dominasi jawi

Thursday, February 09, 2006

DOMINASI JAWI

Andaikan tulisan Jawi seperti floopy disc. Dan tulisan rumi adalah thumbdrive. Siapa yang lebih dominan untuk hari ini?

Siapa pernah menyangka floopy disc yang sekian lama menjadi sumber cakera murah dan mudah akan lenyap dengan dominasi thumbdrive?

Dan siapa pula pernah menyangka akan lenyapnya Netscape Navigator kerana dominasi Internet Explorer yang dipakejkan bersama perisian Windows.

Zaman berubah. Teori ahli bahasa Barat mengatakan sesuatu bahasa dan tulisan itu akan lenyap apabila penuturnya adalah kurang dari 5000 orang. Mungkin itu yang terjadi pada tulisan Jawi.

Bukan soal patriotisme. Bagi aku, ini soal ketidakupayaan bahasa Jawi itu sendiri untuk terus bersaing dengan teknologi dan persekitaran penggunanya. Dan sudah tentu juga bukan salah bahasa Jawi itu.

Ada pendapat yang mengatakan tulisan Jawi bakal pupus kerana ketidakupayaan bangsa Melayu itu untuk mengangkat kewibawaan tulisan itu. Mungkin pendapat itu benar.

Kenapa tulisan Jawi tak mampu menjadi sekukuh tulisan Cina, Jepun atau India yang gah diterjemahkan secara material di mana-mana homogeninya? Di Internet, sarikata filem dan drama, iklan, telefon bimbit, jenama produk dan lain-lain. Letaknya Jawi di mana? (Oh, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan kot. :)

Mungkin juga pendapat itu tidak benar.

Barangkali ianya cuma satu proses semulajadi yang kita sendiri tak mampu menghalang kepupusan tulisan Jawi itu sendiri. Kerana setiap jasad, keadaan dan kedudukan itu hakikatnya adalah binasa.

Seperti lenyapnya tulisan Hieroglif. Juga tulisan Sanskrit yang punya sastera-sastera agung Hindu dan Buddha. Begitu juga tulisan asal Injil, Hebrew yang hari ini rata-ratanya diterjemah ke versi tulisan Roman untuk penganut Kristian.

Dan siapa tahu tulisan Roman juga sudah tidak dominan untuk pengguna dunia nanti? Bukankah dunia berubah-ubah?

Dan jangan beremosi menuduh aku tidak patriotik. Kalian melanggan Utusan Melayukah?

Powered by Blogger.