Soalan Pengajian Malaysia untuk Dijawab

Thursday, September 03, 2009 · Posted in

Ketika entri ini ditulis lagu 'Malaysia Satu' ciptaan Audi Mok, lirik Nur Fatimah, nyanyian Faizal Tahir diumumkan juara Pertandingan Lagu 1Malaysia.

Tetapi persoalannya, apakah dengan mencipta lagu dan menyiarkan iklan Melayu, Cina dan India berpimpin tangan menuju sebuah bangunan kerajaan di Putrajaya mampu menyatukan kita?

Bagi aku, sudah tentulah tidak. Tambah-tambah lagi dengan pelbagai krisis etnik, agama dan politik yang kelam kabut sekarang.

Ok. Sempena bulan merdeka ni, aku bagi dua soalan pengajian Malaysia iaitu:

1. Kenapa kita tidak bersatu?
2. Apakah yang menyatukan kita?

Boleh bagi apa saja alasan pun. Jawapan terbaik akan dapat tiket melancong ke sempadan Afghanistan berjumpa ketua baru Taliban, Hakimullah Mehsud.

*Untuk pembaca, dialu-alukan tulis komen guna nama, elakkan guna anony. Gunalah nama seperti Majid misalnya ataupun Harimau Kumbang Shinjuku. :)

12 Responses to “Soalan Pengajian Malaysia untuk Dijawab”

alang said...

Kerana budaya, Melayu menjadi TERLALU Melayu.

Kerana budaya, Cina menjadi TERLALU Cina.

Kerana budaya, India menjadi TERLALU India.


Selagi Melayu,Cina dan india mengamalkan budaya hidup masing2. Mana mungkin malaysia akan menjadi satu. Trinity?

ayobkelubi said...

Soalan Satu merujuk kepada sikap.

Negara kita telah ditanamkan sikap pentingkan diri sendiri terlalu tebal. Bak kata alang, masih mahu menagungkan budaya masing-masing walhal, ikut aku, budaya itu aku mahu reserve kan jadi sejarah saja.
Kita cipta budaya baru. Macam mana JEPUN boleh cipta budaya baru, macam tu kita boleh cipta budaya baru. Budaya tanpa sebarang batasan.

Soalan dua, aku syak BOLASEPAK menyatukan kita. Gua dengan member gua RAJAH - LIVERPOOL pakat2 kutuk member kitaorang CHAN sbb dia MANCHESTER UNITED. Chan ok aje sambil gelak-gelak buat kutukan balas kepada SARJIT sebab dia ARSENAL. sekian. macam tu lah.
nota kaki :- pasukan bolasepak boleh ditukar kepada pasukan tempatan, LIVER - SELANGOR, MANCHESTER - NEGERI SEMBILAN, ARSENAL- KEDAH.

fafarafa said...

Satu..
melayu sama melayu pun susah nk bersatu....camne nak bersatu dengan bangsa lain??
so...org melayu sendiri kena bersatu sesama sendiri baru boleh bersatu dengan bangsa lain.

Dua..
Aku pun rasa bolasepak yang menyatukan kita. especially bila melibatkan bolasepak dunia ie EPL, World Cup. nk harap Liga Malaysia...rasanya melayu jek kot majoriti yg pegi tengok. itu pun kalo tengok. hehhehehehe

mohadi said...

satu:
KUASA, HARTA - sdgkan sesame bangsa sendiri pun bole bertelagah berbeza pndapat mahu mndptkan kuasa. masing2 punya ego masing2.

dua:
BENCANA - pelbagai pihak cuba untuk menghulurkan bantuan kpd mangsa bencana cth mangsa bncana tsunami. tp tu brgantung kpd pihak yg berperikemanusiaan.

BOLA SEPAK -
i) FAN - walaupun berlaianan bangsa kekadang kite mmpunyai pasukan kegemaran masing2. dan ini kekadang kite bersatu untuk usik-mengusik perli peminat pasukan lain.
ii) TEAM - sesebuah team bolasepak ada yg mempuanyai pelbagai bangsa, walaupun berlainan bangsa mereka tetap bersatu main bola bersama mencapai matlamat iaitu kemenangan. cth team Arsenal player terdiri dr spain, france, england, ivory cost, denmark, brazil, italy, belanda mexico, republik czech dr plbagai benua yg punya bangsa dan bhsa tersendiri.

CAHAYA MATA said...

err..err..
tak nak la gi sempadan Afganistan..

Malaysia tak akan jadi 1 Malaysia selagi Melayu terlalu layu dan terlalu bagi muka..kita tak bersatu kerana Melayu terlalu baik terhadap bangsa lain..

sekian terima kasih.. :)

Cik Som said...

Waaa soalan yang mencabar minda. Aku suka.. aku suka.. Test jawab ya:

No 1: Susah nak bersatu kerana sikap curiga kita. Mungkin, kalau kita semua bercakap dalam bahasa yang sama, boleh bersatu. Ini, bila kita p kedai cina, dia cakap cina... mulalah kita syak. Aku kena tipu ker ni?

No 2: Yaaa aku setuju bahawa sukan esp bolasepak menyatukan semua.

paiseh said...

semua salah kerajaan!!
menipu tak habih2~

Pipper said...

Tak cukup lagi ke keMalaysiaan kita nih. Ramai gak pelancong yg puji selama nih. Bukan apa takut salah diinterpretasi, setiap bangsa mempunyai pengertian yg berbeza tentang 1Malaysia nih. Asalkan tak terhakis pengertian Bumiputera dan non bumi sudah...
P/s: Hmm teringat pulak cerita tentang hang xcdent dan orang india pulak yg dtg membantu. Dah kira bole buat iklan petronas dah tuh.

Adeqq said...

soalan 1: kerana salah diri sendiri. asek nak tuding jari kat orang. semua tuding jari. sebab tu takkan bersatu. cube berenti salahkan orang. diri sendiri belum tentu betul.

soalan 2: perpaduan. sebab tu kita kena bersatu. negara lain punyalah puji Malaysia ni aman damai. kita asek nak bergaduh je sesame sendiri. cuba jadi dewasa. duduk semeja, berbincang cara baik. demonstrasi tidak mendatangkan apa2.

*sekadar berkongsi idea.tak dapat tiket pon tak apa*

Kari Cap O said...

hoh, hantar saja pelampau kaum di negara kita untuk belajar dengan taliban, atau tamil elam cara untuk menjadi pejuang perpaduan.

Jarul said...

1)Tak bersatu sebab mentaliti.
2)Bola, Environment, Sikap, pemimpin yg betul2 nk memimpin.

Gua rasa gua menang, tp gua xnak pergi Afghan, bwk gua pergi Murni SS2..!

Saloma said...

Kalau guna nama Saloma ni ok tak?

Powered by Blogger.