Cerita kolar biru

Monday, March 05, 2012 · Posted in , , , , ,


Setiap kali aku keluar dari perut lif mahu pergi ke tempat kerja, aku pasti ternampak seorang pakcik tua sedang menyapu sampah yang dibuang dari manusia berbangsa monyet dari tingkat atas.

Begitulah rutin hariannya yang mana persekitaran di sini akan bersih pada sebelah pagi, sebaliknya bertukar kotor pada petang hari. Dan aku terfikir, berapakah gaji yang dibayar kepada pakcik itu? RM15 seharikah? RM350 sebulankah? Ada caruman pekerja tak? Kalau dia sakit dapat faedah perubatan tak? Berapa bonus dia dapat?

Baru beberapa langkah aku menuju ke kereta, berderum-derum pula sebuah lori sampah melintas sambil menyebarkan aroma yang membuatkan ramai menutup hidung, seolah-olah kebusukan itu begitu asing dalam hidup mereka.

Dan aku terfikir, berapakah gaji yang dibayar brader-brader kutip sampah itu? Berapa jamkah mereka bekerja? Berapa orang anakkah yang perlu disara mereka? Apakah hiburan mereka hujung minggu? Mereka bercuti ke mana?

Kalau mereka dibayar gaji minimum RM3,000 sebulan (kalaulah), siapakah yang akan melenting? Pegawai bank? Profesor? Majistret? Menteri? Dr Mahathir?

Malangnya, tiada seorang pun kalangan mereka yang melenting itu sanggup bergelut dengan sampah walaupun ditawarkan gaji besar berbanding apa yang dinikmati mereka sekarang.

Begitulah aneh makhluk bernama manusia ini. Ketika mereka sendiri tidak sanggup melakukan sesuatu pekerjaan, mereka senang saja mempertikaikan apa yang patut dinikmati orang lain.

Sudahnya, inilah wajah sosio ekonomi kita, tidak lebih macam sampah juga.

4 Responses to “Cerita kolar biru”

Mr Sylarius said...

Agree. Yang melenting itu akan mengeluarkan ayat yang lebih kurang berbunyi seperti, 'dulu sekolah malas belajar, tu yang dah besar kena kerja angkut sampah,'

So, tanggapan begitu sudah diterapkan semenjak dari bangku sekolah lagi.

Lanzo said...

Apa nak buat, itulah apa yang diwariskan sistem pendidikan kita. Dan kita hari ini berlumba-lumba mencari ilmu supaya tidak menjadi si tukang sapu. Mahu mengangkat darjat sendiri dan bukan orang lain.

Anonymous said...

kerana faktor itu, kebanyakan generasi baru lebih senang menganggur krn tidak mendapat pkerjaan opis & sesuai dgn kelayakan akademik (wlaupun ijazah hanya kelas 2 kebawah)..

Lanzo said...

Masalah bayaran kolar biru atau buruh ini sudah jadi isu dunia sejak beratus tahun dulu. Atas dasar tiada intelek, hak mereka mengecap kebebasan ekonomi dinafikan, seolah-olah nilai kudrat mereka murah. Tapi kudrat murah itulah yang menyenangkan hidup kita.

Powered by Blogger.