Perihal gula sana sini

Thursday, May 19, 2011 · Posted in

Bermula 10 Mei lepas, harga gula naik 20 sen sekilogram daripada RM2.10 kepada RM2.30, tidak lama selepas kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol RON97 kepada 20 sen seliter. Ok, petrol RON97 mungkin bukan isu besar sebab rakyat diberi pilihan menggunakan RON95. Tapi, itupun ada ura-ura harganya akan disemak (baca: naik).

Kenaikan harga gula dikatakan sebahagian daripada langkah rasionalisasi (kurangkan) subsidi, yang mana kerajaan boleh berjimat hingga RM116.6 juta.

Dan seperti biasalah, bagi menguatkan hujah kenaikan itu, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom dalam Utusan membandingkan harga runcit gula di Malaysia dengan negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Kata Mohd Zain, harga runcit gula di Indonesia ialah RM3.80 sekilogram, Singapura (RM3.61), Thailand (RM2.31) dan Filipina (RM4.50). Menurutnya lagi, sebelum rasionalisasi harga runcit gula dibuat, kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM400 juta setahun! Malah, walaupun harga dinaikkan 20 sen, Kerajaan sebenarnya masih lagi menanggung subsidi RM283.4 juta setahun.

Namun, bagi aku, isu sebenarnya bukanlah mengenai kenaikan harga gula, tetapi kesan berangkai akibat kenaikan harga barang komoditi itu. Sama seperti kenaikan petrol, sesiapapun tak dapat nafikan betapa kenaikan harga gula akan turut melonjakkan harga makanan dalam pasaran. Macam satu trend, gula naik, harga barang pun naik. Kuih-muih di pasar malam mengecil dan air manis rasa tawar tapi harga macam cilake. Siapa mau jawab?

Jadi, apa kejadah mahu selaraskan subsidi kalau kesannya hanya membebankan rakyat, terutama kalangan isi rumah berpendapatan rendah?

Seperkara lagi, antara kenyataan pak menteri yang kerap digunakan setiap kali berlaku apa saja kenaikan harga barangan ialah perbandingan dengan negara dunia dan serantau. Minyak kita lagi murah dari Indonesia. Gula kita lagi murah dari Filipina. Tapi, pernah tak pak pak menteri keluarkan hujah mengenai perbandingan harga makanan atau barang keperluan lain dengan negara yang dijadikan rujukan bandingan harga itu?

Thailand, misalnya, walaupun harga gulanya mahal sedikit (lebih 1 sen), tetapi purata harga makanan jauh lebih murah daripada Malaysia. Kadar Sepinggan Nasi Kasar (KSNK) di Thailand, yakni sepinggan nasi berisi lauk ayam/daging+sayur+air manis di kebanyakan restoran kecil di sana adalah sekitar RM4 saja. Malah, hidangan pulut (sticky rice) dan ayam panggang ataupun sepinggan mi yang dibeli di warung jalanan atau gerai tepi jalan, harganya cuma RM2!

Ayam panggang campur pulut harga dua ringgit mana nak cari kat Malaya ni?
KSNK di Filipina, harga sepinggan nasi berlauk seketul ayam dan jus mangga cuma RM3.50 walaupun harga gulanya RM4.50 sekilogram. KSNK di Indonesia pula, dengan harga gula RM3.80 sekilogram, tetapi kalau kau ada RM3 (Rp8000) dalam poket pun sudah cukup untuk mencekik makan tengah hari di ibu kota Jakarta. Di Singapura (gula-RM3.61 sekilogram), harga nasi ayam di Kota Singa itu boleh dibeli dengan harga 3 dolar.

Macamana pula dengan KSNK di KL? Harga sepinggan nasi+seketul ayam+sayur+air manis di kebanyakan restoran sekitar KL adalah RM6-RM7! Minta nasi separuh pun harga sama. Ambil ayam kecik pun harga sama! Teh o ais yang airnya separuh dan guna serbuk teh timbang kati yang rasanya kejap tawar kejap manis, kejap kaler nipis, kejap kaler pekat, tapi bila masuk bab harga, RM1.70! Gila ke apa ni woi, harga makanan main ikut flat rate. Mahal-mahal KFC pun, saiz ayam, roti potong, coleslaw dan mashed potato tak berubah. Tapi, kedai yang gantung ayat seribu dinar kat dinding jual ayam kecik 3-4 ringgit seketul!

Lagi ajaib, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam Dewan Rakyat tahun lalu memberitahu Malaysia sebenarnya mengimport 99 peratus bekalan gula dari Brazil, Australia dan Thailand untuk memenuhi permintaaan domestik. Gula untuk pasaran tempatan cuma 1 peratus, iaitu 17,000 tan.

Bukan mahu mempertikaikan fakta diberikan, tapi kita semua tahu siapa Robert Kuok. Semua orang tahu dia adalah manusia paling kaya di Malaya yang cukup terkenal dengan julukan 'Raja Gula Asia'. Kenapa digelar Raja Gula? Ya, sudah tentu gelaran itu merujuk kepada perniagaan teras beliau, iaitu gula.

"Walaupun gua Raja Gula, itu tidaklah bermakna harga gula dijamin rendah. We are talking about business OK.."
Semua tahu Raja Bola Malaya ialah Datuk Ghani Minhat yang tentunya beliau ialah pemain yang paling terer bermain bola pada zaman bola sepak Malaya dulu. Semua tahu juga, dulu Mawi digelar Raja SMS kerana setiap kali ada undian SMS, dia mesti pukul habis, tak kasi chance punya.

Tapi, apa kejadah dapat gelaran Raja Gula kalau pasaran gula dalam negara sendiri cuma mampu tampung 1 peratus? Tiba-tiba aku teringat cerita kawan aku kena gelak dengan pak Arab apabila dia beritahu pasal isu krisis air di Malaysia. Pak Arab itu cakap, apa kejadah negara tropika macam Malaysia ada krisis air? Ini kerana semua orang tahu negara tropika paling banyak hujan dan Malaysia bukan negara Arab sampai kena proses air laut buat air minum dan bagai lagi.

Rasionalisasi taik kucing!


*KSNK itu terma ekonomi aku sendiri. Jangan buat jawab dalam kertas periksa.

14 Responses to “Perihal gula sana sini”

Cikli said...

subsidi tu untuk siapa?
yang dibayar atas nama rakyat tu.

cek P said...

tulah aku pn hangin jugak bab2 naik harga nih..menteri siap ckp..buat masa nih minyak tak naik lagi..yelah wat masa nih..ingt org tak tawu ke..ee..mmg geram..

dah laa tuh sket2 cite pasal subsidi..mmg laa rkyat berhak terima subsidi sbb kite lantik kerajaan untuk uruskan & tadbir sumber2 yg ade..kite byr gaji dorg tuk semua tuh..kalau tak jgn jd kerajaan..
kerajaan berhak tentukan harga dan kontrol mcm2..
sebijak2 nyer laa kn..

aku rase negara kite nih byk sumber2 pendapatan..
pertanian minyak cukai n mcm2 lg..siap wat plantation n oil & gas kt negara lain lg..mcm tuh punye niaga xde untung ke?..ape kes nih..kalau pk asik kena tindas nih mmg x dpt nk diterima..ms zaman dr.M dulu xdela mcm nih sgt..wlupn org ckp die mcm2 sekurg nyer..rkyt tak ditindas..

smlm beli bihun rege rm2..salu klu cmpur tlur grg jd rm2.50..skang rm2.70..takan telur 30sen tuh trus naik smpi 70sen..agak2 la wei..baik grg sendri..

isk3..emo dh nih..hahaha
sori terbebel byk plak..hehe
sampai bile laa nk mcm nih..naik2..hmm..

Nik Zulkhairi said...

salam.

1. biasanya kedai yg gantung ayat sribu dinar kat dinding lepas tu pukul harga nasik kaw2 ialah kedai mamak. dah lama saya boikot mamak ni.

2. setiap kali menteri atau top gomen officials sebut 'gula/minyak di negara kita lebih murah berbanding di london, paris & new york' saya akan gelak sesorang mcm org kurang siuman.

3. penjimatan dari pelarasan subsidi tu selalunya gomen ckp akan diguna utk perbaiki sistem pengangkutan awam negara. tapi makin lama saya tengok pengangkutan awam kita makin hancur.

Anonymous said...

Aku pun emo gak sejak harga barang naik ni melampau-lampau kena cas. Nasi putih+ayam+sayur=RM5 (kedai makan tepi jalan ni) kalau mamak terus bantai RM6. Teh o ais kompom RM1.70. Last aku beli nasi goreng ikan masin kena RM4.50. Menteri memang tak rasa... makan manjang FOC sebab rakyat tolong bayarkan. Nasib la pergi kerja jalan kaki..kalau tak nak kena bayar tambang lagi RM100-RM150. Macam ni gaji 3K pun tak cukup. Masak? haiya duduk Bukit Bintang ni pun sewa bilik kecil ngam-ngam untuk tido baring je. Celah mana nak bubuh dapur aku pun tak tahu. So tolonglah jangan bagi alasan aku nak kena berterima kasih pada gov, pasalnya aku study pun pinjam sana sini pakai duit sendiri etc, takde pun gomen bagi duit belanja..korang yang kena berterima kasih pada kitorang pasal bayar tax sepanjang masa (makan KFC, MCD kena tax kan?) untuk tampung menteri kat msia ni makan minum berkereta besar ke hulu ke hilir..

Anonymous said...

sgt setuju dgn komen siti nurbaya

Anonymous said...

derang compare....kat Spore harga gula RM3.61/kg. bila convert ke SGD....lebih kurang SGD1.47/kg.

rakyat Spore dpt gaji dlm currency SGD harus beli gula berharga SGD1.47/kg.

dan rakyat Malaysia yg dapat gaji dlm currency RM kna beli gula berharga RM2.30/kg.

so Malaysia ke Spore lg murah harga gulanya????


bila convert currency....mmg aa lg nmpk mahal. derang ni igt org Malaysia ni x pandai kira2 ke??? haihhhhh

kerol said...

sapa kata wakil rakyat (yg kekadang dipanggil pemimpin) itu kita patut sanjung beriya? mereka inilah kuli kita. kita pilih dari kalangan kita utk bela nasib kita tapi depa siap pekena kita balik. sampai dgn rasa tak malunya kuarkan ayat 'dont bite the hands that feeds u'. kepala hangguk kau!

Anonymous said...

Well,we will forever be fooled by the govt as we are their dummies.But in reality WE the RAKYAT are the real rulers and the Govt are our servants.Also the corrution & cronyism in this country has perplexed till the point we have to FEED them with our blood....Come on Malaysian we can wake up from this nightmare & change our fates !!!

hazman said...

cuba kita amik Pakatan rakyat jadi kerajaan.kita lihat kesannya.dah berpuluh tahun BN takbir.rakyat makin teruk.kena tipu memanjang.amik satu contoh minyak.depa jual minyak ron95 kpd rakyat.tahukah minyak gred tu mengurangkan kilometer dan minyak tu mudah terbakar.tu yg skrg ni asik dengar kereta terbakar je.langgar sket dah hangus

Unknown said...

cikli;
sebenarnya, tak ada apa yang kurang pun dengan pemberian subsidi kepada rakyat. dan aku hairan kenapa bila masuk bab potong subsidi ni mesti nak dikaitkan dengan kemalasan? isunya, macamana menguruskan peruntukan subsidi dengan bijak.

cek p;
macam aku cakap, masalah yang kita hadapi ialah gagal uruskan sumber. dan subsidi juga sebahagian daripada sumber kita yang sepatutnya diagihkan kepada rakyat.

nik zulk;
memang betul pun. kedai mamak kat rumah aku nasi putih saja dia bantai RM1.50. kalau betul duit subsidi digunakan untuk penggangkutan awam, sejak hujung dinasti mahathir dan pasca pak lah, ke mana tahap pengangkutan awam kita?

siti nurbaya;
harap menteri baca komen kau. :)

Unknown said...

anony;
:)

fafa;
ni lagi satu hal perkara yang aku nak mencarut jugak. suka convert currency sesuka hati untuk bodohkan rakyat, sedangkan terma kdnk itu sendiri harus dibaca dengan istilah pariti kuasa beli (ppp). senang cakap, berapa besar nilai duit kau. apa barang yang dapat kita beli dengan nilai RM50, S$50 dan 500 baht?

kerol;
masalah jadi mudah kalau kita perasan diri kita jadi kuli dan tauke. masalah jadi payah sebab masing-masing perasan tauke dan malu jadi kuli.

anony;
correct. gov is like a car. the car we drive on roads is not a leader. it's a servant. we buy when we have a need. the happier we are with our purchases is a reflection of how well the product served us and how enjoyable the buying experience was.

man;
pasal kereta eksiden senang terbakar pun satu hal jugak. kalau mat saleh dah lama depa hantar pasukan penyiasat. depa bukan siasat punca mati untuk klim insurans saja, tapi siasat kompeni kereta juga.

Hambali ® said...

Lanzo

Gua rasa raja gula di malaysia ni bukan lagi apek ni.

Gula la ni dirajai oleh seorang melayu islam rajin berjariah bernama Syed Mokhtar org loqstaq pemilik masjid indah dekat flat aloq malai di jalan langgaq tu.

Rasanya masa apek ni jadi raja, tak kerap sangat gula naik rega. Tapi bila ke raja yang lain, koi kerap pulak rega naik. Ke gua salah?

kingbinjai said...

Skang ni bukan tahap taik kucing dah taik babi dah!

Unknown said...

hambali;
lu betul. baru aku faham gula kita naik sebab kita dah tak ada raja gula. hahaha..

king;
kahkahkah..

Powered by Blogger.