Yang Sebenarnya Kahwin (II)

Wednesday, October 06, 2010 · Posted in

“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.” - ahli sufi, Rabiatul Adawiyah

Aku sambung lagi pasal kahwin. Sebenarnya memang seronok bercerita pasal kahwin. Tahu tak kenapa manusia seronok bercerita pasal kahwin? Ini kerana apabila kita menyebut tentang kahwin, kita tak dapat lari daripada mengaitkannya dengan seks. Macam aku kata dalam entri sebelum ini, ia fitrah mamalia.

Kalau tak, tak mungkin kisah kahwin, cerai, skandal seks, cerita dari kamar mahkamah syariah dan soal jawab bersama doktor batin menjadi faktor nombor wahid yang dapat melariskan jualan sesebuah akhbar selain cerita pasal mati dan hantu.

Sebenarnya, aku senyum saja kalau ada yang beri jawapan kaitkan kahwin dengan membina kehidupan bahagia dalam perjalanan menuju negeri abadi. Come on, itu jawapan standard STPM.

Sengaja aku tinggalkan jawapan dalam bentuk soalan untuk cetus provokasi pembaca. Sebenarnya, tak ada salah pun semua jawapan bagi soalan yang ditanya. Cuma aku tercari-cari jawapan berbentuk filsafat yang mungkin ada persamaan dengan apa yang aku faham. Tapi rata-rata komen lebih kepada maksud harfiah yang mana kau sendiri boleh baca dalam buku fardu ain kaler hijau tulisan Ustaz Sulaiman Endut (aku beli daripada jurujual jalanan).

Secara umum, jawapan komen pembaca (bagi soalan: untuk apa kau (Marquez) kahwin sebenarnya?) adalah:
1. mahu berteman/berkasih sayang/mengadu nasib.
2. tuntutan agama (sunnah/kerana Allah).
3. tambah zuriat.
4. silaturahim.

Kalau berkahwin untuk berteman, berkasih sayang dan mengadu nasib, apakah mesti kita berkahwin? Apakah berkahwin memenuhi keperluan berteman, berkasih sayang dan mengadu nasib kau? Tengok sekeliling, berapa ramai suami yang mengaku bosan di rumah. Berapa ramai suami prefer tengok bola dengan kawan berbanding layan bini di rumah? Berapa ramai? Jadi, untuk apa kau kahwin?

Kasih sayang? Cinta? Bagi aku, kasih sayang ibu bapa lagi pure sebab tak ada hukum Tuhan di segi zahir yang mengikat kita. Kau tak boleh ceraikan mak ayah kau (di segi lafaz atau material) kalau tak puas hati atau tak sebulu dengan diorang. Dalam drama Melayu, mak ayah yang bengang dengan anak yang derhaka akan cakap,"Mulai sekarang kau bukan anak aku lagi. Nyah kau dari sini!" Tak ada pula aku tengok drama Melayu mak ayah sebut,"Kau memang derhaka. Esok bawa dokumen, kita pergi mahkamah aku nak ceraikan kau sebagai anak aku. Esok jangan harap kau akan berbinkan aku lagi!"

Tapi kalau kau suami isteri, masing-masing boleh cerai/fasakh/taklid/mut'ah bergantung kepada syarat dan situasi tertentu. Cinta dan kasih sayang dalam kahwin boleh diputuskan. Cinta dan kasih sayang seorang ibu dan ayah kepada anak atau sebaliknya tidak dapat diputuskan. Jadi, untuk apa kau kahwin?

Tambah zuriat? Aku tak nafikan majoriti yang kahwin memang nak dapat anak atau zuriat. Siap berbangga lagi kalau dapat buntingkan bini secepat mungkin. Bagi si isteri yang tak dapat beranak dengan secepat mungkin, mereka mula stres. Dan air mata pun berguguran melihat kebahagian pasangan lain yang punya anak yang comel. Apatah lagi kebahagiaan itu dikombokan dengan kereta besar dan banglo mewah. Tapi, kalau semua itu kau tak ada (rujuk kes Marquez), apakah kau akan minta bini kau izinkan kau kahwin satu lagi? Dulu bercinta bukan main, you are the only one! Kalau kau perempuan, korang pasrah ke suami korang kahwin lagi sebab tak dapat beranak? Jadi untuk apa kau kahwin?

"Itu semua ketentuan dan ujian-Nya. Tuhan tak bagi lagi rezeki tu nak buat macam mana? Mungkin rezeki anak takde, tapi Dia bagi rezeki kat lain. Mana kita tau." - kata seorang brader yang cuba menenangkan masalah Marquez.

Kalau kau di tempat Marquez, kau rasa tenang ke dengar ayat-ayat atas tu. Silap-silap kau akan cakap balik, "Aku tau la semua tu ujian. Tapi, kau apa tau. Kau tak pernah jadi macam aku." Kalau aku cakap benda sama kat Marquez, confirm dia cakap, "Kau apa tau, kau tak kahwin lagi."

Jadi, jawapan di atas tak dapat selesaikan dan legakan hati Marquez pun. Sebab kau, Marquez tak tahu sebab apa kau kahwin?

6 Responses to “Yang Sebenarnya Kahwin (II)”

fafarafa said...

aku rasa....kawen ni mcm 1 cara utk cop 'org' tu kita punya. jd org lain x bole kaco. bole x bg reason tu?? ekekekekekek

therosputih said...

pas bace entry nih, rasa mcm terpanggil lak...untuk apa aku nak kawin? sbb orang sekeliling asyik tanya, bila nak kawin...

-hazen said...

memang musim kawin kan sekarang ni?

aduhai.

Amy Z! said...

Marquez, adakah kahwin tu membuatkan kau bahagia atau membuatkan orang lain atau mak pak yg bahagia?

"ohh anak aku dah kahwin~ bahagia aku. hilang seteress nak tanya bila nak kawen.."

Banyak cara nak bahagia atau happykan diri sendiri selain dari kahwin. lainlah kalo definasi happykan diri sendiri tu dapat berasmara hari-hari tanpa risau dosa.

kahwin bukannya "settle down". sebab bila dah kahwin - its end your single life, but it is the begining of marriage life. tanggungjawab yg besar - bimbing anak isteri, nafkah - semuanya menguji skil kepimpinan khalifah-khalifah Allah di muka bumi

tentang anak pula, fikirlah baik-baik. adakah kau dah cukup ilmu jadi bapa yang baik, atau setakat berasmara siang malam tak ingat apa-apa, tup tup wife pregnant. lepas tu 2 bulan wife berpantang - asyik menggigil2 je tak tahan tido seorang.

kalau dah kahwin, planninglah bila nak dapat zuriat. ye kita merancang, Allah tentukan. tapi apabila kita merancang, maksudnya bila kita berusaha nak dapat anak - kita telah bersedia fizikal, mental dan financial untuk menerima amanah Allah.

fikir bersediakah kau dengan semua itu?

bukan nak kahwin sebab orang suruh kahwin. tu bangang namanya.

Anonymous said...

jgn susah-susah...mcm nilah, apabila sampainya masa utk berkahwin, kahwinlah kita...kalau fikir panjang, mmg kita serabut. Selain dari manusia dicipta berpasangan, menghalalkan yg haram, menambah zuriat, silaturahim, memenuhi nikmat, zat manusia dan seribu satu tujuan kahwin yg wujud..harus diingat kita kan merancang dlm hidup ni, jadi setiap yang dirancang, kalau diizinkan tuhan, pasti akan ditunaikan. Bro Marquez, jgn kalut. Anggap jer pertanyaan org tu benda yg mmg org sentiasa tanya, bukankah setiap org itu ada ketentuan yg dirancang serta ditakdirkan..?

Lanzo said...

fafarafa;
setuju. sekarang makna kahwin lebih kepada zahir saja. macam kau cakap, untuk cop kita sudah berpunya, sekali gus berjaya melepaskan diri dari kelompok 'insan malang' kerana tak kahwin.

rosputih;
selamat menghadapi stres. hahaha.

hazen;
ye kot.. tak ada ke yang buat statistik bila musim orang paling ramai kahwin.

amyz;
wah.. you have the point..

anony;
marquez kalut sebab dia stres. saling kaitankan..

Powered by Blogger.