Archive for March 2007

minggu kerja yg menyerabutkan

Saturday, March 31, 2007 · Posted in

MINGGU KERJA YANG MENYERABUTKAN I

Minggu depan. Mula peperiksaan akhir. Jadi minggu ini minggu selesaikan segala projek dan kertas kerja.

Sebagai pelajar oportunis yang terdesak kami terpaksa implemenkan konsep kitar semula. Kata iklan, jangan cakap saja!!

Ya, kami kitar semula dokumen dan sistem yang dulu-dulu. Kami edit antaramuka agar lebih ceria. Kami rombak nahu dan tatabahasa agar lebih berbunga-bunga.

Biasalah, pelajar-pelajar tipikal macam kami soal disiplin selalunya jatuh nombor dua.


MINGGU KERJA YANG MENYERABUTKAN II

Tempat praktikal tak dapat lagi. Risau.


MINGGU KERJA YANG MENYERABUTKAN III

Diktator JanaNiaga nak halau kami 15 haribulan depan. Apa ni? Kami bayar untuk sebulan. Baru setengah bulan dah nak halau kami? Babun!!

Aku rasa kata nama JanaNiaga patut ditukar pada kata nama JanganNiaga.


MINGGU KERJA YANG MENYERABUTKAN IV

Jangan peduli apa-apa pasal saya lagi! Kamu dengan hidup kamu. Saya dengan hidup saya.

Tak payah nak doakan saya apa-apa pun. Tak payah nak rasa bersalah apa-apa pun. Bukan saya yang memegang kata-kata kebenaran. Dan saya tak pernah menyesal pada kejujuran.


MINGGU KERJA YANG MENYERABUTKAN V

Lepas ni dah tak dapat nak manja-manja dengan kau lagi, rengek Nik dengan mulut muncung dan bantal kecil rona biru kotak-kotak yang dipeluk-peluk.

Serius, aku rasa nak muntah. Dan selepas itu dia menjerit di'tomoi' sedas dua.

[Kenapa di hujung semester ni masing-masing berperangai macam monyet!]


MINGGU KERJA YANG MENYERABUTKAN VI

Tiba-tiba Ayie cuci kipas siling di kamar tidur.

Hmm, dah macam orang gaji, ujar Nik dengan mulut muncung dan bantal kecil rona biru kotak-kotak yang dipeluk-peluk.


MINGGU KERJA YANG MENYERABUTKAN VII

Bila kamu betul-betul berserah?

sakit iii

Monday, March 26, 2007 · Posted in ,

SAKIT III
Dalam banyak-banyak gambar 'Sakit' aku suka gambar ini. Kru dan artis dengan latar prop yang nampak begitu sensasi.

Ada mentol dan bingkai dari pvc yang dibalut surat khabar. Juga arca meja yang kami susun-susun agar kelihatan ekstrem bahaya. Kami rembat meja belakang pentas [ini idea En. Ijat].

Mentol. Kalau tengok mentol yang memagari sekitar bingkai pasti kau fikirkan itu simbolik idea yang penuh metafora seni. Padahal sebenarnya bajet tak ada dan lighting dewan yang sudah jahanam. Hahaha.

Di balik bingkai PVC. Pelakon berbicara dan bergerak dari bingkai ke bingkai untuk luahkan kesakitan masing-masing.

Lagu tema ada dua.
i. Hatiku Luka Lagi (Black Dog Bone) - babak Joni frust cinta.
ii. Obat (P. Ramlee) - babak pari-pari datang memberi ubat.

Kostum. Aku guna imej daun terup.
i. Jeri (gagal exam) - King
ii. Joni - Spade
iii. Jaki - Heart

Lain-lain gambar. Bawah ni gambar kru-kru cun bahagian promo.

Aiseh. Kafe siber mau tutuplah. Nanti aku sambung lagi.

sakit ini pun berakhir

Friday, March 23, 2007 · Posted in ,

SAKIT INI PUN BERAKHIR

Terima kasih kru-kru Paku Payung yang kool!

Habis pementasan. Tepukan gemuruh. Ada sesi bergambar yang penuh kegetikan. Senyum-senyum kami menguntum.

Tiba-tiba ada satu perasaan yang tertahan. Ada nada sebu tak terucap. Juga gembira yang berbunga. Terasa seperti satu kehilangan.

En. Ijat yang termenung seketika di akhir post mortem. Mata aku pula berpinau-pinau di saat menerima dedikasi tahniah dari para pensyarah dan kenalan-kenalan. Rasa macam superstar!

Terima mesej dari seorang pensyarah, universiti kehilangan seseorang bila kamu grad, buat aku melayang seketika. Sayu meruntun-runtun. Masa terasa begitu sekejap.

Tak terjangkau apa lagi yang bakal datang. Yang akan Dia berikan. Dan banyak juga ditinggalkan.

Ah, aku sudah hampir di akhir semester.


Nota:
Nanti aku publish gambar kru-kru Sakit yang yo-o-o! Juga apa yang ada di sebalik Sakit.

ict seminar, sakit

Wednesday, March 21, 2007 · Posted in

ICT SEMINAR
Sabtu lepas usai sudah projek seminar aku. Projek kolaborasi antara bebudak IE [Industrial Engineering] dan MIS [Management Information System].

Ada 3 perkara tentang projek seminar ini.

i. Ini projek seminar tentang ICT. Ada 5 sesi seminar. 5 penceramah. Juga rekabentuk logo, banner, banting dan tag yang cun dari aku. :P

ii. Aku jadi ketua biro publisiti. Berdua bersama Farhan dan dikelilingi dara-dara pingitan MIS. Terima kasih untuk Syakila [aku panggil dia Kikilala], Anne, Nad, Ida, Mazuin, Hana dan Farraisya.

iii. Aku sponsor buku Masuk Barisan sebagai cenderahati untuk Haslinda sensei. Mampus kalau lepas ni dia baca blog aku hari-hari. Habislah privasi aku.

Hmm. Apa pun kami biro yang ranggi kan. Hehehe.

Terima kasih semua.


SAKIT II
Jeri gagal di universiti.
Joni sudah 6 kali putus cinta.
Jaki disyaki sakit jantung.

Mereka adalah orang-orang yang menanggung sakit pada level kesakitan yang berbeza-beza. Pada satu ketika antara kebetulan dan suratan mereka bertembung, bercakaran dan saling cuba menegakkan dogma kesakitan masing-masing.

Entah dari mana muncul Pari-Pari memberi ubat sakit yang dapat menghilang apa saja rasa sakit fizikal dan mental. Tetapi ubat cuma satu. Siapa pula yang patut menelan ubat ajaib tersebut? Siapakah yang paling sakit? Siapa mahu berkorban untuk kesakitan orang lain? Dan kronologi perkelahian pun bermula.
.
.
Tanpa bintang
.
.
Sebuah cerita tentang sakit..
.
.
Sebuah teater rali yang agung..
.
.
SAKIT-22 MAC 2007-UNIVERSITI KERAJAAN SWASTA


Nota: Jemputan kepada blogger yang berminat. Makan sendiri. Duit minyak sendiri. Tiket free!!

Sakit I

Thursday, March 15, 2007 · Posted in ,

SAKIT

Ini projek yang tak ada markah. Projek yang aku namakan tak ada penyakit cari penyakit. Juga projek terakhir aku di Universiti Kerajaan Swasta. Ketika aku bergelut dengan semester akhir yang menyerabutkan.

Aku dedikasi teater eksperimen ini untuk segala kesakitan yang pernah aku lalui. Juga sebagai perwakilan untuk mereka seputar aku yang pernah atau sedang melalui sengsara yang tak tertanggung. Tak terhitung.

Terima kasih. Kalian selalu mengajar aku supaya aku lebih menerima. Lebih redha. Dan aku sedar sakit aku cuma rasa picis yang perlu aku buang.

salon, barber, bola

Saturday, March 10, 2007 · Posted in

MAMA TAK SUKA SAYA PERGI SALON

Dulu masa sekolah aku pernah pergi salon yang ada amoi cun. Bila aku cerita kat mama yang aku pergi gunting kat salon yang ada amoi cun dia marah-marah.

Elok sangatlah tu bagi perempuan pegang rambut kita! Mama marah. Serius.

Sebagai anak yang baik, aku patuh. Lepas tu aku dah tak pergi salon lagi. Aku potong rambut di kedai gunting rambut India. Di sini salon yang aku maksudkan adalah kedai gunting rambut yang eksklusif yang kau boleh warnakan rambut. Keriting. Juga lurus.

Selepas itu salon bagaikan satu tempat yang maha eksklusif dan penuh noda. Terasa seperti makan di hotel-hotel mewah. Aku rasa segan. Tak selesa.


BARBER, SAYA MAU INI STYLE!!

Jumaat lepas aku pergi pekan BB. Asalnya kami cadang mau ambil gambar paspot. Tapi Farhan mau gunting rambut dulu. Jadi aku pun join sekali. Mau potong rambut juga.

Kami pergi kedai potong rambut India. Servis bagus. Macam pergi salon yang ada amoi-amoi cun.

Sebelum potong rambut, si tukang potong rambut [kenapa panjang sangat aku nak sebut profesion yang satu ni?] tunjukkan aku satu katalog yang ada pelbagai fesyen rambut yang penuh gaya. Stylo. Macam-macam.

Manalah aku tau. Selalunya di kedai potong rambut India aku cuma perlu duduk dan beritahu sama ada perlu potong pendek. Atau nipis. Atau botak. Atau flat top. Atau sodok tepi. Atau potong nombor 1. 2. 3. Atau cakap potong biasa saja.

Bersungguh India tu tunjukkan satu fesyen baru. Ini new look! Sekarang orang banyak suka Japanese style!

Ooooooo.. Aku angguk saja. Jadi aku kata orait!!


Zus zas zus zas zassssss..

Aku tengok cermin. Aku tengok rambut aku dah macam Jaki Jipang!! Cess..
.
.
.
.
Kau dah macam pakai wig! Farhan mengekek.
.
.

Info: Jaki Jipang ialah watak mat rempit yang dilukis kartunis Asan dalam majalah Gila-Gila.


PERLAWANAN BOLA SEPAK DI BAWAH MATAHARI REMBANG

Sabtu.
Ada sukan antara fakulti. Aku main bola wakil FITM. Pasukan B. Nama pasukan NANDOYOOOOOO!!!

Kami jumpa pasukan Engineering.

Pasukan kami caca marba. Tak pernah turun main sekali. Asal kau boleh sepak. Jalan sajalah. Untuk fakulti katakan.

Tapi main boleh tahan juga. Mula-mula kami kena 1-0. Lepas tu aku kena tackle. Kami dapat penalti. Botak sepak. 1-1. Kami pun bertahan.

Tinggal 1 minit. Entah macamana pihak lawan sempat sumbat lagi sebijik. Gol dari luar kotak penalti. Dan perlawanan pun tamat.

Habis perlawanan muka semua dah hitam-hitam.

Dan Seperti perlawanan-perlawanan sebelum ni aku bawa balik 'sticker' kat lutut kiri. Aku mandi dengan mata yang bergenang. Uhh..

ojai sdh kawin, kami mau kerja apa

Friday, March 09, 2007 · Posted in ,

OJAI SUDAH KAHWIN

Ahad lepas Ojai kahwin.

Jadi aku ambil kesempatan di sini untuk ucapkan Selamat Pengantin Baru. Moga bahagia selalu ke akhir hayat.


KAMI MAHU KERJA APA

Kami buat lawatan indusri ke kilang di Nilai. Sebagai memberi pendedahan awal tentang skop kerjaya dan prospek selepas bergelar graduan nanti.

Sesi pertama-sesi pembentangan. Kami begitu teruja tentang prospek kerjaya dalam bidang industri dan kejuruteraan di Malaysia. Gaji asas yang lumayan. Kami juga disuntik sedikit motivasi dan provokasi tentang bakal graduan segar yang lembab dan kurang dedikasi macam kami. Masing-masing mata bersinar dan penuh keazaman.

Ayie cakap, aku dah nampak dah prospek aku. Aku dah mula minat masuk engineering. Huh.

Aku balas, beb, minat saja tak cukup. Dalam kerja kau perlukan soul.

Lepas makan kamu mulakan sesi kedua. Kami melawat stesen kerja. Luas gila. Seluas padang bola. Cukup bingit. Mesin-mesin automasi dan mesin kawalan numerikal berdentum-dentum melakukan proses-proses molding. Stamping. Grinding. Painting. Materialnya bertan-tan. Gudang-gudangnya menyerabutkan. Nafas kami rasa ketat. Lutut kami rasa longgar.

Tapi.. Di sini kalau kau seorang lelaki bujang tak susah untuk kau mencari calon isteri. Apatah lagi kalau kau seorang engineer. Banyak gadis operator yang ranggi dan kool untuk kau pilih. Cuma kau tak dapat bezakan sama ada mereka gadis lokal atau internasional. Hmm, bestnyaaa... Apai sempat menjeling gadis mungil si penjaga QC.

Ada juga stesen kerja yang dibauri campuran-campuran kimia yang menusuk hidung. Kentut sendiri pun kami sudah tak mampu hidu. Kau perlu pakai baju makmal dan penutup hidung. Kami tengok diorang dah macam ikan dalam akuarium. Seperti makhluk eksotik yang baru turun dari langit.

Masuk bahagian R&D pula buat kami menelan liur berkali-kali. Lukisan-lukisan pelan dengan darjah radius yang bercabang-cabang sudah cukup untuk buat kami rasa nak demam. Nafas kami rasa ketat lagi. Lutut kami rasa longgar lagi.

Lawatan tamat. Kami pun keluar dari stesen kerja. Tak ada lagi bunyi bising. Tak ada lagi bau tengik yang menusuk-nusuk.

Ayie cakap, hmm, aku dah nampak dah prospek aku.

Aku tanya, kat mana?

Ayie cakap, government!!

Hahahaha. Kami gelak.

cs fiesta & treasure hunt

Monday, March 05, 2007 · Posted in

CS FIESTA

Ini Nik punya projek. Adli jadi dia punya ketua program. Diorang buat online game. Main Counter Strike.

Grup yang menang tu main gempak gila. Penuh taktikal. Nik cakap ada seorang tu pernah main dalam WCG.

Masa final pusingan pertama diorang menang 11-0. Pusingan kedua diorang menang 9-2. Wow!!

Sebagai tanda sokongan aku pergi habiskan makanan dan layar Internet percuma di makmal.


TREASURE HUNT '07

Masuk Treasure Hunt di fakulti. Ala-ala Explore Race. Kena cari check point dan selesaikan puzzle. Kena pusing-pusing satu kampus sampai sengal otot dan sakit ulu hati. Nasib baik ada Suzuki Rongak dan kereta Edi. Ada satu grup tu terpaksa jalan kaki sebab tak ada kenderaan. Alahai.

Aku masuk sebagai tanda sokongan tak berbelah bahagi kepada Farhan yang jadi ketua program subjek Project Management. Kelas Haslinda sensei yang pernah cakap baju aku dan Lis buruk masa presentation subjek SE dulu. Haha.

Aku, Edi, Ayie, Fazlia, Aireen, Ida wakil dari mentor En. Syakiran.

Oleh kerana grup kami punya stamina yang tinggi dan juga minda yang penuh intelek maka kami menang. Kami dapat hamper, satu piala [untuk adil kami kena bahagi enam nanti] dan set pinggan mangkuk [hoi, nak buat apa benda alah ni?]

Sebenarnya ada info-info yang kami curi [ini semua kerja Ayie] untuk memudahkan laluan. Lagipun siapa suruh Farhan serumah dengan kami. Hahaha.

Powered by Blogger.