Pengalaman pulang kerja menaiki komuter

Monday, March 28, 2011 · Posted in ,

Kawan aku, Jarul baru dapat kerja KL. Kesesakan ibu kota membuatkan dia terpaksa menggunakan khidmat pengangkutan awam. Naik komuter di Sungai Buloh dan bertukar tren di KL Sentral untuk ke KLCC.

Suatu hari dia balik sambil memaki hamun dan mencarut.

"Tren penuh gila!"

"Penuh macamana?" Tanya aku.

"Kau tau sardin dalam tin kan. Kau ambil lagi satu tin kau buka. Kemudian kau masuk dalam tin tadi. Ubah gaya hidup apa macam ni? Macam setan!!"

.
.

Spontan kepala otak aku keluarkan hologram menteri berkhutbah, "Syukurlah, sekurang-kurangnya kita lagi bagus daripada India!!

8 Responses to “Pengalaman pulang kerja menaiki komuter”

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

jarul jugak yng rock

fafarafa said...

penuh camne pun....jgn masuk koc wanita ye. ekekekekeke

therosputih said...

dear jarul
welcome to kl....

Ellie Best said...

ahaha..komuter memang super teruk.tu belum kira dia punya delay lagi.dulu penah ada experience orang masukkan tangan dalam poket seluar nak curi handphone masa tengah sesak2 nak masuk dalam komuter.rasa nak je tembak mamat tu.since that day taubat tak nak naik komuter lagi *_*

menteri tahu apa?dia naik kereta mewah saja.memanglah bersyukur (yeke bersyukur?).poyo!

Anonymous said...

suruh pak menteri tu try sikit naik komuter time peak hour...tolak tepi la segala bodyguard and protokol yg mengikut...cakap sedap la...jgn kata umat marhaen ni tk menyokong kenderaan awam...dari sebok kan projek gajah putih yg melambak2, baik ditengok2 sikit isu2 rakyat yg melambak2 ni.. emo plk...huhu (pengguna komuter)

Lanzo said...

brutal;
rock apa baru sehari dah huru hara.. hahaha..

fafarafa;
takpe takpe.. dia steady lagi kot..

ros;
pengalaman kl sudah biasa.. pengalaman naik komuter itu yang luarbiasa..

ellie;
yup.. aku pun pernah rasa pengalaman naik komuter ketika peak hour.. tapi untuk menjadikannya rutin hidup dalam tempoh lama, kau perlukan lebih daripada sedikit kesabaran.. apapun aku respek mereka yang tega bersardin dalam komuter.. untuk menteri, boleh pergi mati..

anony;
aku faham.. aku pun pernah rasa sekejap pengalaman tu.. aku pun syak pak menteri kita tak pernah merasa naik komuter masa peak hour dan tengok sendiri orang-orang tua, kanak-kanak dan kaum hawa kita terpenyek dalam gerabak..

prof nik said...

"Syukurlah, sekurang-kurangnya kita lagi bagus daripada India!!

emmm.. nape nak bandingkan dgn yg lebih mundur ye? nape x bandingkan dgn jepun ke, jerman ke, china ke,

Lanzo said...

nik;
suruh bersyukur katakannn..

Powered by Blogger.