Maksim, Kau Boleh Hidup Lama, Serius!

Thursday, March 12, 2009 · Posted in

Aku jumpa Maksim. Dia pandai main piano. Cuma dia gemuk. Dia rasa rendah diri sebab tak ada awek. Walaupun bab tak ada awek ni turut buatkan aku terasa hati, tapi aku layankan saja budak Maksim ni. Lagipun Maksim lagi tua daripada aku. Hahaha. Dan ya, kawankan lebih dari sekadar materi.

Ya, Maksim ni gemuk. Tak payahlah aku sebut berapa ratus paun berat dia. Tapi berat kawan aku tu cukup untuk membuat Volvo kotak yang dia bawa tu senget.

Dia sedih. Dia betul-betul sedih sebab semua awek yang dia kenal secara talian beritahu dia, "kitakan kawan biasa..". Sadis weh. Malas pula aku nak berikan fakta yang banyak cinta sebenarnya bermula dari mata. Kecuali dia tu seorang yang buta.

Aku pujuk Maksim.

"Tak apa, bro. Cinta akan datang nanti. Lagipun kau pandai main piano. Banyak awek yang suka mamat-mamat yang pandai main muzik ni. Serius!" kata aku.

"Tapi set piano besar. Mana boleh aku galas kat belakang, turun dataran Shah Alam dan buat free show kat sana. Kalau aku pandai main gitar oklah," getus Maksim, serius juga.

Aku rasa nak tergelak. Tapi aku tahan. Lepas tu kami diam. Lamaaaaaaa. Kepala otak aku ligat berfikir cara-cara nak atasi masalah Maksim. Mengalahkan Pak Lah yang mungkin tengah serius berfikir nak bercuti kat mana bila pencen nanti.

"Kau tahu tak sebab apa gajah hidup lama?" kata aku.

"Teka teki ke apa ni? Err.. Mungkin sebab dia senang hati kot," kata Maksim sambil kerut-kerutkan kening.

"Kau tahu, kau pun boleh hidup lama macam gajah," kata aku buatkan Maksim semakin tertanya-tanya.

"Macamana?"

"Kau jangan susah hati sangat dengan badan kau yang gemuk tu," kata aku serius.
.
.
.
Belum sempat aku senyum, Maksim dah campak aku ke bamper Volvo.

9 Responses to “Maksim, Kau Boleh Hidup Lama, Serius!”

fafarafa said...

ohh...awek suka lelaki yg main muzik ye. baru aku tau

..::jane doe::.. said...

aku dapat bayang rupe ko tertempek kat bamper Volvo tu mcm mane...

cabincrew are here to kick ur ass said...

yg tukang bagi nasihat pun taktau nak mengayat...dua2 sama.punah!

xuen adyla said...

sian maksim tu

g minx maaf

hahah

at least u try k?

dun feel bad

aie akaike said...

nasib baik maksim tak hempap ko.

sepatumerah said...

Tau tak bahawa orang badan besar juga tahu berkecil hati walaupun tiada hati yang kecil?

tasikmerah said...

betul la nasihat ko tu kelambu.

:)


.

sinaganaga said...

ha ha

umar_skyscooter said...

Aslkm,nice blog walking,erm kalau ade mase,silalah ke blog sye ni di http://chipmunk18.blogspot.com n jgn lupe linkkan blog ni yer,ok bye

Powered by Blogger.