Makanan untuk dimakan, bukan untuk fikir terlalu jauh

Sunday, November 21, 2010 · Posted in , ,

Ini baru pure kekejaman, kawan. - Korban perang di Iraq

Ada blogger dan dua tiga orang rakan Facebook ajak join kelab antisayur. Respons awal aku gelak. Apa jadah nak kena ada kelab antisayur? Kenapa sayur begitu dibenci? Apakah sayur ini metafora kepada Barack Obama atau Benjamin Netanyahu?

Ok. Selepas dikaji dan diteliti, barulah aku sedar kewujudan blog tersebut adalah reaksi kepada komen dari kumpulan vegetarian dan pencinta haiwan yang mempertikaikan acara penyembelihan 'beramai-ramai' lembu sempena ibadah kurban umat Islam.

Sebenarnya, isu ini aku dah baca lebih kurang 4 tahun lepas. Cuma masa tu Facebook belum ada. Jadi, ideologi dan faham herbivor ini belum menular.

Argumen yang digunapakai oleh kumpulan vege ini ialah kasihan kepada binatang. Jadi, sebarang acara pembunuhan binatang untuk dijadikan makanan dianggap sebagai kekejaman dan penindasan. Tambahan lagi, lembu-lembu itu tak mampu melawan.

Lalu, gambar-gambar lembu disembelih dan dilapah dengan darah terpercik dan mata kuyu dipaparkan di laman-laman blog kumpulan vege ini. Tipulah kalau aku tak rasa apa-apa apabila tengok gambar lembu-lembu disembelih itu. Memang sadis dan mengerikan serta menimbulkan rasa kasihan dalam hati.

Tapi apabila aku berfikir berpandukan rasional, aku anggap semua kenyataan dan gambar dalam laman blog tersebut tidak ubah seperti ejen propaganda saja. Macam propaganda UMNO sebagai satu-satunya penyelamat Melayu. Atau propaganda brader Anwar Ibrahim nak ke Putrajaya. Rasionalnya satu saja, KUASA. Jadi, rasional laman vege itu adalah mengajak orang ramai mengikut fahaman mereka.

Kita berbalik kepada fahaman vege ini. Aku tak nak berhujah di segi agama. Nanti berlaku tuduh menuduh dan saling kondem kepercayaan agama masing-masing. Ramai pengikut mazhab vege ini terdiri daripada kalangan penganut Buddha dan Hindu. Tapi aku keliru juga sebab ada penganut dua agama itu yang dibenarkan makan daging. Mungkin ada sesiapa boleh tolong jelaskan kepada aku.

Ada juga Kristian menjadi vege. Dalam Islam aku tak tahu sama ada wujud atau tidak fahaman vege ini. Tapi aku ada ramai kawan aku yang anut fahaman tak makan ikan, sayur, pedas dan fast food. Hahaha!

Fahaman vegetarianism ini muncul pada zaman India dan Greek kuno sekitar abad ke-6 sebelum Masihi. Bagaimanapun, vegetarianism moden diasaskan oleh Vegetarian Society di Ramsgate, sebuah bandar tepi laut terbesar di England pada 1847.

Masing-masing punya hujah sendiri dan bagi aku ialah respect. Aku bukan fasis agama yang menidakkan agama atau fahaman anutan umat manusia lain. Apa yang dibuat penganut agama lain, walaupun mungkin bagi kau nampak sadis, bodoh dan kau anggap tak cocok dengan jiwa kau yang kononnya penuh humanis, kau diam sajalah. Tak perlu dicanang-canang dan timbulkan kebencian kerana dunia ini bukan milik kau seorang. Kita berkongsi bumi yang sama.

Hujah aku pula, kita kembali kepada fitrah sains manusia. Manusia itu termasuk dalam kategori omnivor, yakni mamalia pemakan daging dan tumbuh-tumbuhan. Jadi, bagi aku, sesiapa yang anti mana-mana kategori makanan itu bolehlah aku anggap sebagai melanggar fitrah sains manusia.

Dulu, di sekolah pun kita ada belajar. Apa yang ada di dunia ini adalah saling bergantung dan melengkapi. Ada kitaran yang perlu dipenuhi sama ada kitaran hidup (bayi-kanak-kanak-remaja-dewasa-tua-mati) atau kitaran makanan (pemangsa-mangsa). Ini semua tuntutan dan fitrah asas manusia.

Manusia akan tua, itu fitrah. Dia mungkin boleh nampak muda 10 atau 20 tahun, tapi hakikatnya dia tetap tua. Manusia juga perlukan makanan yang bukan saja daging, tetapi sayur. Baca semula sejarah peradaban manusia. Kalau kau biasa main games Age of Empires (apa barang Farmville!), kau perlu ternak lembu, biri-biri, ayam dan babi untuk besarkan tamadun kau. Sistem ekonomi awal manusia digerakkan oleh penternakan dan bercucuk tanam. Lihat, haiwan-haiwan itu sudah diternak manusia beribu-ribu tahun lama.

Hasil ternakan dan buruan bukan sekadar untuk makanan tetapi juga keperluan lain. Selain daging salai dan ikan kering atau sayur dan buah yang dijerukkan, telur misalnya boleh dijadikan stok makanan ketika bencana yang begitu akrab dengan sejarah ketamadunan manusia. Makanan diperlukan untuk survival manusia dan haiwanlah yang memenuhi keperluan itu.

Sebelum berlaku penternakan, manusia keluar berburu dan aktiviti itu memerlukan tenaga, kemahiran, strategi dan kesepakatan. Namun, diakui aktiviti berburu sangat meletihkan dan rasa tak berbaloi terpaksa berjam-jam lama hanya untuk dapat seekor kijang atau pelanduk yang kecil. Di sinilah penternakan diasaskan. Ini berlaku kerana manusia itu haiwan berfikir. Tidak seperti harimau yang sampai sekarang kena terus berburu, alternatif kepada kesukaran berburu itu, manusia mencari haiwan yang boleh diternak mereka, iaitu haiwan yang aku sebut di atas tadi.

Daging haiwan bukan saja memenuhi keperluan makanan, malah, kulit haiwan digunakan untuk buat pakaian dan kediaman. Itupun sebahagian kehidupan asas manusia. Manusia nomad dulu berpindah sambil membawa haiwan ternakan untuk mengelak terputus bekalan makanan. Susu sebagai minuman dan daging sebagai makanan. Haiwan-haiwan ternakan ini menjadi sumber makanan bergerak bagi manusia. Sayur celah mana nak tanam? Di sini, daging nyata lebih relevan dalam survival manusia dulu.

Apakah harimau membunuh lembu boleh dianggap sebagai kejam sedangkan itulah makanan dia? Kalau harimau bunuh harimau dan makan spesies sendiri itu barulah kejam. Itu sudah langgar fitrah harimau. Sama juga manusia. Membunuh manusia lain atas apa alasan sekalipun adalah melanggar fitrah kemanusiaan, tetapi menyembelih lembu untuk dimakan apakah boleh ditafsirkan sebagai kejam dan melanggar fitrah? Rasional sikitlah brader.

Tapi, yang pandai-pandai buat grup antisayur ini apasal pulak? Nak aku cerita pasal manusia dan sayur pulak ke? Prinsip aku senang, sebagai manusia beragama, aku makan segala apa yang dihalalkan. Tak ada istilah pantang dan anti mana-mana makanan dalam hidup aku.

42 Responses to “Makanan untuk dimakan, bukan untuk fikir terlalu jauh”

mtbink.com said...

Quote: ...Nak aku cerita pasal manusia dan sayur pulak ke?...

nak! nak! nak! ceritalah, ceritalah...

Pos kau kali ni memang betul-betul menyebelahi pihak kami anti sayur bahawa makan daging (maging) tu lagi best daripada makan sayur (mayur hahaha). Sedapnya daging lembu, burger daging, burger ayam, ayam goreng, ayam kurma, ayam panggang, ayam percik, daging kambing, rendang, ayam tandoori, sup ayam, sup daging, sate daging, sate ayam, daging panggang, steak, burger double special, ayam masak merah, ayam masak kicap, nugget ayam, sosej, gulai daging, gulai ayam, kari daging, kari ayam, chicken chop, lamb chop,...

Nampak sangat anda lebih suka makan daging, tak nampak pun kebaikan makan sayur, maka sertailah Kelab Anti Sayur (KAS) http://www.facebook.com/kelabantisayur

Anonymous said...

manusia dan sayur, manusia dan daging..manusia dan macam2 lagi..pernah tak tgk movie BEE MOVIE, mcm mana mamat lebah tu nak selamatkan madu kroninya..??

haha! komen aku mudah je utk kelab anti pe2 mende ni..hidup ni ada sebab musababnya..ada kitaran nye..yg disokong dgn fahaman dan pengaruh agama, prinsip hidup dll..kalau asyik ubah sana ubah sini..anti sana anti sini..aish! macam2 je..byk sgt yg xdipuashatinye..

so, lu pikir la sendiri..haha!

nota: aku rasa mcm baca nota sejarah tamadun dunia bila perenggan 15 hgga last2 tu..haha!

Unknown said...

tarmizi;
kau silap kalau kalau ingat entri aku ni tanda aku sokong kelab antisayur kau tu sebab aku sendiri pencinta sayur. Bagi aku, apa saja set makanan tanpa sayur boleh dianggap sebagai cacat. Dalam hubungan seks, ia boleh dianggap klimaks tanpa foreplay. Hajat kau tercapai, tapi nikmatnya kurang. aku tak ada masalah dengan geng vege, aku respek diorang. aku cuma bantah ekstremis vege yang pertikai kumpulan maging semata-mata kerana tak penuhi ideologi diorang. kalau aku pun antisayur, apa beza aku dengan ekstremis vege?

anony;
aku suka animasi tu! mamat lebah tu nama barry. dia bawa kes rakan-rakan lebahnya di mahkamah sebab manusia eksploitasi madu. sudahnya, apa yang diperjuangkannya itu bukan saja jejaskan ekosistem alam, tapi buatkan geng lebah tak lagi produktif dan 'mandom'. semuanya pasal kitaran hidup kita yang saling melengkapi.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

nice post..berkesan... bukan seperti kata org marahkan nyamuk KELAMBU di bakar

Raja Fiqri Fauwaz said...

tolak batu dengan kayu je.. kah kah..

Anonymous said...

kelambu:

yup! barry sbnarnya bawa watak manusia yang selalu nak sesuatu yang diluar kebiasaan (myb xsemua la)jadi bila kononnya nak luar biasa hingga tanpa sedar hbs semua yang dah disusun atur dirombak sesuka hati ikut tahap kepuasan sendiri! tapi cuba la fikir:

pernah ke manusia puas hati? see..hati gak yg disalahkan sedangkan niat itu dari tuan punya badan...haish!

nota: kalau dia tak falling in love ngan Vanessa kompem dia tak tahu pasal honey tu dimakan manusia..erm..

and ko sesuai ngan watak Adam-as he believe that the 27 million years of history never wrong!

Cikgooden said...

asal halal, bedal saja....kecuali jika dah dapat penyakit..memang nak kena pantang!apa jadah nak anti sayur, anti daging, anti apa jadah lagi....

nice entry....

Anonymous said...

well said!
bravo bro! ^^

Amyz! said...

well.

hujah-hujah ko, aku tak dpt nak tambah sebab lengkap.

100% setuju. :-)

kelab antisayur ka, kelab antikorban ka. semua tu hanya nak membangkitkan rasa tak puas hati kalangan dua2 pihak.

sekarang manusia dah tak tahu nak berdamai. asyik cari jalan nak bergaduh je.

Anonymous said...

hujah yg baik en lanzo...hehehe
kelab anti sayur + kelab anti daging
xde ke kelab lain yg korg nak tubuhkan (maaf kpd yg terasa)...bnyk lagi kelab yg relevan mengikut arus perdana yg korg bleh sertai atau tubuhkan spt kelab anti kekejaman israel cawangan Malaysia ke? atau apa2 kelab yg boleh mendatangkan manfaat kpd umum...

Semarak Api said...

aku mau tubuh kelab anti nyamuk.nti mst laku org jual kelambu.haha

prof nik said...

ayat kelambu: Dalam hubungan seks, ia boleh dianggap klimaks tanpa foreplay.

hahahahahaha

Unknown said...

brutal;
itu pun masuk dalam kitaran marah. tak dapat lepaskan, benda lain jadi sasaran.

raja;
ahaha..

anony;
kadang-kadang kita tafsir satu benda tu satu hala saja. nampak sangat macam kita pentingkan diri. padahal hidup kita ini berkongsi dan ada aturannya. respect sajalah.

cikgudin;
heran jugak, orang beranti atau pantang dalam makanan ni (kecualikan kalau ada penyakit), nampak sangat macam tak menikmati hidup. tapi kalau ada reason logik (sebab apa berpantang), saya respect. tak ada masalah pun. tapi janganlah kondem orang lain yang tak sehaluan.

nida; tenkiu! :)

Unknown said...

amyz;
kritik boleh, keluarkanlah hujah. rasionalnya di mana. kalau susah nak beri poin di segi agama, kembali semula kepada human nature atau fitrah manusia. kalau masih tak sebulu, masing-masing diamlah. tak payah nak hina siapa-siapa.

anony;
aku rasa, cara media exposekan cara lembu-lembu tu disembelih kungkin buatkan geng vege tak suka. diorang ni ada rasa kesian haiwan tinggi. pendapat aku, tak payah pun nak expose. bukan sebab aku vege, sebab kalau ikut media ethic, benda ni dah masuk kategori gore atau ngeri, sepatutnya media ambil berat. selain vege, sesetengah orang ada yang takut darah dan ada yang kesian dengan cara lembu tu diperlakukan sebelum disembelih (diikat, direbah, disembelih). sedangkan bukan acara menyembelih itu yang menjadi soal pokok ibadat korban.

semarak;
pernah sembang dengan bebudak sufisme atau tasawwuf. diorang ni nyamuk pun tak bunuh. nak duduk tengok dulu, takut terduduk atas semut. tapi makan diorang tak pantang. jumpalah dengan diorang kalau nak belajar pasal falsafah.. :)

nik;
punya panjang entri aku, itu jugak yang kau nampak. cet!!

Anonymous said...

kelambu: respek dan rileks!

nota: nasib bukan 3r..haha!

Anonymous said...

aku rasa...geng2 vege-bkn-sbb-agama nih xtau kelebihan makan daging kot.

sian derang. hilang 1 nikmat hidup.



*aku kurang suka sayur. terutama sayur berdaun.

hahhahahahah

Dato Why said...

Aku nk tubuhkan club "ANTI-MEROKOK"...sape nk join???

Anonymous said...

ulasan yg menarik..hehe
apekate cube tulis pasal organic food plak..mcm trend ala kelab gitu..ahaha..

Anonymous said...

dato why:

jangan~~~~
nnt kelambu dh tak 'macho' haha!

Unknown said...

anony;
2r pun ok..

fafa;
macam aku tulis. perfect meal adalah dengan sayur. bagi aku orang yang cakap tak suka satu-atu makanan tu lebih kepada psikologi.

dato;
bukalah grup fb. haha..

anony;
malaysia ada ke organic food? mungkin ada tapi mana regulations atau standard pasal tanaman tu? jadi jangan hairan teknologi makanan thailand jauh ke depan berbanding malaysia.

anony;
hahah..

rinz raime said...

wahh.. sangat suka entry ini..
dr segi kesihatan makan terlalu banyak daging pun tak elok, boleh kena banyak penyakit.. makan sikit2 dah la.. kalau tak nak makan langsung, jangan komen.. itu kan makanan dr tuhan...

Amiene Rev said...

saya tidak dapat bayangkan bagaimana grup anti-sayur hidup di muka bumi ini. bagaimana pula grup yang cuma minum darah (puntiyanak)?

mtbink.com said...

Quote: "saya tidak dapat bayangkan bagaimana grup anti-sayur hidup di muka bumi ini"

@Amiene Rev: Boleh aje kitorang anti-sayur hidup dekat muka bumi ini, tak ada masalah apa-apa pun. Oh, kalau tak makan sayur boleh mati lah ya? Kalau tak makan sayur tak layak hidup dalam dunia ni lah ya? Kalau nak hidup dekat dunia ni kena makan sayur lah ya? Siapa cakap?

@Lanzo: Dunia ini terbahagi kepada 3Golongan, golongan pertama ialah golongan yang makan sayur sahaja, golongan kedua ialah golongan yang makan daging sahaja, dan golongan ketiga ialah golongan yang makan sayur dan daging. Kita sepatutnya boleh hidup harmoni, tetapi kalau salah satu puak mula mempertikaikan kumpulan lain, lalu hilang rasa hormat, masa tu lah ketiga-tiga kumpulan ini saling gaduh-bergaduh antara 1Sama lain...

Anonymous said...

Mohd Tarmizi:
ni kelas Sains darjah 4+politik? haha!

Anonymous said...

keke..mizi, jd..sila unlike utk kelab anti sayur..sebab kita xperlu bergaduh kan..?

Unknown said...

rinz;
aku ada baca jurnal perubatan, makan daging banyak, terutama daging merah, badan kita akan develop sel-sel songsang pada organ dalaman yang membawa kepada barah.

amiene;
secara realistik, manusia boleh jadi vege tetapi tidak karnivorian. dalam sayur ada juga sumber protein dan carbo tinggi macam parsnip (sejenis lobak), kentang dan kekacang. tetapi daging cuma ada kandungan vitamin terhad (B6 dan B12). but, humans are omnivorian right?

mizi;
mana kau dapat tiga golongan ni, bro. jangan main reka saja. macam aku cakap, humans might be the vege but not carnivorian. bukan aku menyokong vege. buka balik buku sains. asasnya sistem penghadaman omnivor lebih kepada herbivor. cuma kita punya perut, termasuk bentuk gigi, membolehkan kita makan dan hadam daging juga. kalau kau tengok balik piramid makanan, kau akan nampak mana makanan yang perlu ambil banyak, mana yang sikit. Satu lagi, nasi, bihun, laksa, mi, kuetiau semua tu asal dari mana? Kot ye pun sakit hati dengan juak ekstremis vege, takde poin pun nak buka kelab antisayur.

anony;
aku dulu sekolah rendah belajar alam dan manusia. tak tau apa pun sains masa tu. kekeke..

anony;
i agreed!

Anonymous said...

alam dan manusia? lama tu. haha!

mtbink.com said...

@Lanzo

1. Makan daging banyak boleh mengakibatkan penyakit skurvi (orang kerja tentera laut Perang Dunia Kedua pernah kena sebab tak makan sayur ATAU BUAH-BUAHAN, mana nak cari tengah-tengah laut tu), tetapi penyakit ini sangat mudah diubati, banyakkan vitamin C, makan buah-buahan. Aku tak pernah cakap pun yang aku anti buah-buahan. Aku anti-sayur sahaja. Malah vitamin C ada pil suplemen. Penyakit skurvi mudah untuk dicegah. Makan vitamin C habis cerita. Rujukan: http://en.wikipedia.org/wiki/Scurvy

2. Kalau aku tak makan sayur, tapi makan buah-buahan, tak boleh nak label kitorang ni karnivorian. Kitorang ni anti-sayur, bukannya anti buah-buahan; kitorang makan daging dan buah-buahan, jadi, tak boleh lah nak dianggap karnivorian, kitorang masih lagi omnivor (makan daging dan bukan daging, tak semestinya bukan daging itu merujuk kepada sayur, buah-buahan pun boleh...)

3. Apa dia? Nasi? Bihun? Mihun? Laksa? Mi? Kue Tiaw? Char Kue Tiaw? Kue Tiaw Goreng Basah? Itu bukan sayurlah, beras sayur amendanya, tepung sayur amendanya, gandum sayur amendanya, bijirin sayur amendanya... bila masa pulak beras tu sayur, bila masa pulak tepung tu sayur, bila masa pulak gandum tu sayur, bila masa pulak bijirin tu sayur? Kitorang anti-sayur, bukannya anti-bijirin.

P/S: Dan aku tak pernah sakit hati dengan ekstremis vegetarian, aku cuma kumpulkan orang-orang yang tak makan sayur, itu sahaja, dan kitorang makan buah; dan kitorang makan bijirin; dan kitorang bukan karnivorian; dan kitorang TAK MAKAN SAYUR

mtbink.com said...

seronoklah bergaduh dengan korang dekat sini, aku suka diskusi ilmiah... ^_^

MissBrokoliPepel said...

woit gengsayur.. kelako la aku baca mung tulih.. mung pernah ada nightmare dgn encek2 dan puan2 sayur kah.. makan je la, kalu tak makan diam.. toksah la nak join group mana2..nak tubuhkan kumpulan benci itu benci ini.. apa la, ada org mati tak makan kat dunia nih.. baik pikir cara nak selesaikan benda2 gitu.. ini tak.. saje je nak cari gaduh, apa la.. hidup tuh muafakat la sikit...hah, kang dah kena bebel.. tp org2 mcm ko nih takde hak punya stakat bebel, takde kudis pun..muahahaha.

Unknown said...

mizi;
you're right. aku silap. root nasi, bihun etc termasuk dalam grain. fruits not vegetables also. but pil-pil ubat tu ekstrak daripada apa. aku still skeptikal sama ada geng anti sayur memang totally tak makan sayur atau sekadar tak makan di segi physically. ataupun korang ada niat provokasi. aku boleh terima kau buat grup anti stadium runtuh atau menara warisan sebab semua tu dari tangan manusia, tetapi anti human nature atau enviromental aku tak boleh terima beb.

missbrokoli;
aku rasa baik semua diam sekarang. kahkahkah!!

mtbink.com said...

@Lanzo

1. Aku pun tak tahu pil-pil tu diesktrak daripada apa. Dengan tiba-tibanya aku tak ambil farmasi.

2. Anda berasa skeptikal? Aku suka dengan orang-orang skeptik, pemikiran mereka jauh lebih rasional, logik, sistematik dan bernas.

3. Tak makan sayur dari segi fizikal? Maknanya makan sayur dari segi mental? Atau tak makan sayur dari segi lahiriah tetapi makan sayur dari segi batiniah? Aku pun tak faham. Aku cuma risau kalau-kalau kau merujuk kepada komposisi asas sayur, contohnya kau mungkin akan mempersoalkan kitorang tak makan sayur secara fizikal tetapi mendapat zat-zat sayur melalui kaedah lain iaitu melalui kaedah selain daripada makan sayur... setakat itu sahajalah pemahaman aku tentang kefizikalan sayur. Yang penting kitorang tak makan sayur. Tak kisahlah fizikal ke, mental ke, lahiriah atau pun batiniah. Kalau nak bercerita pasal zat sayur tanpa makan sayur, ha, itu lain cerita, kena tunggu orang bangkitkan isu ini.

4. Provokasi? Oh tidak, kami tidak pun berniat sebegitu ekstrem. Tidak ada apa yang hendak diprovokasikan. Anti Stadium runtuh? Anti Menara Warisan Merdeka? Anti Masjidil Besi Keluli? Dah kitorang anti sayur, buatlah Kelab Anti Sayur, takkan nak buat Kelab Anti Ikan Talapia Merah pulak, nanti pokok perbincangan lari, pokoknya, kita buat kumpulan yang membawa ideologi yang kita suka; yang kita pegang; yang kita pertahankan; yang kita percaya; hal ini tidak ada kena mengena langsung sama ada perkara itu datang daripada tangan manusia atau pun tidak. Di manakah hak kebebasan bersuara hak asasi manusia? Jadi, terima sahajalah.

5. Dunia ini unik dan indah kerana terdapat pelbagai variasi yang berbagai-bagai, pelbagai citarasa, biodiversiti, eh silap, hargailah perbezaan antara kita. Kita hidup dalam berbagai-bagai situasi, latar hidup dan persekitaran yang berbagai-bagai supaya kita boleh saling kenal-mengenali antara 1Sama lain. Hiduplah dengan harmoni. Kepada @MissBrokoliPepel yang suka membebel aku bagai (aku pun suka membebel wah, ha, ha), aku tak suka nama Broccoli (coli), tak suka sayur, anda berkata tentang muafakat? Muafakat ialah apabila PAS bekerjasama dengan UMNO, ha, itu muafakat. Ha, kan dah tersentuh pasal politik. Daripada sini kita boleh nampak betapa pentingnya menegakkan ideologi sesebuah kumpulan itu. Sudah menjadi lumrah, kadang-kadang muafakat itu amat sukar untuk dicapai.

P/S: Dah siap dah ke pos kau untuk bombard kitorang pulak; kau dah tunjukkan rasionaliti makan daging, bila pulak nak tunjukkan rasionaliti makan sayur? Aku menunggu...

zakiahasan said...

Aku ada satu je perkataan.



SETUJU

Unknown said...

mizi;
1. boleh tanya lebai google.

2. yang ini aku setuju.

3. maksud aku, di segi fizikal, tak makan sayur secara nampak. tapi korang ambil ubat atau sebarang suplemen yang diekstrak daripada sayur. macam orang mengaku tak makan ikan, tapi makan ikan bilis nasik lemak dan fishball boleh pula. psikologi je beb. korang makan yong tau fu tak? ok, korang boleh cakap tak makan bebola sayur. salad dalam burger macamana? ok, nak senang cerita, aku assume korang fully maging+buah. :)

4. poin aku mudah. aku tau manusia itu pelbagai. ada yang suka cipan. ada yang suka decepticon. aku tak kisah kalau korang buka grup 'kami suka decepticon'. bukalah grup apa-apa pun yang korang suka selagi tak mengganggu kemaslahatan umat. tapi, untuk buka grup atas nama 'anti', korang sebenarnya menyebarkan kebencian. it's not about ideology. itu provokasi. cuba tukar anti sayur dengan anti babi. ya, muslim tak makan babi sebab itu ajaran agama. tapi apa poin kita benci babi dan buka kelab anti babi? bukankah kita provok orang yang makan babi? kesimpulan aku macam ni, kita boleh membenci sebab ia kadang-kadang datang secara human nature, tanpa alasan. tetapi itu tidak bermakna kau boleh melaungkan kebencian kau sesuka hati. sebab kau sebenarnya dah menyinggung orang lain.

5. hidup harmoni tanpa anti ok tak?

6. bukan komen aku sini dah tunjuk rasionaliti makan sayur ke?

puan kiah;
oit, wassap dude!!

mtbink.com said...

@Lanzo

1. Harap maaf, saya tidak meminati farmasi.

2. Saya pun setuju.

3. Akhirnya isu ini dibangkitkan. Tak adil lah kalau anda mempersoalkan komposisi dan zat-zat sayur. Kalau saya cakap orang vegetarian pun makan daging sebab dalam sayur ada air dan dalam daging pun ada air; apabila vegetarian makan sayur dia sebenarnya makan zat-zat yang ada dalam daging; maka vegetarian makan daging, tak adil lah kita buat kesimpulan sedemikian, kan?. Janganlah mempersoalkan zat-zat sayur. Dalam sayur ada air, jadi kitorang anti-sayur tak boleh minum air ke? Dalam sayur ada vitamin, jadi kitorang anti-sayur tak boleh makan buah-buahan ke? Dalam sayur ada karbohidrat, jadi kitorang anti-sayur ini tak boleh makan roti ke? Dalam sayur ada kalsium, jadi kitorang anti-sayur ni tak boleh minum susu dan hasil tenusu ke? Tak adil lah kalau anda mempersoalkan zat-zat sayur. Kalau hendak difikirkan secara umum, semua makanan dalam dunia ini ada unsur karbon, hidrogen, oksigen dalam struktur formula molekul tertentu, hanya kerana seseorang itu makan ayam yang mempunyai unsur karbon kita tidak boleh kata dia juga makan daging khinzir yang juga mempunyai unsur karbon. Hanya fahaman agama, falsafah, pendapat atau kesukaan hati sendiri yang membeza-bezakan cara pemakanan kita, padahal semuanya terdiri daripada komposisi unsur kimia yang sama, cuma berbeza formula molekul sahaja, mungkin boleh jadi protein, mungkin boleh jadi karbohidrat, mungkin boleh jadi protein yang diharamkan (daging khinzir), mungkin boleh jadi asid organik halal, mungkin boleh jadi asid organik haram (arak contohnya). Jadi janganlah mempersoalkan sama ada anti-sayur mengimplikasikan bahawa semua zat-zat sayur itu jangan dimakan.

mtbink.com said...

@Lanzo

3.1 Okay, saya tidak makan sayur secara fizikal secara nampak secara tampak. Kalau pergi kedai makan nak ambil lauk tu, boleh pass-away sahaja kawasan yang ada sayur, straight to the point tempat lauk daging lembu, daging ayam, daging kambing, daging ikan, daging panggang, ayam panggang, kambing panggang, ikan panggang, daging salai, ayam salai, kambing salai, ikan salai, gulai daging, gulai ayam, gulai kambing, gulai ikan, kari daging, kari ayam, kari kambing, kari ikan, daging goreng, ayam goreng, ikan goreng, sate daging, sate ayam, sate ikan, daging masak kicap, ayam masak kicap, ikan masak kicap, bebola daging, bebola ayam, bebola ikan, steak, ayam kurma, ayam percik, ayam tandoori, ayam masak merah, nugget ayam, ikan masak asam pedas, ikan bawal masak masam manis, ikan masak tiga rasa, rendang daging, rendang ayam, sosej daging, sosej ayam, sup daging, sup ayam, sup kambing, chicken chop, lamb chop,...

3.2 Memang tak pernah terfikirlah nak ambil sayur nak makan sayur. Jauh sama sekali. Memang takkan makan sayur.

3.3 Yong Tau Fu memang sedap, nyum, nyum, nyum, nom nom nom, bebola daging, bebola ayam, bebola ikan, kan sedap tu... mana ada sayur... Janganlah mempersoalkan zat-zat sayur

3.4 Bebola sayur? Sungguh ajaib frasa istilah tersebut; saya tidak pernah mendengarnya, apatah lagi melihatnya.

3.5 Salad dan sayur dalam burger daging, atau salad dan sayur dalam burger ayam memang SAYA ASINGKAN by hook or by crook. Tahukah anda di Japan United Stores Company (JUSCO) ada burger yang 100% langsung tak ada sayur langsung? Tahukah anda bahawa sebagai seorang pembeli, anda mempunyai hak asasi pengguna untuk menyuruh brader yang masak burger dekat gerai burger tepi jalan itu lalu mengatakan kepada beliau, "saya tak nak sayur"?

mtbink.com said...

@Lanzo
4. Tak makan sayur mengganggu kemaslahatan umat ke? Istilah "anti" itu menyebarkan kebencian? Benci itu terlalu ekstrem. Kalau anda melihat perilaku kami, makan nasi berlauk tapi tak ada sayur, apa yang orang kata? Mestilah mereka berkata kami tidak makan sayur, sayur tidak ada dalam pinggan kami, kami tak makan sayur, kami tidak suka makan sayur, itu sahaja, benci itu terlalu ekstrem seolah-olah kami memandang hina orang yang makan sayur, padahal kami boleh sahaja bergaul dengan orang yang makan sayur, tak ada apa yang hendak dibenci pun, senang cerita, apabila tiba waktu makan, kitorang tak makan sayur, itu sahaja, soal benci-membenci tidak wujud. Tak adanya benci-membenci.

4.1 Berdasarkan kepada Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), anti membawa maksud "tidak suka". Rujukan: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=anti

4.2 Provokasi? Provokasi sangat kah kalau ada kumpulan anti-sayur? Cuba anda melihat konteksnya, sebuah kumpulan yang ahli-ahlinya tak makan sayur itu sahaja, kalau seseorang itu tidak suka makan mayonis, boleh sahaja dia buat kumpulan anti-mayonis, tidak ada provokasi pun, malah sebenarnya ini semua hanyalah sekadar mempersembahkan maklumat diri secara kolektif; contohnya hobi anda apa: mengumpul setem, cita-cita: guru, suka makan sayur tak: tak, itu sahaja, suka makan mayonis: tak, pendapatan bulanan: RM1000-RM2000, bilangan tanggungan: 5 ,itu sahaja, hanya sekadar memberitahu identiti diri, kitorang tak makan sayur itu sahaja, tidak wujud langsung sebarang provokasi, kalau berarak mendung kelabu, eh silap, kalau berarak kepala lembu ha itu provokasi, itu provokasi nak mampus namanya, ISA! ISA!.

4.3 Melaungkan kebencian? Adakah anda mempersoalkan kebebasan bersuara hak asasi individu? Mana dia kebebasan media? Hak untuk berkumpulan? Mereka tersinggung? Tersinggungkah kalau makan sayur? Terkilanlah mereka kerana ada kumpulan anti-sayur? Sayur ajelah bukan apa pun... tersinggunglah sangat... Hadoi, pasal sayur boleh tersinggung, termerajuk, terbawak diri yang terluka di hati, susahlah, hati kena kental, pendirian kena tetap, jangan mudah terumbang-ambing, percaya dengan diri sendiri, jangan mudah mengalah, jangan mudah berputus-asa, pasal sayur boleh tersinggung, kalau pasal anti-babi itu mungkin tersinggung sebab itu isu agama. Pasal sayur pun boleh tersinggung payahlah nak hidup dalam dunia yang penuh cabaran ini.

mtbink.com said...

@Lanzo
5. Memang sekarang kita tengah harmonilah, anda dengan pendapat anda, saya dengan pendapat saya, kita masih wujud dalam 1Masyarakat 1Malaysia kan? Tak ada permusuhan apa pun kan? Tak menggugat ketenteraman awam pun kan? Memang harmoni.

6. Tak bestlah bergaduh dekat komen, bukannya ada orang baca pun, buatlah pos baru, baru semua orang baca, dekat komen siapalah yang nak baca.

Unknown said...

mizi;
panjang sangat kau bersyarah, bro. macam tivi pendidikan. hahaha.

bebola sayur tak pernah dengar? pergi pasar malam tanya brader yong tau fu. silap-silap yang kau ambil memang bebola sayur tapi tak perasan.

direct extract atau dua tiga lapis pemeringkatan bukan isu pun. isunya, psikologi. aku pernah kenakan member aku bagi bebola sayur. rasa memang pure daging. nak cari pergi kedai vegetarian. tapi kan aku dah assume korang totally karnivorian+buah.

vege bukan isu agama? kau tanya lebai google balik. tak wujud provokasi? baca balik komen dalam grup kau.

ok. aku bagi lagi contoh pasal grup anti babi. geng-geng ni akan kata, 'alah, babi je pun. nak emo apanya. nak makan-makanlah. kami bukan rasis. kami cuma tak suka (anti) babi.' what do you feel if you are chinese or those races that eat pork? satu lagi, statement anti korban from extremist vege? masih lagi hak bersuara? dunia kita berkongsi weh. baca balik kesimpulan aku dalam previous comment (poin 4).

statement, 'sayur je pun kenapa nak emo' itu kau baca dalam perspektif kau. kau ada kawan vege? aku tak suka rosmah, tapi aku tak pernah masuk mana-mana grup anti rosmah. bagi aku, untuk apa?

ok. maksud anti=tak suka. kau cuba cari pulak apa maksud benci? sama saja brader. macam awek reject mamat yang dia tak suka, dia akan cakap, 'bukan saya tak suka awak, cuma hati saya belum terbuka'.

aku tak nak bukk entri. nanti penuh komen aku dengan kau saja. kahkahkah!

Anonymous said...

"aku tak nak bukk entri. nanti penuh komen aku dengan kau saja. kahkahkah!"

aku bukan 'anti' mizi tapi aku sokong ayat ni je. haha!

Unknown said...

Adoyaiii...anti sayur pon nak wat kelab ker. Normallah orang tak makan sayur...dr dedoluuuu dah ada..kata pahitlah, perut tak boleh terimalah, tekak tak sedaplah...tp tu secara naturalnya..dan tak plak diorg nak wat anti2 ni.

Kalau group vegetarian/pencinta haiwan tu tak makan daging/binatang sebab diorg sayang kat binatang2, sedih/tak sanggup tgok binatang dibunuh/disembelih dan kerana rasa binatang tu adalah hidupan yang berhak hidup atas muka bumi ni...agak2 kenapa ek group anti sayur ni anti sayur? Kesian kat sayur kot...

Pasni ada group anti minuman berkorbonat, group anti fastfood, group anti warna merah,group anti nasi segala mala anti lah wat group.

Asal anti jer nak wat group, asal anti jer nak wat group, asal wat group jer nak anti...adoyaiiiii....

Unknown said...

anony;
ko ni macam provok ja. hahaha.

mushroom;
bagi aku, antara anti yang relevan sampai sekarang ialah antidadah.

Powered by Blogger.