Aku dan Kilang Besi Singa

Saturday, May 12, 2007 · Posted in

AKU DAN KILANG BESI SINGA I

Kilang Besi Singa. Ini kilang ada untung bilion-bilion. Tapi diorang bagi aku pakai Windows98 saja. Kena angkat pc dari tingkat atas dan format sendiri. Guna DOS. Aku pun sudah tak berapa nak ingat. Kalau ada bahagian yang tak ingat aku akan sms Jarul dan dia akan beri sesi DIY [Do It Yourself]. Secara talian. Hmm..


AKU DAN KILANG BESI SINGA II

Aku harap sangat di Kilang Besi Singa aku dapat banyak belajar tentang manufacturing. Sesuai dengan subjek major aku.

Mr. Teh [supervisor aku] tanya, aku ni IT hardware atau software. Aku bagitau dia tentang WMS, production planning, automation dan segala macam fundamental yang aku sendiri tak berapa nak faham sangat. Habis cakap dia suruh aku tolong dia buat troubleshooting dan networking. Ciss.. [sesi bual ala Pua Chu Kang berlangsung di sini]


AKU DAN KILANG BESI SINGA III

Ya, majoriti Cina bekerja di department aku. Ada seorang Melayu. 2 orang India. Dan 9 Cina. Tambah pula berjiran dengan department akaun. Pun banyak Cina.

Diorang ni suka sembang-sembang masa masuk awal pagi di pantri. Sambil sembang sambil bancuh kopi. Kting-kting bunyi sudu berlaga dengan dinding cawan. Lepas tu masuk kerja. Pukul 10 diorang datang lagi ke pantri dan sembang cong-ceng-cong-ceng. Sambil sembang sambil bancuh kopi. Kting-kting bunyi sudu berlaga dengan dinding cawan.

Aku tak faham pun diorang cakap apa. Jadi siapa cakap kerja Gomen saja suka lepak-lepak-sembang tu tak betul. Hahaha.


AKU DAN KILANG BESI SINGA IV

Lupa nak bagitau. Aku praktikal dengan Ayie. Jadi lepas ni Puan Suzi ada alasan kukuh untuk katakan aku gay kalau dia jumpa aku nanti. Ceh.


AKU DAN KILANG BESI SINGA V

Lupa lagi. Sebab apa aku pilih Kilang Besi Singa? Mula-mula Ojai tawar praktikal kat syarikat bapa dia, Lengkap Utuh. Esoknya aku dapat hari Kilang Besi Singa. 2 hari selepas tu aku dapat tau ada tempat ke SUK, bahagian IT dan Pejabat Tanah.

Aku pilih sebab:
i. Relevan dengan subjek aku [walaupun sekarang aku rasa tak berapa relevan]

Apa pun. Terus terang aku cakap aku tak berapa berminat nak masuk factory. Tapi sebenarnya aku cuba dapatkan pengalaman dan pengetahuan tentang dunia industri. Tak adalah asyik kena kutuk sasterawanlah. Negarawanlah. Sentimentallah. Hensemlah. Hahahaha.

Ya, kadang-kadang aku akui aku sering keliru dengan diri sendiri. Ojai, maaf sebab tolak tawaran kau. Jangan marah no. Ok, lepas ni kita sembang pasal bisnes.


AKU DAN KILANG BESI SINGA VI

Nizam. Satu-satunya Melayu di department aku. Kata orang di tempat yang minoritinya Melayu kita selalunya bersatu. Lebih mesra.

Satu hari Ayie tanya.
Bang, dah lama ke kerja sini?

Hmm, 7 tahun.

Lama tuh. Position apa?

Goalkeeper!
.
.
Nizam. Satu-satunya Melayu di department aku. Dia programmer.

Powered by Blogger.