puasaku puasamu [part 3]

Sunday, September 30, 2007 · Posted in ,

DRAMA SEBABAK: PUASAKU PUASAMU [PART 3]
Fairuz: [Berkata pada Faizal] Kau pergi tengok siapa.

[Faizal bangun membuka pintu. Kelihatan seorang perempuan tua.]

Faizal: Ye makcik. Makcik nak buat apa datang rumah kami time nak buka puasa ni. Kami tak ada duit nak beli kerepek. Kami pun bantai makan roti saja makcik.

Makcik Tua: Makcik tak ada jual apa-apa nak. Makcik sebenarnya ada hajat besar datang ke mari.

Faizal: Hajat? Hajat apanya?

Makcik Tua: Makcik tak ada makanan nak berbuka puasa nanti. Kalau anak semua ni hati mulia. Makcik nak minta sangat sedikit makanan untuk makcik dan dua orang anak makcik kat rumah.

Faizal: [Garu kepala] Err.. Biar saya bincang dulu dengan kawan-kawan saya. Makcik tunggu sekejap ok.

[Faizal berjalan pergi ke Faiz dan Fairuz dan bercerita (aksi bercerita tanpa suara).]

Faiz: Kalau kita bagi makanan kat makcik tu. Kita nak makan apa?

Fairuz: Betul juga tu.

Faizal: Kita bagi roti. Kita berbuka sajalah dengan kurma dan susu.

Faiz: Cukup ke layan kurma saja?

Faizal: Kesian makcik tu. Dahlah tua. Ada 2 anak lagi. Kita lapar tak apa. Sebab kita dah selalu sangat berlapar. Lagipun kitakan muda. Masih kuat.

Fairuz: Betul juga cakap kau tu. Kesian pula aku tengok makcik tu. Terbayang aku kat mak ayah aku.

Faiz: Oklah oklah. Aku setuju. Tapi roti saja ok.

Fairuz & Faizal: [Serentak] Ok!!

[Mereka bertiga berjalan ke arah makcik tua.]

Faizal: Makcik. Inilah yang dapat kami bagi. 3 keping roti. Cukuplah untuk makcik dan 2 orang anak makcik tu.

Makcik Tua: Tapi macamana makcik nak bersahur nanti?

Fairuz: Yang itu tak dapatlah kami nak tolong. Sebab kami pun cuma tinggal ini saja untuk berbuka nanti.

Makcik Tua: Kalau makcik beli kurma dan susu kamu macamana? Kamu sanggup jual?

Faiz: Jual? [Gelak] Makcik ada duit ke?

[Makcik Tua keluarkan duit RM10. Faiz, Faizal, Fairuz bagai dipukau. Mereka berbincang lagi.]

Faizal: Wah banyak tu. Macam-macam kita boleh beli. Pulut sekaya, kebab, epal.

Faiz: [Menepuk belakang Faizal] Ceh, kau ni buat aku terliur saja!!

Fairuz: Kalau macam tu kita jual kurma dan susu kita!

Faiz & Faizal: Kami setuju!!

[Kurma dan susu bertukar tangan dengan wang RM10. Mereka bertiga kembali duduk ke tempat hidangan untuk berbuka. Kemudian masing-masing berkerut muka.]

bersambung..
.
.
.
Nota: Dipentaskan sempena majlis Malam Seribu Harapan bersama anak-anak yatim di Universiti Kerajaan Swasta pada 29/09/2007.

Powered by Blogger.