Jun yang Entahkan Panas Entahkan Sejuk

Tuesday, June 01, 2010 · Posted in ,

Masuk bulan Jun, tukar akaun bank lagi. Untuk sesiapa yang slow, tukar akaun bank bermaksud tukar kerja. Ya, aku tukar kerja. Lagi.

Entah sumpahan apa kerja aku kali ni tercampak ke tengah ibu kota. Lokasi kerja yang cuba aku hindarkan sejak berkelana ke wilayah tengah dosa pahala bercampur-campur ini. Tapi mungkin Tuhan mendengar doa-doa ketika kecil dulu yang diucap dengan niat penuh suci: aku mau kerja KL nanti.

Keluarga di kampung sana sudah risau. Tapi itu biasalah. Aku sendiri cemas dan risau dengan diri sendiri, apatah lagi dengan orang-orang terdekat. Tapi, memang begitulah kita. Saling merisaukan.

Manusia sejak menjengah dunia sudah dikurniakan tiga rasa risau. Rasa risau pertama adalah apabila mulut tidak dinenenkan setiap kali perut lapar. Rasa risau kedua ialah semasa kencing dan berak kerana timbul fill kurang enak setiap kali melakukan aktiviti mengeluarkan tahi dan kencing itu. Rasa risau ketiga pula ialah ketika berada dengan orang-orang tidak dikenali.

Peliknya, reaksi kita ketika itu cuma satu saja, menangis, bahasa paling difahami umat manusia. Tapi sekarang apabila sudah dewasa, menangis bukanlah dapat menyelesaikan apa-apa masalah pun. Menurut filem Ibu Mertuaku, kekerapan menangis mampu membuat seseorang itu menjadi buta. Bukan saja buta mata, tapi juga buta hati, buta akal dan buta nafsu.

Di KL, berhenti kerja itu biasa. Kalau kau tetap satu kerja saja, itu pun perkara biasa. Dan kalau kau tak ada kerja, itu pun biasa juga. Hidup di ibu kota, tiada apa yang boleh kau panggil luar biasa. Sungguh.

Jika kau renung, hidup di ibu kota sudah lama mengajar kita bahawa tiada apa pun yang menjamin hidup kita. Menjerit Ketuanan Melayu sekuat-kuatnya di tengah jalan sana belum tentu mengubah semenanjung emas ini menjadi negara demokrat cinta.

Dan perlahan-lahan kau sedar hidup ini, inna lillah wa inna 'ilayhi raji'un.

9 Responses to “Jun yang Entahkan Panas Entahkan Sejuk”

sara said...

good luck untuk job baru ni:)

Anonymous said...

Salam...
Cite kita sama, tercampak ke tgh kl ni, nk cari sesuap nasi yg kadang2 miss jugak (saya ler tu). Suka 3 para terakhir tu... benar sebenar-benarnya!!!

Hambali ® said...

Hidup di kota ni sebenarnya, perkara yang biasa itulah menjadi luar biasa kerana jarang dilihat ...

prof nik said...

wah. tahniah koje baru.

rocco said...

iskkk..ape ni mcm x syok je keje ngan majalah kuntum ni? hehehe.. stended la hidup suma mcm tu... anak raj apun belum tentu xde masalah..

ainunL muaiyanah said...

Eh.. tukar kerja kat mana?

Unknown said...

sara;
tq

anony;
:)

hambali;
:D

niki;
kuli jugak niki oii.

rocco;
bila masa aku keja kuntum?

ainun;
kl. buat surat khabar.

Jana said...

oh..keje dekat2 area gambar entry di bawah ke? Berjiran la kita nampaknya..

Unknown said...

jana;
mapley shah jom.. haha..

Powered by Blogger.