bersamamu

Thursday, February 16, 2006 · Posted in

BERSAMAMU

Aku tertengok rancangan Bersamamu, TV3. Bersama Edi. Seminggu lalu.

Budak tu cakap. Tersebik-sebik. Dengan linang air mata. Tak tertahan.

"Tak dapat makan pun tak apa. Kami nak sekolah. Pelajaran penting."

Ya. Budak tu cakap. Tersebik-sebik. Dengan linang air mata. Tak tertahan.

"Tak nak tengoklah nanti nangis. Huhuhu." Aku berkelakar di hadapan Edi. Walhal sebetulnya, cuba melarikan sebak. Supaya tak tersebik-sebik. Dengan linang air mata. Tak tertahan. Maklumlah. Akukan sentimental. Juga penyantun.

Fikiran aku bergentayangan. Tentang student life. Tentang aku.

Di Universiti Kerajaan Swasta. Para pensyarah mesti buat kelas ganti. Untuk kelas-kelas mereka yang dilanda cuti dan MC. Supaya silibus tak keciciran dan tak berganti.

Pensyarah akan tanya jadual subjek semua pelajarnya. Tapi subjek masing-masing clash! Maklumlah semua pelajar bukannya dari satu angkatan. Semuanya berbagai-bagai.

Alternatifnya, si pensyarah usulkan waktu lunch. Yang takkan bertembung dengan mana-mana subjek pun. Tapi pelajar-pelajar bising. Dan berlogika sesama sendiri.

Bila kami lapar. Kami tak boleh belajar. Kalau kami belajar. Kami tak boleh tumpukan perhatian. Sebabnya kami sedang lapar.

Fikiran aku bergentayangan. Tentang student life. Tentang aku. Aku berfantasi. Tentang Bersamamu.

Masa tu. Pelajar akan cakap. Tersebik-sebik. Dengan linang air mata. Tak tertahan.

"Tak dapat pelajaran pun tak apa. Kami nak makan. Makanan penting."

Ya. pelajar cakap. Tersebik-sebik. Dengan linang air mata. Tak tertahan.

Powered by Blogger.