Sudah tidak fokus

Wednesday, February 20, 2013 · Posted in ,



Serius, aku tak tau apa nak tulis. Fikiran aku sekarang sudah tidak fokus. Aku sudah kurang sinikal, kurang marah macam dulu-dulu dan kurang serba serbi. Aku tak tau sama ada semua ini disebabkan kehidupan aku yang semakin statik atau monoton atau selesa atau kefamilian.

Entah kenapa kadang-kadang aku rasa menulis blog sudah tidak sekhayal dulu yang buat kau sentiasa berfikir dan tidak sabar mahu menulis pasal sesuatu. Kau juga sudah tidak rasa teruja setiap kali melihat rating blog naik dan baca komen pembaca seperti dulu.

Aku rasa dunia sekeliling serba membosankan, penuh dengan manusia dan cerita entah apa-apa yang aku rasa keliru apakah patut aku jadikan mereka sebagai entri blog.

Atau aku perlu bercerita pasal kenangan-kenangan dulu, tetapi macamlah aku ini seorang tua yang sudah berusia 70 tahun dan punya pengalaman macam-macam yang mahu digebangkan.

Atau blog aku patut bertukar menjadi blog abah-abah dan aku akan muat naikkan gambar anak aku setiap minggu sambil bercerita pasal peel-nya. Supaya setiap minggu tak adalah blog aku terbiar tanpa cerita.

Mungkin bukan aku seorang saja yang rasa macam ni. Mungkin.

7 Responses to “Sudah tidak fokus”

AinNur Haris said...

bagi masa pada diri sendiri.. nanti akan tiba saat keghairahan menulis itu kembali..

*nanti-nanti la tapi.. :)



.

Anonymous said...

simptom writers' block ni

krafminda said...

nnt datang la idea nak menulis tu...

rinz raime said...

Salam.. dah ada anak yea.. tahniah2..
Cuba jgn terasa terbeban utk menulis.. menulis tak semestinya perlu utk kelangsungan..
Mungkih hidup yg sudah selesa dan punyai tanggungjawab menjadikan ianya seolah hambar..
Tp percayalah inspirasi ada di mana2.. cuma keghairahan kita sudah kurang seiring usia dan peningkatan hormon m..
Apa2 pun jgn give up.

We will always have sometimes to tell others in this so called life..

Shahrul Yusof said...

Me too bro! Level dah abah-abah baya kita ni, nak cerita apa pun dah tak banyak idea. Balik-balik cerita mesti nak tercerita pasal anak. Sampai member-member ofis sendiri pun naik menyampah.

sUe said...

kita serupa. bab yang tak tau nak tulis apa itu lah. bukan bab yang abah-abah tu.

=P

Anonymous said...

dah ada anak. tahniah om!

Powered by Blogger.