Mencabar kematian

Saturday, May 12, 2012 · Posted in , ,


Dulu aku ada seorang kawan nama Lobo, asal Melaka. Aku dan Lobo sebenarnya tidaklah rapat sangat pun, cuma ada satu perangai dia yang buat aku tak boleh lupa. Pasal kegemarannya bermain kata tentang kematian.

Setiap kali mahu berambus ke mana-mana, Lobo biasanya akan cakap:

"Ok geng, gua blah dulu. Jangan lupa doakan kematian gua."

Atau...

"Gua gerak dulu beb. Doakan gua eksiden kejap lagi."

Tapi esok dan esok dan esok dan esok Lobo tak mati-mati pun. Hinggalah satu hari aku tak jumpa dia langsung. Bukan sebab dia sudah mati, tapi sebab dia dah tak mau sambung belajar lagi.

Apapun aku harap dia masih hidup sekarang ni.

2 Responses to “Mencabar kematian”

tsubasa said...

ape cerita dia sekarang??
pe crita adi mini ngn kerete mininye,
sang sang dengan lagu gersang
dan lain lain. napiz yang hati kering
bawa laju langgar lampu merah
da jadi pegawai penjara da sekarang. errmm...

Jarul said...

Lobo dah kawhin, bini dah beranak pon..

p/s: Tsubasa bila lagi?

Powered by Blogger.