Luka dan putus cinta

Sunday, July 24, 2011 · Posted in , ,


Dulu aku tertanya-tanya sebab apa putus cinta sering dimetaforakan dengan luka. Aku fikir, pedih putus cinta itu sepatutnya dikaitkan dengan sakit yang lebih parah. Kanser atapun HIV misalnya. Jadi, puisi putus cinta yang baik sepatutnya ditulis begini, "hatiku bagai dimamah HIV". Atau; "Sayang, kata-katamu bagaikan menanam barah di hatiku."

Ataupun samakan saja sakit putus cinta dengan sakit-sakit biasa lain yang tak kurang sakitnya macam demam, migrain, sakit gigi atau cirit-birit. Kenapa mesti luka?

Tapi, selepas merasa sendiri pengalaman putus cinta dan luka yang betul-betul luka, aku akhirnya akur betapa luka adalah kata paling tepat untuk menggambarkan saat kau putus cinta, yakni memahami makna luka itu secara harfiah atau dalam perubatan, kita merujuk kepada luka terbuka (open wound).

Dalam perbendaharaan Bahasa Melayu pula, luka adalah situasi yang berlaku akibat ditetak, dihiris, diseret, dikelar, ditikam, dipancung, ditusuk, dicalar, dicakar, dipotong (tambah lagi jika ada).

Walaupun semua kata kerja luka itu berbeza darjah kesakitannya, tetapi kesan sakitnya dirasai serta merta dan tempoh masa tertentu diperlukan untuk kau pulih. Tapi sebelum kau pulih, kau akan lalui beberapa fasa kesakitan yang amat sangat yang buat kau tak boleh tidur malam. Yang buat kau menggigil-gigil selepas mandi sebab luka kau kena air dan otot kau sakit sebab kulit kau tegang kerana ditutup kuping.

Dan selepas luka kau ok, akan ada kesan parut di tempat luka kau berdasarkan berapa teruk luka yang kau alami. Setiap parut di tubuh kau akan buatkan kau ingat semula momen-momen luka tersebut. Tapi aku jamin kau takkan ingat berapa banyak kau demam dan berapa banyak kau kena migrain. Kalau kau pulih dari kanser dan rambut kau sudah tumbuh elok selepas kemoterapi (itupun kalau kau masih hidup), kau pun tak ada bukti untuk tunjukkan kau pernah hidap kanser. Cuma luka saja yang berbekas dan mampu kau ingat.

Dan kau kena pantang banyak perkara bila kau luka. Kau kena elak makan telur supaya luka kau cepat ok. Kau tak boleh makan ayam dan seafood takut luka kau gatal. Kau tak boleh makan kicap takut parut kau hodoh.

Tapi aku fikir, bukankah luka itu dicipta untuk manusia merasai kesakitannya. Parut itu ada untuk kita mengingati sakitnya luka. Dan aku raikannya dengan makan telur, kicap, ayam dan seafood. Dan sesekali kalau aku bosan aku kopek kuping aku sampai berdarah dan pedih. Aku tak kisah sebab doktor cakap parut aku cantik.

11 Responses to “Luka dan putus cinta”

Anonymous said...

haha! "aku tak kisah sebab doktor kata parut aku cantik!" wallaweh!

tanda2 dah nak baik lah tu..

tp..

beza parut luka cinta dengan luka sakit sebenar..parut luka jatuh moto leh guna bio oil..parut putus cinta minum bio oil pun belum tentu pulih..haha!

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

gua ingat bila bro luka ,bro akan jadi seperti sang waja menetang sang air mata .tapi gua silap..guaterlupa sang harimau kumbang mungkin sesuai untu bro

MushroomCute@Mariea said...

sungguh tepat olahan luka dan putus cinta mu itu...huhuhuhu...sakit dowh

cek P said...

kelambu..
parut ko cantik cm parut harry potter ke?..hehe

btul ckp ko..dulu aku pn salu pk..
nape nk sedih n nangis sbb putus cinta..tergolek2 laa..
hmm..dh kena sndri baru phm..hehe

luka putus cinta bole bdarah semula..parut nyer tak nmpk tp berbekas..ade sstgh kes sgt mendalam..
tp klu kite redho..insyAllah cepat baik luka nyer..
tp slalu nyer lmbt sembuh..sakit..huhu

Lanzo said...

anony;
bio oil tu memanglah untuk luka fizikal. tapi, kalau luka hati takkan nak telan bio oil jugak. mungkin ok lepas cari makwe baru. :)

brutal;
sorry.. gua tak suka harimau kumbang.. gua suka waja timur dan serigala jadian..

mushroom;
memanglah sakit. nama pun luka. heh..

cekp;
parut aku jenis tak timbul sebab tu cantik. orang dulu kaitkan putus cinta dan luka sebab luka tu boleh sembuh dan ada parut. kalau tak boleh sembuh dah lama orang kaitkan dengan kanser, malaria dan taun. kalau jenis putus cinta susah sembuh mungkin dia pengidap diabetes. kalau putus cinta normal sepatutnya ok secara normal jugak.

cek P said...

hahaha..sakit diabetes..lucu la..
tp ade betul nyer..susah sgt nk sembuh..
hati x stabil..hik3..

Kak Long said...

ye..ia memang melukakan....

Lanzo said...

kak long;
:)

Anisah said...

Luka di tangan nampak berdarah
Luka di hati sendiri yang tahu
huk..huk

Lanzo said...

anisah;
luka di hati confirmlah tak nampak.. :P

suara hati said...

haha.intro dengan luka cinta ending dgan luka berdarah.

lawak betoi.

Powered by Blogger.