bertemu ida munira

Saturday, July 17, 2004 · Posted in ,

bertemu Ida Munira

Malam tadi pergi tengok Puisi Kemerdekaan di laman santai budaya, Kompleks Kebudayaan Selangor, Seksyen 7, Shah Alam. Bebudak PKKU ada buat teater untuk malam tu. Sebab tak ada apa nak buat aku pun joinla untuk memberi semangat kepada ahli-ahli PKKU disamping bersuka ria bersama geng-geng yang lainnya.

Sebelum tu kami disajikan dengan beberapa bacaan puisi dari pemuisi terkenal tanah air seperti Uthaya Sankar dll.

Hari ni baru aku dapat bersua muka dengan cik Ida Munira Abu Bakar. Puisinya banyak tersiar di majalah dan akhbar-akhbar tempatan seperti Mingguan Malaysia, Dewan Siswa, Tunas Cipta, Dewan Agama dan Falsafah, URTV dll. Oh, muda setahun dari aku rupanya. Tapi dia sudah mampu mengeluarkan satu antologi puisi sepanjang tempoh pengkaryaannya. Aku memang salute habis!

Barangkali dalam banyak umat manusia di situ hanya aku yang mengenalinya. Orangnya kecil molek, manis dengan gaya penuh intelek! Ada riak seorang pemuisi. Memerhatikannya membuat aku terasa kerdil. Kerdil kerana tidak menjadi seperti beliau. Beliau terlalu prolifik dan konsisten dalam dunia puisinya sedangkan aku ada pasang surutnya. Barangkali dia lebih tabah sedangkan aku manusia penuh putus asa.

Aku membeli antologi puisi yang diedarkannya. PENDATANG MALAM! Sambil tu aku sempat bergambar dengannya. Oleh kerana aku mengenalinya dan dia pula tidak mengenaliku biarlah aku saja yang mengingatinya... heh...

Kata-kata yang ditandatanganinya di muka buku terlalu ringkas, mudah dan penuh makna. Dia berjaya menzahirkan perasannya.

'Bila Bintang Mengerdip Datang Ingat Senyumnya Kerlip'-IDA MUNIRA ABU BAKAR 17/7/04

Kelambu: Kita Bagai Bintang. Terang Di Langit Cerlang!

Powered by Blogger.