Perihal Sedekah Kau dan Aku

Tuesday, February 23, 2010 · Posted in

1. Ustaz-ustaz cakap, sedekah yang baik ialah bila kau memberi tangan kanan, tangan kiri tidak tahu.

2. Orang lelaki adalah spesies yang tidak sedar yang mereka sebenarnya selalu bersedekah. Antaranya ialah sedekahkan makanan kepada kawan-kawan. Tapi ini mereka panggil belanja makan.

3. Aku ada sorang kawan baik. Setiap kali keluar makan dengan dia, tak pernahnya dia tak belanja dan sungguh susah pula aku nak mencelah untuk belanja dia. Kadang-kadang sampai berebut-rebut. Dan sebagai manusia spesies pendamai, aku selalu beralah.

4. Ustaz aku pernah cakap, makanan yang paling sedap di dunia ialah makanan free. Jadi tidak hairanlah, sekumpulan pak lebai kerumum lori terbabas semata-mata nak rembat barang runcit free, lapor akhbar tempatan suatu masa dulu.

5. Antara perkara sedekah yang tak dapat aku lupa ialah insiden aku belanja budak-minta-sedekah makan. Aku tanya nak makan apa. Dia jawab nak makan McDonald. Tapi aku belanja dia bihun sup saja. Masa nak bayar, brader-bihun-sup cakap tak payah. Daripada riak muka brader tu, aku syak budak tu dah memang selalu sangat minta sedekah di situ.

6. Itu adalah sedekah yang aku tiba-tiba, plink, rasa nak buat. Selepas itu tak ada lagi. Hikmahnya, perasaan tiba-tiba itulah yang buatkan aku tak payah keluarkan sesen pun.

7. Memang susah melakukan sedekah sampai ke tahap tidak mengharapkan balasan dan tak kisah apa-apa pun dalam dunia yang semakin material dan penuh syak wasangka.

8. Tapi, sedekah ni macam cinta juga. Kau memberi, pasrah dan redha walaupun tak dipeduli dan dikhianati.

9. Cara paling mudah redakan kemarahan orang ialah dengan sedekahkan senyuman.

10. Tiada manusia di dunia yang bankrap kerana beri sedekah.

8 Responses to “Perihal Sedekah Kau dan Aku”

nasr said...

niat belanje tnpa bgtau seronok tu dtg pd diri sendiri tnpa mghrpkan blsn.

teringt ak mse kat terminal bas ada sorg makcik minta ak belanje dia minum. so ak bg la singit dua, lepas tu ada brader tu cakap mkcik tu dan selalu dtg situ minta belanje. tu lum termsuk yg berlakon buta minta sedekah tu. erm.. mcm2 ragam sekarang ni.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

aku sedekah awek aku kat ko
aku tak mengharap balasan apa apa
cukuplah ko mengerti

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...
This comment has been removed by the author.
fafarafa said...

-quote-

10. Tiada manusia di dunia yang bankrap kerana beri sedekah.

-unquote-

betul...

tp ramai manusia yg takut bankrap kalau kasik sedekah

mimpiyangsempurna said...

tu la org ckp sedekah dgn hati yg ikhlas tu besar rahmattnya.. sometimes, kite je x nampak rahmat yg diberi..

i'msosupernotcool said...

gua sokong nih..
nampak x gua angkat tangan?

Hambali ® said...

orang bankrup sebab tak sedekah, ramai ...

DeeN said...

Ya, aku setuju dgn statemen yg ke 10...!! :)

Powered by Blogger.