Misteri sangkar Ana Raffali

Monday, January 10, 2011 · Posted in ,

"Saya harap suatu hari nanti orang minat Ana Raffali bukan sebab rupa, tapi lagu dan apa yang mahu disampaikannya." - Ana Raffali -25/08/10-

Bagi aku, kalau kau menyanyi atas pentas, aku mahu tengok ekspresi muka kau. Aku mahu lihat bibir kau melontarkan nota-nota lagu yang kau tuliskan. Pergi mati dengan sangkar. Pergi mati dengan dayang-dayang menari sekeliling kau. Dan aku mengamuk bila Ana Raffali menyanyi dalam sangkar. Why, getus aku dalam hati.

Tapi, sebaik saja Ana menyuarakan Tolong Ingatkan Aku dari dalam sangkar, aku cuba kaitkan metafora atau semiotik lirik dan persembahannya (menyanyi dalam sangkar). Ah, aku teringatkan Penjara Pudu.

Tolong Ingatkan aku adalah luahan rasa seorang warden yang pernah berkhidmat lama di Penjara Pudu. Si warden menangis apabila mengenangkan betapa penjara itu, yang dibina sejak 1891 dan menjadi antara khazanah berharga tanah air, bakal dimusnahkan kapitalis-kapitalis atas nama kemodenan. Tiada lagi momen yang mampu membuatkannya mengenal diri tentang keinsafan dan kemanusiaan. Ana, yang mewakili isi hati si warden menjerit, Tolong ingatkan aku.. Kisah kau (banduan) tersedar.. Dengan saku penyeluk masa (lama di penjara membuatkan ramai banduan insaf)..

Bagi mereka, tiada apa yang patut dikenangkan dengan Penjara Pudu. Apa guna menyimpan penjara berhantu yang merekodkan sejarah peradaban penjenayah Malaya. Musnahkan saja. Gantikan saja ia dengan lot-lot perniagaan yang pastinya melambangkan kemakmuran ekonomi negara. Dan Ana berkata, Tolong ingatkan aku.. Kisah ku tersedar.. Dengan kasih memeluk rasa.. Ku teringatkanmu.. Setiap detik jantungku berdetak.. Setiap nota jiwaku berlagu-lagu..

Aksi Ana yang begitu emosional menyanyi dari tirai sangkar (penjara), hingga suaranya tenggelam timbul dek kesedihan yang begitu meruntun, adalah gambaran betapa suara-suara marhaen dan orang-orang yang 'berdosa' sudah lama dihumbankan. Suara mereka terkunci di balik tabir besi, tenggelam timbul dan hanya ratapan yang mampu diluahkan. Ah, aku teringatkan detik Sultan Muhammad menangisi kehilangan Alhambra saat dikepung ribuan askar Ferdinand dan Isabella. Bezanya, dua penguasa Kristian itu, tidak pernah meruntuhkan kota Andalusia tersebut.

**Untuk lirik penuh, sila Google sendiri.

12 Responses to “Misteri sangkar Ana Raffali”

Anonymous said...

bravo! haha!

note: komen yg sgt ditggu2!

i'msosupernotcool said...

walla!!

therosputih said...

minat aku terhadap hasil penulisan kau bertambah satu anak tangga lagi di saat baca entry nih...good job kelambu...

*sebak bila mana lalu depan serpihan penjara pudu yang tinggal baru2 ni...

CPI said...

bila bace n3 nih baru sy tau kenape ana menang.. dan n3 ini berjaya menenangkan jiwa sy yg kecamuk sejak dari malam td bila 'tolong ingatkan aku' itu menang semalam.. tq :)

sUe said...

walaupun sedih sebab Yuna tak menang, tapi lepas baca post ni...baru faham kenapa Ana Raffali menang.

Thanks!

Pnut said...

well said..
kat history channel, ada tunjuk mengenai penjara pudu 2-3 minggu lps kalau tak silap, sebak tengok dokumentari tu, diaorg interview bekas banduan, bekas warden, bekas ketua penjara..

melihat bagaimana mulanya mural kat tembok penjara tu dibuat..

ermmm akak pun suka ana rafali...

pinjam entry ni akak tempek kat blog nanti ek..

tasekM said...

aku pun benci sangkar tu. buat menyemak.



.

mtbink.com said...

jahat juri jahat...

Anonymous said...

wah3.. ini mmg peminat-tegar-kipas-susa-mati ana raffali nih. hehe

ana raffali da explain maksud lagu tu dalam disebalik ajl25.

Unknown said...

anony;
hahaha

supernotcool;
walla..

rosputih;
lirik lagu ana tu interpretasi aku sendiri saja. ana tak bermaksud nak sentuh pasal penjara pudu pun.. :P

CPI;
sebenarnya, lirik ana tu pandangan peribadi aku saja selepas frustrated sebab dia disangkarkan. dan aku spontan cuba kaitkan lirik dengan persembahan pentas. apa yang aku nampak=penjara pudu!!

sue;
yuna pun ok. tapi lirik ana lagi ok. completed.

Anonymous said...

go ana rafali.....saye suke dgr lagu tu....bile bace entri nie lagi saye suke....congrats....

Unknown said...

pnut;
betul-betul. hilangnya khazanah ibu kota di tangan penguasa..

tasekm;
ni tak suka FT kena sangkar ni. hahaha!

mizi;
hahaha!

nida;
hahah! memang tak ada kena mengena dengan penjara pudu pun. macam juga orang kaitkan simbol-simbol tertentu dengan freemason dan iluminati. :) tapi, lirik ana terbaik! itu siapa pun tak boleh nafikan..

anony;
jangan fanatik sangat oit.. hehe.. :)

Powered by Blogger.