bahasa kita semua, pelajaran berguna utk kita semua

Wednesday, September 05, 2007 · Posted in

BAHASA KITA SEMUA I

Melihat iklan-iklan kerja yang meruah tiba-tiba saja aku rasa rugi sangat tak tau cakap Mandarin selain hanya tau mencarut dalam bahasa tu.

Dalam pening-pening kepala memikirkan penguasaan bahasa Inggeris rasanya patut saja Kementerian Pelajaran tukarkan silibus Sains dan Matematik ke bahasa Mandarin. Tak pun sebagai subjek wajib seawal pra sekolah.

Koolnya bila boleh baca surat khabar Cina dan menonton filem Cina tanpa baca sari kata.


BAHASA KITA SEMUA II

Ya. Bahasa Inggeris adalah lingua franca dunia hari ini. Tapi bahasa Mandarin bahasa yang paling banyak penuturnya di seluruh dunia. Bahasa Melayu/Indonesia jatuh nombor 4 [ini statistik 3-4 tahun lepas] selepas bahasa Inggeris dan bahasa Jepun.

Sampai satu masa aku terfikir semenjak kita merdeka kita tak pernah dimesrai dengan bahasa kaum lain. Padahal kita bertuah punya 4 bahasa besar dalam negara yang dikongsi bersama. Kita punya Bahasa Malaysia. Mandarin. Tamil. Inggeris.

Tapi bagi kebanyakan generasi hari ini bahasa Inggeris didewakan sebagai bahasa kasta tinggi. Kau akan jadi lebih hip dan kool. Kita tak pernah sikit pun bernafsu cuba berbahasa kaum lain.

Dan atas sebab patriotisme yang entah ke mana kita pun jadi pejuang bahasa yang membuta tuli saja. Bahasa Malaysia entah ke mana. Bahasa Inggeris suku-suku saja. Bahasa kaum lain haramlah tak tau.

Tak ada langsung sebarang usaha untuk kita bertoleransi dalam berbahasa. Sedangkan impak bahasa itu besar dalam komunikasi. Integrasi. Dan tinggallah kita dengan bahasa kepunyaan masing-masing.

Sedangkan prinsip komunikasi mudah, aku cakap kau faham.


PELAJARAN BERGUNA UNTUK KITA SEMUA

Pelajaran berguna yang aku dapat malam tadi.

Kata Jarul.
Kita bising-bising pasal negara pun tak guna juga kalau tak ada kerja.

Powered by Blogger.