Pasal motosikal dan jenayah

Tuesday, June 04, 2013 · Posted in , ,


Asasnya, ada dua faktor orang bawa motor.

Pertama, ekonomi. Ada orang memang tak mampu beli kereta dan ada juga mampu berkereta tapi tak tahan asyik duk bayar tol dan petrol. Alternatifnya, bawa motor.

Kedua, masa. Ada kereta tapi tak tahan mengadap jem. Naik bas pun sama juga mengadap jem. Mahu naik LRT, tapi tak ada pula akses ke tempat kerja, misalnya dari Sungai Buloh ke Shah Alam. Ada tu memang ada, tapi jenuh nak tukar stesen dari utara-selatan atau timur-barat dan masa operasi pula lambat. Kalau report card merah macamana mau naik gaji? Alternatifnya, bawa motor.

Walaupun jenayah bermotosikal dikatakan merangkumi 90 peratus statistik jenayah, tapi asas majoriti rakyat Malaysia menunggang motosikal bukanlah kerana mahu 'berjenayah', melainkan dua faktor di atas semata-mata.

Macam aku, kalaulah tak kerana trauma eksiden, rasanya sampai sekarang aku masih bermotosikal disebabkan kedua-dua faktor itu, ekonomi dan masa. Kalau ekonomi mantap pun aku masih memilih motosikal disebabkan faktor masa. Mungkin ramai kalangan kita tak sedar betapa suku hidup kita dibazirkan atas jalan raya disebabkan jem!

Ramai juga tidak sedar dalam dunia automotif, motosikal lebih mesra alam kerana kurang melepaskan karbon berbanding kenderaan lain. Penunggang motosikal turut menyumbang kepada penjimatan bahan bakar. Tapi siapa peduli sebab sumber petrol kitakan tak pernah habis? Enjoy sajalah.

Apa saja benda dalam dunia ini kalau baik gunanya, baik jugalah hasilnya. Kalau buruk, buruklah. Macam pisau, kau boleh guna untuk hiris daging dan boleh juga hiris leher kawan kau.

Kalau pisau diharamkan kau mungkin tidak boleh hiris leher kawan kau lagi, tetapi kau boleh guna gunting untuk tikam jantung dia.

Kalau gunting pun diharamkan, kau masih ada garfu, chopstick, pensil dan jangka lukis.

2 Responses to “Pasal motosikal dan jenayah”

Mr Sylarius said...

'Berjenayah' ni bukan terhad pada penunggang motosikal aje. Pemandu kereta, MPV, lori treler, hatta kelindan lori pun ada juga yang suka berjenayah.

Barangkali statistik jenayah yang tinggi dikaitkan dengan motosikal ini diambil secara terhad terhadap kes-kes seperti ragut dan lumba haram. Kalau nak kaitkan kes jenayah dengan jenis kenderaan, rasanya kereta pun silap-silap diharamkan sebab banyak kes penyeludupan dilakukan menggunakan kereta.

azhan othman said...

Itulah. Rasanya majoriti penjenayah menggunakan kenderaan sebagai alat untuk berjenayah.

Cuma motosikal dilihat sebagai alat berjenayah secara langsung seperti kes ragut, simbah asid dan lumba haram. Walhal, lebih banyak penjenayah menggunakan kenderaan selain motosikal untuk berjenayah seperti kes seludup dadah, barang dan manusia, rompakan bersenjata, menyamar dan samun, cetak rompak, lumba haram.

Tak tahulah, mungkin data polis menunjukkan selain motosikal, penjenayah suka berjenayah secara berjalan kaki.

Powered by Blogger.