Tiada Rasis Antara Kami

Sunday, February 14, 2010 · Posted in

1989. Jiran di sebelah rumah aku Cina. Ada bela anak anjing comel, aku panggil Dog. Anak anjing tu dibela dalam rumah kecil (macam reban ayam) dan berlantaikan simen, betul-betul bersempadan dengan pagar jaring yang pisahkan rumah aku dan jiran sebelah.

Petang-petang, kalau tak ada aktiviti menarik di tivi dan malas naik basikal, aku akan ke belakang rumah, jenguk Dog. Setiap kali aku bertinggung di pagar, Dog akan berlari kecil sambil rapatkan hidung ke corong pagar dan jelir-jelirkan lidah. Al-maklumlah aku kalau jumpa Dog mesti bawa roti Benggali dan Cream Crackers untuk bagi dia makan. Kadang-kadang aku bagi tulang. Sambil makan aku akan gosok kepala Dog sambil cakap, Good Dog!!

Berbeza dengan kucing yang selalu sondol kepala sebagai tanda tenkiu, Dog pula akan jilat-jilat tangan aku. Dan aku akan pelangkung kepala Dog supaya dia sedar, buat baik berpada-pada sebab aku ni Muslim. Orang Muslim tak boleh over sangat dengan anjing, tau.

Bila mak balik, aku pun masuk ke rumah. Tapi sebelum masuk, aku akan samak dulu tangan. Apa, ingat budak-budak macam kitew tak baca buku agama kew?

15 Responses to “Tiada Rasis Antara Kami”

A t i Q a h said...

Aku dah berdebar dah bila baca part Dog selalu jilat-jilat tangan. Heh.

Senaville said...

www.mykittun.com

tulip said...

1989 - klmbu umo 7-8 thun gtu kn..eh.ke?ehe..tau ke cane nk samak?:p

Anonymous said...

nice~

rinz raime said...

owh.. tiba2 teringat pulak masa mula2 belajar menyamak diri sebab terpeluk anak anjing hutan.. heheh, compare anjing dgn kucing, anjing is much2 better sbb dia anggap kita tuan dia tp kucing anggap dia tuan kita...
btw, bagus2 sbb kecik2 dah tau samak diri..

DeeN said...

Hahahaa.... citer taun dulu2 rupanya. Aku kalo terserempak ngan mr. dog, confirm langkah seribu ler jawabnya. Itu dulu la, skang pun takut lagi. hahaha

fafarafa said...

hhahahaha....kal0 stakat baca jew x gna gak. kitew kna amalkan. br bt0l



(ok. sgt jenuh nk follow ejaan dak zaman skang)

unclejoe said...

hmm maaf kalau uncle.. celah skit... jangan baca je ok.... kena ada guru juga yang mengajar... buku sebagai panduan... hehehe

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

ada ko buat tinju harimu kumbang tahap 5000ph kat anjing tu

sUe said...

kadang2 teringin juga nak belai2 anjing especially kalo yg nampak comel dan jinak2 tu..
tapi bila fikir kena samak, jadi malas la pulak. =P

kingbinjai said...

pandaiiiiii nya!!! mesti minum susu anmum ni

jarul said...

huh..silap2 bca bismillah je samak..almaklumlah..kecik lg..ekekek

BooK said...

Seumur hidup aku, aku tak pernah samak diri sendiri. So, in a way, kau advance lagi pada aku la.

Aku cuma selalu samak periuk kuali ja.

thoyol said...

haih..

nasib baik ko tak dimomok dgn takutkan anjing..

dah pegang, samak jer..

:)

s.zakiahasan said...

aku pernah terpakai selipar yang pig-lining skin. Mmg ***** punye kedai,pegi jual jenis kasut macam tu,letak dpn2 lak tuh. aku yg 'buta' nih,tak nampak notis dekata kasut tuh,trus try.design die lawa.tak psl aku kene sergah dgn member.akhirnya bersamakla kaki aku dekat masjid KLCC time tuh..huih,kulit si khinzir pun nak wat kasut ke,mcm xder kulit binatang laen je.

Powered by Blogger.