segala yg tertakdir, tiger cup, friend, tupperware

Friday, January 07, 2005

SEGALA YANG TERTAKDIR

Cerpen yang ketiga tersiar di Tunas Cipta (TC), DBP keluaran bulan ini, Januari 2005. Alhamdulillah. Bonus tahun baru. Terima kasih kepada cik Ghafirah kerana memberitahu. Selalu ketinggalan membeli TC sebab selalu sold-out. Hanya 2 kedai yang menjual majalah DBP di Shah Alam iaitu di kompleks PKNS. Biasanya hanya dipesan secara on line di penerbitan Dawama.com. Kali ini terpaksa ulang alik sebanyak dua kali untuk mendapatkannya.

Mungkin ada alasan yang kukuh yang menyebabkan gaya bahasa aku dirombak oleh saudara SM Zakir yang dipertanggungjawabkan untuk mengulas setiap cerpen yang tersiar di majalah tersebut. Walau bagaimanapun, aku terpaksa menunggu sebulan lagi untuk mendengar ulasannya. Aku dahagakan kritikan..

Bagi aku nada cerpen tersebut terpaksa dibaca sedikit keras kesan dari pengubahan bahasa diri 'saya' kepada 'aku'. Begitu juga dengan beberapa struktur ayat yang diperbetulkan. Cuma aku sedikit kesal dengan 2 bahagian ayat yang diubah dan menenggelamkan sepenuhnya maksud asal cerpen. Aku berharap kesilapan itu adalah merupakan kegopohan unit suntingan dan bukannya kesilapan saudara penyunting.

Apa kata baca sahaja cerpen itu di
SINI
(cerpen ini merupakan karya asal penulis tanpa suntingan. Cuma gantikan watak 'saya' kepada 'aku')

Kelambu: Perlu lebih belajar...


TIGER CUP

Lokasi=> bilik DP1, kelas Matematik
Tarikh=> Isnin, 03/04/2005, 9 p.m.

Kelas bising. Semua nak balik awal. Nak tengok Tiger Cup! Kami tak suka Tiger beer tapi kami suka bila Malaysia menang Tiger Cup. Semua suka Malaysia!

Yang tak suka bola pun nak balik awal. Semua suka Malaysia!

Tapi cik Siti tak bagi balik awal. Dia cakap kena salin nota sikit lagi. Semua tanya berapa. Dia jawab 6 page! Ya, 6 muka surat A4 dengan font bersaiz 12.

Kelas habis betul-betul selepas Malaysia habis main.

Ayie: Wei, Malaysia kalah 4-1
Aku: Ahh.., tipulah kau.. Agak-agakla...
Ayie: Betul, member ni bagitau (tunjuk kat sorang India kat depannya)
Aku: Hah... kalah...? Bodoh!
Lalbi: Hehehe..., dah namanya Malaysia...
Jarul: Bodoh... Macamanala orang tak kutuk. Memang patutla Withe agak kita akan kalah. Main kat tempat sendiri pun kalah. Kalah besar lak tu.. Bangang...
Aku: Ha ah. Bukannya nak tutup mulut diorang tapi membetulkannya... Bodoh

Kami masih tak percaya. Kami balik. Kelihatan Awie sedang bersandar di atas sofa. Mata merah-merah. Main macam taik. Itu katanya. Firts half ok masuk second half hancur! Dia mengulas permainan mengalahkan Bickskei. Lalbi masih ketawa sinis. Aku, Jarul dan Ayie memaki hamun. Adie pula diam. Malaysia tetap kalah 4-1.

Semuanya sakit sebab Malaysia. Walau pun kami maki hamun Malaysia kami tetap nak tengok Malaysia main. Kami tetap nak tahu berapa kosong Malaysia menang atau kalah. Kami akan gembira bila Malaysia menang. Kami akan sedih, marah, carut, maki dan kutuk bila Malaysia kalah. Sebab kami berbinkan Malaysia!

Apakah ini pun tidak dapat menunjukkan bahawa kami suka Malaysia!

Kelambu: Malaysia suka kami tak..?

FRIEND

Lokasi=> Bilik M1, Kelas Java
Tarikh=> Selasa, 04/01/2005, 12.43 tgh

Kelas agak bising ketika cik Mohamad menyuruh kelas menyelesaikan beberapa latihan. Masing-masing buat-buat sibuk. Lalbi sempat chatting secara net send LAN dengan Atul. Aku kat sebelah dia tumpang tengok dan gelak.

Tiba-tiba Edy yang duduk kat baris depan kami dapat mesej.

C:\>net send pc102
awak ni *Azrul Enrique Iglisias Rais kan..?
(Bibik)

C:\>net send pc112
ha ah nape..?
(Edy)

C:\>net send pc102
dengarnye awak ni ramai peminat..

C:\>net send pc112
hehehe

C:\>net send pc102
Boleh kita kawan? F.R.I.E.N.D

C:\>net send pc112
ko ni poyolah


C:\>net send pc112 to pc102
poyo tu ape..?


Berikut adalah kemungkinan yang menyebabkan Edy bengang:
- Orang yang menghantar mesej itu menyangka mesej itu sampai ke pc Lalbi tapi sampai ke pc Edy. Edy rasa TERSISIH!
- Penghantar mesej itu ialah BIBIK! (rujuk entri 19 Disember 2004)

Bibik nak kawan dengan Lalbi! Aku bangga! :)

*Azrul Rais => Lalbi

TUPPERWARE

CASE 050103

XX tak nak jumpa ambil tupperware. Dia masih marah. Dia suruh letak tupperware atas van kat depan hostel.

Ada seorang mamat berhenti melihat kiri kanan mencari van. Tak ada van! Dia letak tupperware bawah tiang bendera.

Celcom jahat. Mesej tak sampai. Lewat malam baru XX dapat panggilan confirmatian dari mamat itu. Tupperware hilang!

Tupperware tu kesayangan mak kawan XX. Kawan XX marah mamat tu. Mamat tu marah XX. XX marah mamat tu balik. Kawan XX pujuk mamat tu jangan gaduh dengan XX dan suruh ganti. Mamat tu minta maaf kat XX. Fine!

Mamat tu tension dia nekad cari tupperware baru. Dia jumpa satu tupperware seakan tupperware hilang tu. Bulat dan berpenutup hijau. Dia beli.

Mamat tu bagi tupperware kat kawan XX. Muka masam. Sedih. Ya, tupperware tu tak sama dengan tupperware kesayangan maknya. Tak original katanya! Ya, mamat tu tak tahu menghargai barang orang. Dia sepatutnya menyembunyikan tupperware itu di sebalik pokok-pokok. Dia tersilap dengan teori penyiasatan, 'barang yang paling susah dicari ialah barang di tempat terang'.

Kawan XX pula marahkan XX. XX sedih dimarahi kawannya yang lebih muda. Dia sedih kerana tiada tempat mengadu. Mamat tu rasa bersalah dan tidak tidur malam.

Tupperware telah menamatkan krisis XX dan mamat tu.

Pencuri tupperware masih tak dapat dikenal pasti.

Hukuman=>Mamat tu didapati bersalah! Dia didenda rasa bersalah setiap kali melihat tupperware!

CLOSED CASE

Kelambu: Dimanakan ku cari ganti...


Powered by Blogger.