilepaskan adalah perbezaan mazhab, yang mana setiap pihak berdegil menyatakan, Islam aku lebih benar daripada kau!

Persoalannya, apakah benar perselisihan mazhab yang menyebabkan sengketa Sunni-Syiah?

Alexander perlukan bantuan Arab untuk halang kebangkitan Cyrus.

Apabila menyebut tentang Syiah, susah untuk kita tidak asosiasikan mazhab itu dengan Iran. Sama juga apabila kita menyebut tentang Sunni, susah untuk tidak mengaitkannya dengan Arab Saudi atau Mesir. Atau Melayu dengan Islam. Walhal di Iran ada saja orang Parsi bermazhab Sunni dan ada juga Arab bermazhab Syiah. Dan di Indonesia dan Filipina, ada saja orang Melayu menganut Kristian.

Sebelum perang Iran-Iraq pada 1980, Sunni dan Syiah terlebih dahulu bergaduh pada era dinasti Safawiyah (Safavid) di Iran dan Uthmaniyyah di Turki, dua kerajaan Islam yang mewakili entiti politik Syiah dan Sunni. Konflik yang timbul bukanlah akibat sengketa mazhab, kerana di segi keilmuan, kepelbagaian mazhab itu sendiri diraikan kerana umat Islam ketika itu mindanya 'cerah'. Mereka faham tentang fitrah akal yang sifatnya bebas berfikir. Malangnya, kenapa hari ini kita suka menyempitkan kurnia tersebut dengan mendakwa cuma ada satu jalan kebenaran yang harus diikut.

Dulu, Sunni boleh saja berbangga dengan ilmuwan Parsi, Ibnu Sina, manakala Syiah pula berbangga dengan sarjana Arab, Ibnu Khaldun. Jadi, apa yang jelas di sini ialah Sunni bersengketa dengan Syiah bukan sebab mazhab, bai.

Kau kutuk Syiah berlebih-lebihan menangisi syahidnya Hussein, tapi dalil apa yang kau guna untuk halalkan darah mereka? Aku tak faham, hukum dan doktrin apa yang benarkan kau membantai mana-mana golongan, yang tidak mengangkat senjata, atas dasar kepercayaan mereka tidak sama dengan kau. Ini semua soal faham dan percaya. Apa hak kau untuk menafikan kepercayaan orang selagi dia ada alasan dan dalil yang dipegang?

Jadi kenapa Sunni dan Syiah bergaduh?

Ok. Aku cuba jelaskan secara ringkas. Selepas berakhirnya zaman Khalifah ar-Rasyidin, berlaku krisis kepimpinan yang menyaksikan tertegaknya dinasti Umayyah, pemerintahan anak beranak pertama dalam sejarah Islam.

Tindakan kerajaan Umayyah yang cuba mengarabisasikan wilayah taklukannya menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati dalam kalangan penduduk Islam bukan Arab. Situasi tersebut mendorong kepada kebangkitan dinasti Abbasiyyah yang mendapat sokongan kuat penduduk bukan Arab, kebanyakannya orang Parsi, termasuk pengikut Syiah yang tak puas hati dengan pemerintahan korup Umayyah.

Sekali lagi aku ingatkan. Apa yang berlaku (Abbasiyyah menjatuhkan Umayyah) bukanlah perselisihan mazhab (Abbasiyyah juga Sunni). Tetapi, disebabkan politik yang mana penduduk Islam bukan Arab (Sunni dan Syiah) tak puas hati dengan hak eksklusif kerajaan Umayyah yang cuba menegakkan ketuanan Arab di luar bumi Arab. Dan apabila tertubuh dinasti Abbasiyyah, liberalisasi budaya berlaku dan kebudayaan Islam tidak lagi dilihat berorientasikan Arab semata-mata. Ketika itu, bangkit ramai ilmuwan Islam bangsa Parsi. Malah, rejimen khas untuk menjaga wilayah Sultan dilantik daripada kalangan tentera bukan Islam yang dikenali sebagai tentera hamba atau Mamluk di Mesir.

Pada era moden, untuk memahami konflik Sunni-Syiah atau sebetulnya konflik Arab-Parsi adalah perlu untuk kita memahami perang Iran-Iraq pada 1980. Saddam Hussein yang ketika itu menjadi Presiden Iraq bertindak melancarkan serangan mengejut ke atas Iran. Iraq yang didominasi nasionalis Arab dan Sunni menyerang Iran kerana Saddam melihat keadaan huru hara di Iran selepas Revolusi Islam 1979 sebagai kesempatan terbaik untuk beliau menguasai wilayah sempadan membabitkan laluan penting ke Teluk Parsi.

Kesan daripada perang itu memang menjahanamkan kedua-dua negara. Sebaliknya, ia menguntungkan Amerika dan Eropah yang mendapat habuan daripada penjualan senjata. Contohnya, Perancis mengeksport AS$5.6 bilion senjata ke Iraq dan Iran membeli sejumlah AS$10 bilion senjata dari Rusia. Itu tidak termasuk senjata yang dibekalkan negara-negara Arab kepada Iraq kerana bimbang ancaman negara Parsi itu terhadap ketuanan Arab. Jadi, tak hairan semasa perang lapan tahun itu, Iraq ditaja kuat oleh puak nasionalis dan raja-raja Arab sebelum mereka membantai pula Iraq kerana membantai Kuwait.

Selain Syiah yang menjadi penyokong kuat Iran, Teheran juga meraih sokongan kuat daripada penduduk bukan Arab yang bencikan dominasi Arab di Timur Tengah. Ini termasuk orang Arab sendiri, terutama di Palestin dan kelompok marhaen yang bencikan sikap pemerintah Arab yang pro Barat dan kecut telur dalam menangani konflik di Timur Tengah. Justeru, kebangkitan dan 'kedegilan' Iran untuk tunduk kepada kehendak Barat sangat diraikan golongan berkenaan.
Seorang awek bergambar bersama peluru Great Bombard seberat 1600 kg.

Kebangkitan Parsi baru itu begitu menakutkan Amerika dan Eropah, yang mewarisi kemahsyuran Rom dan Arab yang mewarisi kegemilangan Umaiyyah dan Abbasiyyah, termasuk Turki yang pernah menggegarkan dunia dengan Dardanella Gun atau Muhammad Gun semasa kekuasaan Turki Uthmaniyyah.

Asasnya mudah, semua pihak bergaduh atas nama politik dan ekonomi dengan menjadikan persengketaan mazhab sebagai isu untuk menghalalkan cara mereka. Dan doktrin kebencian itu dieksport kepada pelajar-pelajar asing yang datang mengaji agama di Timur Tengah. Justeru tidak hairan apabila pelajar-pelajar itu balik, mereka yang menerima doktrin Syiah ekstrem akan melabel Sunni kafir dan Sunni pula melabel Syiah sebagai puak sesat yang harus diperangi habis-habisan.

Hoi, korang mengaji agama jauh-jauh untuk benci orang ke, hoi! Korang tau tak korang sebenarnya adalah mangsa kepada konflik sejarah bangsa Timur Tengah yang menjadikan agama sebagai peluru dan senapang untuk saling bermusuhan. Dan aku tak hairan kenapa ustaz-ustaz Arab wannabe kita jadi menyinga lain macam apabila menyebut tentang Syiah atau mereka yang ada latar belakang Iran. Kerajaan Mubarak sekat makanan ke Palestin korang buat apa? Arab Saudi yang menjaga dua Kota Suci umat Islam buka pangkalan tentera AS apa cerita? Sunni bom Syiah di Karbala jangan buat-buat buta? Semua tu bukan sebab sengketa mazhab weh, tapi politik Arab mahu berkuasa!!

23 Responses to “Oh Sunni Oh Syiah..”

sarah zulk said...

salam kelambu.. tak sia2 aku baca entry yg panjang berjela nih.. berbaloi jugak dapat tau serba ringkas sejarah yg takde dlm buku teks skolah.. at least aku dah faham kenapa 'diorg' bergaduh..

trimakasih di atas penerangan di atas.. =) keep it up..

blogger said...

tp.. dari mencari keburukan masing masing ... lebih baik mencipta semula jalan yang sedia ada untuk sama sama memahami...

bukan kan semua itu Islam.... dan rasanya... sudah ramai juga yang pulang dari timur tengah memahami dan tak kurang juga yang di negara sendiri ini...

cuma yang penting siapa dalang untuk sebenar yang memesongkan dan menjadi duri dalam daging bagi memecahbelahkan umat islam...

jangan kita sendiri pula...

thoyol said...

dasar manusia bro,

benda yang suci pun akan dijadikan bahan karutan kalau nak berkuasa. yang menyedihkannya apabila yg mendengar pun akan membuta tuli mengikut.

kita di sini sibuk takut akan Yahudi, Free Mason dan segala bagai anasir luar. Walhal kita sendiri sebagai satu ummat masih curiga akan satu sama lain.

Haih..

Unknown said...

zulk;
sejarah dalam buku teks lebih kepada khutbah daripada bercerita. channel history rasanya lagi seronok ditengok.

blogger;
masalah kita ialah sukar terima kepelbagaian. kita juga tak sedar dunia ini bukan dihuni oleh kelompok manusia yang sealiran dengan kita di segi ideologi, agama dan budaya. lebih susah kalau ada kelompok manusia ekstrem yang hanya tahu angkat senjata dan membuli kelompok minoriti.

thoyol;
aku pun hairan manusia yang selalu paranoid segenap perkara. kadang-kadang benda tu kalau dikaji memang tak betul pun. tapi, ketakutan kita tu habis ke mana?

cek P said...

tp dulu2 lg arab mmg suke gado pn..
dr zaman Rasullah lg..
puak muhajirin dan ansar..
mcm lagu maal hijrah tuh..
ade byk lg puak2 arab n suku kaum dorg..
mungkin org arab n kite sendri kena blaja balik sejarah..
hmm..kalau bab kuasa tuh..
mmg mane2 kaum pn same jer..

nice entry :-)

Unknown said...

cekP;
masa zaman umar, orang parsi, mesir dan syria sambut kedatangan orang arab bebaskan diorang dari rejim rom. sebab orang arab masa tu tau beza budaya dan akidah. orang arab raikan kepelbagaian. tak ada mana-mana bangsa yang berhak mengaku dia lagi bagus dari bangsa lain. tapi sekarang, orang arab dah tak macam dulu. ada arab mesir, arab iraq, arab kuwait, arab saudi, arab melayu. masing-masing gaduh. kemudian duk bergaduh pula dengan orang lain..

Zai BPA said...

banyak2 artikel ko, aku suke baca yg nih... tetiba terdetik nk komen... ramai org mudah beno melenting kalo isu2 agama nih... tp isu yg kecik2 je.. yg beso2 cth kenapa kite x pakai hukum islam kat negara Malaysia yg "islam" nih, x plak org melenting.. teruih senyap sunyi... x ambik pelajaran mcm mane sistem kekhalifahan tu jatuh... dh mcm balik kat zaman jahiliah masa Nabi Muhammad S.A.W nak tegak kn islam di Mekah yg mane mekah tu tempat org tunai kn haji, tempat org islam beribadah... sbb apa? mcm kite skrg la.. umat islam kat dunia nih nama je islam, tp mcm lain2 agama plak... mazhab ni citer lain, mazhab tu citer lain, mazhab ni kata dia betol, mazhab tu kata dia betol... masing2 berbangga dgn apa yg ada pada kaum dia sendiri... Sila rujuk surah Ar-Rum (30): ayat 31-32...

Unknown said...

zai;
sorang kawan aku pernah cakap, antara banyak mazhab, mazhab syafie paling sempurna. wah, terkejut aku. dia pernah buat perbandingan pasal mazhab lain ke sampai sanggup keluar statement macam tu?

sebab setahu aku, imam syafie sendiri pernah pesan, "Setiap apa yang aku ucapkan lalu didapati hadis yang sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah menyanggahi pendapatku, maka hadis itu yang lebih utama, jangan kamu mengikutiku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/34, Beirut: Muassasah al-Risalah)

aku pun hairan kenapa kita kecohkan sangat pasal isu selisih mazhab ni. apakah tradisi ilmu yang kita ikut selama ni mengajar kita jadi manusia taksub hingga menidakkan kepercayaan dan bertoleransi dengan orang lain yang berbeza faham.

Zai BPA said...

tu la masalah nye org islam nih... kalo terus perangai mcm tu, ikut kn ayat Surah Ar-Rum, dh kira musyrik... apa nk bangga2 sngt pasal mazhab sedang kn satu dunia tahu islam skrg berada dibwh... apa yg nak d bangga kn? pada aku org yg dok bangga2 kn mazhab dia mmg org yg x malu sungguh.. beb, islam d bwh la beb, mcm mane plak mazhab yg korg pilih tu ko kata bagos sngt? kalo bagos, kenapa islam x berada di atas? x konker dunia mcm zaman kekhalifahan dulu? konpius aku... islam tu bagos, tp dpt plak umat islam yg x bagos, hmmmm... kat bwh la jwp nya...

Anonymous said...

bila masa syiah jadi 'mazhab'?
Kenapa tak bandingkan isu akidah golongan syiah ni dengan apa yang ada dalam Al-Quran?

Unknown said...

anony, sejak bila pula umat islam mula bermazhab?

shafri said...

Kehkehkeh...macam2la korang ni

Unknown said...

Allah Maha Mengetahui...

soal syiah dan sunni bukanlah sekadar perbezaan mazhab sahaja..bukan sekadar politik sahaja..

satu soalan sy..
admin, kamu sunni atau syiah?..
kamu tau tak syiah telah mekngkafirkan sahabat rasulullah selain saidina ali r.a..syiah juga mengatakan Aisyah ibu kita isteri Rasululllah sebagai pelacur, umar al khattab anak haram..solat bukan berpaksikan satu kaabah..membunuh orang yang bernama aisya dan umar..
ALLAH tersalah pilih Rasulullah sebagai pemimpin umat islam...

bnyk lagi jika kamu kaji betul2..

sy boleh berkata begini sebab sy tidak taksub pada mana2 parti..sy blm ada tanggungjawab mengundi..isu syiah bkn perkara main2..dan ingat darah kita pengikut sunni adalah halal dan harus bagi mereka membunuh kita..ini bukan soal perebutan kuasa atau politik...ini akidah...Ya Allah, kau bantulah jauhi ajaran sesat syiah dari kami sunni yang menuju kebenaran mu ya Allah..
saudara admin tolonglah sy minta kamu perjelaskan tentang syiah dgn betul...dan saya kamu bukan salah seorang dari mereka...

Unknown said...

Unknown,
Untuk memahami konflik Sunni-Syiah, belajarlah daripada sejarah dan saudara akan temui akarnya berpunca daripada pertembungan politik.

Baca juga sejarah dua bangsa besar, Parsi dan Arab, dan cari juga pada zaman apakah label Sunni dan Syiah dikeluarkan.

Saya bukan syiah, tetapi saya tahu untuk fahami syiah, belajarlah memahami mazhab itu daripada kaca mata mereka.

Contoh mudah, mahu memahami Pas, belajarlah daripada tokoh Pas, dan bukan Tun Mahathir. Begitu juga sebaliknya.

Jika Syiah itu mengkafirkan sahabat, maka sesatlah Syiah itu dan wajarlah kita menolak dia.

Namun bagi saya, dalam dunia ini ada dua jenis Muslim, yang sukakan perpaduan, keamanan dan kebenaran atas nama syahadah. Yang kedua, muslim yang kalut memikir kesesatan orang lain dan menganggap dirinya saja yang benar.

Wallahualam.

Sendiri said...

selagi syiah ada dunia islam tidak akan aman.

Unknown said...

mahu berterusan berfikir secara dikotomi? teruskan.

wajib tayang said...

Syiah yg di perangi Imamiah, bathiniyah, dan Rafidah.
Parsi yg diperangi Isfahan
Mmg la dlm Islam ada politik. Sbb tu ada khalifah. Tapi Syiah ni mengkafirkan Isteri Nabi dan Sahabat yg juga memegang jawatan Khalifah. Syiah yg merosakan agama demi politik dan kepentingan bangsa. Kamu boleh cari sejarah raja Parsi yang berkhawin dgn keturunan Saidina Ali.
Mana kala sunni jd mangsa fitnah.
Abdullah b. Saba keturunan Yahudi yg mencipta Syiah

Unknown said...

Saya dah tegaskan di atas, kalau Syiah itu mengkafirkan isteri nabi dan sahabat, maka sesatlah Syiah itu. Jangan hipokrit, buka mata, apakah sunni tidak merosakkan agama demi politik dan bangsa? Abdullah bin Saba mencipta syiah? Kelakarlah.

Layla Alway said...

suke article nih..

Suri said...

salam,, syiah tu menolak shbt, menolak kerasulan nabi dan mengatakan adanya wahyu selepas wafatnya nabi.syiah itu bukan mazhab, tapi sesat... wallahualam.

Huda.XD said...

Thank you for your explanation, dear brother. I hope all of us can open our eyes and start uniting rather than dividing.

JazzakAllah khairan :)

Anonymous said...

Syiah bukan Islam.

Biar betul!! said...

Yang tau 4 mazhab je Shafie, Hanafi, Hambali dan Maliki, manakala perlaksanaanya sama je. Shiah tu bkn mazhab tapi agama yang baru. Agama yang mengkafirkan sahabat dan Siti Aisyah isteri rasullulah yang dijanjikan syurga. Agama yang menggalakkan bertaqiah (berpura2). Menggalakkan Mu'taah (mengganggap perempuan seperti pelacur). Agama baru ni langsung tak ikut landsan Al Quran. Agama yang menyakiti diri sendiri dan meratapi kepergian hussin. (Sedangkan islam melarang meratapi mana2 kematian). etc.

Powered by Blogger.