TEMU SASTERA SELANGOR 2004/2005
Lokasi=> Kompleks Agrotourism PNK Sepang Resort, Bagan Lalang
Tarikh=> Sabtu-Ahad, 01-02/01/2005
Menyertai Temu Sastera Selangor anjuran Persatuan Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor (KEMUDI). Penyertaan percuma dan tinggal di resort. Yeay...!! :)
Turut menyertai bersama aku ialah Sabahan, Ayie, Hang, Salleh, As, Linda, Zek, Aida, Fariza and the gang, Lia (adik Sabahan), Zura (awek Hang...?). Aku hampir mengajak seseorang tetapi terpaksa mematikan niatku memandangkan ada sesuatu yang menimpa...
Turut bersama kami ialah gang-gang dari UiTM, Kolej Islam Selangor.
Di bengkel ini barulah aku dapat bersua muka dengan penulis-penulis tersohor tanah air seperti:
a) Pn. Zurinah Hassan (novelis 'Hatimu Aisyah') - Sayang kalau golongan muda masih tidak mengenali beliau. Beliau baru memenangi anugerah SEA Write 2004 dari Perdana Menteri Thailand, Thaksin. Merupakan penulis wanita Melayu pertama di dunia persuratan Melayu membukukan antologi perseorangan berjudul 'Sesayup Jalan'.
Selayaknya sasterawan seperti beliau sudah layak merangkul bintang seperti Dato'. Benar katanya, kalau beliau memilih untuk menjadi penyanyi dia sudah boleh menjadi seperti Sharifah Aini! Beliau pandai bergurindam!
b) Pn. Sri Diah (novelis alaf 21) - Tak perlu diperkenalkan lagi. Penulis prolifik tanah air. Masa sesi ceramah aku tanya soalan kat Kak Sri, bagaimana mahu mengekalkan konsistensi dalam berkarya. Kak Sri jawab, DISIPLIN. Dia memperuntukkan paling kurang 5 halaman setiap hari untuk menulis. Ada berani..?
Zek cakap dia tak berapa suka dengan karya kak Sri kerana katanya lebih cenderung ke arah picisan atau popular. Aku rasa dia silap. Barangkali dia terlupa membaca karya-karya awal penulisan Kak Sri yang pernah tersiar di dada akhbar. Seperti yang Kak Sri cakap, dia sekarang tidak bergerak secara individu. Dia bernaung di bawah syarikat dan dia perlu memenuhi tuntutan naungannya.
Kepada peminatnya tunggu novel terbarunya tahun ini. Barangkali ada sesuatu yang istimewa!
Lepas ceramahnya Kak Sri paling ramai peminatnya! Kena tunggu giliran!
Aku: Kak Sri, saya nak tangkap gambar masuk dalam blog... :)
Kak Sri: (jegil mata+sambil melibas kertas kerja ke bahu) Kelambu!
Aku: Hehehe... Saya le Kelambu... Kak Sri tahukan saya datang...
Kak Sri: Tahu... Tapi tak sempat nak update blog. Kena concentrate untuk siapkan novel terbaru akak... :)
Aku: Nanti bolehlah booking awal kat Kak Sri. Nak autograf sekali tau... :)
Kak Sri: Bolehhhh....:)
Antara penceramah/ penulis yang turut memberi ceramah ialah En. Muhammad Saleeh Rahamad (panel penilai Hadiah Sastera) dan Tuan Dr. Haji Saihani Haji Paniti (S Panit) (terapi secara puisi). Turut serta dalam bengkel ini ialah cikgu Ahmad Sarju dan saudara penulis Uthaya Sankar SB dari Kayvan yang juga merangkap ketua bilik lelaki. Uthaya memang sempoi..!!
Aku mendengar keluhan pihak penulis. Betapa sukarnya para penulis mendepani dunia kapitalis. Perlukan kegigihan dan kesungguhan.
Benarkah penulis muda lesu kerana terlalu dilambakkan kesenangan? Bagi aku tidak. Birokrasi dan diskriminasi karya adalah sekelumit rintangan yang perlu ditempuhi oleh para penulis muda hari ini. Tidak hairan ramai penulis muda memilih untuk menerbitkan karya sendiri seperti Azman Hussin, Faisal Tehrani dan beberapa penulis yang dilabelkan kontroversial atau anarki. Tapi bagaimana dengan penulis yang masih hijau tapi punya jiwa yang besar! Ya, mereka terpaksa tunduk kepada keadaan. Jadi lahirlah cerita-cerita cinta melankolik mual, rumah tangga jahat dan cinta bersegi-segi. Salah siapa..?
Di bengkel singkat ini juga aku belajar tentang kecekalan para penulis terdahulu berhadapan dengan rintangan sebelum menjadi seorang penulis yang berjaya.
Aku teringat kata-kata cik Ijat, pensyarah aku, "Bertindak dengan fikiran. Ambil satu waktu yang betul-betul waktunya. Duduk penuh lega dan fikirkan apa yang akan kita tulis. Jangan kematangan pena mendahului isinya. Impaknya besar. Dunia ini perlu ditenung dalam-dalam. Yang kenal itu siapa, yang rapat itu mengapa. Permainannya bukan mainan budak-budak kecil. Tapi orang-orang besar yang macam budak-budak. "
Jadi terpulang kepada individu. Sememangnya dunia penulisan tanah air memerlukan orang-orang muda yang berjiwa merdeka, melihat dunia dari dunia yang tidak terlihat.
Klik SINI untuk gambar
Post a Comment