Seputar PWTC dan Isu Bagaimana Pengguna Patut Menggunakan Hak Mereka

Thursday, October 21, 2010 · Posted in ,

Aku ke PWTC. Bos suruh gegar buat liputan tentang perhimpunan sebuah parti politik yang mendakwa memperjuangkan slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Sumpah, sebelum ni aku tak pernah datang buat liputan mana-mana parti politik pun. Jadi, dengan langkah terpaksa aku turutkan saja walaupun dalam hati rasa tak berapa nak masuk sangat berjumpa manusia bernama datuk datuk bagai.

Selepas terlepas ke Stesen Hang Tuah dari Sentul Timur sebab asyik bersembang dengan Am, si rakan reporter, kami akhirnya sampai di hadapan lobi. Ramai orang sedang berpusu-pusu keluar untuk menunaikan waktu makan.

Kami mengorak langkah ke The Mall mencari mapley. Tiada mapley ditemui. Di luar kaki lima, kelihatan brader-brader bersampin sedang enak mencicip kopi buatan Starbucks, sebuah syarikat francais beribu pejabat di Amerika Syarikat yang didakwa menyumbang peratusan keuntungan kepada juak Zionis di Israel. Ceh, boikot produk Israel dan Amerika konon.

Sebagai menyahut dasar Tok Det, Pandang ke Timur, kami memutuskan makan di sebuah restoran Jepun yang makanannya dimasak oleh warga asing dari Asia Selatan. Kemudian, kami berpatah semula ke destinasi tujuan dan bergabung dengan TK si fotografer.

Selepas penat berjalan sambil menunggu TK menangkap gambar itu dan ini, sekarang tibalah masa untuk kami minum. Kami keluar lobi dan terlantar lelah di meja bulat. Aku angkat punggung mahu pekena sama itu teh tarik PWTC.

Teh Tarik = RM4

Dan aku cuba kaitkan antara boikot teh tarik dan pergi pekena kopi Starbucks.

12 Responses to “Seputar PWTC dan Isu Bagaimana Pengguna Patut Menggunakan Hak Mereka”

therosputih said...

napley takde kat the mall...

kaya org jual teh tarik...

MushroomCute@Mariea said...

Itu baru Teh Tariknya...belum mihun kosongnya..

Muhammad Tarmizi bin Kamaruddin said...

Mahal GILA teh tarik tu!!! GILA mahal lah...

n!da said...

bancuh teh sndri la kt uma der.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

aku mula berasa loya tengok tv dan surat kabo minggu ni
cun tak puterinya yek

prof nik said...

wah.. rm 4 utk tea tarik ye. kalau nasik lauk ayam mau rm 18 tu. boleh pg jepun balik hari tauke kedai tu

Anonymous said...

err, asal tak pergi kt kedai makan tepi sungai tu. teh tarik kaw2 bleh dpt! and i wonder if the datuk2 sekalian ada ka mau turun makan kt kedai mkn camtu. huuu. apakah pemimpin bleh turun skali merasa?

Lanzo said...

ros;
teh tarik cawan polisterin je pun. mahal bukan main. haha..

mushroom;
nasi beriani pwtc=RM10. berbaloi kot..

tarmizi;
haha..

nida;
bancuh kat rumah dah lain cerita.

brutal;
puteri dah pupus. memang aku cari pun tapi sikit sangat. aku tak tahulah kalau masa tu diorang lepak port lain.

prof nik;
kata seorang artis meniaga situ, sewa cecah rm7,000. mana harga tak melambung bai.

anony;
aku dah pening cari. terus tak jadi minum situ. lastly, pi pekena roti kedai yusof haslam.

Anonymous said...

ameno dengan kutu marhaen macam kita mana seiring dan sejalan bai.teh tarik depa minum pun dah tak sama dengan teh tarik kita minum...sekurang-kurangnya tang harga.hahaha...

Aj

Sunduvan said...

Hahaha..starbuck dan boikot Israel konon, kemudian julang keris nak hentam Israel konon, tetapi pengguna tetapi barangan orang yahudi. Tak boleh ke minum teh tarik? teh tarik kita tak sesedap Starbuck ke? Inilah AMNO nie.
Go Kudat! http://www.gokudat.com

Kap said...

elakkan obesiti.
minum air masak banyak.

Lanzo said...

anony;
aku tak kisah kau nak lambungkan harga nescafe. milo. coke. tapi kenapa mesti elitkan teh tarik? itu minuman rakyat bai..

sundu;
macamana tak minum starbuck. teh tarik pun dah cecah rm4. protes weh.. hahaha..

kap;
aku jumpa air mineral gaza di pwtc!!

Powered by Blogger.