minggu kerja yg menyerabutkan

Saturday, March 31, 2007 · Posted in

MINGGU KERJA YANG MENYERABUTKAN I

Minggu depan. Mula peperiksaan akhir. Jadi minggu ini minggu selesaikan segala projek dan kertas kerja.

Sebagai pelajar oportunis yang terdesak kami terpaksa implemenkan konsep kitar semula. Kata iklan, jangan cakap saja!!

Ya, kami kitar semula dokumen dan sistem yang dulu-dulu. Kami edit antaramuka agar lebih ceria. Kami rombak nahu dan tatabahasa agar lebih berbunga-bunga.

Biasalah, pelajar-pelajar tipikal macam kami soal disiplin selalunya jatuh nombor dua.


MINGGU KERJA YANG MENYERABUTKAN II

Tempat praktikal tak dapat lagi. Risau.


MINGGU KERJA YANG MENYERABUTKAN III

Diktator JanaNiaga nak halau kami 15 haribulan depan. Apa ni? Kami bayar untuk sebulan. Baru setengah bulan dah nak halau kami? Babun!!

Aku rasa kata nama JanaNiaga patut ditukar pada kata nama JanganNiaga.


MINGGU KERJA YANG MENYERABUTKAN IV

Jangan peduli apa-apa pasal saya lagi! Kamu dengan hidup kamu. Saya dengan hidup saya.

Tak payah nak doakan saya apa-apa pun. Tak payah nak rasa bersalah apa-apa pun. Bukan saya yang memegang kata-kata kebenaran. Dan saya tak pernah menyesal pada kejujuran.


MINGGU KERJA YANG MENYERABUTKAN V

Lepas ni dah tak dapat nak manja-manja dengan kau lagi, rengek Nik dengan mulut muncung dan bantal kecil rona biru kotak-kotak yang dipeluk-peluk.

Serius, aku rasa nak muntah. Dan selepas itu dia menjerit di'tomoi' sedas dua.

[Kenapa di hujung semester ni masing-masing berperangai macam monyet!]


MINGGU KERJA YANG MENYERABUTKAN VI

Tiba-tiba Ayie cuci kipas siling di kamar tidur.

Hmm, dah macam orang gaji, ujar Nik dengan mulut muncung dan bantal kecil rona biru kotak-kotak yang dipeluk-peluk.


MINGGU KERJA YANG MENYERABUTKAN VII

Bila kamu betul-betul berserah?

Powered by Blogger.