Cerita Lagenda Pakcik Yong Tau Fu di Kota Masai

Friday, October 30, 2009 · Posted in ,

Dulu kat Johor aku belajar kursus reka bentuk industri atau industrial design dalam bahasa Inggeris, yakni kursus perabis duit tak ingat dan buatkan rumah sewa kami kotor dengan foam, pen marker, buku sketches, simen kereta, cakera liut, seluar dalam entah siapa punya bersepah-sepah dan pelbagai sisa kotoran lain.

Aku ni jenis susah juga nak minta duit kat mak ayah. Selalunya, banyak mana duit yang aku dapat, banyak tu juga yang aku cuba survive. Cuma dalam beberapa kes kritikal aku terpaksa minta. Itu pun sebab poket betul-betul kering.

Disebabkan kesempitan hidup yang sengaja dicari, suatu hari pakcik-yong-tau-fu-baik-punya tawar kerja kosong kat aku dan Bain. Pakcik ni kerja pasar malam di Taman Kota Masai. Ketagihan membeli yong tau fu hampir setiap minggu membuka peluang pekerjaan part time kepada kami.

Tanpa sebarang perjanjian hitam putih atau bertanya pasal duit kwsp, aku dan Bain terima saja tawaran pakcik tu dengan mata terbuntang macam tengok bidadari dari sorga.

Hari pertama, selepas zohor dan berpakaian ala brader-brader pasar malam, kami menuju ke lori pakcik. Kerja pun bermula dengan keringat mengalir di tubuh. Keadaan menjadi semakin sibuk ketika tiba waktu perdana. Mana nak basuh pinggan, nak celur segala macam yong tau fu, nak potong kangkung, nak ikat plastik laju-laju, nak buat kira-kira, nak usya awek lagi. Aku tengok Bain dah macam mamat Myanmar dengan baju belang hijau dan ketiak berpeluh. Bersungguh betul Bain tu. Rilek-rilek sudahlah. Getus aku.

Pukul 11 malam. Aktiviti membeli belah di pasar malam pun reda. Kami macam biasalah buat kerja lambat-lambat tunggu pakcik nak hulur duit gaji hari.

"Terima kasihlah. Ni duit hangpa. Nanti minggu depan datanglah lagi," kata pakcik sambil hulur duit RM5 kat aku dan Bain.
.
.
.
Aku tengok dalam mata Bain ada George W Bush.

19 Responses to “Cerita Lagenda Pakcik Yong Tau Fu di Kota Masai”

therosputih said...

aduh...

zyedz said...

masa study kat johor tu,
value duit 5 ringgit tinggi ke rendah?
hehe

Anonymous said...

mungkin pakcik tu igt korg budak kecik lg. so xleh pegang duit bebanyak

tp pakcik tu mmg pandai buat lawak sadis.
hahahha

Hannah Yunos said...

next time,ask for gaji first la.ahahaha...sian u:)

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

Peh... Benda benda macam tu la yang buat remaja memberontak tak hormat orang tua.

zuril said...

baca tajuk entri dah buat saya tersenyum seorang sambil rewind kenangan lama. tengah mengingat jugak ni, "pernah ke pergi pasar malam kota masai?". rasa macam tak pernah...

pakcik...pakcik.. sabar je le. hehe.

s a L o m a said...

dok usya awek sapa suruh!gunting kangkung pun hegeh2!$5 berbaloi la.ahaha

Kap said...

lakhanat gila punya pakcik..
kenapa kau tak bawa lari lori dia sekali??
boleh cover sewa rumah setahun..

hazman said...

haha...tragis sungguh cerita hang ni...cerita hang ni mengingatkan aku hang semasa menjadi tokey ayam bakaq pasar malam...aku rasa waktu tu pun hang bukan dapat rm5..tapi lagi rugilah...tapi pengalaman tu yg lebih bernilai...sekurang-kurangnya hg ada pengalaman kipas ayam dan potong kangkung...hahaha

AinNur Haris said...

hehehhee.. yong tau fu best..!!

takpe..takpe..ikhlas kan hati..nanti kat akhirat pakcik tu "bayar" lagi.. :)

Anonymous said...

sy penah keje psr malam n psr ramadhan...jual kuih je...g pas zohor lik malam...tp dapat 15 hengget...RM5 tu iskk... sadisnyerr...nmpk je mcm sng..tp berdiri n lyn customer ptg sampai mlm...tak sume org leh wat... :-)
-J-

DeeN said...

Erk!
Perangai pakcik yong tau fu itu tak ubah seperti kakak yg dok berhampiran ngan umah aku.

Isk, isk, isk!

Ai Ra said...

then..ko hantar surat resign tak? huhu..tu namenyer bisnes minded beb!

Anonymous said...

minggu depan bayar full tu..heh

ainunl.muaiyanah said...

haha.. dapat makan free tak?

Unknown said...

ain;
:)

zyedz;
masalahnya, bukan kira nilai tinggi ke rendah. tapi kami kerja macam nak rak. ingat dapat 20-30 ringgit oklah jugak.

fafarafa;
memang tak patut sungguh pakcik tu.

hannah;
nanti cakap demand pulak.

pipi;
hahaha!

zuril;
budak hostel tak merasa kot. budak taman kota masai saja. hehe.

saloma;
uihh. mana ada. awek la kami bagi layanan 1st class..

kap;
pemikiran kriminal takde lagi masa tu.

hazman;
hahaha. bakaq ayam pun satu hal juga. seminggu saja buka. lepas tu tutup. macam haram.

cahayamata;
tak apa. tara simpan punya. moga bisnes pakcik maju!!

anony;
sangat betul!

deen;
rasanya bulih cuepacs tak?

zetty;
tak payah resign. minggu depan dah tak pergi dah. hahaha!

anony;
selepas dieksploitasi, setiap kali lalu depan warung pakcik, kami ikut jalan jauh. tapi siapa yang bersalah sebenarnya ni?

ainunl;
makan mestilah dapat. tapi kami makan alas perut ja. kalau tau dapat ciput mesti dah balun betul-betul.

Anonymous said...

kelambu.blogspot.com is very informative. The article is very professionally written. I enjoy reading kelambu.blogspot.com every day.
pay day loan
payday advance

bain said...

Hahahaha..naik kembung perut aku ketawa sakan... siut tul la ko nie..aku dh lupa la tp teringat blk..rupa-rupanya kita lah watak utama dlm story ko ni kan...? hahahaha

stub-area said...

Kota Masai...KOTA SCAM.

Tempat jin bertendang ... takde apa yang lejen...penipu je ramai kat Masai tu...

Powered by Blogger.