Archive for July 2004

teater mayat

Sunday, July 25, 2004 · Posted in ,

teater mayat

Lokasi=>mini auditorium Muzium Alam Shah, Shah Alam

9.00 pg- Pagi2 dah ada kat muzium untuk siapkan prop, audio n lighting. Kerja exhibition pun kena disiapkan juga. Semuanya bergembira dan bergelak ketawa. Tak habis2 bergambar di sini sana. Kena pula dengan si Er yang gila nak interframe dan Fariza yang mengaku kononnya fotogenik di depan kamera. Yang jadi mangsanya ialah kamera KC Epul dan kamera Ayie yang sampai habis bateri dikerjakan mereka.

4.00 ptg- Kena sembur lagi dengan cik Ijat. Banyak makan belacan la. Lembablah. 'Pelakon2 kerja mereka berlakon jadi jangan nak kacau diorang ni untuk buat kerja2 stage. Masa nilah sepatutnya kru2 lain kena sibuk.' Perli nampak... Pukul 5 baru kitorang start rehearsal sekali lagi.

8.45 mlm-Mayat ditunaikan kepada penonton dengan jayanya. Satu kepuasan yang hanya dapat digambar di dalam gambar-gambar ini.

10.10 mlm-Habis perform aku tengok Cik Ijat senyum sampai ke telinga dan bersalam dengan kami. Barangkali kami dah dapat menunaikan apa yang patut ditunaikan. Dia kena balik JB sebab ada hal kematian.

Kami pula bergembira macam esok takkan mati.

Kelambu: Hari2 esok pun akan bermula seperti biasa...


gelisah

Saturday, July 24, 2004 · Posted in ,

gelisah

Lokasi=>sofa umah Sek. 8, Shah Alam, pagi buta

Aku: Hai, kenapa ni awie?
Awie: Kenapa apa aa..?
Aku: Yelah aku tengok kau gelisah saja. Kau risau ke sebab esok? (dialog dari atas sampai sini adalah sama dalam skrip mayat)
Awie: Nak kata risau tak risau. Nak kata tak risau tapi risau. Tapi entahlah kenapa mata aku tak mau nak lelap...
Aku: Samalah aku...
Joe: Aku pun sama jugalah....
(Aku dan Awie pun pandang serong pada Joe sebab tiba2 je dia menyampuk)

Kami pun menyanyi lagu Rindu Bayangan bersama2

Kelambu: Bilaku kenang ku renung gambar wajahku...

full rehearsal

Friday, July 23, 2004 · Posted in ,

full rehearsal
mayat band ditegur ojai (yahudi)

ojai tgh explain kat 4 sekawan

aku, awie dan bob

Hari ni langsailah sudah full rehearsal untuk teater mayat kat dewan serba berguna Unisel. Kami mula pada jam 9.10 mlm terlewat lebih kurang 25 minit gara2 menunggu Dewa2 Unisel datang mengambil tempat. Sedikit sebanyak mood kitorang dah drop. Bob sampai cramp kaki sebab kena freeze lama atas stage.

Cik Ijat bad mood semacam je aku tengok walhal audien banyak yang cakap ok! Siap suruh buat sambungan lagi. Ingat Spiderman ke...? Lepas perform kitorang habis kena sembur. Katanya masa training kitorang lagi best.

Cik Ijat: Balik aku nak korang tidur. Esok rest habis2. Pagi Ahad pukul 9 kita jumpa kat muzium.

tuan director cik Ijat (senyum)

er tgh make-upkan as

kru mayat sblm rehearsel show

Kelambu: Balik kami lepak kat Khulafa '7 sampai pukul 2 pagi lebih.

bertemu ida munira

Saturday, July 17, 2004 · Posted in ,

bertemu Ida Munira

Malam tadi pergi tengok Puisi Kemerdekaan di laman santai budaya, Kompleks Kebudayaan Selangor, Seksyen 7, Shah Alam. Bebudak PKKU ada buat teater untuk malam tu. Sebab tak ada apa nak buat aku pun joinla untuk memberi semangat kepada ahli-ahli PKKU disamping bersuka ria bersama geng-geng yang lainnya.

Sebelum tu kami disajikan dengan beberapa bacaan puisi dari pemuisi terkenal tanah air seperti Uthaya Sankar dll.

Hari ni baru aku dapat bersua muka dengan cik Ida Munira Abu Bakar. Puisinya banyak tersiar di majalah dan akhbar-akhbar tempatan seperti Mingguan Malaysia, Dewan Siswa, Tunas Cipta, Dewan Agama dan Falsafah, URTV dll. Oh, muda setahun dari aku rupanya. Tapi dia sudah mampu mengeluarkan satu antologi puisi sepanjang tempoh pengkaryaannya. Aku memang salute habis!

Barangkali dalam banyak umat manusia di situ hanya aku yang mengenalinya. Orangnya kecil molek, manis dengan gaya penuh intelek! Ada riak seorang pemuisi. Memerhatikannya membuat aku terasa kerdil. Kerdil kerana tidak menjadi seperti beliau. Beliau terlalu prolifik dan konsisten dalam dunia puisinya sedangkan aku ada pasang surutnya. Barangkali dia lebih tabah sedangkan aku manusia penuh putus asa.

Aku membeli antologi puisi yang diedarkannya. PENDATANG MALAM! Sambil tu aku sempat bergambar dengannya. Oleh kerana aku mengenalinya dan dia pula tidak mengenaliku biarlah aku saja yang mengingatinya... heh...

Kata-kata yang ditandatanganinya di muka buku terlalu ringkas, mudah dan penuh makna. Dia berjaya menzahirkan perasannya.

'Bila Bintang Mengerdip Datang Ingat Senyumnya Kerlip'-IDA MUNIRA ABU BAKAR 17/7/04

Kelambu: Kita Bagai Bintang. Terang Di Langit Cerlang!

Powered by Blogger.