Mahu Jadi Van Damme

Tuesday, February 09, 2010 · Posted in

van-damme

Van Damme dengan tatu Amerika di lengan

1997.

Kerana gilakan Van Damme dan Mark Dacasscos, aku daftar kelas Taekwondo. Itu saja alternatif yang ada sebab tak ada sekolah buka kelas kickboxing. Yang ada pun silat. Tapi aku tak minat silat sebab banyak upacara ritual dan mistik. Maklumlah, aku budak sains. Tambahan lagi, persepsi aku terhadap silat diburukkan lagi dengan satu peristiwa mistik di sebuah hotel. Ini lain hari aku cerita.

Selepas giat berlatih termasuk lulus aksi meng-karate atap genting dan flying kick, aku dianugerahkan tali pinggang merah. Satu tahap lagi sebelum tali pinggang hitam. Lebih bertuah, aku terpilih mewakili daerah Kota Setar dalam pertandingan Taekwondo peringkat daerah.

Seminggu sebelum pertandingan bermula, aku memperhebatkan latihan dengan berjoging dan melakukan tendangan berpusing sambil melibas daun pokok jambu air di tepi rumah. Semasa sesi sparing pula, adik aku jadi sasaran. Hasil agak memberangsangkan dengan keputusan 24 KO tanpa kalah. Maklumlah, adik aku baru darjah satu masa tu. Sebelah malam pula aku habiskan masa menonton video Bloodsport, Only The Strong dan Pendekar Mata Satu.

Hari pertandingan pun bermula. Turut hadir ialah mak dan adik. Ini membuatkan aku lebih bersemangat.

Perlawanan adalah kalah mati dan berlangsung dalam tiga pusingan. Setiap pusingan 3 minit. Lawan aku ialah wakil dari daerah Kubang Pasu. Pemegang tali pinggang hitam. Bersusuk kurus, tinggi dan berkulit gelap. Hati agak berdebar tetapi selepas membaca ayat-ayat lazim jiwa aku kembali tenang.

Selepas pengadil memulakan pertandingan, lawan menyerang aku dengan agak ganas. Aku cuba bertahan dan sesekali mencuri peluang menendang rusuk.
.
.
.
"Huh, takdaklah hebat sangat.. Asyik kena tendang saja," kutuk adik aku.

"Macamana tak kena tendang, kaki dia panjang," ujar aku sambil bernafas macam kuda.
.
.
Keputusan perlawanan: aku kalah.
Tidak lama selepas itu, aku letak jawatan. Aku bertanggungjawab atas kekalahan aku.

8 Responses to “Mahu Jadi Van Damme”

kingbinjai said...

samalah! aku pun kene camtu juga ha ha

fafarafa said...

ooo...kategori kaki pendek rupanya kau. kisahnya.

eekekekekkeek

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

masa tu kan dragon long sudah ada . kenapa tak belajar betul betul

i'msosupernotcool said...

bagus la lu..
bertanggungjawab..
gud..

jarul said...

alah...ko dibayar utk kalah kan..?

ruslina-redzuan said...

haha! kisah seploh tahun lepas la katakan,,

DeeN said...

Bagus, bagus ... ko akan bakal menjadi menteri... tapi bukan di Malaysia. Hahahaa...

theviper said...

hahahahha...

Powered by Blogger.