Pasal sampah, pesan guru dan prinsip

Friday, November 11, 2011 · Posted in , , ,

Lepas kahwin aku menyewa di flat dekat Pantai Dalam. Dapatlah sewa murah sementara tunggu kewangan aku stabil sambil usha rumah lain yang ada swimming pool dan jakuzi.

Sebenarnya aku tak ada pengalaman duduk lama di flat. Dulu masa belajar, aku pernah duduk flat Seksyen 8, Shah Alam untuk satu semester saja sebelum pindah ke rumah teres di seksyen yang sama.

Satu tabiat buruk penduduk flat di sini ni ialah tabiat buang sampah dari tingkat atas. Kalau aku pergi kerja sebelah pagi dengan persekitaran bersih, tapi bila balik sebelah petang, keadaan berubah sepenuhnya. Sampah kecil seperti plastik, tisu, kertas, tin kelihatan bersepah di mana-mana. Begitulah rutin keadaan sampah-sampah di sini.

Kadang-kadang aku terfikir, orang-orang flat sini tak kesian ke tengok pakcik tua kutip sampah yang dia orang buang dari atas tiap-tiap pagi. Atau dia orang ada mentaliti, kalau aku tak buang sampah nanti pakcik tua tu tak ada kerja.

Aku kalau kat Kedah pun akan keluar cari tong sampah besar (rumah taman tak ada stor sampah) kalau nak buang sampah dalam kuantiti banyak atau barang bersaiz besar macam kipas rosak dan sofa buruk. Bukan apa, kesian aku tengok pakcik bandaran yang kutip sampah di rumah aku kena buat dua tiga kali trip untuk selesaikan kerja dia.

Lagipun dia kutip sampah guna kereta sorong besar yang ditolak sebelum ditunda dengan motor oleh seorang lagi kawan dia di luar taman. Takkanlah aku nak biarkan kereta sorong pakcik tu penuh dengan sampah rumah aku saja. Moral of the story: timbang rasa

Di sekolah, jenuh cikgu-cikgu kita dari darjah satu sampai tingkatan lima berbuih mulut bercakap pasal kebersihan. Buang sampah mesti dalam tong. Jumpa sampah kat jalan mesti tolong kutip. Masuk tandas mesti bersihkan najis sebelum keluar.

Aku ingat lagi, cikgu warden asrama aku dulu kalau kantoi mangkuk jamban ada taik atau tak flush, mampus satu asrama kena rembat. Cikgu-cikgu pun pernah kena sound setepek kalau masuk dewan makan asrama kami pakai kasut.

"Luaq asrama teritori pengetua, masuk sini teritori aku. Cikgu ka pengetua ka, kalau masuk sini kena ikut undang-undang aku!!" jerkah cikgu Mat Saleh kat cikgu-cikgu yang selamba dek masuk dewan makan tak tanggal kasut masa hari penyampaian hadiah.

Begitulah cikgu-cikgu kita mengajar pasal kebersihan. Di rumah, mak ayah pula pesan, kalau kencing berak mesti kena tarik. Makan jangan sepah. Buang sampah dalam tong. Sampah penuh tolong ikat dan buang. Aku tak taulah kalau ada mak ayah kau orang yang tak pernah bercakap langsung pasal kebersihan.

Tolonglah jaga kebersihan. Aku tak minta pun korang join JKKK kampung atau flat untuk buat gotong-royong hari minggu, ataupun kutip sampah tepi jalan. Cukup saja mulakan dulu dengan sampah sendiri.

Tak kira siapa kau. Gay. Lesbian. Perkasa. Reformasi. Gerombolan. Imam muda. Mat Rempit. Mat Kereta Piping. Budak Silat. GRO. Padayappa. Lu Langsi Lu Mati. Budak sekolah baru nak up. Makcik gosip. Pakcik gedebe. Satu saja aku minta. Tolong buang sampah di tempat sepatutnya. Kalau kau reti berak dalam mangkuk tandas, buang sampah mesti dalam tong sampah beb. Ini prinsip tak perlu IQ tinggi pun.

Sampai bila nak biarkan orang luar samakan kemiskinan dengan perangai pengotor kau orang?

.
.
.


"Taik kita tanggungjawab kita" - Cikgu Mat Saleh

7 Responses to “Pasal sampah, pesan guru dan prinsip”

Anonymous said...

taik kita tanggungjawab IWK..

Unknown said...

Bravo bravo!!!...sokongggg sesangat..lagi satu yg berbulu sgt tgok bila org buang sampah dr kereta diorg. Kotak minuman, plastik air, pembungkus jajan....tahu plak tak nak kotorkan kereta sndiri tp tak per buang sampah atas jalan, tepi jalan ke...eeeeeeeee geram!!

Najiro said...

hidup smkdso!

i'msosupernotcool said...

damn. ini makan dalam.

Anonymous said...

feel membuang sampah ni pulak bukan sekadar dari tingkat atas terjun kebawah saja, ni yg cerdik pandai macam plastik sampah tu boleh turun sendiri pergi ke tong besar, diletaknye dekat tangga dan dalam lift..adehhh..lagi menambah cerdik...(pengalaman sendiri) ada yang boleh main letak sampah kat rumah orang lain..udah kawan tu maki2 kat 'sampah terbuang' tu..

..::jane doe::.. said...

yes it's true.aku pun duk flat area Pantai Dalam.moral pembuang sampah tu mmg jenis otak duk paler lutut sume.geram je rase aku nak bakor manusia terkutuk tu,huh..kalo takat tisu² ke plastik² cekelat ke aku xkesah la sgt kan,sbb makcik pakcik cleaner mampu lagi nak setel bende2 gitu.ni plastik sampah yg da berulat tu boley die campak dari atas je,n landing betol² tepi koridor rumah aku.cis.mmg xde otak punye org.

arep said...

thnx bro 4 this artikel...aqu setuju sgt dgn benda yg ko tulis nie..coz sejak bertahun aqu kerja bidang sampah nie..ape yg aqu nmpak..masyrakat kita hari nie..terlalu pandang mudah..dgn hanya beralasan cukai pintu dah dibayar..mereka leh buat apa sahaja..pelbagai bentuk program kesedaran dah dibuat..tpi masyarakat ttp x berubah...tong2 recycle sentiasa kosong..kalu ader pun..sampah yg tidak diasing..bab org flat punyer hobi tue..kat mana2 sama jer..kadang2 aqu pun confius..ape guna dibina chutte kalu xdibung kedalam chutte..dan aqu pernh menegur pasal kesedaran masyarakt ttg sistem pembuangan sampah yg betul kepada seorang yg berpangkt di majlis daerah pasal isu nie..jawapan yg diterima adalah..kalu seme benda dibuat betul..nnt u all xder kerja laa nk buat...terpana aqu kt site illegal dumping tue huhuhuhu

Powered by Blogger.