salon, barber, bola

Saturday, March 10, 2007 · Posted in

MAMA TAK SUKA SAYA PERGI SALON

Dulu masa sekolah aku pernah pergi salon yang ada amoi cun. Bila aku cerita kat mama yang aku pergi gunting kat salon yang ada amoi cun dia marah-marah.

Elok sangatlah tu bagi perempuan pegang rambut kita! Mama marah. Serius.

Sebagai anak yang baik, aku patuh. Lepas tu aku dah tak pergi salon lagi. Aku potong rambut di kedai gunting rambut India. Di sini salon yang aku maksudkan adalah kedai gunting rambut yang eksklusif yang kau boleh warnakan rambut. Keriting. Juga lurus.

Selepas itu salon bagaikan satu tempat yang maha eksklusif dan penuh noda. Terasa seperti makan di hotel-hotel mewah. Aku rasa segan. Tak selesa.


BARBER, SAYA MAU INI STYLE!!

Jumaat lepas aku pergi pekan BB. Asalnya kami cadang mau ambil gambar paspot. Tapi Farhan mau gunting rambut dulu. Jadi aku pun join sekali. Mau potong rambut juga.

Kami pergi kedai potong rambut India. Servis bagus. Macam pergi salon yang ada amoi-amoi cun.

Sebelum potong rambut, si tukang potong rambut [kenapa panjang sangat aku nak sebut profesion yang satu ni?] tunjukkan aku satu katalog yang ada pelbagai fesyen rambut yang penuh gaya. Stylo. Macam-macam.

Manalah aku tau. Selalunya di kedai potong rambut India aku cuma perlu duduk dan beritahu sama ada perlu potong pendek. Atau nipis. Atau botak. Atau flat top. Atau sodok tepi. Atau potong nombor 1. 2. 3. Atau cakap potong biasa saja.

Bersungguh India tu tunjukkan satu fesyen baru. Ini new look! Sekarang orang banyak suka Japanese style!

Ooooooo.. Aku angguk saja. Jadi aku kata orait!!


Zus zas zus zas zassssss..

Aku tengok cermin. Aku tengok rambut aku dah macam Jaki Jipang!! Cess..
.
.
.
.
Kau dah macam pakai wig! Farhan mengekek.
.
.

Info: Jaki Jipang ialah watak mat rempit yang dilukis kartunis Asan dalam majalah Gila-Gila.


PERLAWANAN BOLA SEPAK DI BAWAH MATAHARI REMBANG

Sabtu.
Ada sukan antara fakulti. Aku main bola wakil FITM. Pasukan B. Nama pasukan NANDOYOOOOOO!!!

Kami jumpa pasukan Engineering.

Pasukan kami caca marba. Tak pernah turun main sekali. Asal kau boleh sepak. Jalan sajalah. Untuk fakulti katakan.

Tapi main boleh tahan juga. Mula-mula kami kena 1-0. Lepas tu aku kena tackle. Kami dapat penalti. Botak sepak. 1-1. Kami pun bertahan.

Tinggal 1 minit. Entah macamana pihak lawan sempat sumbat lagi sebijik. Gol dari luar kotak penalti. Dan perlawanan pun tamat.

Habis perlawanan muka semua dah hitam-hitam.

Dan Seperti perlawanan-perlawanan sebelum ni aku bawa balik 'sticker' kat lutut kiri. Aku mandi dengan mata yang bergenang. Uhh..

Powered by Blogger.