ojai sdh kawin, kami mau kerja apa

Friday, March 09, 2007 · Posted in ,

OJAI SUDAH KAHWIN

Ahad lepas Ojai kahwin.

Jadi aku ambil kesempatan di sini untuk ucapkan Selamat Pengantin Baru. Moga bahagia selalu ke akhir hayat.


KAMI MAHU KERJA APA

Kami buat lawatan indusri ke kilang di Nilai. Sebagai memberi pendedahan awal tentang skop kerjaya dan prospek selepas bergelar graduan nanti.

Sesi pertama-sesi pembentangan. Kami begitu teruja tentang prospek kerjaya dalam bidang industri dan kejuruteraan di Malaysia. Gaji asas yang lumayan. Kami juga disuntik sedikit motivasi dan provokasi tentang bakal graduan segar yang lembab dan kurang dedikasi macam kami. Masing-masing mata bersinar dan penuh keazaman.

Ayie cakap, aku dah nampak dah prospek aku. Aku dah mula minat masuk engineering. Huh.

Aku balas, beb, minat saja tak cukup. Dalam kerja kau perlukan soul.

Lepas makan kamu mulakan sesi kedua. Kami melawat stesen kerja. Luas gila. Seluas padang bola. Cukup bingit. Mesin-mesin automasi dan mesin kawalan numerikal berdentum-dentum melakukan proses-proses molding. Stamping. Grinding. Painting. Materialnya bertan-tan. Gudang-gudangnya menyerabutkan. Nafas kami rasa ketat. Lutut kami rasa longgar.

Tapi.. Di sini kalau kau seorang lelaki bujang tak susah untuk kau mencari calon isteri. Apatah lagi kalau kau seorang engineer. Banyak gadis operator yang ranggi dan kool untuk kau pilih. Cuma kau tak dapat bezakan sama ada mereka gadis lokal atau internasional. Hmm, bestnyaaa... Apai sempat menjeling gadis mungil si penjaga QC.

Ada juga stesen kerja yang dibauri campuran-campuran kimia yang menusuk hidung. Kentut sendiri pun kami sudah tak mampu hidu. Kau perlu pakai baju makmal dan penutup hidung. Kami tengok diorang dah macam ikan dalam akuarium. Seperti makhluk eksotik yang baru turun dari langit.

Masuk bahagian R&D pula buat kami menelan liur berkali-kali. Lukisan-lukisan pelan dengan darjah radius yang bercabang-cabang sudah cukup untuk buat kami rasa nak demam. Nafas kami rasa ketat lagi. Lutut kami rasa longgar lagi.

Lawatan tamat. Kami pun keluar dari stesen kerja. Tak ada lagi bunyi bising. Tak ada lagi bau tengik yang menusuk-nusuk.

Ayie cakap, hmm, aku dah nampak dah prospek aku.

Aku tanya, kat mana?

Ayie cakap, government!!

Hahahaha. Kami gelak.

Powered by Blogger.