puasaku puasamu [part 2]

Saturday, September 29, 2007 · Posted in ,

DRAMA SEBABAK: PUASAKU PUASAMU [PART 2]
Faizal: Aku ada 3 biji kurma.

Faiz: Aku ada susu segar satu botol. Hah, kau pula bawa balik apa?

Fairuz: Aku bawa balik roti 3 keping sajalah.

Faiz: Tengok. Balik-balik kurma, susu, roti. Cubalah sesekali kita layan epal ke. Pepsi ke. Pizza ke.

Faizal: Hoi. Jaga-jaga mulut kau. Makan kurmakan sunnah nabi semasa berbuka. Kau jangan sampai kena panah petir!

Fairuz: Sudah sudah. Jangan dok bergaduh lagi. Jom kita hidang makanan kita. Nanti tak sempat. [Bergerak mengambil surat khabar]

Faiz: Wahhh, hidang makanan? Macam banyak je lauk kitakan?

Faizal: [Mencebik muka]

[Mereka bertiga menyusun surat khabar dan menghidangkan kurma, susu dan roti. Kemudian mereka bertiga duduk mengelilingi dan menatap juadah.]

Faiz: Aku hairanlah.

Faizal: Hairan apanya?

Faiz: Sebab apa bila masa berbuka puasa kita mesti berbuka dulu dengan kurma?

Fairuz: Yelah. Itukan sunnah nabi.

Faiz: Itu yang aku hairan.

Faizal: Hairan apanya. Kan sudah terbukti apa yang nabi buat semuanya penuh dengan kebaikan. Jadi sepatutnya kita umat Islam ambil contoh nabi buat ikutan. Bukannya ambil contoh Mawi.

Faiz: Maksud aku kenapa masa Ramadhan saja kita mesti buka puasa dengan kurma? Bulan lain tak boleh ke?

Fairuz: Bulan lain susah nak cari kurma. Epal dan pisang banyaklah.

Faiz: Maksud aku. Sunnah nabi suruh makan buah dahulu baru makan benda lain macam roti, nasi. Tapi kita ni ikut sunnah masa bulan puasa saja. Bila habis puasa kita dah tak ikut sunnah. Ambil contoh masa kenduri. Kita selalunya lepas makan nasi baru makan buah. Pisang. Tembikai. Papaya. Epal.

Faizal: Hmm.. Betul juga tu. Tak terfikir pula aku. Biasalah tu. Orang kitakan suka ikut saja. Fikirnya tak nak.

Fairuz: Hikmahnya, makan buah sebelum makan nasi akan memudahkan penghadaman perut. Lagipun akan mengurangkan nafsu untuk makan berlebihan. Tak adalah terbongkang macam ular sawa selepas berbuka.

Faiz: Betul!!

[Tiba-tiba bunyi pintu rumah diketuk] Tok tok tok!!

bersambung..
.
.
.
Nota: Akan dipentaskan sempena majlis Malam Seribu Harapan bersama anak-anak yatim di Universiti Kerajaan Swasta pada 29/09/2007.

Powered by Blogger.