Satu hari lama dulu, aku bawa famili dan seorang pak menakan aku pergi tengok pokok lampu di ICT, Shah Alam. Itupun selepas jenuh aku berfikir macam mana nak buatkan trip diaorang ke KL begitu bermakna.
Sampai di sana, kebetulan pula hari minggu dan kelihatan orang ramai melimpah ke segenap pelusuk dataran berlampu hingga memaksa kau bergesel bahu dengan orang sebelah, tak ubah seperti berwukuf adanya.
Pak menakan yang lama diam sepanjang berjalan dengan aku tiba-tiba bersuara.
"Astaghfirullahalazimmm.. Tengok pokok plastik macam ni pun sikit punya ramai orang? Depa seronok tang mana?"
Powered by Blogger.
5 Responses to “Keseronokan ibu kota”
ntah.. aku pun tak paham..
nak share sebab saya p sana. semata-mata nak pekena nasi arab sedap! lepaih makan, balik. :D
Hahahahaha!
Tabik pak menakan ang...
Haha apsal ko tak bwk depa pi naik bot kat mines?
Hahaha! bagus pak menakan kamu.tak tertarik dgn 'duniawi'. =P
Post a Comment