Kaitan Saman dan Petrol

Thursday, July 15, 2010 · Posted in

1. Hari ini aku dapat dua keping saman daripada dua pihak berkuasa berlainan. Sedang aku berfikir entah malapetaka apa yang melanda, satu mesej berangkai masuk ke peti henfon, harga petrol akan dinaikkan sebanyak 5 sen seliter, serentak dengan beberapa kenaikan barangan lain.

2. Pertambahan jumlah saman dan kenaikan petrol adalah dua contoh betapa kerajaan hari ini sudah tidak ada duit. Justeru, contoh di atas, aku syak, adalah sebahagian langkah menampung ketirisan wang dalam dompet kerajaan.

3. Situasi ini bolehlah disamakan dengan lawak klise hari raya, di mana seorang bapa meminta duit raya daripada anak selepas menjadi sengkek akibat boros berbelanja. Kenyataan yang sering diberikan si bapa adalah duit itu akan dipulangkan untuk sesuatu yang lebih baik seperti disimpan, dilaburkan atau dipulangkan suatu hari nanti.

4. Malangnya, anak-anak itu, yang masih suci tentang erti nilai wang, senang saja terlupa ke mana aliran wang tersebut digunakan. Di simpan di mana? Apakah benar ia dilaburkan? Dipulangkan dalam bentuk apa?

5. Retorik apapun yang disebut, hakikat yang perlu ditelan di sini ialah kerajaan sudah tidak ada duit. Jadi, janganlah hairan sangat kenapa banyak operasi saman menyaman giat dijalankan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

6. Masalah di sini, daripada tinjauan dilakukan, ramai memutuskan untuk tidak membayar saman. Tapi langkah sama tidak dapat digunakan untuk tidak mengisi minyak. Bincangkan.

3 Responses to “Kaitan Saman dan Petrol”

fafarafa said...

hahhaha. bagus kau. dlm sebok org lain marah2 psl minyak naik harga...ko perasan yg kerajaan dh xde duit.

tp dlm xde2 duit tu.....buat istana baru...plan nk buat parlimen baru. mcm2 baru. derang mcm lupa yg malaya ni nk muflis taun 2019 kan

(^___^) dunia....dunia (^____^)

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

yeh

^tok^bomoh^kain^kuning^ said...

so, sbg TanamanPadi2 yg sepatutnya didahuluikan, kita kena wat apa?
bolehkah kita mtk mereka
mengeng-checki aliran keluar masuk duit, aset, reta perbelanjaan3 pendapatan negara..
bolehkan kita terus berperang sendirian mengeng-syakki apakah onar yg tlh dilakukan oleh pagar2 kayu, besi walhal emas ini...
adakah pagar2 kita ini ketirisan luar dan dalamnya...adakah3....

so, apa yg patut kita lakukan..
demo..demo..demo..demo dan dynamo le kesudahnya kita..

so, nak buat apa..

owh,please, aku tak larat hari2 mau tgk muka CheKubis@b1n1Pm kita..
nak muntah...
bolehkah??

Powered by Blogger.