da' extraordinary people league

Friday, May 23, 2008 · Posted in

DA' EXTRAORDINARY PEOPLE LEAGUE

Lembaga Angkatan ZorroDulu aku pendekkan nama aku jadi Mohazo. Singkatan dari nama penuh aku, Mohd Azhan Othman. Lagipun ada bunyi-bunyi France sikit. Konon-konon hip. Kool. Haha.

Bila aku jadi student Universiti Kerajaan Swasta tup-tup nama aku tukar jadi Lanzo. Sempena nama panggilan aku kat sini, Lan. Kata Zo di hujung tu entah siapa entah gabungkan dengan nama Mohazo yang aku selalu tulis sebagai tanda nama depan buku. Hmm.. nampak hip juga. Ada bunyi-bunti Italy sikit. Haha.

Satu hari Bahdin mau minta kerja baru. Jadi dia mau jumpa nazir masjid untuk sahkan yang dia sudah 5 tahun bermastautin di Selangor.

"Apa susah-susah. Ambil saja cop lanzo. Haha!" Jarul.

"Lanzo? Apa jadahnya. Lanzo stands for what?" Bahdin.

"LANZO, Lembaga Angkatan Zorro!" Aku.

Hahahaha.

Powered by Blogger.