Projek Mampu Milik

Wednesday, October 20, 2010 · Posted in

Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh. - Bajet 2011


Aku tak tahu RM10 bilion itu banyak mana. Tapi aku syak kalau jumlah sebanyak itu diisi dalam rumah aku, maka penuhlah ia di segenap penjuru bilik dari lantai sampai ke siling.

Perkataan projek pembangunan dan rumah mampu milik memang indah dibaca dan didengar. Rumah mampu milik adalah kata syurga bagi mereka yang miskin, baru mahu memulakan hidup dan juga kelas menengah. Projek pembangunan pula adalah kata syurga bagi mereka yang sedang meneropong mencari laba dan habuan untuk mengaut keuntungan.

Tapi, bapak menteri, beritahulah pada aku, projek pembangunan mana satukah di Malaya ini, terutama di Lembah Klang yang kediamannya masih boleh dikategorikan sebagai mampu milik?

Harga tanah, rumah, makan, sewa beli dan keperluan hidup lain akhirnya dipaksa tunduk kepada kehendak projek pembangunan. Dan tak lama lagi, muncullah spekulator hartanah yang akan membeli pukal rumah-rumah mampu milik dan menyewanya pada harga berlipat kali ganda.

Aku tak tahu sama ada orang-orang Kampung Paya Jaras dan Kubu Gajah bersedia berkongsi nasib sama dengan penduduk Kampung Baru di KL sana.

5 Responses to “Projek Mampu Milik”

n!da said...

watch this

http://amazingnara.com/videoubah-gaya-hidup

ubah gaya hidup @ ubah kerajaan?
ang pikiaq la sendiri.

MushroomCute@Mariea said...

Di Pulau ini pun sungguh pesat pembangunan rumah itu dan rumah ini. Tapi untuk siapa? Kalau rumahnya lengkap dgn kolam renang di setiap tingkat atau lengkap dengan lot parking boat persendirian di tepi laut. Mampukah kita???

therosputih said...

haih...pening pale fikir mcm mana nak idup pasni nih...duit duit duit...

Lanzo said...

nida;
aku masih berfikir juga. apakah mengubah kerajaan juga mampu mengubah kita? tapi apa nak buat, cuma itupun pilihan kita.

mushroom;
senang saja kata mampu milik itu digunakan kan?


ros;
jadi, sape suruh fikir duit? hahaha.

therosputih said...

haha...bijak ye...dunia sekarang kan...byk agenda tersembunyi...ingatkan ada udang, rupanya batu dalam mee...

Powered by Blogger.