Archive for February 2006

kembara si raja cincin

Friday, February 24, 2006 · Posted in

KEMBARA SI RAJA CINCIN

Jangan terkejut. Pertengahan bulan Mac nanti, teater 'Kembara Si Raja Cincin' akan menemui anda. Bukan di Istana Budaya. Tapi di Dewan PKP, Universiti Kerajaan Swasta.

Teater pertama. Aku tulis skrip. Teater pertama. Aku arah. Teater pertama. Hasil arahan seorang pelajar Universiti Kerajaan Swasta semenjak kami bermigrasi beramai-ramai ke kampus Batang Berjuntai. Kampus yang berwarna-warni tapi tak digemari Sultan.

Ini teater miskin. Juga teater syok sendiri. Sebabnya kami tak dibayar gaji pun untuk buat teater ni. Kami juga tak ambil kursus performing art. Kami belajar komputer, bahasa Inggeris dan pengurusan bisnes.

Tunggu. Tau.

marah

Tuesday, February 21, 2006 · Posted in

MARAH

Nak tahu orang itu jujur atau tak bukan kerana dia gelak masa kita dok buat lawak. Sebab kadang-kadang dia gelak untuk ambil hati saja. Tengok bila dia marah. Sebab bagi aku orang marah paling jujur. Sebab jarang orang marah tak bersebab. Lagipun. Marah itu tanda sayang. Kan. Mana ada pepatah gelak tanda sayang. Kan.

Tapi.

Kenapa..

?

Bila kita gelak. Orang akan suka. Walaupun gelak kita itu tak jujur.

Tapi bila kita marah. Semua orang tak suka. Walaupun marah kita itu jujur.

Dia tau tak? Kita sayangkan dia.

stress

Sunday, February 19, 2006 · Posted in

STRESS

Cerita cikgu aku. Dulu.

Bos stress. Dia marah Ahmad.
Ahmad stress. Dia marah bini.
Bini stress. Dia marah anak.
Anak stress. Dia sepak kucing.
Kucing stress. Kucing cakar sofa Ahmad.

Ya, kita semua boleh stress. Semua benda dalam dunia ni pun boleh stress. Hatta robot sekali pun (tengok Doraemon). Suzuki rongak aku pun pernah stress. Tak mau hidup bila aku maki-maki dan tak jaga dia. Tapi dia pandai. Dia ok bila bila aku cakap nak jual.

Ya, aku silap. Aku stress. Tapi aku lampiaskan pada seseorang. Dan aku secara langsung suntik stress kepadanya. Dan dia melampias stress ke dalam diri sendiri. Stress yang cukup hebat. Sehingga mengheret aku ke satu dimensi. Dimensi waras yang penuh sesal. Dan aku. Terima musibahnya.

Sebabnya aku tak punya sesiapa. Untuk stress aku.

bersamamu

Thursday, February 16, 2006 · Posted in

BERSAMAMU

Aku tertengok rancangan Bersamamu, TV3. Bersama Edi. Seminggu lalu.

Budak tu cakap. Tersebik-sebik. Dengan linang air mata. Tak tertahan.

"Tak dapat makan pun tak apa. Kami nak sekolah. Pelajaran penting."

Ya. Budak tu cakap. Tersebik-sebik. Dengan linang air mata. Tak tertahan.

"Tak nak tengoklah nanti nangis. Huhuhu." Aku berkelakar di hadapan Edi. Walhal sebetulnya, cuba melarikan sebak. Supaya tak tersebik-sebik. Dengan linang air mata. Tak tertahan. Maklumlah. Akukan sentimental. Juga penyantun.

Fikiran aku bergentayangan. Tentang student life. Tentang aku.

Di Universiti Kerajaan Swasta. Para pensyarah mesti buat kelas ganti. Untuk kelas-kelas mereka yang dilanda cuti dan MC. Supaya silibus tak keciciran dan tak berganti.

Pensyarah akan tanya jadual subjek semua pelajarnya. Tapi subjek masing-masing clash! Maklumlah semua pelajar bukannya dari satu angkatan. Semuanya berbagai-bagai.

Alternatifnya, si pensyarah usulkan waktu lunch. Yang takkan bertembung dengan mana-mana subjek pun. Tapi pelajar-pelajar bising. Dan berlogika sesama sendiri.

Bila kami lapar. Kami tak boleh belajar. Kalau kami belajar. Kami tak boleh tumpukan perhatian. Sebabnya kami sedang lapar.

Fikiran aku bergentayangan. Tentang student life. Tentang aku. Aku berfantasi. Tentang Bersamamu.

Masa tu. Pelajar akan cakap. Tersebik-sebik. Dengan linang air mata. Tak tertahan.

"Tak dapat pelajaran pun tak apa. Kami nak makan. Makanan penting."

Ya. pelajar cakap. Tersebik-sebik. Dengan linang air mata. Tak tertahan.

santai seni

Saturday, February 11, 2006 · Posted in

SANTAI SENI


Semalam ada 'Malam Santai Seni' anjuran Persatuan Kesenian dan Kebudayaan U***** (PKKU) bersama Persatuan Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor (KEMUDI). Juga hasil kerjasama pelajar-pelajar yang ambil subjek Ko-kurikulum semester ini.

Ada acara nyanyi-nyanyian dari band pelajar universiti, band Jabatan Kebudayaan Selangor dan bacaan puisi dari karyawan-karyawan KEMUDI. Ada Ahmad Sarju, Dr. Suzanna Chew, Pn. Zurinah Hassan, Abu Hassan Ashari dan lain-lain karyawan.

Acara ini adalah acara pertama anjuran persatuan kami di kampus induk universiti sebagai salah satu alternatif aktiviti riadah untuk para pelajar. Mungkin akan dijadikan acara tetap pada setiap minggu.

Lalbi jadi Pengarah Program. Sabahan jadi Koordinator dan aku jadi Penolong Pengarah Program yang tak banyak menolong pun. Tapi rasa best juga dapat duduk di meja VIP bersama dengan Dato' Pengarah dan En Ijat selaku penaung persatuan.


Lalbi (baju belang) tengah perform dengan jayanya

Lalbi ada buat persembahan. Dia nyanyi lagu Dewa, 'Hadapi Dengan Senyuman' dan lagu Peter Pan, 'Kupu-Kupu Malam' diiringi petikan gitar oleh Anan dan Red. Band universiti yang lain agak kurang menonjol. Mungkin sebab diorang gabra dikelilingi VIP kot.

Aku tak buat apa-apa persembahan pun. Cuma tengok saja. Masa makan VIP dijamu makan bihun dan air teh ais. Ada juga agar-agar. Sedikit tawar.

Masa tu aku dah tak ingat apa-apa. Aku makan sampai tak nampak VIP sebelah. Bila bihun aku habis, bihun dalam pinggan Dato' baru luak dua sudu. Hehe.

Apa pun. Tahniah semua yang terlibat! :)

dominasi jawi

Thursday, February 09, 2006

DOMINASI JAWI

Andaikan tulisan Jawi seperti floopy disc. Dan tulisan rumi adalah thumbdrive. Siapa yang lebih dominan untuk hari ini?

Siapa pernah menyangka floopy disc yang sekian lama menjadi sumber cakera murah dan mudah akan lenyap dengan dominasi thumbdrive?

Dan siapa pula pernah menyangka akan lenyapnya Netscape Navigator kerana dominasi Internet Explorer yang dipakejkan bersama perisian Windows.

Zaman berubah. Teori ahli bahasa Barat mengatakan sesuatu bahasa dan tulisan itu akan lenyap apabila penuturnya adalah kurang dari 5000 orang. Mungkin itu yang terjadi pada tulisan Jawi.

Bukan soal patriotisme. Bagi aku, ini soal ketidakupayaan bahasa Jawi itu sendiri untuk terus bersaing dengan teknologi dan persekitaran penggunanya. Dan sudah tentu juga bukan salah bahasa Jawi itu.

Ada pendapat yang mengatakan tulisan Jawi bakal pupus kerana ketidakupayaan bangsa Melayu itu untuk mengangkat kewibawaan tulisan itu. Mungkin pendapat itu benar.

Kenapa tulisan Jawi tak mampu menjadi sekukuh tulisan Cina, Jepun atau India yang gah diterjemahkan secara material di mana-mana homogeninya? Di Internet, sarikata filem dan drama, iklan, telefon bimbit, jenama produk dan lain-lain. Letaknya Jawi di mana? (Oh, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan kot. :)

Mungkin juga pendapat itu tidak benar.

Barangkali ianya cuma satu proses semulajadi yang kita sendiri tak mampu menghalang kepupusan tulisan Jawi itu sendiri. Kerana setiap jasad, keadaan dan kedudukan itu hakikatnya adalah binasa.

Seperti lenyapnya tulisan Hieroglif. Juga tulisan Sanskrit yang punya sastera-sastera agung Hindu dan Buddha. Begitu juga tulisan asal Injil, Hebrew yang hari ini rata-ratanya diterjemah ke versi tulisan Roman untuk penganut Kristian.

Dan siapa tahu tulisan Roman juga sudah tidak dominan untuk pengguna dunia nanti? Bukankah dunia berubah-ubah?

Dan jangan beremosi menuduh aku tidak patriotik. Kalian melanggan Utusan Melayukah?

jim alif wau ya

Sunday, February 05, 2006 · Posted in

JIM-ALIF-WAU-YA

Beberapa bulan lalu. Di dalam kelas Haslinda sensei. Yang ramai.

Aku, Ayie dan Apai bosan. Kehilangan fokus. Apai koyakkan selembar A4 dari notanya. Dia menulis:

Apai: Wau-Ya, Kaf-Wau-Ro-Alif-Nga Ta-Khauf Ba-Wau-Sin-Alif-Nun Kaf? [Wei, korang tak bosan ke?]

Kami bertiga saling ber-chatting. Dalam karakter Jawi.

"Apa korang tulis? Jawi?" tutur Thru Jaiganesh. Hairan. Tak faham. Dahi berkerut.

Kami ketawa. Dan terus menulis. Memaki dan berumpatan. Menggunakan karakter-karakter Jawi itu. Dan saling berhantaran. Bagaikan telegraf-telegraf perang dunia.

Apai - peminat up to date musik barat. Dari genre alternatif punk. Juga underground. Juga pembekal filem GUSTI. Gemar berseluar jeans dan berkemeja T lusuh.

Ayie - peminat genre musik dari seantero dunia. Asalkan ada gadis-gadis. Yang tariannya menonggek-nonggek dan memberahikan. Pengguna tegar kasut Nike. Penggemar GUSTI.

Aku - penggemar musik yang dibenci rakan-rakannya. Seperti Sharifah Aini dan Wet Wet Wet. Penulis blog tegar. Gemar tidur. Penonton GUSTI.

Biar siapa pun mereka. Mereka adalah generasi muda yang beruntung. Kerana masih diberi kesempatan dan kepintaran untuk memahami karakter-karakter Jawi. Yang kini kian pupus. Bagaikan tulisan Hieroglif. Milik dinasti Firaun yang punah.

Apai: Ga-Ta-Ga

Aku: Kaf-Alif-Wau Ta-Wau-Lam-Ya-Sin Alif-Pa? [Kau tulis apa?]

Apai: GTG lah. Got-To-Go.

Aku: Ceh!


Jenguk:

- Utusan Yang Terakhir
- Talqin Untuk Tulisan Jawi
- Utusan Melayu Mingguan Ditutup Ahad Lalu

buli balik

Friday, February 03, 2006 · Posted in

BULI BALIK



Aku boleh spesifikasikan lawak Afdlin sebagai urbanisasi komedi baru hari ini selepas komedi versi Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan Senario.

Ketepikan tentang faktor relevan dalam cerita ini. Tentang relevannya AC Mizal mahu membalas dendam. Tentang watak Nasha yang tiba-tiba tenggelam dan kemunculan Umi Aida yang tak membantu apa-apa walaupun berkaca mata skema. Juga tentang Syanie si kekasih Ako Mustapha sebagai pelakon pembantu yang tidak banyak membantu.

Sebabnya garapan Afdlin punya naratif yang super komedi, komikal dan yang pentingnya multi-kiasan!

Komedinya kurang bercakap. Tapi sekali bercakap ayatnya cukup menusuk dan menerjang-nerjang kepala otak. Situasinya direka-reka. Naratifnya dibiar berkecamuk dan diketemukan begitu saja. Aku dapat rasakan setiap adegan bagaikan pecahan bingkai yang dibuat untuk menyelesaikan bingkai itu sahaja dan kemudiannya dicantum-cantumkan menjadi cerita. Menonton filemnya buat aku terasa bebas.

Seperti filem thriller-psiko, A disangka pembunuh. Kalau tak A mesti B. Tapi rupa-rupanya C. Begitulah komedi cara Afdlin. Komedi versi Afdlin muncul secara drastik dan menunggang terbalikkan pemikiran penonton. Mungkin aku boleh gelarkannya sebagai komedi-psiko.

Lawak slapstik adalah lawak yang dibuat-buat untuk diketawakan. Buli Balik juga tak lepas dari lawak slapstik. Cuma lawaknya bergerak dalam situasi. Dan pastinya itu antara perencah terbaik untuk membuatkan penonton tak kering gusi.

Ya, aku sangat tercuit hati dengan:

1. Afdlin Shauki
- Adegan belasah budak-budak sekolah - basikal melambung, budak melambung.
- "Biarlah aku gemuk. Aku gemuk boleh kurus. Kau kurus sampai matilah kurus!"
- Nasha terima sejambak bunga. Suara Afdlin berkumandang seperti klise filem Melayu dalam babak jiwang. Rupanya Afdlin cuma melutut tak jauh dari situ.

2. Adibah Noor
- Gaya Adibah Noor masa nak kenakan karan kepada peserta tak ubah seperti ahli gusti yang mendamba sorakan penonton sebelum smackdown lawannya. Penuh kekejaman dan energi.
- "Ingat! Peringkat ini voltan akan ditinggikan! Hahaha!"

3. Realiti TV
- 'Siapa Salah Kena Karan'. Penonton bersorak girang bila peserta kena karan. Aku teringat sukan boxing dan wrestling.
- Rambut peserta mengerbang kena karan.

4. Tan Sri Michael
- Klip video 'You Sure or Not'. Aku teringatkan William Hung.
- Mulut Tan Sri Michael kena plaster dengan AC Mizal. Dia cakap, "Ini tape tara kuat punya."

5. AC Mizal
- Versatile! Kejam yang kelakar.
- Kepalanya terhantuk semasa tengah mood suspen menceroboh rumah Afdlin.

6. Tajuk Akhbar
- Gila nama - 'Malaysia Hantar Ketupat Terbesar Ke Antartika'. Hahaha.
- Semua nak tiru omputih - ' Saya Tak Tiru 50 Cents - 60 Cents'. Hahaha.
- Politik saman menyaman dan cabar mencabar - 'Katak Meletup Selepas Cabar Kerbau.'

7. Harun Salim Bachik
- Menangis dan tertekan sebab cita-citanya menjadi akauntan dan ahli matematik ditolak. Mak ayahnya suruh jadi penyanyi dan penari.

8. Aziz M Osman
- Salah seorang pesakit terapi. Akhir cerita dia tiba-tiba mengaku pakar bom untuk matikan bom pada tubuh Ako Mustapha dan Tan Sri Michael.

9. Harith Iskandar
- Kemunculan awal yang disangka Nasha.
- Seorang pakar terapi yang lemah lembut dan penyantun. Auww.

10. Nasha Aziz
- Tergelincir dan tersembam atas kek semasa datang dinner di KL Tower.
- Anggun.

11. 2 Orang Nurse
- Seronok gila dapat jumpa Afdlin yang bakal jutawan. Siap bergambar guna handphone. Orang Malaysia gila selebritikah? :)

12. Adlin
- Anggota beruniform yang tegas dan berdisiplin!

Penggemar komedi Stephen Chow dan Senario pasti suka. Pembaca komedi Gila-Gila, Utopia dan Ujang pasti suka. Penggemar komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan Salam Pantai Timur pasti suka. Ya, Afdlin menggabungkan ke semuanya.

Powered by Blogger.