Cerita Satu Malam Sehari Sebelum Arsenal Bertemu Chelsea

Saturday, April 18, 2009 · Posted in

Ofis Syem lancar Exora kat Seksyen 7 sana. Bukan drama tivi baru. Tapi MPV Proton baru. Aku pergi memeriahkan majlis sambil makan bihun dan air oren. Sambil-sambil tu layan cerita peel kastemer.

Ada kastemer jenis skeptikal. Ada juga jenis teruja. Jelik. Dan jenis mengada-ngada pun ada.

Pian cerita ada kastemer sampai buka tangki petrol. Jarul cerita pasal tiga empat orang kastemer hempas pintu kereta kuat untuk menguji kekedapan pintu kononnya (dan sumpah diorang sendiri pun aku rasa tak pernah hempas pintu kereta diorang kuat-kuat macam tu). Aku pula nampak sorang brader tu sampai suluh enjin guna lampu henfon. Aku rasa mungkin dia tengah cari tempat letak bom bagi mencetuskan keganasan. Ataupun dia tengah cari permata yang hilang. Mungkin.

Syem pula hadap kastemer dari spesies-proton-bukan-di-hatiku. Eh, 1.6 ni mesti tak boleh blah ni. Boleh panjat bukit ke ni?

Tapi Syem dengan pengalaman lima tahun selaku jurujual Proton yang penuh ilmu di dada terus saja balas balik. Avanza 1.5 ja bang. Tak ada pun orang komplen.

Pian cakap slogan Exora, 'You'll be Amazed' patut ditukar kepada 'The Cheapest MPV'. Aku alih bahasa jadi 'MPV murahan'. Bukanlah, MPV termurah, bidas Pian. Ops, jangan tafsirkan dialog-dialog di atas secara harfiah. Cuma selingan lawak malam saja.

Hakikatnya, aku tak skeptikal langsung dengan Proton. Bagi aku Proton patut dilayan macam kereta lain juga. Sesiapa yang melabelkan Proton dengan imej tertentu aku akan anggap dia seorang rasis. Ataupun boleh digelar 'car racisme'. Mungkin ada akta perlu digubal kepada mereka ini.

Dan aku berani bersumpah, brader-brader yang buat pemerhatian melampau tu hanya berani-peluk-tubuh-sambil-angguk-angguk saja bila datang ke bilik pameran Toyota ataupun Honda dengan wajah penuh kagum.

Haha. Jangan marah ya.

14 Responses to “Cerita Satu Malam Sehari Sebelum Arsenal Bertemu Chelsea”

zyedz said...

ish..

susah betul nak percaya pada diri sendiri.. ish..

agak-agak, diorang jumpa tak tempat nak letak bom tu?

hehe

aie akaike said...

ushar sana, ushar sini, myvi gak jadi pilihan. tak gitu.. heh.

jarul said...

hipokrit org kt msia ni..tgk keta proton jer kondem..klau yg membina xpe..suma ke laut jer komen.. 30thn proton kna caci..jgn mrah proton, marah org2 dibalik tabir...hehehe..

Anonymous said...

Aku bukan car racisme, tapi aku car racer! Hahahahahahaa!!

Aku tak kisah mana2 jenama, cap ayam tapi tahan lasak okeh apa. Tp proton oke ker?? hehehehee... (kalo orang proton dengo memang kene sepak tulang kering neh) ;)

- DeeN -

azman said...

aku mengaku syem, aku ada skeptikal dengan kereta2 malaysia, esp proton. Tambah2 bila d tempat aku ni, kereta import herga murah.

tapi bila membaca komen2 dan komplen2 di media, drpd kawan2..aku rasa skeptikal aku tu berasas.

somehow, aku stil berdoa 1 hari nanti kereta malaysia sebaik yang lain. Proton baru 20an, masih kira remaja, kan?

paiseh said...

dah ada pun mujur weyh!

kel@mbu said...

zyedz;
jumpa kot.

aie;
haha!

jarul;
ini barulah true gen2 cps. haha!

deen;
nak tahan lasak beli kereta kebal. :P

azman;
syem cakap sepanjang 5 tahun kerja, tak ada lagi kastemer jumpa dia balik dan komplen pasal kereta. jadi, kerosakan proton melibatkan perkara minor dan pusat servis pasti ada simpan data yang lebih spesifik. bukan apa, sedih juga bila tengok proton selalu diletak sebagai penanda aras kerosakan. alahai.

paiseh;
hahaha. betul betul.

Anonymous said...

Saja mencelah :
Proton overall OK beb,terutama a/c nya, keta yg bercap jenama 'gajah' pun susah nak beat, cuma cermin tingkap belah driver jer yg slalu problematic, aku ingatlah dorang kena buat sesuatu kat org yg pasang cermin belah tuh, dah 30 tahun pun berapa nak reti buat keja, dan aku nyer suggestionla kita pakat ramai2 kumpulkan semua rakyat malaysia, pegi kat kilang, pas tuh duduk kat tepi, kita tengok ramai2 camana dia pasang cermin tingkap tuh.....
Anyway itu hanya suggestion jer...

Anonymous said...

Celah lagi, buat gelak2
Potong Zaka

apek: itu potong zaka ada bagut ka ?
ali : manyak bagut..bila lu potong haa lu punya barang manyak bersih loo..
apek:?!! err..saya kawan ada cakap,potong zaka aaahh.. manyak ploblem..
ali : apa probrem ?
apek:manyak buang lui..lagi aahh..dia punya performance tatak bagut..
manyak cinang semputloh..
ali : cehh.. apek, lu apa celita.. saya suda lama potong..
tada apa problem.. bini saya manyak puas woo..
apek:lu mini puas sama itu potong zaka ka?
ali : ya la.. bila lu potong aahh.. lagi sedap maen woo..
lu lagi lambat pancut..
apek:???!!! err..lu punya 1.3 atau 1.5 ??
ali : ??!! woi apek cakap baik2 sikit ha... saya punya 6 incila..
apek:??! tiu nia ma.. lu jgn maen2 haa.. mana ada potong zaka 6 inci..
ali : cilaka apek ni..nah tengok ( bukak sluar tunjuk ler....)
apek: chee sin punya olang...gua tanya baik2 lu tunjuk lu punya lancau..
ali : abis.. lu tarak percaya..saya tunjuk la..
apek: saya tatak tanya sama lu punya lancau..
saya tanya lu pasal itu nasional car.. potong zaka..
molo punya olang..
ali : aiya.. apek.. lain kali lu sebut betul2 la..kasi susa saja..
bukan potong zaka la.. proton saga.. cinabeng btulla..

Patutnya masuk iklan TV / RADIO tapi tulah, diharamkan plak..

mizzy N Naderiey said...

bila baca peel je mesti aku terbaca sebagai 'peel' cabut kulit limau.

aritu pun aku gi kedai proton tgk exora. sangatlah comel exora! mas tu pagi jadi tak ramai orang. aku testing sikit2 je sebab tak reti mandu pun.

kelakar la dengar hempas2 pintu. tak nah naik kereta atau berlagak pandai je kot? Dorang patut test bukak tutup pintu 7 x 365 (hari)untuk tengok tahan ke tidak pintu exora tu, baru baloi bayar hutang 7-10 tahun.

kel@mbu said...

anon;
masalah power window tu penyakit keturunan. memang susah nak ubat. :P

mizzy;
hahaha. betul betul. mentang-mentanglah proton, dia punya test bukan main. kalah tim QC toyota.

ayobkelubi said...

ko mmg betul.cuba kalau brader2 tu masuk.pegang bumbung pun pakai hujung jari pastu taruk kat lidah,nak tgk ada rasa vanilla tak.

macam kawan aku kat opis nie.

dia mmg suka betul tgk IXORA tu tapi tak nak beli sebab dia kata brand PROTON...aku mmg berbulu jek dengar.

last-last aku ckp..

naik BMW pun.kalau dah accident mati, mati gak!.

ok tak ckp macam tu bang?

sinaganaga said...

Hidup Bolton!

sis said...

typical malaysian...

Powered by Blogger.